Thursday, 2 August 2012

Kenapa aku bertudung?


Apa yg saya kongsikan di sini bukanlah pengalamam diri sendiri tapi ianya satu perkongsian 
dari Iluvislam.com....


Sudah hampir setahun aku memakai tudung.
Dan selama setahun juga soalan dan kata-kata ini diajukan padaku:
"Wah, dah bertudung! Kenapa kau bertudung?"
"Apa mimpi kau bertudung?"

"Baguslah kau dah insaf, macam poyo!"
"Macam baik sangat pakai tudung."
"Aku rasa kau lagi cantik tak bertudung."
"Bertudung bukan untuk orang kampung je ke?"
Macam-macam kerenah telah ku jumpa, tapi paling best sekali yang berkata begini pada ku,
"Baru MASUK ISLAM ke kak?"
Dan kenapa aku memilih untuk bertudung? Biar aku kongsikan bersama mengapa aku bertudung.

--------------------------------------------------------------------------------
Peristiwa Pertama
Hampir setahun lalu, aku duduk berhampiran tingkap memandang ke luar.
Aku melihat burung-burung yang berterbangan dan awan yang biru di kaki langit.
Tiba-tiba hatiku berdetik, kalau suatu hari nanti jika aku ditimpa masalah macam mana ye?
Adakah kawan-kawanku akan bersama denganku? Atau mereka akan menjauhkan diri?
Hampir sejam aku memikirkan jawapannya.
Dan dengan itu, hatiku berdetik, apabila aku dilanda masalah, kawan-kawanku mungkin lari, tetapi Allah sentiasa bersamaku.
Dia sentiasa bersama hamba-hambanya.
"..cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung, maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar) daripada Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." - Surah Ali -Imran:173-174

------------------------------------------------------------------------------------------
Peristiwa Kedua
Aku membaca sebuah berita kematian. Seorang pemuda yang lebih muda daripadaku meninggal dunia (sebab kematian tidak diingati).
Hatiku berdetik, bagaimana aku kelak di dalam kubur.
Pasti aku diazab dengan azab yang paling pedih. Kerana amalanku tidak sebagus mana.

--------------------------------------------------------------------------------------
Peristiwa Ketiga
Aku melihat berita di televisyen. Kisah seorang remaja wanita yang rosak akhlaknya.
Aku melihat ibu bapa remaja tersebut menangis semahu-mahunya megenang perilaku anaknya. Aku menjadi sebak.
Lantas terdetik di hatiku, bagaimana anakku kelak, akan beginikah sikapnya nanti?
Rentetan-rentetan ini yang membuka hatiku untuk bertudung. Agar aku mendapat keredhaan Allah SWT.

--------------------------------------------------------------------------------
Apabila aku bertudung aku merasa ketenangan. Ketenangan yang ku cari selama ini.
Diriku tidak sempurna mana kerana aku insan biasa yang punya kelemahan dan kekurangan. Aku masih memperbaiki kelemahan diri.
Dekatkanlah diri dengan Penciptamu, kerana di situ ketenanganmu.
Peganglah pada tali yang satu; tali agamamu kerana tali agamamu tidak akan putus dan ia akan membantumu.
Jadi selepas ini, aku berharap tidak akan ada lagi yang bertanya mengapa aku bertudung.
Sebaliknya, ucapkanlah Alhamdullilah apabila melihat perubahanku.
Sama2 lah kita ambik iktibar...Ingatlah hidup ini hanya sementara dan hendaklah kita sebagai umatNya mengikuti segala suruhanNya..




*terus terang saya bgtau yg saya mula bertudung tanpa disuruh oleh suami sejak mula2 berkahwin.. tiba2 perasaan ingin bertudung datang sendiri..lagipun berstatus sebagai seorang isteri eloklah kita menutup aurat demi memelihara maruah rumahtangga....


25 org bagi komen best..:

Yaya said...

good artikel! Nice share.

aNiM said...

hm,selalu terfikir peristiwa ketiga tu..

mesti fikir akan dtg anak2 mcm mna.harap2 jd anak yang taat perintahNya.amiin..

aisyah humaira' said...

pengalaman yg akak kongsi insyaALLAH akan jadi yg terbaik dalam hidup akak..nice to know you :)
teruskan istiqamah dalam agamamu..
allah sentiasa ada untuk kita :)

maszull said...

assalamualaikum fieda...alhamdullilah memakai tudung itu lebih manis n terpelihara maruahnya...:)

shahdiana said...

yelah nak pakai tudung biar dengan keikhlasan diri sendiri..jangan sebab orang suruh...

MamaEma said...

nice entry

wahida said...

Alhamdulillah...

Wanieys said...

tutup aurat itu kan perkara wajib

IntaNBerliaN said...

a'aa betoi tu kak fieda.. dh bergelar is3 seeloknya kita jaga aurat kita kan :-)

ros_reeza said...

Semoga kita semua sedar akan tuntutan agama supaya menutup aurat.. Amin..

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

perkongsian yg berguna,
betul sgt bertudung lebih cantik dan terpelihara maruahnya..:)

kayyana said...

seronok membacanyer.. erm.. selalu nye selalunyelah kan... kite akan bertudung bile dah kawin.. tp ada jugak yg dah bertudung sejak dr akil baligh.. alhamdulillah.. yana pakai tudung sejak berchinta dengan suami yana.. alhamdulillah.. terbuka juga hati nak bertudung... erm..

Che Rosliza Che mat said...

Betul tue fieda...Nice entry..

ayut said...

:) semoga membawa peringatan bersama...thanks kak fieda share artikel.

Puan Kutu said...

ada kata2 yg berbunyi macam nie..

perempuan yg bertudung belum tentu baik.tp perempuan yg baik sudah tentu bertudung..

nmpk tak bezanya?

bertudung tu wajib kan..:)

ieda said...

akk setuju sgt2 .. sbb yg menangung semua adalah suami kita .. sanggupkah melihat suami dibatai dan ditarik kembali .. dibantai dan ditarik kembali huhuhuh

anisalya said...

alhamdulillah... anak2 pun dah biasa jugak bertudung sekarang.

Myra Jay said...

Nice entry...
Thanks 4 sharing kak :D

izan mama mia said...

nice entry...pompuan kalau bertudung mmg manis,..tapi jgn bertudung saja...baju/seluar/kain pun kena ikut syarat..bertudung tapi pakai seluar sendat,..baju baby..tak elok juga kan...hehhee..sekadar pandangan sendiri..

Ct Noraishah said...

setuju sangat la..

iEdA said...

nice sharing kak...alhamdulillah dia terima hidayah dr Allah..kita sbg pompuan kena jaga aurat hnya tok mahram kita :)

nurul@yuyui said...

alhamdulillah...isteri solehah menjga maruah suami dan keluarga...amin insyaAllah...

shida'R said...

shida bertudung sis sejak masuk alam remaja lagi ..alhamdllah :)

sHaR!Na eLyaNa said...

ah betul tu kak..pasal bab tudung ni jgn nak ceta la..ada yg btudung tp lbh truk dr yg xkai tdg..dasyat...

9n0L4 said...

bertudung bkn di luar rumah saja, jage jage dlm rumah pun mungkin ade bkn mahram. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.