Monday, 31 January 2011

LARANGAN-LARANGAN TERHADAP AMALAN PERBUATAN DAN KEBIASAAN YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN TUBUH BADAN

Salam kwn2 semua...arini nk kongsi dgn korang semua tentang larangan2 dlm amalan seharian kita...tp biasanya kita terlepas pandang semua ni kerana tidak mengetahui baik buruknya apa yg kita lakukan...


JANGAN
1) Mandi setelah makan.
2) Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita.
3) Berada dalam keadaan terlalu lapar.
4) Berjaga malam selain dari qiamullail.
5) Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum Islam.



FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN
1) Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.
2) Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
3) Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas.
4) Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.
5) Memakan makanan yang agak manis.


FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT
1) Bercakap banyak.
2) Tidur banyak.
3) Makan banyak.



FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN

1) Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
2) Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri.
3) Banyak memakan makanan yang serba masam.

SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT

1) Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalam air sejuk (masak).
2) Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.


BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL
1) Tinggalkan dari bercakap kosong.
2) Sentiasa bersugi.
3) Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.


MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KE DALAMNYA,MAKANLAH, JANGAN DIBUANG

Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau minuman, hendaklah anda tenggelamkan keseluruhan badannya ke dalam makanan atau minuman itu, kemudian ambil dan buangkan lalat itu. Ianya tidak racun lagi/sudah selamat digunakan. Ingat jangan membazir, orang yang membazir itu adalah saudara atau sahabat syaitan.


FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI PELUPA/MELEMAHKAN DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN

1) Melihat pekara-pekara yang haram.
2) Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
3) Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut. 

4) Tidak membaca Al-Quran.
5) Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram.
6) Mengumpat dan mengata.
7) Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
8) Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
9) Terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
10) Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.


LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN
1) Di larang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati. 

2) Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah.
3) Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam.


SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADAN SEBOLEH-BOLEHNYA JANGAN MEMINUM AIR DI WAKTU-WAKTU BERIKUT :

1) Selepas bersenam, bersukan atau melakukan kerja-kerja berat.
2) Selepas makan atau sebelumnya.
3) Ketika sedang makan.
4) Selepas memakan buah-buahan.
5) Selepas keluar dari bilik mandi.
6) Ketika terjaga dari tidur.



CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.

1) Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00    dengan keadaan berwuduk.
2) Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
3) Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
4) Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.

 
WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR

1) Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
2) Selepas masuk waktu Asar.
3) Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan.


BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI
Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana: 

1) Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2) Merosakkan warna kulit.
3) Melemahkan jantung.
4) Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
5) Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
6) Melemahkan kecerdasaan akal.



CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR

1) Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
2) Hindarkan dari tidur lewat malam.
3) Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil.
4) Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum tidur bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur.
5) Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
6) Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.


PEKARAYANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN 
1) Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
2) Banyak minum air di waktu pagi.
3) Banyak memakan atau meminum yang seba masam.


SEBAB-SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT JANTUNG
1) Merokok yang berterusan.
2) Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).
3) Kurang tidur.
4) Sentiasa mandi di tengah malam.
5) Melakukan kerja secara berterusan.



FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYA PENGLIHATAN
1) Melihat kepada benda-benda kotor.
2) Melihat kepada palang +/salib.
4) Duduk dengan membelakangkan kiblat.
5) Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.
6) Banyak menangis.



dipetik dari: www.arakian.com

Sunday, 30 January 2011

Ikan tak berhati perut.....?????

ikan x berhati perut....???pelik kan,biasanya kita dgr manusia je yg byk dikaitkan dgn perkataan x berhati perut ni....ni la aku nk cite skit bru2 ni aku dpt tau dri kwn yg dia dpt seekor ikan siakap yg tidak mempunyai isi perut...katanya kwn dia dpt ikan tu hasil dri memancing kt kolam..dpt 5 ekor pastu bgi kt dia 2 ekor..balik umah cam biasa la dia nk siang la sekor..yg sekor simpan dlm peti..alangkah terkejutnya dia bila dia potong ikan tu kpd 2 bahagian (kepala dan ekor) ikan tu bersih lgi suci kt bhgian perut spt telah disiang...langsng xde kesan darah dan kotoran dibhgian perutnya.padahal mmg xder kesan kena siang pun ikan tu...kata kwn aku ikan tu nmpk mcm ikan2 yg lain...x kempis pun kt bhgian perut sblum dipotong dua..ni aku ada attach gmbr yg dia kirim...
sewaktu kwn ambik gmbr ni ikan tu masih belum dicuci lagi tau..

ni gmbr ikan yg telah dipotong dua dn ini adalah bhgian ekornya...nmpk x kosong je kan bhgian perutnya...


dan ini plk bhgian kepala...kosong juga kan,,,bersih sehinggakan lngsng tidak ada kesan darah..

pelik aku dok memikirkan mcmne ikan ni blh hidup tanpa ada isi perut...mgkin ini menunjukkan bahawa betapa besarnya kuasa ALLAH S.W.T....dan mgkin ini adalah ikan2 yg terpilih....hanya ALLAH saje yg tau apa yg tersirat di sebalik semua ini...dan kita sebagai hambaNYA bersyukur lah diatas setiap ciptaanNYA...ALLAHUAKBAR....

Thursday, 27 January 2011

Gigi oh gigi.....


Adoi....sakitnya gigi ni..
sesapa yg pernah rasa sakit gigi mesti tau kan mcmna rasa nya...uuiii...kalau ada org memekak kt sebelah time tu mau rasanya nk bg penampor sekali bgi dia diam...ank2 pun dh paham,x berani dorang nk buat bising time mak dia sakit gigi...takut mak dia bertukar jdik dinasour la plk...dh 2 minggu aku sakit gigi ni,sakit tang geraham...x tau la nape,nk kata berlubang x berlubang pun...yg part x tahan tu bila sakit naik sampai ke kepala..berdenyut jgn ckp la...nk kunyah makanan pun sakit....minum air panas pun terasa sakit dan ngilunya...dh mcm2 petua dh aku try xnk jgk dia baik...x mau jgk...ni aku bru je blik dri klinik gigi.ingatkan lega lah arini dpt cabut gigi tu...rupanya doktor suruh mkn ubat dulu..pastu dtg balik 8 feb...oh tidak.....kena berperang lgi la mlm ni aku dgn kesakitan gigi.........hua.........hua.....:(




Sekiranya kengkawan mengalami sakit gigi, gigit tiga kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau gigi berlubang, ketuk cengkih dan isi didalam lubang gigi anda dan tutup dengan kapas. blh juga berkumur dgn air garam yg hangat....cuba lah...aku dh try ..mmg x jalan tp blh meredakan sikit la...mmg gigi aku ni nk kena cabut jgk la...



Wednesday, 26 January 2011

So sweet (Jejai & Nora)


Aku masuk blog Beautiful Nara td dan rasa sgt2 teruja  nk share gmbr2 ni...aku suka sgt kalau dorang ni berbaik balik...bak kata org anak lah penyambung segalanya....adalah yg makan ati tgk foto2 ni...what u did u get back....














Petua Halau Cicak

Sebagai seorang suri rumah kita pasti bosan kalau ari2 dok ngadap nk bersihkan taik cicak...hari ni bersih tgk esok ada plk...merata rata....eeiii...tension btul...x tau camne nk halau cicak2 yg bermastautin dlm umah...belek2 fb smlm aku jumpe petua nk halau cicak dri fb pak ngah-farid ismeth emir...jd aku nk kongsi la dgn kwn2 semua...


1.Makanan cicak ialah serangga. Lagi banyak serangga lagi banyak cicak. Sikit serangga, sikit cicak. Kalau anda ingin hapuskan cicak, hapuskan serangga dulu. Cicak akan lari ke tempat lain sebab tidak ada rezeki dalam rumah kita. Kenapa ada serangga di rumah? Dari sampah, saki-baki makanan yang tidak dibersihkan, lantai kotor, makanan mentah tidak ditutup rapi, sarang serangga, highway serangga seperti dahan pokok dari pohon rimbun, tempat lembab dan sebagainya. Makanan kegemaran cicak ialah semut, anai-anai dan lipas.

2. Cicak tidak suka dengan campuran air dan lada merah. Ia tidak tahan pijau. Tumbuk 2 biji lada merah atau 5 cili padi. Bancuh dengan air. Masukkan dalam botol spray dan anda spray di tempat mana banyak semut atau selalu nampak cicak duduk bermusyawarah dalam kumpulannya, ataupun cicak menyorok.

3. Cicak tidak suka dengan kulit telur ayam. Mungkin ia alergik dengan mineral kulit telur. Basuh dan keringkan kulit telur ayam dalam masa 2 atau 3 hari. Pecahkan kecil-kecil. Lekatkan berapat-rapat pada cardboard dan gum.

4. Cicak memang takut dengan kucing. Kucing biasanya bermain-main dengan cicak dan menjadi makanan side-dishnya.

5. Kurang dan banyaknya cicak di rumah berkait rapat dengan kurang atau banyaknya serangga di rumah. Kurang atau banyaknya serangga di rumah, berkait rapat dengan sikap penghuni terhadap kebersihan rumah dan halamannya.


Sunday, 23 January 2011

l ̲̅ə̲̅٨̲̅٥̲̅٦̲̅] Permata Hatiku

(◕‿-)    Salam semua...mlm ni xde apa aku nk buat ni..ingat nk berkongsi la skit dgn u all semua apa yg ada dlm koleksi aku ni...xde ape pun cuma nk share foto anak2....kalau berminat nk tgk, layan la...kalau x berminat......lu pikir la sendiri ye...hehehehe....

MY FAMILY



(◑‿◐)❤  Aku dan suami tersayang Mohd Rafli......kami berkahwin pada 22 Mei 1999...wahh...pejam celik pejam celik dh nk masuk 12 tahun usia perkahwinan kami...Semoga kekal abadi dan bahagia ke akhir hayat...(gmbr2 lama ni..hehe..masa ni bru 2 anak...yg bju hitam tu je gmbr terbaru skit,tgk tudung pun dh tau kan...hihi...
❥  Permata hatiku....❥



Anak sulongku Muhd Asyraf..umur 11 tahun..sklh di SK Bandar Tun Hussein Onn2...hospital kajang tmpt lahirnya...seorang yg pendiam je..x byk ckp..ikut papanya la..kalu ikut mak haa..kt bwh ni..byk ckp la skit..aktif ngan nasyid dan karate...nasyid dh bertanding smpai peringkat negeri selangor wakil sklh agama berkumpulan...❥



Muhd Syahmi nama diberi.....panggil kt rumah syahmi je...anak ke 2 la ni..stu sklh ngn abg dia darjah 2...lahir kt hospital kajang gak...huuiii...byk mulut skit ni...suka menyoal org je kejenya..ada sje soalan2 yg kuar dari mulut dia...x terlayan kdg2 tu...x minat bergambar dia ni...x byk koleksi gmbr dia..


Ni anak yg paling kecik...Humaira Iman.. kitaorg panggil adik...umur 3 tahun la(bulan 6 nanti)...sama cam abg2 dia jgk lahir kt hospital kajang..antara ber3 ni dia la yg paling sng aku nk lahirkan..bkn ape sbb sakitnya mmg skjp sgt..pukul 4 pagi dh sakit pastu gi hospital dktr cek terus kena masuk labour room...15 minit lepas tu terus dh sakit sgt2 dan alhamdulilah sng dia keluar..paling suka kalu posing dpn kamera dia ni...koleksi gmbr dia byk la..tp dh besar ni susah skit nk tgk kamera dh...malu kot...








Thursday, 20 January 2011

Jika ada anak2 kecil yg sukar dgr kata@ nasihat, perdengar kan kepada mereka agar mereka mudah mendengar teguran dan didikan...Insya'Allah.

Bersantai di Tasik Permaisuri (16 Jan 2011)

16 Jan bru2 ni aku ngan eyla(sepupu) bwk anak2 gi jalan2 kt tasik permaisuri...tmpt ni mmg best..kalau hari ahad mmg full la..parking pun penuh,terpaksa la parking kt tepi2 jalan..permainan pun byk...kira puas ati la bdk2 nk main...org meniaga jgn ckp la,dh mcm pasar malam...penuh...dorang meniaga guna kete dan van je tapi macam2 la ada segala jenis makanan...tp yg spesel aku paling suka sengkuang ngan sos dan ada tabur kcg tu...mmg sblum ni aku x pernah jumpe...btulll......!!!!ni je gmbr2 yg smpt kami snap...yg lain tu ada tp x kurang mengancam skit la nk masuk kt sini...hehehehe...
dh mcm pertandingan merebut anak la plk.....sape cpt dia dpt...hahaha...
wah...mama 2 org ni bukan main lgi posing.....

Bersama anak2...maira,syahmi dan asyraf...

maira....tgk la kamera tu....eh..mama die plk yg lebih2...

mama pinjam belon jap ye...

posing 4 beranak..

rehat jap...

tetiba je 2 mama ni dh jdi model...hihi..

ape la yg dibodek si atan tu kt maira....nk pinjam belon kot...

posing lagi..

Petua Untuk Rajin Bersolat



Jika anda ingin jadi orang yang rajin mengerjakan Solat, amalkanlah doa ini.

Bacalah selalu Surah Ibrahim: Ayat 40

Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

Surah Ibrahim: Ayat 40-43

[40] Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

[41] Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.

[42] Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).

[43] (Dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip dan hati mereka tidak bersemangat (kerana bingung dan cemas).

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”
Riwayat at-Tirmidzi

Sebab Mengapa Doa Kita Tidak Dimakbulkan



Setiap hari kita menadah tangan berdoa memohon bermacam perkara dari Allah.Siang malam pagi petang kita berdoa. Malah ada masa-masa kita berdoa hingga mengeluarkan air mata. Namun, mengapa doa kita masih tidak diperkenankan? Mengapa Allah tak makbulkan doa kita? Apa silapnya?

Sedangkan Allah Ta'ala telah pun berjanji melalui firmanNya di dalam Quran;

“Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Al-Mu’minun : 60)

Allah telah berjanji, tapi hairan,mengapa doa-doa kita langsung tidak memberikan sebarang kesan. Apa kita minta dan doa hari-hari, tak pernah kita dapat. Di mana silapnya? “Mengapa doaku tak di kabul?”

Pertanyaan ini sebenarnya pernah dilontarkan kepada seorang ahli sufi dan wali terkenal, Ibrahim bin Adham. Apabila ditanya “Mengapa doa tidak dikabulkan?”.
Lantas Ibrahim Adham pun menjawab, “Doa tidak dikabulkan kerana hati kamu telah mati.”
Lalu ditanyakan lagi, “Apa yang boleh mematikan hati?”.
Beliau menjawab, “Ada beberapa perkara, diantaranya:
1- Kamu mengetahui hak Allah, tapi kamu tetap tidak menunaikan hakNya itu. (Malah ada ramai pun yang tak tahu apakah itu hak-hak Allah yang perlu kita tunaikan, tahukah anda?)

2- Kamu membaca Al-Qur’an tetapi kamu tidak mengamalkan hukum-Nya. (Yang baca Quran memang OK, tapi bacakah anda? Baca Quran pun jarang sekali, tapi mengharapkan doa dimakbulkan…)

3- Kamu mengatakan cinta Rasulullah tetapi kamu tidak mengamalkan sunnahnya. (Kita ni jangan kata cinta, sesetengahnya malah memperlekeh sunnah-sunnah Nabi SAW. Kata sunnah dah ketinggalan zaman dan sebagainya.)

4- Kamu mengatakan takut mati tetapi masih tidak mempersiapkan diri untuk menghadapi mati. (Bersediakah anda untuk mati? Apa bekalan yang kita dah persiapkan?)

5- Kamu mengakui bahawa syaitan itu musuh, tetapi kamu ikut perangai syaitan. (Cuba periksa diri, apakah perangai syaitan yang ada dalam diri kita?)

6- Kamu selalu berdoa supaya terhindar dari api neraka, tapi kamu sendiri yang melemparkan dirimu ke dalamnya. (Doa minta jauh azab neraka kononnya, tapi dosa dan maksiat kita buat dengan selamba jer. Boleh makbul ker doa kita?)

7- Kamu ingin memasuki Syurga, tapi kamu masih tidak melakukan amal soleh. (Kita hari-hari minta doa untuk masuk syurga, tapi buat amal ibadat malas. Solat kita cuaikan, solat sunat jarang sekali, quran kita tak baca, zikir memang tak buat, sedekah amal jariah kita kedekut taik hidung masin. Tapi kata nak syurga. Macammana tu?)

8- Kamu sibuk memikirkan kesalahan dan keburukan orang lain, sedangkan keburukan dan kesalahan diri sendiri tidak pernah kamu hiraukan. (Asyik-asyik kata orang ni salah, orang ni tak betul. Kutuk sana kutuk sini. Tapi rupa-rupanya 'mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih')

9- Kamu mendapat pelbagai kenikmatan yang diberikan Allah swt, tetapi kamu tidak pernah bersyukur dengan mematuhi segala perintah Allah. (Tubuh badan sihat sokmo, perut kenyang sentiasa, tapi 'Alhamdulillah' pun tak boleh nak ucap.)

10- Kamu menguburkan jenazah orang lain, tapi tidak menginsafi diri kamu sendiri bahawa kelak kamu juga akan dikuburkan. (Tengok berita atau baca cerita pasal orang mati hari-hari, tapi tak pernah rasa insaf melihat kematian. Kita duk rasa nyawa kita panjang lagi. Kita rasa kita boleh hidup lama lagi. Lantas kita menjadi begitu culas dalam membuat bekalan hari kemudian.)

“Jika begitu, bagaimana mungkin Allah dapat mengkabulkan doa kamu?”

Itulah diantara sebab-sebab mengapa DOA kita tak dikabulkan oleh Allah swt. Padahal kita sangat mengharapkan doa kita dikabulkan oleh Allah swt, dan permintaan kita segera dijawab oleh-Nya.

Apa-apapun, kita TIDAK seharusnya berputus asa dalam berdoa. Yakinlah, jika kita minta pada Allah dengan penuh pengharapan, insyaAllah permintaan kita pasti diperkenankan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.