Monday, 28 February 2011

TUTORIAL NAK LETAK IKLAN : basix HTML 'Banner Rotator'..

Aku seronok sgt arini sbb lepas stu2 ilmu yg aku dpt dri berblogging ni dari hari ke hari..Arini aku dpt belajar dari mama kayla camner nk buat gambar iklan kt sidebar blh bertukar tukar cam gmbr iklan churp2 aku kt sebelah ni...Ni ada aku ambik tutorial dri blog mama kayla...tqvm my dear...

mula mula... buka webpage churphurp dan htmlbasix serentak... stay kat page :

Lepas tu klik kat "choose a generator" tgk gambar diatas... kat tempat yang dibulatkan merah tu.. then cari "banner rotator"...
jumpa tak? ok pas klik akan kuar page ni kan?
scroll kebawah dan focus kepada banner details kat bawah tu ok... part ni kita akan masukkan url dan link churpchurp..
ok tak?
?
kat banner details tu kita adjust size dulu sesuaikan dengan height dan width sidebar kita... dan jangan lupa tick kan where do you want the page open : klik kat (new) nnti bila kawan kawan kita klik kat gambar churpchurp tu,ia akan auto open kat new webpage...

bab url dan link pula senang je..  pegi ke page churpchurp... right klik kat image campaigns churp churp, copy image url... lepas tu paste kat ruang URL OF IMAGE....personal link kita pula, pastekan ke ruangURL FOR LINK... refer arrow merah kat atas tu ya....

dan seterusnya... up to yo all nak letak berapa ikLan pun disitu ya.. yang penting ada image url dan link nya sekali...

dah siap dengan urL dan link? lepas tu klik generate... then akan keluar code ya... copy all dan paste kan ke HTML/JAVASCRIPT didalam design, add gadget.... dan hasiLnya!!!
!

Lang besor di Langkawi...

Oh helang gergasi.....tggu kedatanganku 2 mggu lgi...aku akan menemui mu...akan ku tatap2 wajahmu kerana itu lah impian aku sejak dri bangku sklh lgi...hehehehe....selama ni dok tgk dlm gmbr je binatang besor ni...x sabar rasanya nk tgk live...hihi...dri bangku sklh lgi asyik dok dgr je sejarah2 di Langkawi..byk btul kan tmpt bersejarah kt sana..cth,Tasik Dayang Bunting,Telaga Tujuh,Padang Mat Sirat,Makam Mahsuri dll..sume tmpt tu ada lagendanya yg tersendiri..

Pulau Dayang Bunting
Tasik Dayang Bunting terletak di sebelah selatan Pulau Langkawi ,di kelilingi oleh tumbuh-tumbuhan hijau ,merupakan tasik yang terbesar di Pulau Langkawi.Bukit bukau dan gunung ganang di sekeliling tasik tersebut kelihatan seolah-olah sepeti tubuh seorang wanita hamil yang sedang berbaring.Tasik dan pulau ini mendapat nama dari kisah dongeng masa lalu .Lagenda ini bermula dengan percintaan puteri kayangan yang mengahwini putera bumi .Anak sulong puteri tersebut mati apabila di lahirkan.Maka dengan rasa sedih beliau telah mengebumikan mayat anaknya di tasik tersebut .Sebelum pulang kekayangan ,beliau berdoa melalui saat itu ,setiap wanita yang tidak mempunyai anak akan dikurniakan anak sekiranya mandi ditasik tersebut . 

Telaga Tujuh
Telaga Tujuh atau The Seven Wells adalah satu rangkaian tujuh telaga semulajadi yang airnya mengalir dari tujuh mata air. Dipercayai terdapat tujuh orang puteri dari kayangan yang sering mandi dan amat suka akan kesejukan air perigi ini. Terdapat seorang putera raja yang tinggal berhampiran perigi ini dan cuba untuk memikat serta mengahwini salah seorang puteri-puteri ini tetapi masih belum berjaya. Air ini juga dipercayai mempunyai kuasa yang boleh menyembuhkan beberapa penyakit.
Makam Mahsuri
Makam Mahsuri terletak kira-kira 12 km dari bandar Kuah .Ia merupakan makam peringatan ke atas pengorbanan Mahsuri di Langkawi,sijelita yang telah dituduh melakukan perkara sumbang .Mahsuri dijatuhkan hukuman bunuh ditikam sehingga mati dengan sebilah keris .Menurut lagenda,darah putih mengalir keluar dari tubuh Mahsuri setelah ditikam dan saat-saat menemui ajalnya beliau telah bersumpah ke atas Pulau Langkawi yang mana ia tidak akam maju dan bahagia selama tujuh generasi.Samada dongeng atau mitos,tujuh generasi telah pun berlalu dan sekarang Langkawi mengalami arus pembangunan yang begitu pesat sekali . .
Beras Terbakar di Padang Mat Sirat
Padang Mat Sirat terletak 12 kilometer dari pekan Kuah. Selepas kematian Mahsuri, Langkawi telah diserang oleh Angkatan Tentera Siam. Rakyat tempatan telah membakar semua beras sebagai bekalan utama makanan bagi menghalang tentera Siam mendapat bekalan makanan untuk mereka. Diceritakan, mereka telah menanam beras tersebut didalam tanah sedalam 1 meter dan kesan beras terbakar tersebut masih lagi boleh dilihat hingga sekarang, lebih-lebih lagi selepas hujan. Tempat dimana beras terbakar itu dapat dilihat dinamakan Beras Terbakar dimana kebanyakan orang percaya boleh mengubat beberapa jenis penyakit.
Pantai Cenang
Tanjung Rhu
Taman Lagenda Langkawi
Underwater World
Itu lah di antara tmpt2 menarik yg ada kt Langkawi dan aku x akan lepaskan peluang untuk melawatnya...Insyaallah.....

Sumber dari google

Sunday, 27 February 2011

Akhirnya Shuib dan Siti Sarah selamat diijabkabul...

 Tahniah...Semoga berbahagia hingga ke anak cucu.....






Gambar Sumber Dari BUDIEY

Saturday, 26 February 2011

Broadband cam sipot

Aduhai....nape la ngan broadband aku 2,3 menjak ni...lembab giler...xder mood nk ber blogwalking..nk bukak pun loading bkn main lame..weyyy broadband.....aku byr bln2 la tp nape servis ko teruk sgt....huh....dh hbis sabo dh ni...............:(  :(  mood :sedih.bengang,marah,geram sume ada mlm ni........

Friday, 25 February 2011

Kelebihan Wanita Mentaati Suaminya

Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup tujuh pintu neraka dan terbuka tujuh pintu syurga. Masuklah mana-mana pintu yang dia sukai dengan tanpa hisab.

1. Rasulullah bersabda, maksudnya : “Wanita, apabila dia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, maka masuklah dari mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki.”

2. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang soleh.”

3. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan, kemudian dia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya, maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.”

4. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Perempuan itu aurat maka apabila dia keluar mendongaklah syaitan memandang akan dia.”

5. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak, haramlah baginya bau syurga.”

6. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas khawin).”

7. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Wanita yang tinggal di rumah bersama anak-anaknya akan tinggal bersama ku dalam syurga.”

8. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apabila seorang wanita mula sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).”

9. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan muhrimnya) adalah seumpama gelap gelita pada hari kiamat, tiada nur baginya.”

Thursday, 24 February 2011

Produk penyebab kanser.. Sila Elak Penggunaan

Layan gambar2 ni  dulu...




wow....rasa mcm x percaya kan bila tgk gmbr2 kt atas ni....produk2  penyebab kanser...padahal produk2 ni semuanya terkenal sejak dri dulu lagi..cthnya johnson baby lotion..aku mmg x sangka btul la...sjak dri zaman sklh lgi aku pakai  losyen ni tp knp la tiba2 skrg jdi mcm ni...anak2 aku pun semuanya losyen ni la aku sapu kt kulit dorang masa bby...susah btul nk cri produk yg btul2 selamat di zaman millenium ni....huaaaaaaaa...

Aku dpt info ni dari blog beautifulnara

Petua Menangani Anak Tidak Mahu Pergi Sekolah

Ada kanak-kanak yang memang suka pergi sekolah tapi ada juga segelintir yang tak suka pergi sekolah. Yang pasti, mesti ada sesuatu sebab kenapa mereka tidak mahu pergi sekolah. Masalah ini biasanya berlaku bagi anak berumur 4 -7 tahun yang baru hendak mula bersekolah. Walaupun demikian ada juga kes anak yang tidak suka ke sekolah yang berlarutan sehingga sekolah rendah.


Antara Penyebabnya -

1. Tidak mahu berpisah dengan ibu dan adik-adik di rumah
2. Dibuli oleh kawan-kawan di sekolah
3. Guru yang tidak disukainya; mungkin gurunya selalu menegur dan marah secara yang tidak disukainya.
4. Tidak suka berkawan, suka tinggal berseorangan disebabkan tidak dibiasakan sebelumnya
5. Tidak selesa, takut, tidak pernah berenggang dengan ibu bapa dan tidak rasa selamat
6. Perasaan takut dan tidak selesa berdepan dengan guru dan kawan-kawan
7. Tidak suka bangun awal pagi
8. Tidak suka dengan persekitaran sekolah

Cadangan Penyelesaian

Selidiki punca masalah; apakah sebab anak tidak mahu pergi sekolah. Pujuk dan tanya kenapa dia tidak mahu pergi sekolah; adakah sebab kena buli, takut kawan atau guru atau sebagainya. Berdasarkan punca masalah tersebut, cuba cari jalan penyelesaian yang sesuai seperti;

1. Ceritakan suasana positif dan keseronokan di sekolah, seperti “ada ramai kawan”, “guru yang baik”, “boleh main dengan kawan” dan sebagainya..

2. Beri ganjaran (umpan) kepada anak yang tidak mahu ke sekolah dengan sesuatu yang disukai sekiranyanya dia rajin ke sekolah tetapi janji tersebut mestilah jangan keterlaluan dan di dalam kemampuan ibu bapa.

3. Latih anak bangun awal, sebaik-baiknya dapat solat subuh bersama-sama. Sediakan mereka dengan pakaian yang kemas.

4. Mungkin juga ibu atau bapa perlu temankan dia di sekolah untuk berapa ketika sehingga dia rasa selamat dan yakin

5. Buat kerja rumah dan ulangkaji bersama-sama. Tanya hal-hal aktiviti, siapa kawan dia di sekolah dan sebagainya. Tunjukkan minat dan sokongan anda terhadap persekolahannya.

6. Berbincang dengan guru sekiranya anak anda dibuli atau takut kepada kawan. Biasanya guru juga dapat mengesan dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

7. Bantu anak dapatkan kawan seramai yang mungkin dan secepat mungkin. Ada juga kanak-kanak yang lambat mendapat kawan, dan ada yang cepat (bergantung kepada sifat genetik, persekitaran dan asuhan).

8. Tukar sekolah. Ini adalah pilihan terakhir sekiranya masalah persekitaran, guru dan rakan sukar diatasi. Kemungkinan juga anak tidak minat dengan silibus di sekolah berkenaan.

9. Berdoa semoga diberikan minat dan keinginan yang tinggi bagi anak-anak menuntut ilmu yang bermanfaat.


Sumber : koleksi petua

Tuesday, 22 February 2011

FACEBLOG

Jom join FACEBLOG....boleh naikkan traffik blog kita..

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH

Monday, 21 February 2011

Geramnyer aku tgk kucing2 ni..

 Jom layan gmbr2 si comel ni...sejuk je ati tgk binatang kesayangan Nabi kita ni..tp aku heran nape la ada gak org yg tergamak seksa binatang...dia pun makhluk Allah jgk...Tp tu la nk ckp camne kan dh zaman skrg ni anak sendiri pun snggup dibuang mcm sampah...inikan pula anak binatang..Semoga ALLAH membuka pintu hati mereka.....



















Gambar ehsan dri mr google.

Sunday, 20 February 2011

Suami pilih pondan >>> apa la yg best sgt dgn pondan tu.....

Mcm2 kejadian pelik yg sering kita dgr sjak kebelakangan ni...ntah la dh x tau apa nk jdi dgn dunia skrg ni...ini lah yg dikatakan manusia akhir zaman..Arini terpampang kt depan HMETRO mengenai suami yg lebih rela pilih pondan dri isteri sdiri...dh teruk benor x tau nk pikir baik atau buruk...(Ya Allah kau lindungi dan jauhi lah keluargaku dri semua ini...)

KUALA LUMPUR: Dia berkahwin atas dasar suka sama suka. Namun apabila usia perkahwinan mencecah lima tahun dan selepas melahirkan anak kedua, suaminya melakukan kejutan apabila mendakwa berkahwin lain secara sembunyi di Thailand.Walaupun hatinya luluh, dia tetap menerima berita itu dengan rela selepas dimaklumkan madunya yatim piatu dan hidup dalam kesusahan. Namun, selepas setahun setengah hidup ‘bermadu’, dia menerima kejutan lebih besar apabila watak isteri kedua yang didakwa suaminya langsung tidak wujud. Malah, ‘isteri kedua’ itu rupa-rupanya pondan yang sering dijadikan teman tidur suaminya apabila kononnya tiba giliran bermalam di rumah isteri baru.Mahu dikenali dengan nama Sara, 35, wanita ini menuntut cerai selepas suaminya mengakui ‘tawar hati’ dengan belaian wanita, sebaliknya lebih menyukai pondan kerana pandai melayan dan mengambil hatinya.
Menceritakan kisahnya ketika ditemui Metro Ahad di sini baru-baru ini, Sara mendakwa, sebelum rahsia itu terbongkar, selama 18 bulan hidup ‘bermadu’, suaminya menunjukkan kelakuan pelik apabila kerap meminta melakukan seks luar tabii. Mula-mula dia kata hanya mencuba, tetapi bila tiap kali ingin bersama, cara itu yang diminta dengan alasan cara biasa tidak memberi kesan kepadanya. “Walaupun tidak mahu kerana saya tahu ia salah, sama ada daripada segi undang-undang mahupun agama, saya terpaksa akur kepada permintaannya, lebih-lebih lagi apabila dia kerap merayu,” katanya.Bukan itu saja, kerana percayakan hidup ‘bermadu’, dia juga sanggup menghulurkan RM500 hingga RM1,000 kepada suaminya yang memberi alasan kekurangan wang untuk membeli barangan dapur untuk ‘isteri keduanya’.Malah kerana kasihan, dia pernah memberi wang simpanan RM15,000 kepada suaminya yang menyatakan ia digunakan untuk membayar hutang perumahan ‘madu’nya yang tertunggak dan jika gagal, akan dilelong oleh pihak bank. 
“Sebenarnya, sebelum tembelangnya terbongkar, saya menerima aduan daripada beberapa kenalan yang menyatakan pernah terserempak dengan wanita lain. “Kerana itu saya sering desak suami memberitahu perkara sebenar hinggalah dia (suami) menyatakan sudah tiga bulan berkahwin dengan wanita yang dinikahi di sempadan Thailand. “Malah, alasan diberinya iaitu untuk menolong wanita itu yang hidup yatim piatu dan susah, sedikit sebanyak turut melembutkan hati saya,” katanya. Oleh kerana tidak mahu bergaduh dan simpati dengan ‘wanita’ itu, Sara, mengakui merelakan ‘perkahwinan kedua’ suaminya dengan syarat dapat berlaku adil. “Soal duit tidak menjadi masalah kerana saya memiliki sebuah perniagaan runcit. Jadi, bila suami memberitahu ‘wanita’ itu hidup susah, saya jadi sejuk hati selain berhasrat membantunya,” katanya. 
Selama tempoh itu, akui Sara, dia tidak mengesyaki ada sesuatu cuba disembunyikan suaminya walaupun permintaan untuk berjumpa ‘madu’ sering ditolak dengan alasan ‘isteri kedua’nya bekerja hingga lewat malam selain menunggu masa sesuai. “Disebabkan suami asyik menyatakan madu saya sibuk kerja dan terpaksa membuat kerja lebih masa hingga lewat malam bagi menambah pendapatan, saya pendamkan niat untuk berjumpa,” katanya. 
Bagaimanapun selepas 18 bulan hidup bermadu, dia menerima panggilan telefon daripada pegawai agama yang memintanya menjamin keluar suaminya kerana ditangkap berkhalwat. “Malam ketika menerima panggilan berkenaan, memang giliran suami bermalam di rumah ‘isteri kedua’nya yang dikenali dengan nama Linda. Jadi, memang saya sangat terkejut kerana menyangka suami tidak pergi ke rumah madu, tetapi wanita lain. “Namun, bila anggota penguat kuasa serta polis memaklumkan suami ditahan bersama pondan, saya terus sebak. Manakan tidak, sudah ‘beristeri dua’ tapi masih kemaruk nafsu seks hingga sanggup bersama pondan,” katanya.
Menurutnya, sebaik meminta penjelasan, suaminya mengakui tidak pernah mempunyai madu, sebaliknya pergi bermalam di rumah pondan. “Madu itu hanya rekaannya supaya saya tidak lagi menyoal dengan siapa dia keluar dan bermalam.“Bukan setakat itu saja, suami juga menyatakan pondan berkenaan mampu melayan dirinya lebih baik daripada saya dan itu yang membuatkan saya kecewa serta patah hati dengan suami,” katanya.

Berita lanjut korang blh baca kt HMETRO

Saturday, 19 February 2011

Kek Marble

Arini  tiba2 je mood rajin aku dtg...dan ini la hasilnya
sebelum di bakar

selepas dikeluarkan dri oven tp kasi sejuk sebentar
ni ler rupa dri atas
rupa dri tepi
dh siap2 potong untuk dimakan
Kek ni mmg sedap,lembut dan amat gebuss skali....sng je nk buat dan hasilnya amat berbaloi....jom la pakat2 try......❤

✎Bahan-bahan :
200 gm tepung gandum
200 gm gula halus
100 gm butter
4 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh ovalette
60 ml air
1 sudu kecil esen vanilla

✎Cara:
Putar telur,gula dan ovalette hingga gebu..
masukkan tepung yg diayak dgn baking powder,air dan esen vanilla.
putar lagi
kemudian tambah butter yg telah dicairkan
putar hingga sebati..
blh buat beberapa kaler jika mahu..
kukus selama 1 jam..

Thursday, 17 February 2011

✫Serangan sinetron Kejora dan bintang☆★


Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ☆★ fuhhh.....meletup letup citer indon kt stesen2 tv skrg ni...mcm2 citer ada...aku mula nya mls gak nk lyn citer indon ni..bkn ape kalau dh lyn nanti syg nk tinggal..bila miss 1 episod pun dh rasa rugi yg amat sgt..tp sbb dh byr kt astro tiap2 bln aku lyn gak la..hahaha..aku nk kongsi kt u all semua kt sini stu sinetron yg bertajuk Kejora dan Bintang yg tgh meletup kt Astro 104 pkul 6.30 ptg...lepas sinetron Bukan Diriku aku tertarik plk dgn sinetron yg ni...pertama sekali dh tentu la sbb ada Baim Wong...Aku suka lakonan cowok ni..pastu ada plk si cewek Alyssa ni...jalan cerita dia pun menarik..x boring la..anak2 pun suka tgk..cuma bila ada part2 yg x logik tu menyampah gak...kalau nk tau jln citernya nya meh ke sinopsis KEJORA DAN BINTANG..Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ☆★

✯ni la Kejora..yg bju merah tu adik dia Bintang✯
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.