Monday, 28 March 2011

Tujuh kalimah

Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1. Bismillahhirrahmann irrahim:
pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulliah:
pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astagfirrullah:
jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah:
jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquataill ahbillah :
bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah: jika menghadapi
musibah atau melihat kematian.

7. Laailaahaillallah :
bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.




Saturday, 26 March 2011

Rahsia Kejadian Tsunami Jepun ...

Sekadar berkongsi maklumat ...
Rahsia kejadian tsunami Jepun 11/03/11 dah dinyatakan dalam al-quran
Do read the fact. thank you.

1. Tarikh yang berlaku adalah pada  11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.
2. So dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.
3. Jawapanya Juzuk ke 14 Quran.
4. Dan bulan 4.

Rahsia  angka tahun ini :  Juzuk 14 ayat ke 4.

Rujuk di Quran.

1. Juzuk 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke  4 dari surah AL Hijir menyatakan
"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".

2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

So dalam 1432, 14 dah di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.

Ambil pula lokasi latititude dan longitude.

3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.

Dan di dalam Jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
so next 3+0 = 3.
*proved wilayah yang Allah maksudkan dengan angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6

masa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..

so 1+4+4+6 =15
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang  di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.

6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.

7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya


Di persilakan untuk share. Bagi mengingati kita kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat..

P/S ....Begitulah kebesaran Maha Pencipta ...

Thursday, 24 March 2011

Tutorial : Hidden shoutbox

UNTUK LETAK HIDDEN SHOUTBOX.

1) REGISTER DULU SHOUTBOX KALAU TAK ADA. KLIK SINI UNTUK REGISTER. DAPATKAN KOD SHOUTBOX ANDA.

2) BUKAK DASHBOARD-->DESIGN-->PAGE ELEMENTS-->ADD GADGET
AMBIL OPTION : HTML/JAVASCRIPT

PASTE CODE DI BAWAH DALAM RUANGAN HTML/JAVASCRIPT.
<style type="text/css"> #gb{ position:fixed; top:50px; z-index:+1000; } * html #gb{position:relative;} .gbtab{ height:100px; width:30px; float:left; cursor:pointer; background:url('URL TAB/ICON') no-repeat; } .gbcontent{ float:left; border:2px solid #666666; background:#F5F5F5; padding:10px; } </style> <script type="text/javascript"> function showHideGB(){ var gb = document.getElementById("gb"); var w = gb.offsetWidth; gb.opened ? moveGB(0, 30-w) : moveGB(20-w, 0); gb.opened = !gb.opened; } function moveGB(x0, xf){ var gb = document.getElementById("gb"); var dx = Math.abs(x0-xf) > 10 ? 5 : 1; var dir = xf>x0 ? 1 : -1; var x = x0 + dx * dir; gb.style.right = x.toString() + "px"; if(x0!=xf){setTimeout("moveGB("+x+", "+xf+")", 10);} } </script> <div id="gb"> <div class="gbtab" onclick="showHideGB()"> </div> <div class="gbcontent"> CODE SHOUTMIX ANDA <div style="text-align:right"> <a href="javascript:showHideGB()"> [close] </a> </div> </div> </div> <script type="text/javascript"> var gb = document.getElementById("gb"); gb.style.right = (30-gb.offsetWidth).toString() + "px";</script>

            

Untuk mendapatkan url image right klik dan pilih copy image url.. 


Credit(s): HannaFauzan

Wednesday, 23 March 2011

(Tribute) 15 Gambar Terbaru Dari Jepun Selepas Gempa Bumi Dan Tsunami



Di bawah ni adalah 15 gambar terbaru yang menunjukkan keadaan terkini di Negara Jepun. Gambar 10 hari selepas berlakunya peristiwa hitam tsunami dan gempa bumi yang berskala 9.0 yang melanda negara Jepun pada 11 Mac 2011. Terumbang-ambing! Itulah yang boleh aku katakan selepas melihat sendiri kesemua foto-foto terbaru ini….
gambar keadaan selepas gempa bumi jepun
Seorang nenek yang sedih dengan kehilangan keluarganya…

gambar selepas tsunami photo after japan earthquake
Seorang lelaki dan anjing peliharaannya melintasi kawasan bencana.

photo image after earthquake tsuname japan
Sukarelawan penyelamat melihat kesan bencana yang teruk..

gambar selepas after tsunami japan earthquake
Seorang lelaki berdoa dihadapan tapak bekas rumahnya yang musnah.


Dua orang wanita melewati kawasan yang teruk dilanda tsunami dan gempa bumi..


Seorang pak cik yang berbasikal meninjau kesan tsunami dan gempa bumi yang melanda Jepun pada 11 Mac 2011.


Sebuah keretapi yang tersadai di atas tanah perkuburan selepas dibawa arus tsunami.


Antara bangunan yang ranap dan juga bangunan yang bertahan dalam kejadian tsunami pada 11 Mac 2011.


Kesan teruk tsunami yang dapat dilihat.


Sebuah kereta tersadai di atas rumah yang hampir roboh.

destruction tsunami eartquake japan jepun
Sebuah kereta tersangkut pada sebuah kapal yang juga tersangkut pada sebuah bangunan.

nuclear japan jepun after selepas tsunami earthquake gempa
Asap masih lagi keluar di reaktor no. 3 di loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi.Foto ditangkap oleh Tokyo Electric Power Corp. pada 21 Mac 2011.

funeral japan victim earthquake 2011 tsunami
Pasukan penyelamat memberi penghormatan terakhir sebelum mengebumikan mangsa.

victim tsunami earthquke 2011 japan
Mangsa-mangsa bencana di pusat pemindahan sementara

P/s: Inilah peringatan dari-Nya kepada kita yang lemah dan menumpang dibumi-Nya… Dilaporkan hampir 22,000 mangsa yang hilang setakat ini. Semoga rakyat Jepun tabah menghadapi dugaan yang melanda.

Tuesday, 22 March 2011

Tutorial : Energy Saving Mode

1) Sign In ke www.blogger.com

2) Pergi ke Design ↪ Add New Gadget ↪ HTML Java Script

3) Copy Code dibawah :
<script src='http://www.vincentcheung.ca/jsencryption/jsencryption.js' type='text/javascript'></script><script type="text/javascript">if (window.jstiming) window.jstiming.load.tick('headEnd');</script>
<!-- save your energy --><script language='javascript' src='http://www.onlineleaf.com/savetheenvironment.js' type='text/javascript'></script><!-- save your energy end --><script type='text/javascript'></script><script type='text/javascript'>
4) Pastekan Code dibawah dan Save !

Cerita tentang kebodohan manusia mempermainkan tentang tsunami..

Bila Jepun dilanda gempa bumi dan Tsunami, kita dah tak rasa seterkejut seperti pertama kali tengok kesan tsunami masa kejadian di acheh dulu. Mungkin kejadian tahun 2004 dulu dah memberi sedikit gambaran bagaimana tsunami mampu mengubah sesuatu tempat tu, yang mampu menolak segala macam benda tak kira berat atau kukuh, hidup atau mati ke tengah bandar yang jaraknya agak jauh dari pantai.

Cuma nya bila Jepun dilanda tsunami ramai orang yang secara tak sedar mengaitkan kejadian tsunami dengan Ultraman. Sekiranya lawak bodoh Ultraman dan tsunami dibual di meja makan tak kira dirumah atau di warung kopi hatta kedai mamak sekalipun, tiada yang ambil kisah, tiada yang ambil pusing, dipandang sekadar lawak bodoh semata, cakap kosong sahaja.


Tapi bila artis yang mengeluarkan ayat berbaur lawak bodoh mengaitkan tsunami, ultraman atau doraemon, tetiba isu menjadi panas, ramai yang tak berpuas hati, secepat mana Fizz fairuz mengeluarkan kenyataan dilaman social secepat tu jugak yang memberi respond memberi pandangan dan meluahkan ketidak puasan hati dengan lawak bodoh sebegitu disaat rakyat jepun sengsara.

Tapi dalam pada tu, akhbar nasional kita sendiri secara tak sengaja mungkin, terlepas jugak menyiarkan lawak bodoh yang sama.

Tak kiralah cakap di meja makan atau tersiar kat surat khabar atau laman social mana-mana pun, sesuatu isu tu perlu jugak dipandang sensitivitinya, terutama kalau melibatkan suratkhabar nasioanal lagi perlu berhati-hati, jangan bila dah tersiar baru nak minta maaf, tiada gunanya...
Kredit untuk : Anamarza

Monday, 21 March 2011

Sejuk perut mak peserta2 rancangan 'adik adikku tv1''

Salam semua...tgh menonton rancangan adik adikku kt tv1 ni...Bangga tgk penceramah2 cilik yg sgguh berbakat..mmg x percaya kalau dilihat dri segi umur yg kbnyakannya bru berusia 10-12 tahun  tp mampu memberi ceramah spt seorang ustaz dan ustazah...Berdiri bulu roma aku dgr dorang ni berpidato...Yang paling best td aku tgk peserta perempuan pertama yg nama Alya..Baguslah ada rancangan mcm ni sekurang kurangnya ada pelapis2 imam muda cilik..Mmg bangga mak bapak dorang tgk anak msg2...Aku suka kalau anak2 babitkan diri dalam rancangan2 spt ini dri terlibat dgn rancangan realiti hiburan sahaja..Aku pun teringin nak kan Asyraf (anak aku) jdi spt imam muda Asyraf suatu hari nanti....Insyaallah...kita sbagai ibu doakan lah yg terbaik untuk anak2 kita agar jdi manusia yg berguna kpd bangsa agama dan negara...


*SIAPAKAH AGAKNYA YG AKAN JDI JUARA DLM RANCANGAN ADIK ADIKKU 2 NI..???
aku rasa semua blh menang sbb semuanya hebat2 belaka...!!

Friday, 11 March 2011

Nabi Muhammad jadi bahan penghinaan

SEDIH DAN SEBAK RASA DI DADA BILA ADA MANUSIA SEBEGINI RUPA YG SANGGUP MENGHINA NABI JUNJUNGAN KITA...NABI MUHAMMAD SAW..

Minta jasa baik kawan-kawan yang beragama Islam, sila ke PAGE INI(klik sini) dan minta jasa baik tolong report page... (belah kiri, bawah sekali, antara create page dan share)

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lambaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi perkertimu
Tidak tergambar betapa indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu didalam Al Quran

Rasullullah kami umatmu
Walau pun tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan Rasul sebagai pembela
SUBHANALLAH..
Begitu indah akhlakmu Ya Rasulullah
Semoga diri kita mampu mecontohi
Akhlaknya Rasulullah Saw..Amiin.''

Wednesday, 9 March 2011

Alat make up sebenar wanita

1) Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
2) Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
3) Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
4) Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
5) Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.
6) Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.
7) Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."
8) Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."

DIGI BROADBAND

BYR BROADBAND DIGI HANYA RM 38 SEBULAN....KINI PENGGUNA BROADBAND DIGI JUGA BLH MENDAPAT MATA BONUSLINK 3-5 KALI GANDA..NAK TAU APA LAGI KELEBIHANNYA...???JOM KLIK ....DIGI BONUSLINK PROMO


BUDU..!!! SEDAP KO...2 PINGGAN NASI X CUKUP..


fuhh...sapa yg pandai makan budu mesti terliur kan tgk pic kt atas tu..cuba korang bayangkan dgn nasi panas2 pastu ambik budu cicah plk dgn ikan bakar dan ulam2..terangkat punggung..mak mertua lalu sebelah cnfirm x nmpk dah..nasi sah2 bertambah tambah nya..mcm tu la aku bila kena penangan budu ni,dh x ambik dh lauk lain..rasa lengkap dh ngan lauk ni saja..tp cik abg x pandai mkn,mklum lah dibesarkan dgn lauk pauk org melaka,mana nk pandai mkn,,aku ni org ktn mmg budu ni mmg tradisi la belah2 pantai timur..skrg ni anak bujang 2 org tu pun dh pandai mkn ikut mamanya..papanya jer yg sampai sudah x pandai mkn..sbnarnya mcmna budu ni dihasilkan dan apa khasiatnya.......??? jom baca...

Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis.Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol.

Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti ladamempelam dan air perahan limau nipis. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. 
Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosiskoroner jantungpenyakit kencing maniskanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.
Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya , kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.
Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin – yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.
Budu mempunyai bau yang agak kuat dan kurang digemari ramai. Selain itu ia mempunyai kandungan asid urik yang agak tinggi dan tidak sesuai bagi mereka yang menderita sakit gaut, kencing manis, darah tinggi, jerawat batu, barah payudara dan keguguran rambut kronik.

Tuesday, 8 March 2011

First time menang GA..

Excited nya aku arini...ehem2...bru jer bukak email kejap td tiba2 terbaca ni:
HI..!! TAHNIAHHHH!!! KAMU ADALAH PEMENANG SAGUHATI GA FEB WEIYDA..SILA TINGGALKAN INFO SEBELUM APRIL.. INFO ADALAH SEPERTI DI ENTRY BERIKUT...
http://mummylovers-pinky.blogspot.com/2011/03/pemenang-giveaway-fantasy-pinky.html
TQ

Baru pertama kali menang sejak join GA..sape x seronok kan wlpn dapat saguhati jer...Bab2 hadiah tu rezeki msg2 la kan...kita cuba nasib jer..yg penting dapat tambah ramai kenalan dgn men'join'kan diri dlm GA ni....

Sunday, 6 March 2011

Lori rempuh rumah

Terkejut aku tgk muka depan harian metro arini pasal berita lori rempuh rumah...kemalangan ni berlaku kt area rumah aku je sebenarnya ni...mcmana la aku blh x tau ni...ye la semalam aku duk terperuk jer kt umah umah x gi mana pun..dentuman pun aku x dgr sbb mgkn jaraknya dri umah aku kira jauh jgk la dlm 4 km..

KUALA LUMPUR: “Saya terkejut kerana menyangkakan dilanda gempa bumi selepas seluruh rumah bergoyang manakala batu serta cermin bersepai. Saya yang tidur di ruang tamu ketika itu segera berlari keluar sebaik melihat lori simen terbalik di depan rumah,” kata pembantu rumah, Otiman Mundari, 43, semalam.
Bagaimanapun, katanya, dia bersyukur kerana tiada penghuni cedera atau kehilangan nyawa dalam insiden berkenaan tetapi terkejut apabila mendapat tahu pemandu lori terbabit terbunuh. 

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari ketika dia tidur di sofa manakala ibu majikannya yang berusia 77 tahun di tingkat atas rumah. 

Ketika itu dia tidak tahu apa hendak dilakukan kerana terlalu takut kecuali berlari mendapatkan ibu majikannya.Metro Ahad difahamkan, ketika kejadian, lori berkenaan menuruni bukit sebelum tiba di simpang tiga berdekatan.Selepas merempuh kenderaan di depannya, ia terbalik lalu merempuh sebuah rumah di kawasan berhampiran, menyebabkan pemandunya terperangkap. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cheras, Johari Md Lazim berkata, pemandu terbabit, Ong Heng Sai, 52, terbunuh kerana cedera parah di kepala dan badan.

“Bomba mengambil masa kira-kira empat jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras untuk bedah siasat manakala pemandu Perodua Kembara yang dirempuh lori itu hanya cedera ringan,” katanya.



sumber : HMETRO

Friday, 4 March 2011

KHURAFAT mmg seram giler la...


Mungkin aku dh ketinggalan jauh nk preview cite KHURAFAT ni..Aku bru dpt tgk kt astro first arini dan apa hasil yg aku dpt dri menonton cite tu mmg berjaya buat bulu roma aku berdiri...Bagi aku part yg mmg btul2 meremang masa Samsul dukung mayat tu....eiii.. kalau tgk kt panggung mmg aku nangis la nk kuar panggung...nsb tgk kt umah,screen x sebesor kt panggung..apapun tahniah wat Samsul kerana dh berjaya mencipta sejarah dlm pembikinan cite2 antu di Malaysia..Ada lgi ke kwn2 kt sini yg x tgk lgi filem ni ...???

Insaflah wahai pembuang2 bayi sekalian.....!!!!

Pagi2 bukak metro online terus ternmpak tajuk yg amat menyentuh hati di pgi Jumaat yg mulia ni...Ya Allah..bila la manusia2 ni nk insaf...x abis2 dgn isu'buat dan buang'...sampai bile ni....???dh x tau nk buang kt mana dlm komuter pun jadik gak dorang ni....Baca la kt bwh berita ni...
KLANG: Seorang pekerja pembersihan sebak sejurus menyedari bungkusan plastik hitam yang disapunya di lantai gerabak komuter, rupa-rupanya mengandungi mayat bayi lelaki baru dilahirkan dan masih bertali pusat.Siti Khalijah Mat Zain, 37, menemui mayat bayi itu ketika menjalankan kerja hariannya membersihkan komuter dari stesen di Batu Caves yang berhenti di stesen terakhir di Pelabuhan Klang, jam 9 pagi semalam.“Selepas semua penumpang turun, saya memulakan kerja menyapu lantai di gerabak hadapan. Tiba-tiba saya tersapu satu bungkusan beg plastik warna hitam di bawah kerusi penumpang, betul-betul belakang ruang pemandu. “Saya angkat beg itu dan mendapati ia agak berat. Saya bawa beg plastik itu keluar dan meletakkannya di atas kerusi tempat penumpang menunggu ketibaan tren komuter, tapi tak berani nak membukanya,” katanya.Siti Khalijah berkata, dia memanggil rakan sekerja, S Kaliyani, 34, yang memberanikan diri membuka plastik itu sebelum kedua-dua mereka melarikan diri selepas melihat ada darah pada bahagian dalam plastik itu. “Kami meminta bantuan rakan lain dan mereka memaklumkannya kepada polis. Selepas plastik itu dibuka, saya sebak apabila melihat di dalamnya ada mayat mayat bayi lelaki yang sungguh comel, masih merah dan bertali pusat,” katanya.

Menurutnya, mayat bayi itu dibungkus dengan kain selimut dengan corak bunga berwarna hijau dan turut terdapat di dalam plastik hitam itu ialah sehelai sejadah bersama senaskhah surah Yasin.Dia yang semalam genap empat bulan bekerja sebagai pekerja pembersihan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkata, penemuan mayat itu menyebabkannya hilang selera makan dan sedih mengenangkan kekejaman individu yang tergamak membuang bayi itu.Sedih betul bila tengok kain sejadah dan surah Yasin bersama bayi itu. Saya sendiri ada bayi berusia setahun lapan bulan. Jadi bila tengok mayat bayi itu ia sangat menyentuh naluri keibuan saya,” katanya.Wartawan Harian Metro yang berada di lokasi kejadian turut melihat pasukan forensik mengambil sehelai rambut dipercayai milik suspek untuk membantu siasatan.

Berita selanjutnya di HMETRO

Membina fungsi auto read more pada setiap post

Fungsi ini telah di set secara auto dengan javascript di mana setiap entri akan di di set kepada read more. Image yang ada pada entri akan di resizekan kepada saiz yang kecil dan di letakkan pada sebelah kiri. Fungsi ini juga akan menghadkan secara auto jumlah teks yang akan dipaparkan pada satu entri.

Untuk membina fungsi auto read more ini, sila ikut beberapa langkah di bawah.

p/s: Sila save script template anda terlebih dahulu sebagai backup.

Langkah 1

Log in blog => Dashboard => Layout => Edit HTML. Seterusnya, tick pada kotak Expand Widget Templates.

Langkah 2

Dengan menggunakan keyboard, tekan Ctrl+ F. Seterusnya, taip atau paste kod </head> pada ruang Find dan kemudian tekan Enter.

Langkah 3

Salin kod yang berwarbna biru di bawah dan pastekan di atas atau sebelum kod </head>


<script type='text/javascript'>

var thumbnail_mode = "float" ;

summary_noimg = 350;

summary_img = 450;

img_thumb_height = 140;

img_thumb_width = 140;

</script>

<script type='text/javascript'>

//<![CDATA[

function removeHtmlTag(strx,chop){

if(strx.indexOf("<")!=-1)

{

var s = strx.split("<");

for(var i=0;i<s.length;i++){

if(s[i].indexOf(">")!=-1){

s[i] = s[i].substring(s[i].indexOf(">")+1,s[i].length);

}

}

strx = s.join("");

}

chop = (chop < strx.length-1) ? chop : strx.length-2;

while(strx.charAt(chop-1)!=' ' && strx.indexOf(' ',chop)!=-1) chop++;

strx = strx.substring(0,chop-1);

return strx+'...';

}

function createSummaryAndThumb(pID){

var div = document.getElementById(pID);

var imgtag = "";

var img = div.getElementsByTagName("img");

var summ = summary_noimg;

if(img.length>=1) {

imgtag = '<span style="float:left; padding:0px 10px 5px 0px;"><img src="'+img[0].src+'" width="'+img_thumb_width+'px" height="'+img_thumb_height+'px"/></span>';

summ = summary_img;

}

var summary = imgtag + '<div>' + removeHtmlTag(div.innerHTML,summ) + '</div>';

div.innerHTML = summary;

}

//]]>

</script>


Langkah 4


Sekali lagi, dengan menggunakan keyboard, tekan Ctrl+ F. Seterusnya,  taip atau paste kod<data:post.body/> pada ruang Find dan tekan Enter.

Langkah 5

Salin kod yang berwarna merah di bawah dan paste(gantikan)  pada kod <data:post.body/> 

<b:if cond='data:blog.pageType != "item"'>
<div expr:id='"summary" + data:post.id'><data:post.body/></div>
<script type='text/javascript'>createSummaryAndThumb("summary<data:post.id/>");</script>
<span class='rmlink' style='float:right'><a expr:href='data:post.url'><img src='http://1.bp.blogspot.com/_LZtXSNcp76A/SxuOVTvCKgI/AAAAAAAAAr8/rFJNAYKSomY/s320/read+more_thumb%5B1%5D.png'/></a></span>
</b:if>
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'><data:post.body/></b:if>


Akhir sekali klik Preview dan jika tiada mesej Error terpapar, klik saja Save.

**aku dh try buat dan hasilnya sekali jer buat terus jadi..**

Ilmu kudapat dari MARI BINA BLOG <<ada prblm blh tanya kt sifu sebelah ni ye <<
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.