Saturday, 30 April 2011

JOZAN DI MINGGU KE-5 MAHARAJA LAWAK...

SEMALAM TGK PERSEMBAHAN DORANG MEMANG SAYA DOK GELAK SORNG2..BKN APE ZIZAN TU BUAT MUKA SERIUS PUN LAGI NMPK KELAKAR  DAN JOZAN PLK PART YG DIA TENUNG ZIZAN MCM BURUNG ANTU TU...MMG MANTAP LA DORANG BERDUA NI..TERPANGGIL ARINI RASA NK UPLOAD VIDEO DORANG DI MINGGU KE 5...SERONOK TGK...


JAMBU PUN BEST JGK..SAKIT PERUT GELAKKAN DORANG MINGGU LEPAS...

Tuesday, 26 April 2011

15 jenis makanan larangan

BERITA BAIK UNTUK SEMUA IBU BAPA....YESSS...AKHIRNYA ..SBB MMG DAH LAMA PUN RUNSING PERKARA NI . ...




KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menyenaraikan 15 jenis makanan dan minuman yang dilarang untuk dijual di kantin sekolah bagi menjamin kesihatan murid selain mengelakkan berlakunya masalah obesiti di kalangan mereka.
Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, antara makanan termasuk dalam kategori itu adalah mee segera, gula-gula dan coklat, konfeksi ais dan aiskrim, makanan ringan yang berperisa dan mempunyai pewarna tiruan serta makanan yang diproses seperti daging burger, sosej dan nuget.

“Pada Mei nanti, kita akan berkongsi garis panduan ini dengan orang ramai dan mengedarkan kepada pengusaha kantin selepas mendapat pengesahan kerana ia masih di peringkat cadangan oleh kementerian,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Pertama Persatuan Pegawai Sains Kementerian Kesihatan (Asomh).


Bagaimanapun, kementeri katanya tidak menafikan selepas mengeluarkan larangan jualan makanan ini, kemungkinan pengusaha kantin akan membantah, tetapi apa yang perlu diberi penekanan adalah kesihatan kanak-kanak berbanding keuntungan yang dikaut.

Beliau berkata, senarai yang dilarang itu hanya tertumpu kepada jualan di kantin sekolah dan tidak meliputi jualan oleh penjaja makanan ringan di luar pagar sekolah.


Namun katanya, garis panduan kepada penjaja makanan ringan di luar pagar sekolah juga akan dicadangkan dalam masa terdekat.



Menurut Rosnah, jenis minuman yang dilarang pula adalah minuman yang mengandungi alkohol, teh dan kopi, minuman berkarbonat, minuman yang mempunyai bahan pewarna serta minuman berperisa kecuali susu berperisa.

“Walaupun isu nasi lemak hangat diperkatakan, namun di dalam garis panduan yang bakal dilancarkan bulan depan, nasi lemak termasuk dalam 60 menu makanan yang boleh diambil, namun perlu disediakan dengan cara yang lebih sihat seperti mengurangkan santan dalam nasi dan minyak yang digunakan untuk menggoreng ikan bilis,” katanya.


Lima lagi yang dilarang adalah makanan ringan yang berupa mainan, semua makanan yang disertakan dengan permainan, makanan jeruk, makanan dan minuman yang melepasi tarikh luput serta semua jenis makanan dan minuman yang melanggar Peraturan Makanan 1985.

Sementara itu, dalam ucapan perasmian, Rosnah turut menyatakan untuk menuju ke arah menjayakan inovasi baru dan melahirkan paten yang canggih berkaitan perubatan dan kesihatan, insentif sebanyak RM15,500 akan diberikan kepada penyelidik sains yang berjaya menghasilkan paten dan akan dibayar royalti sebanyak 80 peratus.


SUMBER : HMETRO

Monday, 25 April 2011

Butter Golden Churn Tidak Halal

WAAHHHH...PAS SATU2 PRODUK YG DISAHKAN TIDAK HALAL.... YG TERBARU SAYA JUMPA ARTIKEL NI DI SINI...BENAR ATAU TIDAK TUNGGU SAJA LA...SAYA HANYA NK BERKONGSI DGN KWN2 SEMUA..''SHARING IS CARING''..., X GITU.....TP SAYA MMG X PERNAH GUNA LA PRODUK NI....

"Assalamualaikum...
Buat info rakan2...Minta tolong sebarkan...Butter Golden Churn disahkan TIDAK HALAL oleh Jabatan Agama Negeri Johor...
Linda baru telefon bahagian penyelidikan JAIJ pada 25/04/2011...lps tepon trus share disini....
info dr staff JAIJ, diorg baru hantar report pd pihak JAKIM & pihak2 berkenaan utk tindakan...jd blum keluar dlm suratkhabar lagi...
asalnya diorg leh jumpa butter ni x halal, diorg check kes kopi kat kluang yg katanya ada bhn babi...
dari 3 sample yg diorg amik, rupanya pihak pengeluar kopi kluang ni goreng kopi guna butter golden churn...
kes ni baru dlm 2minggu lepas ditemui....
jika kwn2 rasa nk tahu lebih detail leh call direct no Jabatan Agama Islam Negeri Johor 07-2282900
Butter lain insyaallah blum ada sebarang masalah.....
sharing is caring....
nk share silakan...."

Sunday, 24 April 2011

MENTOR 5 VS AKADEMI FANTASIA 9

BARU JE HABIS TENGOK KONSERT MENTOR..MEMANG IKHLAS DARI HATI NAK BAGI PUJIAN PADA RANCANGAN NI YG MMG BEST MELETOP TIP TOP..MEMANG TAK JEMU NAK TENGOK DARI AWAL HINGGA AKHIR TERUTAMANYA YG SAYA TGGU 2 DARI PROTOGE ERRA, SALMA..POWERFUL LA DIA NI..TAHNIAH JGK KT EDRY KERANA BERJAYA MEMBUATKAN RAMAI YG MENANGIS MALAM NI..TP SORY YER SAYA X MINAT LA AIMAN ...(MMG SAH2 LA SALMA YG AKAN JADI JUARA MENTOR KALI NI...)



TAPI APA SUDAH JADI YER DGN RANCANGAN  AF YG PERNAH DIGILAI RAMAI SATU KETIKA DULU...??KENAPA LA MAKIN SEMBAB MALAP SEMUA PESERTA2 NYA...TENAGA PENGAJAR SEMUA DH BAGUS..MMG PATUT LA PUN KAK OGY MENGAMUK SEMALAM..HARAP LEPAS KEMASUKAN HAZAMA DAN FINA AF 9 NI AKAN ADA SINAR LA SIKIT DARI SEBELUM NI...FUHH..MMG BOSAN GILER TGK AF9 NI BAIK LAYAN MAHARAJA LAWAK....NASIB BAIK DAH LAST SEASON...



*MAAF YER INI HANYALAH PENDAPAT PERIBADI SAYA...

Jom terjah followers ke-222


HEADER BLOG MY STORY-BY LILY

WAAA....BUKAK2 JE LAPTOP MLM NI TGK2 FOLLOWERS DAH CECAH KE ANGKA 223....CHAIYOKK...SAYA SAYANG KT SEMUA FOLLOWERS SAYA  KALAU BLH  SAYA NK BUAT ENTRY UNTUK SEMUA TP YG TERPILIH ADALAH FOLLOWERS KE-222...CANTIK NO TU KAN....NAK KENAL TAK DGN TUAN TANAH...JOM TERJAH BLOG MY STORY -BY LILY..
TGK TU HEADER DIA ADA TUPAI COMEYY LA...TUAN TANAH NI STUDENT LAGI DAN BERUMUR 23 TAHUN..DIA ADA JOIN GA SAYA LA...THANK YOU...SAYANG AWAK.....PASNI LILY RAJIN2 LA JENGUK BLOG NI DAN BLOG CONTEST SIS YER KALAU RASA2 NK JOIN CONTEST DAN GA...

*PASNI SAYA NK BUAT ENTRY UNTUK FOLLOWERS KE 300 DAN 333 PLK...TP ADA KE....?????

Tuesday, 19 April 2011

AMARAN PENTING!BERMULA 25JUN 2011 BLOG YANG TAK MENGGUNAKAN AKAUN GOOGLE (GMAIL)AKAN DIHAPUSKAN

Arini aku bw kt tempat kwn2 terkejut  ada kawan yg share pasal entry ni..Nasib baik dapat tau awal2 sbb aku mmg guna email yahoo pun...Wah naya ni kalau dibuatnya tiba2 blog ilang camtu jer...Mesti rasa bengang kan..Jadi pada kengkawan yg guna email yahoo untuk login ke blog harap ambik perhatian ye..Tutorial untuk tukar ke gmail kengkawan boleh tgk kat http://whiteymommy.blogspot.com ...Aku dah try dan alhamdulillah berjaya tanpa sebarang masalah....Tapi yg x bestnya semua blog yg kita follow xder kat dashboard...Alamak...susah la nk kena follow balik.....

Adohai...x pasal2 nk kena follow balik kwn2 semua...

Saturday, 16 April 2011

Lawan kera gigit muka bayi

MELAKA: “Saya cekak tengkuk kera itu sekuat hati, baru haiwan itu lepaskan gigitan terhadap bayi yang saya jaga,” kata Rokiah Abd Rahman, 59, menceritakan detik cemas menyelamatkan bayi berusia setahun tiga bulan yang diserang seekor kera, pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi di rumahnya di Kampung Kilang Berapi, Merlimau, dekat sini, tindakan berani warga emas itu berjaya menghalang haiwan liar berkenaan daripada terus menggigit dan mencakar muka Siti Hajar Abd Razak.

Bagaimanapun, Sti Hajar cedera agak serius dan menerima hampir 30 jahitan di mukanya akibat digigit haiwan liar itu.


Rokiah berkata, ketika kejadian dia baru saja menidurkan Siti Hajar di kerusi buaian di bahagian tengah rumahnya selepas menutup semua tingkap dan pintu.

“Ketika menidurkan Siti Hajar, saya terlelap dengan berbaring di sisinya sambil tangan kanan diletakkan di badannya.


“Bagaimanapun, kira-kira 15 minit kemudian, saya tersentak apabila mendengar Siti Hajar menangis dengan kuat dan pada masa sama, saya berasa teramat sakit di tangan kanan.

“Apabila membuka mata, saya terkejut apabila mendapati seekor kera menggigit muka Siti Hajar.“Melihatkan keadaan itu, saya menarik badan kera terbabit supaya dia melepaskan gigitan di muka Siti Hajar, tetapi ia enggan melepaskannya

“Saya memberanikan diri mencekak tengkuk haiwan liar itu, baru ia melepaskan gigitan,” katanya ketika ditemui di wad Hospital Melaka, di sini, semalam.

Menurut Rokiah, walaupun dalam keadaan sakit yang teramat sangat dengan tangan kanan berlumuran darah kerana digigit kera itu, dia terus menarik kera terbabit.


“Ketika itu, saya melihat muka Siti Hajar berlumuran darah dan dia menangis akibat kesakitan. Anak jiran saya yang mendengar bunyi bising dalam rumah masuk untuk memberi bantuan.


“Dia yang terkejut melihat kami berlumuran darah mencengkam kera itu sebelum memijaknya dan mencampaknya ke luar,” katanya.


Menurutnya, dengan bantuan jiran, dia menghantar Siti Hajar ke Klinik Kesihatan Merlimau sebelum kedua-dua mereka dirujuk di Hospital Melaka.


“Saya jarang melihat kumpulan kera berada di kawasan kampung ini, tambahan pula rumah saya terletak di laluan sibuk dan hampir dengan kawasan kilang.


“Mungkin kera terbabit masuk ke rumah saya menerusi bahagian bumbung yang tidak mempunyai siling,” katanya yang menjaga Siti Hajar sejak setahun lalu.


Dalam pada itu, Rokiah juga amat bersyukur kerana seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dijaganya dan tidur di dalam bilik tidak diserang haiwan terbabit.


Ibu tunggal kepada tiga anak itu cedera pada tangan kanan.


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau, Roslan Ahmad melawat Rokiah dan Siti Hajar, semalam.


Sementara itu, ibu Siti Hajar, Hazilah Mohamad, 33, berkata ketika kejadian dia bertugas di Politeknik Merlimau, apabila dihubungi anak Rokiah yang memaklumkan kejadian itu.


Katanya, dia menggigil apabila dimaklumkan berita itu kerana menyangka anaknya demam teruk.


Dia menghubungi suaminya, Abd Razak Bakar, 33, dan mereka bergegas ke Poliklinik Merlimau.


“Anak saya cedera di dahi, hidung, bibir, gusi dan tangan kiri, namun saya dan suami bersyukur kerana Siti Hajar selamat menjalani pembedahan selama dua jam bermula jam 10.30 malam tadi (kelmarin),” katanya.


Roslan berkata, dia akan meminta pihak Jabatan Perhilitan negeri segera melakukan pemantauan di kawasan kampung berkenaan bagi menangkap kera itu.




HMETRO

Friday, 15 April 2011

Jangan Minum Air Putih Sambil Berdiri

KITA sering mendengar saranan agar meminum air putih banyak demi kesihatan. Namun jika cara kita salah saat minum air putih itu maka boleh merugikan kesihatan.

Suatu kajian kesihatan akupuntur yang diadakan salah satu ahli akupuntur, membuktikan bahawa air minum yang masuk dengan cara minum sambil duduk lebih baik dibandingkan kita minum dengan cara berdiri.Air putih yang kita minum ketika duduk akan disaring oleh sfringer. Sfringer adalah suatu struktur maskuler (berotot) yang boleh membuka dan menutup. Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada pos-pos penyaringan yang berada di ginjal.

Sebaliknya, jika kita minum air putih dengan cara berdiri, maka air yang kita minum itu masuk tanpa disaring lagi. Air itu bolehterus masuk menuju kandung kemih. Ketika langsung menuju kandung kemih, maka terjadi pengendapan di saluran ureter.

Kerana banyak limbah-limbah yang tersisa di ureter maka hal ini oleh menyebabkan penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang berbahaya. Susah kencing itu penyebabnya.
Cara mengatasinya :
1. biasakan minum duduk.
2. banyak minum air putih tapi minum dengan perlahan dan jangan terburu-buru..

kredit : http://enopunyablog.blogspot.com

Thursday, 14 April 2011

Tutorial : Nak letak link dalam kotak komen

hye sumeeeee......
aku memang dah lame nak cari cara nak letak link blog kat komen
akhirnya, hari ni dah tau da..

okey..kalau kowang nak tau..senang jek rupenye..hihihi
kowang just copy and paste je yang kat dalam kotak kat bawah ni


<a href="LINK ENTRI KORANG"><b>TAJUK ENTRI KORANG</b></a>


INFO:
  • Yang warna PINK tu link kowang..maksudnya kalau kowang masuk kan link blog kowang, kat situ URL blog kowang la..
  • Contohnya : http://mylovely-fieda.blogspot.com/
  • Yang warna MERAH tu pula, tajuk yang kowang nak tulis kat situ..means, perkataan la..
  • Contohnya: ● MY BLOG-FIEDA RAFLI- ● atau pun kowang leh letak tajuk entry kowang..


okey??dah paham sume??
sekarang leh la sume tinggalkan link kowang kat ruangan komen..hihi
salah satu sebabnye, senang nak datang semule ke blog kowang..
tak payah la kene bukak profile kowang dulu
baru klik URL blog kowang..
sangat leceh okey..hihi

 kredit : CIK NIZA 

Award dari kak Norsafone

Mama Noor atau NORSAFONE talah memberi penghargaan kepada followers2 nya dengan memberi sejambak bunga yg sungguh cantik...Suka saya tau dapat bunga di alam maya ni...Terima kasih kak...Saya suka gi terjah blog kak Noor sbb Kak Noor ni tidak lokek untuk berkongsi ilmu2 dlm masakan...Macam2 resepi dia share kt blog..Kalau nak tgk mcm2 resepi tu gi la terjah blog STORY OF MAMA NI YE..Pssttt...Kak Noor ni ada 3 org anak dara tau...

Tuesday, 12 April 2011

msti tonton video ni.peniaga ludah dlm air soya....uwekkk....:(


Punya la pengotor....eiii..geli tekak, kembang perut aku pagi2 tgk video ni....ape la nayakan pembeli dgn cara ni...kesian btul la kt pembeli2 yg ketagih air soya tu rupa2 rupanya dh dijampi serapah dan diludahnya...Kejadian ni berjaya dirakamkan oleh seseorang yg ternmpak perbuatan peniaga ni yg dipercayai seorang warga Palembang..Bila ditanya alasan dia tiup nak kasi sejuk..x masuk akal langsung...Logik ke sekali tiup terus sejuk...Lokasi peniaga ni dekat Bandar Baru Bangi (Shell Fasa 1)..Hati2 yer jgn sampai kita terminum air ludah dia...Buwekkk...........:( 

Monday, 11 April 2011

Hadiah Percuma dari Says.my....daftar sekarang...

 Sempena ulang tahun says.my yang ke 3. Pihak pengurusannya bermurah hati untuk memberikan hadiah-hadiah percuma kepada semua yang menyertai program berkenaan. Hadiah tu, bukannya satu .. tapi berpuluh-puluh hadiah menarik. Cabutan bertuah tersebut akan dilakukan dari 8 April 2011 hingga 17 April 2011.


hadiah percuma

Nak sertai cabutan bertuah nie.. senang je ! Apa yang perlu korang lakukan .. hanya perlu mendaftar di SINI .. kemudian pilih hadiah-hadiah yang korang inginkan kat SINI. Dah .. itu sahaja. Mudahkan ! 




Pemenang-pemenang cabutan bertuah berkenaan akan diumumkan setiap hari melalui email dan blog says.my. Antara yang bertuah setakat ini ... cik afra yuri, juwinikh, dan vichu yang memperolehi wang tunai RM1,000 dari Maybank, fread27 (Two(2) round-trip tickets to Bali via Air Asia), izlim (RM500 Topshop Shopping Voucher) dan banyak lagi.

*saya dh daftar semalam..arini tgk duit dh ada rm0.80 sen..ok la lagi laju pada HB...


Sumber Rujukan: ANASTASYEA

Meh berkenalan dgn kicap tiruan plk..

Sebelum ni kita dh mengenalpasti telur tiruan kan....jom kita berkenal kenalan pulak dgn kicap tiruan vs kicap asli....Macam 2 la....




Rasa produk tiruan adalah sangat berbeza dari produk asli. 
Produk tiruan mempunyai rasa kurang MANIS, BERBAU MAUNG DAN DIPEKATKAN DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN PEMEKAT(TEPUNG) 
DAN WARNA YANG AGAK CERAH.


Tiada lagi rengekan anak

PILU...Khairul menunjukkan tempat anaknya, Siti Nur Hazwani mati tergilis ketika dia mengundurkan kenderaannya tengah hari semalam.
HULU TERENGGANU: “Dia merengek sambil menangis mahu mengikut saya keluar menyebabkan saya terpaksa memujuknya berkali-kali memberitahunya tidak dapat membawa dia bersama kerana mahu pergi kerja,” kata Khairul Azhar Abdullah, 46, yang terlanggar anaknya sendiri ketika mengundurkan kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Pajero di hadapan kedai makannya di sini, tengah hari semalam.
Dia yang sebak ketika ditemui di tempat kejadian berkata anaknya, Siti Nur Hazwani, 3, yang juga anak bongsu daripada lapan beradik amat rapat dan manja dengannya. 
“Ketika mengundur kenderaan, tiba-tiba saya terdengar bunyi seperti terlanggar sesuatu lalu memberhentikan kenderaan. Saya terkejut apabila melihat anak kesayangan terbaring berlumuran darah di bawah Pajero,” katanya.

Menurutnya, dia langsung tidak menyedari anaknya itu berada di belakang kenderaan ketika mengundurkannya di depan kedai makan milik keluarga di Kampung Batu 21, Bukit Ara, dekat sini kira-kira jam 12.30 tengah hari, semalam.



“Sebelum menggerakkan kereta, saya pasti dia sudah masuk ke dalam kedai selepas memujuknya kerana tidak dapat membawanya bersama. Saya tidak sangka dia keluar semula dan berdiri di belakang Pajero ketika saya mengundurkan kenderaan itu,” katanya.

Khairul Azhar yang sesekali mengesat air matanya berkata dia terkejut sehingga tidak dapat bergerak hampir lima minit apabila melihat tubuh anaknya terbujur di bawah kenderaan dengan kepalanya berlumuran darah.

“Saya terus menghubungi polis melalui telefon bimbit dan polis meminta saya membawanya ke hospital untuk pemeriksaan. Namun, saya sudah tahu anak saya sudah meninggal dunia dan tidak dapat menahan pilu ketika mengangkatnya ke dalam kenderaan untuk dibawa ke hospital,” katanya.

Isterinya Wan Nurul Hilayati Wan Muhammad, 33, ketika kejadian berada dalam bilik air dan tidak menyedari Siti Nur Hazwani berada bersamanya di depan kedai mereka.

“Apa yang saya ingat Siti Nur Hazwani menangis hampir sejam sebelum tidur malam tadi (kelmarin) dan tidak sangka ia petanda dia akan meninggalkan kami,” katanya yang membuat laporan kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu pada jam 5.30 petang semalam.

Mayat mangsa dibawa untuk dibedah siasat di Hospital Hulu Terengganu sebelum jenazahnya dituntut keluarga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tok Gebok, Bukit Ara, di sini, selepas solat Maghrib.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan yang mengesahkan kejadian berkata pihaknya menerima laporan berkenaan.

Menurutnya, mangsa yang berusia tiga tahun meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat.

“Siasatan awal mengklasifikasikan kematian kanak-kanak berkenaan sebagai mati mengejut,” katanya.



*sedih la pagi2 dh baca berita camni....harap lepas ni semua ibu bapa lebih berhati2 ye nk undur kereta kalau berada di kawasan rumah sbb kita mmg x boleh nak jangka dgn anak2 ni.....

hmetro

DIBELIT ULAR KETIKA SEDANG BERZINA...

Melihat pendedahan yang dibuat oleh sebuah stesen televisyen swasta baru-baru ini mengenai anak bangsa kita yang melakukan perbuatan terkutuk di dalam hutan terutamanya di pusat-pusat perkelahan mengingatkan…………..

Pengalaman saya berhadapan dengan sepasang tunang yang mengadu menghadapi masalah besar beberapa tahun lalu,” beritahu Ustaz Abdullah Mahmud, penceramah bebas yang dikenali ramai. Tambahnya, beliau memang tidak hairan dengan pendedahan tersebut kerana sepanjang menjadi penceramah, kaunselor dan merawat orang, dia didatangi oleh golongan remaja yang mengadu menghadapi masalah akibat terlanjur terutamanya si wanita yang mengandung setelah berzina di merata tempat tak kira hutan, hotel, rumah kosong, dalam semak, kereta dan sebagainya.

“Adakalanya saya menitiskan air mata apabila mengingatkan pergaulan bebas anak muda kita yang makin menjadi-jadi. Mereka ini langsung sudah tidak takut bala Tuhan. Mereka sudah tidak dapat membezakan antara halal dan haram,” tegas beliau dengan nada kesal.

Berbalik kepada pasangan tunang yang datang menemui beliau di pejabatnya di Batu Caves, Selangor ketika itu, Ustaz Abdullah menjelaskan pasangan itu yang berumur lingkungan pertengahan 20-an itu datang untuk meminta pertolongannya. “Apa yang boleh saya bantu encik?” Tanya Ustaz Abdullah kepada mereka. Si lelaki kelihatan malu-malu untuk menceritakan masalahnya manakala si perempuan mencubit paha lelaki itu mungkin meminta agar segera menceritakan masalah mereka.

Ustaz Abdullah yakin masalah yang dihadapi oleh pasangan itu agak berat kerana berdasarkan pengalaman, lazimnya hanya mereka yang menghadapi masalah besar saja akan pergi menemui kaunselor atau ustaz bagi mencari jalan agar kekusutan yang dialami mereka terlerai. “Ustaz…macam ini, saya dan tunang saya ada masalah sikit. Ketika tidur, saya selalu nampak ular dalam rumah. Begitu juga dengan tunang saya. Seringkali ketika tidur, tunang saya menjerit-jerit. Dia kata ular besar datang membelitnya.

“Saya sendiri sudah takut hendak masuk di dalam semak kerana sering terbayang ada ular,” beritahu lelaki itu ringkas. Mendengar masalah itu, Ustaz Abdullah termenung sejenak. Dia merenung memikirkan “penyakit” aneh yang dihadapi oleh pasangan itu. “Awak pernah pukul ular ke?” Ustaz Abdullah mengajukan soalan rambang . Bagaimanapun lelaki itu menggeleng kepala sambil memberitahu dia tidak pernah memukul ular. Lelaki itu turut memberitahu dia dan tunangnya jadi fobia kepada ular dan akibat itu badan mereka menjadi lemah tidak bermaya akibat sering terkejut.

Mereka juga menyatakan telah pergi menemui beberapa orang bomoh meminta air penawar agar kelibat ular tidak tergambar lagi dalam bayangan matanya tetapi semuanya tidak menjadi. “Selalunya kalau jadi macam ni, pasti ada sebabnya. Kalau tidak ada sebab tertentu, setahu saya perkara seperti ini tidak akan berlaku tambahan lagi berdasarkan pengamatan saya, awak berdua bukan terkena sihir,” kata Ustaz Abdullah yang menyedari pasangan tunang itu cuba menyembunyikan cerita yang sebenar kepadanya.

Namun lelaki itu tetap berkeras menyatakan mereka tidak pernah melakukan sesuatu kesalahan seperti memukul ular dan sebagainya.”Tak perlu hendak malu. Saya hendak tahu ini pun, bukannya saya bermaksud hendak campur hal encik tapi dengan mengetahui puncanya, mudahlah sikit saya berikhtiar kalau-kalau ada serasi, Allah akan makbulkan permohonan kita,” pujuk Ustaz Abdullah lagi.

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, wajah mereka tiba-tiba berubah. Si perempuan pula tiba-tiba menitiskan air mata manakala yang lelaki tunduk ke bawah memandang lantai. Dia kelihatan malu untuk bertentangan mata dengan Ustaz Abdullah. “Macam ini Ustaz, sebenarnya saya kena belit ular sawa setahun yang lalu, sejak itu saya mengalami masalah ini, sering diganggu dengan bayangan ular. Tunang saya juga kena belit ular,” akui lelaki itu agak mengejutkan Ustaz Abdullah.

Ustaz Abdullah yang tidak begitu faham dengan penjelasan itu terus bertanya kepada mereka bagaimana cerita yang sebenarnya. Barangkali setelah yakin dengan keikhlasan Ustaz Abdullah untuk membantu, akhirnya pasangan itu menceritakan segala-galanya. Cerita lelaki itu, kejadian itu berlaku sebelum mereka bertunang. Pada suatu hari, mereka yang mengaku bekerja di sebuah syarikat yang sama di Shah Alam, Selangor mengatur janji untuk pergi ke sebuah tempat perkelahan di Selangor. Mereka yang kebetulan bekerja syif malam telah mengambil keputusan untuk pergi pada hari biasa kerana pada hari tersebut orang tidak ramai maka mudahlah mereka bermadu asmara dan bercengkerama.

Menurut lelaki itu lagi, sebelum itupun, mereka pernah pergi ke situ pada hujung minggu. Bagi mereka, pada hujung minggu tidak sesuai kerana, pengunjung terlalu ramai, maka menyukarkan mereka untuk bercumbu rayu. Itupun mereka memilih tempat terlindung tetapi tidak terlepas daripada gangguan pemuda-pemuda yang suka mengendap. “Hanya dua bulan perkenalan, kami sudah terlanjur. Ketika saya dibelit ular tempoh hari, saya berkenalan dengan tunang saya ini sudah enam bulan.

Banyak kali sudah kami melakukan perbuatan terkutuk itu,” nyata lelaki itu sambil menangis. Sebaik saja sampai di kawasan perkelahan yang mempunyai sebatang anak sungai itu, dia menyorokkan motosikal di dalam semak. Manakala tempat mereka bersama terlindung di sebalik pokok balak berhampiran gigi air sungai. Pada tengahari itu memang sunyi. Seorang manusia pun tidak kelihatan.

Bukan main seronoklah mereka berdua kerana dapat bermadu kasih tanpa gangguan, meskipun terbit rasa bimbang kalau ada yang mengintip di sebalik semak atau diserbu pihak berkuasa tapi perasan rindu dendam yang membara mengatasi segala-galanya. Di situ, pada mulanya mereka berbual-bual sambil berpegangan tangan. Kemudian melarat ke bahagian lain pula. Seterusnya nafsu mula menguasai diri masing-masing. Berbekalkan kertas suratkhabar, ia dijadikan alas untuk mereka berbaring. Pakaian si perempuan dilucutkan satu demi satu, selepas itu yang lelaki pula menanggalkan pakaian.

Mereka bercumbu rayu dan terus berzina tanpa menyedari di dalam rumpun semak di hujung kaki mereka berlengkar seekor ular sawa sebesar paha orang dewasa sedang mengeram. “Kami tak sedar ada ular. Tengah-tengah buat benda tu, kaki saya tertendang ular itu menyebabkan dengan pantas ia terus menyerang dan membelit kami berdua. Ia berlaku dengan pantas sekali, tidak sempat kami hendak melarikan diri,” cerita lelaki itu dengan perasaan kesal. Akibat belitan ular sawa itu, mereka berdua merasakan ajal mereka akan tiba pada bila-bila masa kerana setiap kali mereka meronta, semakin kuat ular itu menjerut tubuh mereka.
“Saya menjerit sekuat hati meminta tolong. Perasaan malu sudah tidak ada lagi dalam diri saya pada masa itu. Yang penting, nyawa kami harus diselamatkan dan pada masa yang sama, saya semakin sesak nafas kerana belitan ular itu yang sungguh kuat dan mulutnya terngaga luas seperti tidak sabar-sabar hendak menelan saya,” beritahunya tanpa segan silu lagi. Keadaan kekasihnya semakin lemah. Mukanya pucat lesi seperti sudah kehilangan darah. Lelaki itu tidak mampu berbuat apa-apa. Kudratnya tidak terdaya menandingi ular besar itu.

Dalam keadaan cemas, tiba-tiba muncul seorang pemuda dari sebalik semak sambil memegang sebatang kayu untuk memukul kepala ular itu yang hendak membaham kepala lelaki tersebut. Pemuda itu teragak-agak untuk memukul kepala ular sawa itu mungkin bimbang kalau terkena kepala lelaki itu. “Saya menjerit dan merayu agar ditolong dengan nada yang tersekat-sekat kerana sesak nafas. Kemudian pemuda itu dengan laju menghayun kayu sebesar betis itu beberapa kali mengenai kepala ular tersebut.

“Akhirnya, ular itu terkulai dan belitannya terurai. Saya tidak mampu bergerak lagi manakala kekasih saya pengsan. Pemuda itu memakaikan semula baju kami. Kemudian dia pergi meminta bantuan orang untuk menghantar kami ke hospital. Dia hanya seorang diri. Saya tidak pasti siapa pemuda itu dan dari mana dia datang. Saya syak mungkin pada mulanya dia sedang mengintai saya buat “projek,” cerita lelaki itu lagi. Akibat belitan ular tersebut, pasangan itu mengalami kecederaan agak teruk iaitu si lelaki patah satu tulang rusuknya manakala kekasihnya patah dua batang tulang rusuk.

Empat bulan selepas kejadian itu, mereka melangsungkan pertunangan dan merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat setelah didesak oleh keluarga yang mengetahui kejadian itu. Bagi mereka, masalah sering dihantui oleh bayangan ular lebih perit daripada menanggung kesakitan akibat patah tulang rusuk. Akibat “badi” itu, tidur malam mereka terganggu setiap malam dan walau kemana sekalipun berada,mereka terbayang berhampiran mereka ada banyak ular. Mendengar penjelasan lelaki itu, fahamlah Ustaz Abdullah apa sebenarnya yang terjadi. Namun sebelum merawat pasangan itu, beliau telah menasihatkan mereka agar bertaubat kerana telah melakukan perbuatan zina.

Ustaz Abdullah juga memberitahu mereka, berkemungkinan peristiwa dibelit ular itu adalah balasan Tuhan di dunia di atas perbuatan mereka itu. “Awak berdua patut bersyukur. Saya rasa Allah sayangkan awak berdua. Dia bagi azab kecil kepada awak berdua mungkin supaya awak insaf dan segera bertaubat. Kalau nak ikutkan, ramai orang berzina tetapi Allah tidak mahu menunjukkan balanya di dunia ini, maka kerana tidak pernah dijatuhkan bala itu, mereka ini berterusan melakukan zina,” nasihat beliau membuatkan pasangan itu menangis tersedu-sedu sambil berjanji akan bertaubat serta berkahwin secepat mungkin.
Ustaz Abdullah memberi sebotol air penawar. Air itu digunakan untuk mandi dan minum. Di samping itu, Ustaz Abdullah menasihatkan pasangan itu agar sering mengingati Tuhan semoga penyakit fobia mereka hilang. Mereka pulang dengan wajah riang dan tidak lama kemudian lelaki itu menghubungi Ustaz Abdullah memberitahu mereka berdua telah sembuh sepenuhnya dan menjemput beliau hadir ke majlis perkahwinan mereka.

DIRIWAYATKAN OLEH IBNUL JAUZI BAHAWA :
“SESUNGGUHNYA NERAKA JAHANAM MEMILIKI TUJUH BUAH PINTU. YANG PALING MENAKUTKAN, PALING PANAS DAN PALING BUSUK BAUNYA ADALAH PINTU YANG DIPERUNTUKKAN KEPADA PARA PENZINA YANG MELAKUKAN PERBUATAN TERSEBUT SETELAH MENGETAHUI HUKUMNYA.” ~~Shukur



kredit : mummy danny

Sunday, 10 April 2011

Terbaekk la..video klip Zizan ft Dina

Tadi tgk Dina dgn Zizan nyanyi kt konsert af9 mcm best je lagu tu....Jom la layan video klip lagu selamat tinggal ni....mmg terbaekk la...suka la lagu ni...

Saturday, 9 April 2011

Budak Banting ketagih seks....????

KUALA LUMPUR: “Walaupun saya masih di tingkatan empat, kegilaan saya terhadap seks sangat kuat sehinggakan saya sanggup berulang-alik dari Banting ke Brickfields setiap hujung minggu semata-mata untuk melanggan pelacur.
“Malah, saya juga terpaksa menipu ayah kononnya saya mahu ke rumah kawan untuk mengulang kaji pelajaran dengan harapan ayah membenarkan saya meminjam motosikal Honda EX5 miliknya,” itu antara pengakuan seorang pelajar sebuah sekolah menengah di Banting, yang hanya mahu dikenali sebagai Ezry (bukan nama sebenar), 16 yang ketagih seks sejak setahun lalu. 
Melalui perbualan dengannya di sebuah rumah pelacuran di Brickfields baru-baru ini, tidak terdetik di hatinya untuk menipu ibu bapanya namun kerana kegilaan seks ‘melampau’ itu dia terpaksa menipu kedua-dua orang tuanya semata-mata untuk memuaskan nafsunya.

“Semuanya kerana pengaruh rakan yang membawa saya ke sini Februari tahun lalu. Sejak itu saya asyik teringat untuk datang lagi selepas kali pertama melangganinya.

“Saya tahu dari Brickfields ke Banting sejauh 160 kilometer pergi dan balik, tetapi saya tidak kisah dan sanggup. Malah, saya tidak keseorangan kerana saya turut ditemani seorang rakan sekolah yang bersama-sama melanggan pelacur di sini.


“Soal duit minyak kami tidak keberatan kerana selalunya kami ‘tong-tong’ (kongsi). Lagipun kami ke sini seminggu sekali saja iaitu pada hujung minggu,” katanya.

Menurutnya, demi mendapatkan ‘seks seminggu sekali’ itu, dia kadangkala menyimpan wang saku pemberian ibu bapanya serta turut membuat kerja sambilan di sebuah kedai makan di Banting milik kenalannya.
“Setiap hari ayah beri RM6 wang poket sebagai perbelanjaan. Baki wang yang saya tidak guna akan disimpan untuk melanggan pelacur pada hujung minggu,” katanya.
Rakan Ezry yang mahu dikenali sebagai Mizi, 16, berkata kegiatan melanggan pelacur dianggap sebagai pemberi semangat untuknya mengulang kaji pelajaran menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun hadapan.

“Seronok sebenarnya di sini, bagaikan pesta. Mana tidaknya, kerana ayam-ayam (pelacur) di sini semuanya lawa dan murah, dengan hanya RM30 saya dapat memuaskan nafsu.
“Kalau dibanding di Banting dengan Brickfields banyak bezanya...Di Banting kawasannya sunyi sepi dan tiada pelacur tetapi di sini ‘heaven’ (seronok) sangat,” katanya.

Menurut Mizi, apa yang membuatkannya datang ke rumah pelacuran terbabit kerana pelacur di kawasan itu cantik termasuk dari Sabah dan Sarawak berusia lingkungan 18 hingga 23 tahun.
Sementara itu sumber berkata, kawasan pelacuran terbabit sentiasa dipenuhi pelacur warga Malaysia, Indonesia, India, China, Myanmar dan Bangladesh dengan harga serendah RM30 hingga RM50 bagi sekali perkhidmatan.

Katanya, antara perkhidmatan ditawar seks, onani, ‘urutan harimau’ dan lain-lain.
Harian Metro 3 Mac lalu melaporkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan premis pelacuran di kawasan berkenaan namun kegiatan itu kini kembali beroperasi seperti biasa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi, berkata kawasan pelacuran berkenaan sudah beberapa kali diserbu pihak polis dan DBKL namun kegiatan itu masih diteruskan.


sumber : hmetro

*APE NAK JADI NI BUDAK2 ZAMAN SEKARANG....MAK BAPAK BAGI DUIT KORANG GUNA DUIT WAT LANGGAN PELACUR LA PLK...ADUSSS....BERANI BETUL LA...KENA AIDS BRU LA NYESAL SEUMUR HIDUP...JANGAN LA SIA SIA KAN USIA MUDA TU...

Thursday, 7 April 2011

Penghasilan dan mengenalpasti telur ayam tiruan....



Susah jgk kan nak bezakan telur sebenar dan telur tiruan ni...kalau dh byk2 kemungkinan juga kita x perasan...nak tgk tak macamna penghasilan telur tiruan dibuat...aku ambik  photo2 ni dari blog anastasyea...kredit untuk dia sbb share photo2 ni....


Bahan-bahannya; calcium carbonate, starch, resin, gelatin, alum dan lain-lain lagi bahan kimia yang diperlukan.

Bahan telur kuning diisi kedalam 2/3 bahan acuan bersama-sama calsium chlorida, dan pewarna.

Cecair "telur kuning" dimasukkan pada cetakan bulat

Lapiasan luar telur kuning terbentuk

Lapisan luar disaluti dengan lilin dan calcium carbonate. Proses ini diulang beberapa kali sehingga lapisan luar terbentuk dan menebal.
Setelah siap .. telur tersebut dibiarkan kering bagi mengeraskan kulit dilapisan luar. Dah siap !



CARA MENGENAL TELUR TIRUAN
 (INFO NI DARI BLOG MACAM MACAM HAL

1. Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.

2. Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.

3. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.

4. Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.

5. Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.

6. Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.

7. Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.

8. Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

GAMBAR2 NI AKU JUMPE KT BLOG CUTE MUM MASA AKU BW TMPT DIA
http://infoindonesia.files.wordpress.com/2011/01/telurpalsucina.jpg?w=424&h=627

*Lepas ni agaknya apa lagi bakal2 makanan tiruan yg akan muncul...???Kenapalah mereka sanggup melakukan semua ni demi keuntungan...??

AWAS TELUR TIRUAN



Rupanya sebiji telur ayam tetapi ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang. Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar.Demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di Georgetown semalam.Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.“Komponen bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati,” katanya.Mohamed Idris berkata, kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio.“Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu,” katanya.Loh berkata, beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu sejak sebulan lalu.
sumber : SINI

*MACAM2 KEJADIAN SEKARANG NI...SEMUA BENDA NAK DIMAKAN DH X SELAMAT

Wednesday, 6 April 2011

bini USOP WILCHA?

Album perkahwinan Usop Wilcha telah dijumpai oleh pembaca kami yang tidak lokek berkongsi. Dipercayai, album ini sudah berusia sekitar 3 tahun, dimuat naik pada tahun 2008. Isteri kepada Usop Wilcha (Syed Asri), bernama Fiza kelihatan amat cantik orangnya. Kami agak isterinya berumur sekitar lewat 20-an.








untung bebenor la kamu ye usop.....comeyy sesangat bini awok tu....

***kredit to ohbulan.com

sedih...sedih....:(

PETANG SEMALAM LEPAS AZAN MAGHRIB SAYA DENGAR ORANG BISING2 KT BAWAH RUMAH SAYA...KECOH JUGAK DENGARNYA...RUMAH SAYA DI TINGKAT 1 JADI JELAS LA DENGAR..INGATKAN SUAMI ISTERI BERGADUH..RUPANYA SAYA INTAI KT TINGKAP TENGOK2 ANAK BERGADUH DENGAN AYAH KAT PARKING KERETA...SEMPAT JUGAK SAYA DENGAR PERBUALAN MEREKA...APA YG SAYA DENGAR DAN LIHAT DH SEBIJIK MACAM DRAMA2 KT TV KISAH ANAK YG DERHAKA KAT IBU BAPA...X TAU APA PUNCA SAMPAIKAN SI ANAK (LELAKI) MARAHKAN AYAHNYA SAMPAI TENGKING2 MAKI2..DAN YANG PALING X SANGGUP SAYA TENGOK DIA NAK PUKUL AYAHNYA...SI ANAK TU CAKAP DIA JADI MACAM NI SBB PASAL AYAHNYA JUGAK..

NI PERBUALAN YG SAYA DENGAR
"AYAH TU PUN APA KURANGNYA..BAIK SANGAT KER..??KALAU BAIK TAKKAN LA SAMPAI MAK BOLEH LARI DARI RUMAH,DAH X TAHAN DGN AYAH....KEJE AYAH NAK PUKUL MAK JER...JADI X SALAH KAN KALAU SAYA PUKUL AYAH PULAK BIAR AYAH RASA PULAK MACAMNA MAK RASA..."





CAMNE TU....???DALAM HAL NI KITA NAK SALAHKAN SIAPA?ANAK...?? AYAH....??TP SEBAGAI ANAK PUN RASANYA X BOLEH LA SAMPAI NAK BERTINDAK MACAM TU KAN..SEJAHAT JAHAT AYAH TU DIA TETAP AYAH KITA..SBB TANPANYA DH TENTU KITA X DER KAT DUNIA NI...NI LA PUNCA2 YG JDI KES ANAK BUNUH AYAH...AYAH BARAN PUKUL MAK..ANAK JADI PEMERHATI...PASTU ANAK PULAK IKUT JEJAK AYAH....TAKUT MEMIKIRKAN SIKAP2 MANUSIA AKHIR ZAMAN NI....JAUHILAH DARI ANAK2 KU....AMIN...

Dapatkan RM1 dengan menjawab survey Nuffnang dan ChurpChurp!

KORANG PERASAN TAK SEKARANG NI KALAU BUKAK JE AKAUN NUFFNANG ADA KELUAR GAMBAR MCM KT ATAS TU SEBELAH KIRI BAWAH....??KLIK KT SITU DAN CUMA LENGKAPKAN SURVEY DAN KITA AKAN DAPAT RM1..BLH PILIH NK MASUKKAN DLM AKAUN NUFFNANG ATAU CHURP CHURP...(WLPN RM1 TETAP JGK DUIT KAN...)

Tuesday, 5 April 2011

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL - BERMULA !

KLIK BANNER UNTUK JOIN
SAYA JOIN :)
CEPAT2 JOIN ADA MASA LAGI SEHINGGA PUKUL 5 PETANG NANTI.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.