Monday, 23 May 2011

MY 12th ANNIVERSARY GIVEAWAY BY FIEDA

TUTUP SUDAH


PERCUBAAN GIVEAWAY PERTAMA SAYA SEMPENA ANNIVERSARY PERKAHWINAN SAYA YG KE-12 PADA 22 MEI 2011 NANTI...(DAH 12 TAHUN..??? SEKEJAP JE RASANYA..)
DAN JUGA UNTUK MEMBERI PENGHARGAAN KEPADA KAWAN2 CGL YG X PERNAH PUTUS ASA MEMBERI GALAKAN DAN SOKONGAN ANTARA SATU SAMA LAIN...

JOM LA JOIN...NAK JOIN KLIK SINI 
HADIAHNYA....???  KLIK SINI

GA INI SUDAH TUTUP YER...
TERIMA KASIH KEPADA YG 
SUDI JOIN..
keputusan boleh tgk kat sini dan sini

Friday, 20 May 2011

SAYANG SERIBU KALI SAYANG

SAYA NAK KONGSIKAN CERITA NI KEPADA KAWAN2 SEMUA..SAYA COPY DARI SALAH SEORANG RAKAN FB ...MMG ELOK BAGI SUAMI BACA NI...


Seorang isteri mengadu pada suaminya…..”bang badan saya sakit-sakit”….lalu suami berkata….”itu la buat kerja banyak sangat, sakit urat kot”.

Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa pening rasa nak pitam”…lalu suami berkata….”dah lah tu…makan panadol…..penat sangat tuh”.

Seorang isteri mengadu…..”bang duit belanja dapur dah habis”….lalu suami berkata…”aik…kan baru bagi lagi …takkan dah habis…pening la macam ni”.

Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa penat nak bersama”….lalu suami berkata…”ala asyik penat jer….stress betul”.

Seorang isteri mengadu …..”bang badan saya kebelakangan ni rasa sejuk-sejuk jer, kenapa?”...lalu suami berkata…..”nak demam kot”.

Seorang isteri mengajak…..”bang boleh bawak saya bergi buat check –up tak”…lalu suami berkata….”lain kali la…abang busy…lain kali kita pergi”.

Seorang isteri memohon…..”bang….boleh bagi saya cuti satu hari….saya nak berehat…abang bawak anak keluar…saya betul-betul dah penat”….suami berkata…..”alaaaa…abangpun penat juga”.


Walhal seorang suami waktu cutinya boleh tidur selama mana diingini…..
Namun suatu hari….

Si isteri merayu sambil menangis….”Bang sempena hari ibu ni saya nak minta satu permintaan, boleh tolong saya tak? Tolong bawa anak-anak keluar sekejap tak saya nak tidur”.

Lalu melihat kan airmata dan rayuan isteri tadi suami bersetuju….”baiklah abang bawak pergi rumah mak…nanti petang abang balik”.

Namun, sekembalinya suami ke rumah……si isteri dilihat tidur dengan nyenyak dan apabila dikejutkan si isteri rupanya telah tidur untuk selamanya…..

Akhirnya suami tadi sedar tapi segalanya dah terlambat baginya….

SAYANG….abang mintak maaf….

Bila SAYANG mengadu sakit2 badan…. Abang sangkakan SAYANG sakit urat…..tapi penyakit itu telah menular dan menyakiti SAYANG di segenap nadi SAYANG….

Bila SAYANG mengadu pening dan rasa nak pitam…abang sangkakan…..penyakit biasa dan suruh SAYANG telan panadol jer….

Bila SAYANG mengadu duit belanja dapur dah habis…abang bising cakap abang pening kepala pikul beban sorang-sorang…walhal SAYANG juga pening memikirkan macamana nak berjimat sampai SAYANG nak beli keperluan SAYANGpun tak cukup….sampai SAYANG nak beli barang-barang peribadi SAYANG pun susah….sampai SAYANG nak menggantikan pakaian dalaman SAYANG sebulan satu pun tak der….

Bila SAYANG mengadu penat nak bersama…..abang selalu marah2 dan berhasrat nak cari lain…walhal sel-sel badan SAYANG dah x mampu nak tanggung beban tugas seharian SAYANG di rumah….

Bila SAYANG ajak abang pergi buat check up…..abang kata abang sibuk walhal kerja opis abang tak pernah habis…..dan masa yang ada kekadang abang tolong kawan-kawan…..

Bila SAYANG mengadu rasa sejuk2 badan dan abang kata nak demam rupanya itu tanda-tanda SAYANG dah nak pergi…..

Bila SAYANG mengadu nak cuti sehari….sebagai majikan SAYANG …abang tak pernah bagi cuti walau setengah hari…..kesian SAYANG ….

SAYANG…maafkan abang….abang tak pernah nampak semua kesakitan yang SAYANG alami tuh….kuatnya SAYANG hadapi setiap kesakitan itu plus dengan kerenah abang dan anak-anak. Abang tak pernah hirau nak baawak SAYANG ke klinik buat full body check up kerana abang ingat semua tu sakit biasa. Nampak sayang sentiasa sihat dan tersenyum waktu abang balik…Cuma sayang mengadu macam tuh jer…..

Maafkan abang kerana tak pernah ambil serius kesihatan SAYANG …..Namun….semuanya dah terlambat…. SAYANG dah pergi untuk selamanya….segalanya takkan berpatah balik….Sekarang selama seminggu pemergian SAYANG …..abang ambil cuti menguruskan anak-anak dan abang rasa keletihan dan kelelahan SAYANG …..bagi abang kerja di opis masih juga ada waktu abang berehat….agaknya sebab tulah SAYANG penat sangat….

Maafkan abang kerana semuanya sudah terlambat…….

NUR KASIH THE MOVIE MEMANG BEST...

Semalam hari pertama penayangan utk filem Nur Kasih..Saya gi tgk kt Times Squre dan nmpknya mmg ramai sekali yg beratur beli tiket..Walaupun saya x pernah tengok drama yg digilai ramai suatu ketika dulu tetapi rasa nak sgt tgk filemnya dan mmg x rugi menontonnya...Sangat2 menyentuh perasaan..Kira mmg best la filem ni...Dengarnya filem ni tidak akan ditayangkan di Astro First jadi kepada yg biasa melanggan Astro First jgn mimpi la ye nk tggu filem ni kt situ...hehehe...

Sinopsis Nur Kasih The Movie :
Dugaan dan ranjau yang dilalui oleh Adam tidak pernah terhenti apabila Adam sekali lagi terpaksa menerima ujian getir bahawa anak dalam kandungan Nur kemungkinan akan meninggal akibat kemalangan jalan raya yang menimpa mereka berdua.

Manakala Aidil pula terpaksa menjalani kehidupannya sebagai bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu ilyas(7) (Mohd Ilyas Suhaimi) dan Maryam(5) (Mia Sara Nasuha) setelah isterinya yang tercinta, Alia meninggal dunia.


Gambar Nur Kasih The Movie :











Anak kucing bermata satu

PELIK ...kucing bermata satu tiada hidung dengan lidah terkeluar.
TAWAU: Pelik tapi benar. Itulah yang berlaku ke atas seorang penduduk di Kampung Batu 4, Jalan Apas, di sini, apabila ibu kucing miliknya melahirkan anak kucing bermata satu, kelmarin.
Apa yang lebih menghairankan, kucing berkenaan tidak mempunyai hidung selain lidahnya sentiasa terkeluar.

Pemilik kucing terbabit mahu dikenali Jamal, 30, mengakui keganjilan anak kucing itu disedari sebaik dimaklumkan anaknya yang melihat ibu kucing itu melahirkan anaknya.


“Kucing berkenaan yang baru saja dilahirkan kira-kira jam 10 pagi di rumah dan menyangka anak saya bergurau apabila menyatakan anak kucing yang baru dilahirkan itu mempunyai mata satu.

“Sebaik diberitahu, saya terus melihat anak kucing itu dan terkejut apabila mendapati memang anak kucing itu pelik kerana mempunyai satu mat saja,” katanya ketika Harian Metro, semalam.


Buat masa ini, katanya, rumahnya sentiasa tidak lekang pengunjung yang mahu melihat anak kucing ganjil itu.



SUMBER : HMETRO

Wednesday, 18 May 2011

Suami Orchid Abdullah meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Selepas empat hari pemergian isteri tercinta Datin Orchid Abdullah, Datuk Mokhtar Omar, 70, pula menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Ampang kira-kira jam 6.45 pagi semalam akibat penyakit jantung.
Allahyarham dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Al-Ansar, AU2 Keramat sebelum dikebumikan berdekatan pusara isterinya di Tanah Perkuburan Islam AU1 Keramat kira-kira jam 11.30 pagi.


Anak bongsunya Nur Shafinaz, 31, mendapat panggilan dari Hospital Ampang pada kira-kira jam 6.30 pagi semalam yang memaklumkan bapanya sedang tenat.


“Saya terus ke sana dan bila sampai, saya dimaklumkan ayah sudah meninggal dunia. Doktor memberitahu jantung ayah sudah tidak kuat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Perkuburan Islam Keramat AU1 di sini, semalam.


Nur Shafinaz berkata semalam, keadaan ayahnya stabil dan boleh bercakap selepas dipindahkan dari Unit Rawatan Jantung (CCU) ke wad biasa.



Beliau juga memberitahu hubungan kedua-dua ibu bapanya sangat akrab sehinggakan ketika uzur, mereka menjaga antara satu sama lain.


“Ibu bapa saya mulai sakit sejak 2008 dan bilik mereka di hospital juga sebelah menyebelah.
“Semasa ibu meninggal dunia, ayah berada di sampingnya dan sempat mengucup dahi ibu walaupun sedang lemah,” katanya.

Pada Jumaat lalu Orchid, penyanyi veteran era 1960-an, meninggal dunia di hospital sama kira-kira jam 12.40 tengah hari, akibat penyakit ketumbuhan hormon yang tidak stabil atau paraganglioma sejak tiga tahun lepas.
Allahyarham meninggalkan empat anak iaitu Nur Shalina, 42, Md Nor Shareen, 39, Mohd Noor Shafri, 35 dan Nur Shafinaz.

*SAMA2 LAH KITA SEDEKAHKAN AL FATIHAH  KEPADA ALLAHYARHAM DAN ALLAHYARHAMAH...

Kereta rempuh rumah

HEMPAP...kereta Proton Persona terbabas dan merempuh rumah mangsa.
ROSAK...sebahagian rumah mangsa yang dihempap kereta Proton Persona.
ALOR GAJAH: “Syukur kerana kemalangan ini tidak membabitkan kehilangan nyawa. Selalunya, anak-anak duduk di beranda sebelum mengaji,” kata Sabrina Taib, 36, menceritakan kejadian sebuah kereta terbabas dan melanggar dinding rumahnya di Kampung Parit Melana, Durian Tunggal, dekat sini, petang kelmarin.
Menurutnya, kereta Proton Persona dipandu seorang lelaki itu terbalik dengan empat tayar di atas dan berlaku limpahan petrol sehingga mencetus kebimbangan berlakunya kebakaran.

“Masa itu saya duduk berehat dengan tiga anak saudara di bahagian belakang rumah pusaka itu sambil menonton televisyen kira-kira jam 3.20 petang.


“Tiba-tiba saya dengar dentuman kuat di bahagian depan rumah disusuli bunyi kaca pecah. Mulanya saya terfikir pokok tumbang atau rumah dipecah masuk.

“Disebabkan tidak sedap hati, saya membuka pintu belakang dan berjalan ke hadapan rumah sebelum ternampak sebatang dahan patah, namun tiada pokok tumbang.


“Saya terus berjalan ke depan dan tergamam melihat sebuah kereta terbalik dengan empat tayar di atas di beranda rumah. Sebaik terbau petrol saya terus berlari mendapatkan pertolongan anak saudara untuk mengeluarkan mangsa kemalangan itu,” katanya.



Menurutnya, anak saudaranya yang membantu memberitahu ada petrol melimpah keluar dari kereta berkenaan.

“Kami seperti hilang arah kerana takut sesuatu lebih buruk berlaku iaitu kereta itu meletup sebelum pemandu kereta yang cedera merangkak keluar kira-kira lima minit kemudian dan terus naik ke atas jalan kerana rumah kami berada di bawah tebing di selekoh.

Kemudian anggota polis tiba diikuti anggota bomba menyembur cecair bagi menghalang limpahan minyak petrol itu,” katanya yang masih terkejut.


Sabrina berkata, dia bersyukur kerana tiada ahli keluarganya atau orang lain mengalami kecederaan teruk dalam kemalangan itu.


Katanya, kejadian itu kali kedua dan kemalangan pertama berlaku sekitar 1980-an apabila tayar sebuah lori tercabut serta terpelanting ke rumah berkenaan tetapi tidak membabitkan kehilangan nyawa atau kerosakan.


“Setengah jam sebelum kejadian, suami ada bersama pesakit di sebuah bilik di tepi beranda yang rosak teruk. Kebetulan dia (suami) yang juga pengamal perubatan tradisional pergi merawat pesakit di Tampin, Negeri Sembilan.


“Saya anggarkan kerosakan dialami kira-kira RM20,000,” katanya.


Sementara itu, jurucakap polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah mengesahkan menerima laporan kemalangan itu ketika dihubungi petang semalam.


Menurutnya, hasil siasatan awal pihaknya tidak menolak kemungkinan kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu terbabit gagal mengawal kenderaannya akibat dipandu laju sebelum terbabas dan melanggar rumah terbabit.


Katanya, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu cuai dan berbahaya hingga menyebabkan kemalangan serta Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas, Akta Pengangkutan Jalan 166/59.



*DUDUK DALAM RUMAH PUN SEKARANG BELUM TENTU BOLEH SELAMAT...SGT MENAKUTKAN...BANYAK LA KES MCM NI SEKARANG.....


HMETRO

Rintihan, hembusan dari lokap Mona


NGERI...lokap dan kawasan lokap di IPD Raub yang menempatkan Mona dan suaminya.
RAUB: Suara rintihan pada lewat tengah malam, hembusan nafas di tengkuk yang meremangkan bulu roma dan perasaan seperti diperhatikan seseorang, antara pengalaman seram ditempuhi anggota polis bertugas di lokap yang pernah menempatkan Mona Fandey bersama suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman dan pembantu mereka, Juraimi Hussin, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.
Suasana menyeramkan itu berlaku selepas ketiga-tiga mereka menjalani hukuman gantung hingga mati pada 2 November 2001 selepas didapati bersalah membunuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Mazlan Idris pada 13 Julai 1993.
Selepas hampir 10 tahun kejadian menyeramkan itu ‘disimpan’ anggota balai berkenaan, baru sekarang ia didedahkan kepada umum dan orang ramai boleh menempuh sendiri pengalaman aneh itu apabila lokap berkenaan bakal dijadikan destinasi pelancongan dalam ‘Pakej Lawatan Berhantu’ yang dipromosikan Tourism Malaysia Pahang.

Pengarah Tourism Malaysia Pahang, Amran Abdul Rahman berkata, cadangan memasukkan lokap berkenaan dalam Pakej Lawatan Berhantu disuarakan sendiri polis pada mesyuarat bersama agensi kerajaan di Raub baru-baru ini, sebagai satu lagi tarikan ke daerah berkenaan, selain keindahan semula jadi dan bangunan zaman kolonial yang masih terpelihara.



Menurutnya, lawatan berhantu terlebih dulu popular di luar negara sebelum fenomena itu menular ke Malaysia lebih lima tahun lalu sehingga banyak pengamal paranormal menawarkan aktiviti sedemikian.



HMETRO

KONTROVERSI PALING HEBAT ZIANA

SELAMA 20 tahun menceburi bidang seni, jarang sekali nama Ziana Zain dicalit dengan kontroversi. Namun, sehebat mana dirinya cuba menepis kontroversi dia akhirnya tewas.
Pemilik sebenar nama Siti Roziana Zain ini tiba-tiba sahaja dilabel sebagai tidak profesional dan berlagak diva.
Semuanya gara-gara pelantun lagu Puncak Kasih itu enggan mengayakan baju 'bareback' rekaan Christian Dior yang mendedahkan sebahagian besar bahagian belakang badannya untuk muka depan sebuah majalah fesyen terkenal.
Ziana juga dikatakan nekad meninggalkan sesi fotografi yang menggandingkan dirinya bersama Erra Fazira, Ning Baizura dan Fauziah Latiff itu kerana terlalu marah.
Akibatnya, sesi fotografi untuk muka depan majalah itu terpaksa diteruskan hanya dengan Fauziah Latiff yang kemudian disertai oleh Dayang Nurfaezah, Misha Omar dan Mizz Nina yang menggantikan Ziana, Erra dan Ning.
Malah, impak daripada tindakan Ziana itu, majalah tersebut telah menyiarkan artikel susulan tentang kakak kepada penyanyi Anuar Zain itu.
Berikut antara sedutan daripada artikel dalam majalah tersebut yang tertulis: 'Apabila kita terlalu emosional kita akan hilang pertimbangan dan bertindak di luar priofesionalisme. Masih banyak cara untuk mengatasinya. Soalnya, Ziana tidak memberi ruang untuk warga kerja kami berbuat demikian.
'Ada yang bertanya antara keempat-empat diva ini siapa yang paling 'kertu' (tua), tetapi kami tidak menganggap diri Ziana yang sudah berumur 43 tahun itu 'kertu' (kecuali dia anggap dirinya kertu). Justeru, kita lihat majalah tidak pernah menuakan Ziana (kecuali Ziana sendiri)'.
Kosmo! berpeluang mendapatkan jawapan Ziana berhubung perkara tersebut pada pertemuan sempena sambutan hari lahirnya yang dilangsungkan di Hotel Vistana, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Mengenakan persalinan ungu rekaan pereka terkenal Rizman Ruzaini, Ziana yang masih anggun dan jelita pada usia 43 tahun itu melahirkan rasa sedih dan menganggap perkara tersebut merupakan pengalaman pahit dalam hidupnya.
"Selama 20 tahun berada dalam industri hiburan, saya tidak pernah dilanda kontroversi seperti ini. Saya tidak mahu nama saya buruk disebabkan mengenakan pakaian sedemikian.
"Saya kena pakai pakaian mengikut usia saya. Saya kena tahu jaga hati peminat saya. Bagaimanapun, perkara seperti itu terjadi juga sehinggakan ada segelintir pihak mengatakan saya berlagak diva.
"Namun begitu, ramai peminat masih pertahankan diri saya" kata Ziana yang masih tidak dapat melupakan indiden yang berlaku pada bulan Mac tahun ini tersebut.
Insiden memalukan itu turut mendapat reaksi daripada ayah Ziana, Zain Abdullah.
"Dia tidak tahu ke yang dia kutuk itu anak siapa? Orang ini betul-betul kurang ajar," kata Ziana mengulas mengenai apa yang dikatakan oleh ayahnya.
Pak Zain turut menasihatkan anak sulung daripada lima beradik itu agar tidak terlalu tunduk kepada orang. Ada masanya dia perlu bertindak.
Ditebak sama ada dia mahu menyaman majalah tersebut, kata Ziana, dia tidak sampai ke tahap untuk menyaman majalah tersebut.
BERITA SELANJUTNYA DI KOSMO

Saturday, 14 May 2011

Tanda-Tanda Awal Kanser

1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

(6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

(8) Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia)-letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

(My Feveret) Maharaja Lawak Di Minggu Ke-7

Kumpulan Jambu mmg sentiasa best setiap minggu...

Jozan pun mantap..persembahan yg sgt2 tidak membosankan...

Thursday, 12 May 2011

Cheryl Samad dah kawin rupanya...

Perkahwinan senyap-senyap. Tiba-tiba sahaja nama Cheryl Samad disebut-sebut ekoran melangsungkan perkahwinan tanpa pengetahuan pihak media. Memang sah, Cheryl Samad telah pun melangsungkan perkahwinan dengan jejaka bernama Ng Ping Ho.

Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat....

Saida Didakwa Angau Dengan Lelaki Lain Punca Pergolakan Rumah Tangga

 Akhirnya suami Siti Saida, kakak kepada Siti Nurhaliza,  Mohd Ghazali telah mendakwa yang Saida angau dengan lelaki lain semasa masih bergelar isteri kepadanya. Kata Ghazali:-

Bila saya siasat dia tidak mahu mengaku. Tapi bila saya sudah jumpa gambar-gambar dan SMS ada sayang, itu bukan rakan biasa. Saya sangat sedih, kecewa dengan isteri saya. Dahulu, dia seorang yang sangat lemah-lembut dan sekarang lupa tanggung jawab. Saya harap hakim boleh beri nasihat. Apa salah saya sehingga dia buat begini? Saya kasihankan anak-anak. Mereka sampai tidak pergi ke sekolah. Dulu dia tidak begini.
Ghazali berkata begitu selepas mengkantoikan Saida di dalam sebuah kereta bersama lelaki lain yang dikenali sebagai Hafiz Che Mat. Di dalam telefon bimbit yang dirampas daripada Saida, terdapat SMS yang mengandungi perkataan sayang, rindu dan sebagainya. Malah ada bil yang menunjukkan Saida bergayut sehingga berjam-jam bersama dengan lelaki terbabit. Kata Ghazali lagi:-
Saya telah tanya pada lelaki itu jika dia tahu Saida adalah isteri saya? Waktu itu, Saida menjawab lelaki itu mahu memulangkan telefon bimbit miliknya. Saya rampas telefon bimbit tersebut dan jumpa khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi perkataan seperti sayang, rindu dan sebagainya,
 Adakah memang benar Saida sedang angau bersama lelaki yang bernama Hafiz Che Mat ini? Siapakah lelaki tersebut? Adakah seorang yang kaya raya? Sama-sama kita nantikan penerangan daripada pihak Saida pulak di prosiding seterusnya..

SUMBER : BEAUTIFUL NARA

Tuesday, 10 May 2011

Ayu Raudhah & Zaquan Selepas Bergelar Suami Isteri

WOW..MAKIN BERGAYA DAN SEKSI KAN AYU RAUDHAH NI LEPAS KAWIN..MAKLUMLAH HATI TGH GUMBIRA KATAKAN..TP PENDAPAT SAYA LA KAN,TANG RAMBUT TU RASANYA LAGI AYU KALAU AYU NI RAMBUTNYA KALER HITAM...X GITU KAWAN2..?





SUMBER : BEAUTIFUL NARA

Aimi Jarr Meninggal Dunia, Al-Fatihah.



Pelakon veteran yang juga bekas wartawan hiburan Aimi Jarr meninggal dunia dirumahnya di Taman Melawati di sini pagi Selasa.
Aimi Jarr atau nama sebenarnya Omar@Abdul Majid Bin Puteh adalah seorang pelakon dan menulis skrip semenjak tahun 1962. Beliau pernah memenangi anugerah ‘Penulis Lakon Layar Terbaik (Festival Filem Malaysia Ke-2 ) . Kali terakhir beliau membintangi filem pada tahun 2004, sebagai pelakon jemputan dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam.
Jenazahnya dijangka akan dikuburkan di Tanah Perkuburan Klang Gate pada waktu Zohor, hari ini. Sekali lagi, kita sedekahkan Al-Fatihah buat Aimi Jarr.
SUMBER : OH BULAN

Majlis Pertunangan Zahiril Adzim & Shera Ayob

TAHNIAH...SEMOGA MEREKA KEKAL HINGGA KE JINJANG PELAMIN...SANGAT CANTIK WLPN SIMPLE TP NMPK GRAND...








sumber : beautiful nara

Sasar wanita sendirian

KUALA LUMPUR: Orang ramai terutamanya wanita dan pelajar yang sering berjalan bersendirian di kawasan sunyi seperti kawasan parkir, stesen komuter atau transit aliran ringan (LRT) serta laluan sekitar sekolah, diminta lebih berhati-hati dengan ancaman disimbah asid daripada lelaki misteri.
Sejak Februari hingga 27 Mac lalu, terdapat 18 kes kejadian simbah asid berlaku di sekitar Kuala Lumpur dan kejadian itu reda seketika namun berulang kembali di Sentul dan Dang Wangi pada Jumaat dan Sabtu lalu. Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan di sini semalam, mendedahkan kebanyakan mangsa di kalangan wanita yang sedang dalam perjalanan pergi dan balik bekerja serta terdapat juga kejadian serangan berhampiran sekolah di sekitar Bangsar dan Brickfields berlaku pada penghujung tahun lalu.

“Suspek dipercayai seorang atau dua lelaki India, modus operandi suspek bermotosikal datang dari arah belakang mangsa dan menyimbah sejenis cecair dipercayai ‘alkaline-based’ atau ‘oxidizing agent’ ke arah muka atau badan mangsa. “Cecair itu akan memberi kesan radangan kepada mangsa apabila terkena kulit tetapi tidak mengakibatkan melecur,” katanya.


Menurut kenyataan itu lagi, dalam kebanyakan kes serangan, suspek akan bertindak ketika mangsa bersendirian atau sedang berjalan di tepi jalan yang tidak sesak menuju ke tempat letak kenderaan. Selain itu, lokasi lain yang kerap menjadi sasarannya ialah di tepi jalan sekitar kawasan sekolah dan pondok menunggu bas.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan diminta menyalurkannya kepada pihak polis dan mangsa atau sesiapa yang melihat kejadian dinasihatkan melaporkan kepada polis dengan cara menghubungi talian hotline 03-21159999 dengan segera.


“Ini bagi membolehkan tindakan susulan dapat diambil untuk mengesan serta menangkap penjenayah ini yang menimbulkan rasa tidak selamat di kalangan orang ramai,” katanya.



Sementara itu, pihak polis turut meningkatkan pemantauan dan pemeriksaan di tempat yang menjadi sasaran kejadian itu.

Harian Metro semalam melaporkan lima wanita menjadi mangsa terbaru kes serangan asid dengan seorang daripadanya dikhuatiri buta manakala empat lagi cedera ringan di muka dan badan, menjadikan jumlah keseluruhan kes di sekitar bandar raya mencecah 20 sejak Disember tahun lalu. Tiga kejadian terbaru berlaku di lokasi berasingan antara jam 9 pagi Jumaat lalu dan jam 3 petang kelmarin di Jalan Pudu Lama, tempat letak kereta pusat beli-belah berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan Persiaran Titiwangsa di sini.



sumber : HMETRO

Monday, 9 May 2011

SELAMAT HARI IBU

SELAMAT HARI IBU...KASIH SAYANG IBU TIADA TANDINGANNYA...SEMOGA ANDA SEMUA DAPAT MENJADI IBU,MAMA,MUMMY,EMAK,BONDA YG TERBAIK BUAT ANAK2 ANDA DAN JUGA ISTERI YG TAAT KPD SUAMI ANDA..SEMOGA ALLAH MENGURNIAKAN LEBIH KESABARAN PADA ANDA SEMUA UNTUK MENJADI IBU YG TERBAIK KEPADA ANAK2 ....




Friday, 6 May 2011

Maghrib berdarah

NGERI...mayat Wee ditutup dengan surat khabar selepas dibawa keluar dari kenderaan yang remuk.
PASIR MAS: Suasana di Kilometer 11, Jalan Pasir Mas-Tanah Merah, To’ Uban di sini gempar dengan tragedi ‘Maghrib berdarah’ apabila mayat bergelimpangan di atas jalan raya dalam nahas membabitkan enam kenderaan dan mengorbankan empat orang, termasuk dua sepupu, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.20 malam ketika azan Maghrib sedang dilaungkan itu, mayat tiga mangsa bergelimpangan di atas jalan raya manakala seorang lagi maut selepas tersepit dalam keretanya.

Kemalangan dikatakan berpunca daripada sebuah motosikal Honda Wave dinaiki dua beranak, Ariff Che Mohd Zain, 35, dan anaknya, Aliff Azhan, 12, yang ditunggang melawan arus bertembung dengan motosikal Yamaha RXZ ditunggang dua sepupu, Chik Shamsuddin Mat Ghapar, 16, dan Muhammad Faizal Fakruddin, 16.


Akibat perlanggaran itu, semua mangsa tercampak ke atas jalan sebelum dua lori dari arah sama dikatakan tidak sempat mengelak lalu menggilis tiga daripada mereka iaitu Ariff, Chik Shamsuddin dan Muhammad Faizal menyebabkan mereka terbunuh serta-merta.

Aliff Azhan yang tercampak jauh dari jalan raya, terselamat, tetapi cedera parah. Pemandu kedua-dua lori itu pula memecut kenderaan mereka meninggalkan tempat kejadian dan sehingga malam tadi, masih belum membuat laporan polis mengenai kemalangan itu.


Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, kemalangan itu tidak berakhir di situ kerana tidak lama kemudian sebuah kereta Volvo dipandu Huzaiudi Zainal Abidin, 36, dari Tanah Merah ke Pasir Mas bertembung kereta Proton Iswara dari arah bertentangan ketika cuba mengelak daripada melanggar mangsa di tempat kejadian.

Pertembungan itu menyebabkan pemandu Iswara, Wee Thai Kit, 40, tersepit dalam keretanya dan mati di tempat kejadian.
“Kemalangan itu menyebabkan empat maut di tempat kejadian manakala dua lagi iaitu Aliff Azhan dan Huzaiudi cedera parah.
“Mayat semua mangsa dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing untuk dikebumikan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis merayu saksi kejadian supaya tampil menyalurkan maklumat mengenai kemalangan ini,” katanya.

Kakitangan kerajaan, Mohd Hafizzul Akmal Mohd Yusof, 24, antara penduduk tempatan yang terawal tiba di tempat kejadian menyifatkan kemalangan yang dilihatnya itu paling ngeri.

“Kebetulan saya dalam perjalanan ke Kota Bharu menggunakan laluan itu. Berderau darah melihat tiga mayat bergelimpangan di atas jalan dengan seorang daripadanya melekat pada motosikal. Selepas itu saya melihat satu lagi mayat tersepit dalam kereta Proton Iswara.

“Sebelum ini, kerap juga saya melihat kemalangan tetapi kemalangan ini paling ngeri. Saya tidak mampu menunggu lama dan segera beredar kerana tidak tahan melihat keadaan mayat dan darah di merata tempat,” katanya.

SUMBER : METRO

BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011

OTAI KITE ABE BEN BUAT SEGMEN LAGI UNTUK KASI GEGAR 1000 BLOG FOR MAY 2011
JOM PAKAT2 JOIN


JOM SINGGAH SINI JOIN MY 1st GA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.