Wednesday, 29 June 2011

JIMMY SHANLEY BERSAMA ANAKNYA..

TERHARU TENGOK GAMBAR JIMMY BERSAMA DGN ANAKNYA ZAHRAH....JIMMY NI TERNYATA SEORANG YG TABAH DAN SABAR MENGHADAPI DUGAAN HIDUP..MOGA DENGAN KEHADIRAN PUTERI SULONGNYA AKAN MENJERNIHKAN KEMBALI HUBUNGAN  BERSAMA ISTERINYA...

SELANJUTNYA BOLEH BACA DI MURAI

Tuesday, 28 June 2011

TIKET WAYANG DARI NUFFNANG DAH DAPAT...

SEMPENA BIRTHDAY AKU BARU2 NI NUFFNANG ADA KASI 4 TIKET WAYANG PERCUMA...BARU KEJAP TADI HUSBAND GI AMBIK....ADOHAI...DIA KATA SUSAHNYA NAK CARI PEJABAT NUFFNANG NI....APA YG AKU TAU DARI BLOGGER2 LAIN MMG SUSAH PUN NK CARI PEJABAT NUFFNANG NI SBB TEMPATNYA TERSOROK SIKIT KAN...

APA PUN TERIMA KASIH NUFFNANG SBB BAGI TIKET NI DAN DAPATLAH KAMI SEKELUARGA PERGI MENONTON NANTI KAT TGV JUSCO SALAK SELATAN BALAKONG..TP TAK TAU LA NAK TGK CITE APA...

OH YE..ARITU AKU ADA MASUK CONTEST ATTACK THE BLOCK DARI BLOG DEQLIS..ARINI KEPUTUSAN DAH KELUAR..DAPAT SEKEPING TIKET WAYANG UTK MENONTON FILEM NI...OK LA TU...THANK YOU DEQLIS...



DAH CUBA JMD..???

KORANG YG DH MELAHIRKAN ANAK,ADA TAK KENA KEBAS2 KAKI DAN TANGAN WAKTU TIDO ...DULU AKU NI KERAP JGK KENA ..PASTU KALAU DUDUK SEKEJAP PUN BLH KENA ...PELIK BETUL NAPE YE JADI GITU...ADAKAH INI KESAN DARI ORG YG KURANG BERPANTANG......??URMMM...MAKLUM LA AKU NI BERPANTANG SENDIRI JER JADI PANTANG YANG HADOOO JER LA....CUMA ANAK SULONG JER BALIK KG MAK JAGA...BOLEH KLIK SINI UNTUK BACA INFO BAHAYANYA KEBAS KAKI DAN TANGAN

TAPI ALHAMDULILLAH KEBELAKANGAN NI SEJAK AKU AMALKAN MAKAN JAMU MAK DARA GOLD (KAPSUL) MASALAH TU DH BERANSUR2 HILANG...BKN ITU SAJA BYK JUGAK TERASA KESANNYA...BANGUN PAGI BADAN PUN RASA RINGAN JE..JAMU MAK DARA NI ADA DALAM BENTUK KAPSUL DAN SERBUK..AKU GUNA KAPSUL JER...HARGA RM49.00 SEBOTOL..TP AKU MMG PUJI LA JAMU MAK DARA NI SEBAB IANYA MEMANG BAGUS UNTUK KESIHATAN WANITA..CUBALAH AMALKAN PASTI KORANG AKAN TERASA KEHEBATANNYA..


Khasiat-khasiat yang boleh diperolehi daripada Jamu Mak Dara


Fungsi utama Jamu Mak Dara ialah untuk melancarkan peredaran darah dalam badan.
Jamu Mak Dara ini diperbuat daripada herba-herba tradisional yang dapat melancarkan perjalanan darah dalam tubuh. Resipi Jamu Mak Dara ini merupakan warisan daripada pengamal tradisional yang bernama Mak dara.  

Jamu Mak Dara telah terbukti dapat membuang tosik di dalam badan.
Apabila peredaran darah menjadi baik, proses perkumuhan senang dilakukan dan toksik di dalam badan dapat dibuang. Kandungan Jamu Mak Dara ini juga membolehkan toksik dibuang daripada badan.

Jamu Mak Dara juga boleh membuang angin di dalam badan.
Jamu Mak Dara memudahkan pekumuhan dan ini termasuk membuang angin di dalam badan.

Dengan kandungan herba asli, Jamu Mak Dara dapat menyuburkan rahim dan mengatasi masalah keputihan.
Ramuan Jamu Mak Dara ini diambil daripada herba-herba tradisional yang telah diamalkan zaman dahulu. Pengamalan herba-herba tradisional atau Jamu Mak Dara sememangnya boleh menyuburkan rahim dan mengatasi masalah keputihan.

Faraj juga dapat dirapatkan dengan pengambilan Jamu Mak Dara secara berterusan.
Jamu Mak Dara ini mempunyai herba yang dapat merapatkan otot-otot disekitar faraj dan pengamalan herba memang telah diamalkan oleh nenek moyang kita.

Jamu Mak Dara membolehkan badan akan bertenaga dan cergas seawal pagi.
Dengan mengamalkan Jamu Mak Dara peredaran darah akan lebih baik dan ini akan menyebabkan badan kita akan bertenaga dan sentiasa cergas di awal pagi.

Masalah sistem kitaran haid yang terganggu juga boleh diatasi dengan Jamu Mak Dara 

Ciri-ciri istimewa Jamu Mak Dara yang lain pula ialah ia dapat membakar lemak dan menurunkan berat badan.
Ini merupakan khasiat istimewa Jamu Mak Dara. Dengan perjalanan darah yang baik, pengamalan Jamu Mak Dara membolehkan lemak dibakar dan sekaligus berat badan dapat diturunkan.

Jamu Mak Dara dapat mengurangkan bau badan dan menambahkan nafsu syahwat.

Jamu Mak Dara juga boleh mengurangkan sakit pinggang dan awet muda.

Monday, 27 June 2011

ASTRO OH ASTRO...

Jangan Bayar Bil Astro 3 Bulan!
ARINI AKU BARU JE DAPAT SURAT CINTA DARI ASTRO ...PATUT LA DOK KECOH ARINI KAT FB PASAL KEMPEN BOIKOT ASTRO ..RUPANYA SESUKA HATI DIA JER NAK NAIK HARGA BAYARAN BULANAN LAGI...DAH LA ARITU TETIBA JE ADA SEVIS TAX...X BGTAU LANGSUNG..TGK2 DAH MASUK DLM BIL...TERUS TERANG LA AKU CKP MMG SERVIS X BAGUS LANGSUNG...CITE MMG DOK ULANG YG SAMA,IKLAN PUN MAKIN BYK DAN SIARAN XDER BILA HUJAN...MACAMNA PLK DORANG NI BLH TERPIKIR NAK NAIKKAN HARGA...PELIK BETUL LA..DAH BERTAN KARGO DAH ORG KOMPLEN TP ASTRO BUAT DEKKK JE...KALAU MACAM NI MMG PATUT LA DIBOIKOT ASTRO NI...


NAMPAK GAYANYA SUAMI AKU PUN DH BGTAU KITA TERMINATE JE LA SBB DIA PUN DH FED UP JGK DGN ASTRO....JADI LEPAS NI  GOOD BYE LA ASTRO....

KOLEKSI VIDEO MAHARAJA LAWAK AKHIR



PUSINGAN PERTAMA

NABIL


JAMBU


SEPAH


JOZAN



PUSINGAN KEDUA

NABIL


JAMBU


SEPAH


JOZAN


KEPUTUSAN



BABY ZAHRAH,ANAK JIMMY SHANLEY.....

ISTERI JIMMY SHANLEY KATANYA TELAH MELAHIRKAN BAYI YG BERNAMA ZAHRAH SHANLEY 3 ARI LALU DI PUTRA MEDICAL CENTRE SG BULOH..SAMA2 KITA TUNGGU BERITA SELANJUTNYA NANTI...

SUMBER : OHBULAN

HADIAH DAH REDEEM...

SEBELUM NI AKU ADA BUAT ENTRY PASAL HADIAH NI KAT SINI..
SEMALAM JALAN2 TIME KITAORANG TERUS KE LEISURE MALL CHERAS UNTUK  COLLECT HADIAH ...DAN INI LAH BEG YG AKU REDEEM DGN VOUCHER TU..
"
"
"
OK LA BEG NI NMPK TAHAN LASAK DAN SAIZNYA COMEYY2 JER..DAH SELAMAT PUN DI SIMPAN OLEH 2 ORG BUJANG DALAM UMAH NI...NASIB BAIK X REDEEM BEG GOLD TU SEBAB DAH XDER STOK..RAMAI SGT ORG REDEEM BEG TU...DAH LA LIMITED STOK..TP JURUJUAL KAT LEISURE MALL TU CEREWET SIKIT LA...BERSUNGGUH SUNGGUH MINTAK IC MACAM NAK CLAIM BRG RATUSAN HRGANYA...SEBAB APA YG AKU TAU DARI KWN BLOGGER LAIN ADA TMPAT X KISAH PUN NK TGK2 IC NI...
KORANG CAMNER,DAH PI REDEEM KE...?CEPAT2 NANTI HABIS STOK PULAK...



Saturday, 25 June 2011

KUIH TAKO

HARI NI MOOD " BAIK PUNYER" DAN TERAJIN PULAK NAK BUAT KUIH TAKO...KUIH NI MEMANG FEVERET UMAH NI NAK2 KALAU TIME BULAN POSE...MEMANG PASTI AKAN BELI..SEBENARNYA AKU PUN BARU JER BELAJAR BUAT KUIH NI DARI ADIK IPAR...PASTU NAK KENA PANDAI JUGAK BUAT BEKAS KUIH NI DARI DAUN PANDAN..MULA2 BUAT HANCUR JGK LA DAUN PANDAN 3-4 LAI....HEHEHE..ALA..SENANG JER NAK BUAT,GUNA TEPUNG HOEN KWE BRAND NONA...

RESEPI BOLEH TENGOK KAT SINI

JUARA MAHARAJA LAWAK 2011-SEPAH

Sumber Harian Metro

SHAH ALAM: Tanpa dijangka kumpulan Sepah dianggotai Mohd Noor Murad, Shahmira Muhammad dan Mohd Nazdri Zainal Abidin, muncul juara pertandingan akhir Maharaja Lawak berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam di sini, malam tadi.

Lebih manis apabila kemenangan itu diumumkan di hadapan hampir 5,000 penonton setia rancangan itu, termasuk ahli keluarga dan kelab peminat pelawak popular itu yang membanjiri Stadium Malawati, Shah Alam.



Sumber Harian Metro 

Sebelum ini kumpulan lebih popular iaitu Jozan dan juga Jambu dilihat lebih menonjol dan disebut-sebut akan menjuarai Maharaja Lawak yang pertama kali diadakan menghimpunkan pemenang dan pelawak popular yang bakat mereka dicungkil dari rancangan Raja Lawak terbitan Astro.

Peringkat awal sewaktu pengumuman undian SMS penonton setia, mewakili 50 peratus permarkahan menunjukkan Jozan mempunyai kelebihan apabila mendahului dengan 34 peratus sementara kumpulan Sepah berada di tangga kedua dengan 28 peratus diikuti Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil (25 peratus) dan Jambu hanya memperoleh 13 peratus.

Persembahan ditampilkan Sepah sewaktu pusingan pertama dengan tema bebas dan kedua, muzikal berjaya mencuit hati penonton bukan saja di dalam stadium tetapi juga di rumah.

“Kemenangan ini sememangnya tidak dijangka. Terima kasih kami ucapkan kepada juri dan penonton yang memberikan sokongan padu sepanjang 13 minggu pembabitan kami dalam pertandingan ini,” kata Shuib mewakili anggota Sepah yang lain sebaik diumumkan juara.
Dia menyifatkan kemenangan kumpulan Sepah adalah rezeki anak yang bakal ditimang tidak lama lagi ini kerana isterinya juga penyanyi Siti Sarah sedang mengandung anak sulung.

Sepah menewaskan Jozan dianggotai Johan dan Zizan, Nabil dan kumpulan Jambu dianggotai Yusry Edoo (Yus) dan Zamaratul Amri Zakaria (Taukeh).
Kemenangan diputuskan juri tetap rancangan itu iaitu pengarah filem, Mamat Khalid, Ahmad Idham dan pelawak, Saiful Apek mewakili 50 peratus markah dan selebihnya SMS daripada penonton setia membolehkan Sepah membawa pulang wang tunai RM350,000 beserta piala iringan, Jozan naib juara dan menerima hadiah wang tunai RM 250,000, sementara tempat ketiga dimenangi Nabil menerima wang tunai RM150,000.

Sementara Jambu, keempat menerima RM50,000.

TAHNIAH SEPAH..JUARA MAHARAJA LAWAK 2011

AKHIRNYA SEPAH BERJAYA MENJADI JUARA MAHARAJA LAWAK 2011...DAH AGAK DAH SEBAB SEPAH SANGAT MENONJOL AKHIR2 NI...TAHNIAH JUGA KEPADA SARAH DAN SHUIB,REZEKI ANAK LA TU....

TAHNIAH JUGA UNTUK PEMENANG
 KE-4 - JAMBU
KE-3 NABIL
KE-2 JOZAN

Friday, 24 June 2011

MAHARAJA LAWAK 2011

SEPAH TERBAEK...SEPAH BEST....RASANYA SEPAH BOLEH JADI JUARA NI...KITA NANTIKAN KEPUTUSANNYA...

BAIK PUNYER.....

Keburukan AIR MASAK Kepada Bayi (bayi bawah 6 bulan)



Informasi bermanfaat utk di war-warkan kpd mommies. Mungkin masih ramai mommies yg kurang pasti tentang bahaya dan keburukan memberi AIR MASAK kepada bayi yg berusia di bawah 6-bulan. Antara keburukannya adalah:

MERENCATKAN
Amalan memberikan air kpd bayi boleh merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa dan menyebabkan sawan tarik. Tumbesaran bayi akan terencat jika selalu diberi air kerana perutnya yg masih kecil dan belum matang sepatutnya diisi dengan susu ibu yg penuh khasiat dan nutrisi penting utk tumbesaran bayi seawal 6-bulan yg pertama.*Air masak tidak mengandungi ape2 khasiat. Ia adalah semata-mata air KOSONG*

PENCEMARAN
Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pada pelbagai peringkat samada dari sumber air itu sendiri atau dari bekas yg digunakan untuk mengisi air. Ini akan mendedahkan bayi kpd cirit-birit.*Susu ibu diberi kpd bayi secara direct dari breast dan tidak ada possibility ianya dicemari DAN susu ibu yg diperah mempunyai anti-bacterial properties dan bakteria tidak akan mudah membiak di dalam susu ibu. CONFIRM selamat untuk bayi!*

MENGHAKIS
Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yg terhasil daripada susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.*Susu ibu build ups protection in baby’s stomach. That’s why bayi yg menyusu badan mempunyai imuniti yg kuat*

JAUNDIS/DEMAM KUNING
Bayi jaundis yg diberikan air masak yg banyak (konon-kononnye untuk meredakan jaundis)boleh merencatkan AKAL bayi tersebut. Untuk bayi yg berusia 5-minggu ke bawah, jika diberikan air masak yg banyak akan menyebabkan kandungan garam di dalam badannya cair. Apabila kandungan garam di dalam badan cair, suhu badan akan menjadi rendah dan ini akan mengakibatkan bayi kembung atau sawan tarik.*Ramai yg bagi petua kat saya semasa preggy dulu, kalau nak avoid anak kena jaundis, bagi baby minum air masak banyak2. Teori ini adalah SALAH sama sekali.


**********Ubat jaundis ada DUA shj –> SUSU IBU & PHOTOTHERAPY! Susukan bayi sekerap mungkin supaya bayi dapat menyingkirkan bilirubin dari tubuhnya melalui najis*


SUMBER : NURSHAHFAMILY

TOYOL JUNIOR

RAMPAS...Ahmad Sofi menunjukkan barangan yang dirampas daripada suspek.
KOTA KINABALU: Dalam usia baru mencecah lapan tahun, seorang murid sekolah rendah di sini mungkin mencatat rekod perompak termuda di negara ini apabila ditahan bersama dua rakannya selepas memecah masuk pangsapuri seorang pensyarah dan melarikan barang bernilai lebih RM20,000.
Kegiatan penjenayah cilik itu bersama dua rakan masing-masing berusia 15 dan 29 tahun terbongkar selepas polis menyerbu ‘markas’ mereka yang berhampiran pangsapuri itu, kira-kira jam 1.30 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria, berkata ketika diserbu ketiga-tiga mereka asyik membahagikan barangan curi dari rumah berkenaan.


Menurutnya, kira-kira jam 1 tengah hari pada Isnin lalu, seorang pensyarah pusat pengajian tinggi tempatan membuat laporan polis selepas rumahnya dipecah masuk dan kehilangan kamera digital, tiga komputer riba, empat telefon bimbit dan barang kemas dengan kerugian keseluruhannya dianggarkan RM20,000.

“Sebaik menerima laporan mangsa, polis menjalankan siasatan dan mengesan tiga individu dipercayai terbabit kejadian itu di sebuah rumah tidak jauh dari tempat kejadian.


“Dalam serbuan ke atas rumah itu polis menahan tiga suspek termasuk seorang murid sekolah yang berusia lapan tahun,” katanya pada sidang media IPD Kota Kinabalu, di sini, semalam.



Ahmad Sofi berkata, dengan tertangkapnya ketiga-tiga suspek, polis menemui semula semua barangan dicuri.

Menurutnya, siasatan polis mendapati ketiga-tiga suspek memecah masuk rumah berkenaan dengan mengumpil tingkap sebelum melarikan barang berharga mangsa.


MY BIRTHDAY GIVEAWAY

GA KE-2 NI SEMPENA BULAN KELAHIRAN SAYA DAN MY DARLING MAIRA PADA BULAN INI (JUN)..MAIRA PADA 16 JUN-3 TAHUN DAN SAYA PADA 22 JUN-?? TAHUN...GA KALI NI 
 BERLANGSUNG SELAMA 3 HARI ...

GA INI SUDAH DITUTUP
KEPUTUSAN KLIK SINI
UNTUK LIHAT HADIAHNYA KLIK SINI

Thursday, 23 June 2011

JOM REBUT HADIAH PERCUMA..

SAPE NAK HADIAH PERCUMA.......
CEPAT CUMA LIKE PAGE NI 
DAN REGISTER IC,NO TEL,EMAIL DAN ALAMAT...
BUKAK EMAIL PRINT KUPON TU
PASTU BOLEH PILIH NK REDEEM KAT MANA2 BRANCH YG DIPILIH..

SAYA DAH TRY REGISTER TADI DAN NANTI WEKKEND NAK TRY REDEEM..
INFO NI PAGI2 TADI SAYA DAPAT DARI NANA

Wednesday, 22 June 2011

wordless wednesday



Tuesday, 21 June 2011

Petua Mencuci Hati


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda. 
4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati : "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – cubalah!!
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Mengingati mati – Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa.
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)
14. Berkawan dengan ulama'.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi.)
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut dan lain-lain.)


Artikel iluvislam.com

Petua Penjagaan Mata Untuk Pengguna Komputer

Penggunaan komputer tidak dapat dielakkan, samada di rumah atau pejabat. Semua kerja memerlukan komputer, lebih-lebih lagi kepada kaki pelayar internet di mana sebahagian besar masa di habiskan di depan skrin komputer/laptop. Mata yang sentiasa memandang skrin komputer berjam-jam sudah tentu berasa strain dan letih.

1. Lakukan Pemeriksaan Mata
Individu yang banyak menggunakan komputer perlulah menjalani pemeriksaan mata sekurang-kurangnya setahun sekali. Bagi yang baru mendapat pekerjaan yang bersangkut paut dengan penggunaan komputer, anda perlulah membuat check-up mata untuk menentukan tahap penglihatan dan kesihatan mata. Pemeriksaan ini penting untuk mencegah sindrom yang mungkin berlaku dan dapat mengesan masalah rabun atau ‘dry eye’. Menurut Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH),  pemeriksaan mata bagi pekerja industri yang menggunakan komputer adalah sangat perlu. Individu perlulah melaporkan pada pakar mata atau Optometris berapa kerap penggunaan komputer dalam satu-satu masa.

2. Gunakan Pencahayaan yang Bersesuaian
Keletihan pada mata akibat penggunaan komputer bertambah apabila terdapat cahaya yang berlebihan dari sumber luar (matahari) dan lampu di dalam rumah atau pejabat. Sepatutnya, pencahayaan sekeliling bagi penggunaan komputer perlu lah separuh lebih malap dari, cahaya lampu yang digunakan di rumah dan pejabat kebiasaannya. Gunakan lampu pejabat atau bilik yang mempunyai intensiti yang rendah atau menggunakan bilangan lampu/bulb yg sedikit sahaja. Kalau boleh jangan menggunakan komputer di tepi tingkap yang banyak cahaya matahari. Tutup tingkap dan sumber cahaya berlebihan untuk keselesaan.

3. Kurangkan Silau
Keletihan mata akibat silau dari sumber cahaya boleh terjadi akibat pembalikan cahaya dari permukaan dinding, skrin komputer dan sebagainya.  Elakkan penggunaan dinding bilik yang berwarna terang, seperti putih dan gunakan skrin komputer yang ada filter cahaya. Bagi pemakai cermin mata, pastikan kanta anda mempunyai Anti-Reflection Coating (Multicoating) untuk meminimumkan kesan silau pada mata sekaligus mengurangkan stress pada mata kita.

4. ‘Upgrade’ Monitor
Monitor jenis lama (CRT) akan menghasilkan ‘flicker’ yang menjadi sumber dan faktor utama SPK. ‘Flicker’ akan menjadi lebih kelihatan jika monitor hanya mempunyai refresh rate kurang dari 75 Hz. Tetapkan refresh rate monitor lebih dari 75 Hz untuk keselesaan semasa penggunaan komputer. Seeloknya tukarlah kepada monitor LCD seperti yg terdapat pada skrin laptop. Skrin jenis flat ini perlu lah mempunyai ‘dot-pitch’ yang rendah (kurang dari 0.28mm) untuk penggunaan yang memberikan kurang beban pada mata. Pilihlah skrin LCD yang bersaiz besar untuk lebih selesa.

5. Ubahsuai Keterangan dan Kontras Tulisan dan Latar Belakang Komputer
Saiz font perlulah bersesuaian dengan tahap penglihatan selesa kita dan jangan terlalu kecil. Objek atau tulisan perlu berlainan kontras untuk mengelakkan ketidakselesaan pada mata. Sebagai contoh tulisan hitam perlulah dipadankan dengan latar belakang berwarna terang dan jangan sesuaikan dgn latar belakang gelap ataupun berserabut dengan pelbagai warna.

6. Kelipkan Mata Dengan Kerap
SENAMAN: Setiap 20 minit penggunaan komputer, berhenti seketika dan kelipkan mata secara perlahan-lahan (seperti mata orang nak tertidur) sehingga menutup mata seluruhnya. Ulang sebanyak 10 kali dan kemudian teruskan kerja kembali. Mengikut kajian, individu yang menggunakan komputer, akan kurang berkelip. Kekurangan kelipan mata akan menyebabkan air mata akan menyejat dam meninggalkan lapisan mata tidak mempunyai perlindungan. Fenomena ini disebut ‘Dry Eye’. Pengguna komputer perlulah menyediakan sebotol ‘artificial tears’ untuk membasahkan mata apabila terasa kering dan berpasir. Keadaan mata kering ini semakin teruk apabila berada dalam bilik atau pejabat yang berhawa dingin.

7. Rehatkan Pandangan
Setelah otot-otot penglihatan memfokus lama pada skrin komputer, rehatkanlah otot-otot terbabit dengan cuba memandang objek jauh seketika setiap 20 minit. Ini dapat mengurangkan kesan stress pada bebola mata anda.

LATIHAN/SENAMAN: Satu lagi latihan yang dapat dilakukan adalah dengan melihat objek jauh selama 10-15 saat dan kemudian kembali melihat objek dekat selama 10-15 saat juga. Ulangi selama 4-5 kali. Latihan ini penting supaya otot-otot fokus tidak kejang akibat penggunaan komputer yang berlebihan. Jika otot-otot fokus kejang, pengguna komputer akan kabur melihat objek-objek jauh selepas penggunaan komputer.

8. Luangkan Masa Untuk Berehat
Pengguna komputer yg berehat hanya 5 minit tetapi sebanyak 4 kali sepanjang hari lebih baik dan melegakan berbanding darpada pengguna komputer yang berehat 15 minit sebanyak 2 kali sepanjang hari. Dalam kes ini, kuantiti rehat adalah lebih penting dari masa rehat yg lama. Apabila rehat, lakukanlah ‘stretching’ bahu, leher serta belakang badan untuk melegakan otot-otot yang terlibat.

9. Ubahsuai Susunan Meja Kerja Anda
Jika anda perlu melihat bersilih ganti antara ‘print copy’ dan skrin komputer, letakkan ‘print copy’ bersebelahan dengan monitor dengan menggunakan ‘stand’ untuk mengelakkan keletihan pada otot-otot mata. Boleh gunakan lampu meja tetapi jangan suluh pada skrin komputer atau mata anda. Ubah suai kerusi anda sama level dengan skrin komputer supaya skrin komputer terletak 10-15 darjah bawah dari satah penglihatan anda. Ubahsuai juga jarak antara mata dan skrin komputer seeloknya sejauh 50 -100 cm (20-40 inci). Berada terlalu dekat dengan monitor/skrin memang sedikit membahayakan bagi mata kita. Seharusnya kita menjaga jarak pandang ke monitor kita dengan baik.

10. Pakai Cermin Mata Khas Untuk Penggunaan Komputer
Pengguna komputer yang berpanjangan (walaupun yang tidak rabun) elok memakai cermin mata khas untuk memberikan keselesaan dalam melakukan pelbagai kerja dekat. Dapatkan info dari Optometrist yang berhampiran tentang kanta khas ini. Rujuklah jenama-jenama terkenal di pasaran seperti Hoya Remark dan Essilor Anti-Fatigue.  Jangan terkeliru dengan kanta yang kononnya sebagai kanta untuk komputer tetapi berharga murah. Kanta ini hanya memberi perlindungan terhadap cahaya berlebihan yang dihasilkan oleh komputer tetapi tidak memberi apa-apa fungsi dalam mengelakkan stress pada mata dan SPK keseluruhannya.

PHOTOSHOOT NORMAN DAM MEMEY UTK PERKAHWINAN

DORANG NAK KAHWIN DAH.....???TAHNIAH...



SUMBER : ANNAS EASKEY

GAMBAR FAMILY AaRON AZIZ

Bahagianya mereka..








SUMBER : MADAMMONDOQ

Parkir asmara ‘berdarah’

PARAH...Hazita dirawat di HRPZ II, semalam
DI SINI...saksi menunjukkan tempat mangsa ditikam.

KOTA BHARU: ‘Parkir asmara’ sebuah pasar raya di sini, seperti didedahkan muka depan akhbar ini 8 Jun lalu, bertukar ‘parkir berdarah’, apabila seorang pelatih salun parah ditikam sekurang-kurangnya tujuh kali di kepala, leher dan muka menggunakan gunting oleh bekas suaminya dipercayai kerana gila talak, semalam.
Kejadian kira-kira jam 4 petang itu disedari petugas pasar raya berkenaan sejurus terdengar jeritan wanita berusia 28 tahun itu ketika dia cuba melarikan diri daripada ‘ditawan’ bekas suami yang memandu kenderaannya.
Dalam keadaan yang tidak bermaya dan berlumuran darah, mangsa, Hazita Mohamad memberitahu kejadian berkenaan kepada petugas pasar raya itu bahawa dia ditikam bekas suaminya dan memberitahu lelaki berusia 30-an terbabit melarikan diri dengan berjalan keluar dari parkir berkenaan.

Melihat keadaan mangsa yang parah, kakitangan pasar raya berkenaan menghantarnya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi mendapatkan rawatan segera di wad kecemasan.



Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan kejadian menimpa mangsa dan wanita itu dipercayai diekori bekas suaminya dari sebuah pusat beli-belah di sini, sehingga ke lot parkir pasar raya itu.
“Bekas suaminya menerpa masuk ke dalam kereta dan menikamnya menggunakan gunting hingga menyebabkan dia cedera di belakang kepala, leher kiri dan kanan serta muka.


SUMBER : HMETRO

Monday, 20 June 2011

Mengapa Badan Menjadi Gemuk?

Ramai orang mengadu dan risau dengan bentuk badan mereka yang tidak menarik. Setiap kali melihat  cermin, serta-merta muka masam mencuka. Tidak ada salahnya jika berlebihan berat badan, cuma siapa yang tidak mahu dilihat indah, cantik dan molek pada pandangan orang?
Jadi, bagaimana hendak kuruskan badan?

Senaman. Senaman yang ideal haruslah dilaksanakan dengan kadar 3 kali seminggu selama kira-kira 30 minit. Ramai yang beranggpan bahawa perkara ini sudah selalu sangat di war-warkan. Namun hakikatnya, aktiviti ini amatlah penting untuk mengawal kalori di dalam badan kita. Tanpa senaman yang dilakukan secara teratur, kalori-kalori akan mudah untuk terendap di dalam tubuh dan menyebabkan berat badan terus meningkat. Ubahlah gaya hidup anda mulai hari ini. Tidak semestinya lengkap berpakaian sukan untuk beriadah. Cukuplah berjoging atau berbasikal untuk ke tempat berhampiran, selagi ianya mampu membakar lemak dan kalori.

Makan Sayuran dan buah-buahan. Ia bukan sahaja memberikan anda vitamin dan mineral kepada tubuh, bahkan ianya menjadi diet pelengkap kepada tubuh anda.  Dengan pengambilan sayur dan buah-buahan yang mencukupi, secara tidak langsung anda akan mendapati bahawa selera makan anda tidak berlebihan.

Kurangkan Minuman Bergas  Salah satu faktor kegemukan adalah disebabkan amalan pemakanan dan minuman yang salah. Banyakkan pengambilan minuman kosong atau air mineral. Kurangkanlah pengambilan minuman bergas dan bergula.

Jangan tinggalkan sarapan pagi. Ramai juga orang yang meninggalkan sarapan pagi semata-mata untuk mengurangkan pengambilan makanan. Ingat, ini adalah salah satu teknik yang salah. Orang yang meninggalkan pengambilan makanan sarapan pagi akan mudah dan cepat untuk berasa lapar. Dan ini sering mengakibatkan pengambilan makanan yang berlebihan semasa makan tengah hari.

Sunday, 19 June 2011

Erra doakan mereka bahagia

KOTA BHARU: “Saya doakan (Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani bertemu jodoh). Jika mereka ada jodoh, Alhamdulillah,” kata penyanyi dan pelakon, Erra Fazira.
Erra berkata demikian sebagai mengulas pengakuan Yusry yang dilamun cinta dengan Lisa.


Baru-baru ini akhbar melaporkan, selepas berteka-teki dan sering memberi jawapan selamat hubungan mereka, akhirnya Yusry membuka mulut menyatakan hubungan mereka adalah ‘satu hubungan matang kerana ia lebih daripada seorang kawan’.Malah, kedua-duanya mengaku kini dalam proses mengenali hati budi masing-masing dan dalam bahasa mudah, mereka dilamun cinta.


Menurutnya, bukan haknya untuk mengulas hubungan bekas suaminya dengan Lisa, tetapi sebagai individu yang pernah rapat dengan Yusry dan Lisa, dia mendoakan yang terbaik untuk mereka.“Semestinya bukan hak saya untuk mengulas hubungan mereka, tetapi sebagai individu yang pernah rapat, mengapa tidak jika mereka ada jodoh. Saya juga pernah bekerjasama dengan Lisa dan dia menarik dan baik.

“Saya kini bahagia dengan kehidupan saya dan diharapkan mereka juga sama,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan galeri tudung dan batik Desa Murni Batik Sdn Bhd (Desa Murni Batik) cawangan Kota Bharu, di sini, semalam.


Erra adalah duta Desa Murni Batik. Turut hadir, Pengarah Urusan Desa Murni Batik, Suhaimi Embong dan pemilik galeri tudung dan batik Desa Murni Batik cawangan Kota Bharu, Bibi Ramjani Illias Khan.



SUMBER : HMETRO

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.