Thursday, 28 July 2011

JOM TONTON RAMADHAN TERAKHIR DI TV3

Slot samarinda khas sempena bulan Ramadan yg bakal tiba...dah 2 episod ku tonton dan nmpaknya jalan ceritanya best..Dari tajuk pun kita dah tau sudah tentunya jalan citer drama ni sedih dan penuh keinsafan..
Pelakon pun muka2 baru , yg aku kenal cuma Esma Daniel jer..yg lain mmg jarang nmpk..
Jangan lupe ye kawan2 tonton drama ni setiap hari Selasa hingga Khamis jam 
10.30 malam di TV3..

Tuesday, 26 July 2011

Suhaila Dedah Rahsia Bersengketa Dengan Jimmy Shanley

Suhaila mendakwa Jimmy pernah memukul dan mengongkongnya. 
PETALING JAYA: Setelah sekian lama berdiam diri, isteri kepada pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh, iaitu Nursuhaila Eliani Suhaimy, mendedahkan faktor utama berlaku keretakan rumah tangga mereka adalah disebabkan suaminya itu pernah memukulnya serta terlalu mengongkong.
"Saya tidak suka Jimmy kerana perangainya pelik yang bukan seperti orang biasa. Semasa majlis pertunangan kami, rombongan pihak lelaki yang hadir hanya lima orang sahaja dan semasa majlis akad nikah, rombongan pihak lelaki tak sampai 10 orang... itu pun di kalangan ahli keluarga sahaja.
"Tidak ada artis atau selebriti yang hadir bagi pihak dia (suami). Untuk pengetahuan umum, itulah perangai Jimmy Shanley yang tidak mempunyai kawan," ujar Nursuhaila dalam satu kenyataan bertulis yang diedarkan kepada para wartawan dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan di syarikat milik keluarganya, Perwanza Enterprise (M) Sdn Bhd, di Damansara Damai di sini, Isnin.
Suhaila, 25, berkata, sejak berumah tangga pada 1 Oktober tahun lalu, kehidupannya tidak tenteram kerana mereka sering bertengkar disebabkan Jimmy,32, enggan membenarkan dia keluar bersama rakan-rakan.
Malah dia menyifatkan Jimmy sebagai seorang yang "pelik" dan enggan bercampur gaul dengan ahli-ahli keluarganya yang lain dalam apa-apa majlis yang diadakan.
"Dia ingat dia tu superstar tak layak untuk bergaul dengan sanak saudara saya. Setiap kali majlis kenduri diadakan oleh bapa saya, Jimmy jarang bertegur sapa dan bersalaman dengan sanak saudara kami.
Suhaila akhirnya "membuka mulut" kenapa dia enggan bersuamikan Jimmy.
“Paling teruk saya pernah dipukul lebih kurang empat hingga lima kali sepanjang sebulan bersamanya. Sebelum akad nikah dan semasa berbulan madu di Koh Samui (Thailand) saya juga mengalami peristiwa yang serupa.
"Selama ini saya berdiam kerana tak nak publisiti murahan...saya orang bisnes dan tak suka publisiti macam ni.Banyak lagi yang saya pendamkan dan tak perlu dihebahkan kepada umum," ujarnya.
Tambah Suhaila, dia tidak faham mengapa Jimmy tidak cuba untuk berkomunikasi dengannya setiap kali mereka menghadapi masalah tetapi pengacara itu lebih senang mengadu kepada ibu Suhaila, Muniroh Kasim.
Dalam pada itu, Suhaila juga mendakwa, Jimmy tidak membuat sebarang pembayaran kos rawatan bersalinnya, bayaran mengurut mahupun wang untuk membeli lampin untuk anak mereka Zahrah Shanley yang lahir pada 24 Jun lalu.
"Dia kata dia seorang yang bertanggungjawab... semestinya dia sudah membuat persiapan tersebut dan bukan cakap kosong di media sahaja.
"Selepas bersalin, saya tidak pernah pun menghalang dia untuk berjumpa anak kerana saya tahu, Zahrah juga memerlukan Jimmy dan saya tidak akan halang kasih ayah terhadap seorang anak," ujarnya.
Jimmy dan Suhaila hanya mengecapi kebahagian selama 10 hari perkahwinan mereka.
"Pukul kerana ingkar" - Jimmy
Sementara itu Jimmy yang dihubungi mStar Online bagi mendapatkan reaksi ke atas dakwaan-dakwaan yang dibuat isterinya itu tidak menafikan yang dia pernah memukul Suhaila.
Tetapi katanya, dia berbuat demikian kerana isterinya telah mengingkari nasihatnya.
Peristiwa itu kata Jimmy berlaku sebanyak dua kali sahaja iaitu selepas perkahwinan dan semasa berbulan madu.
"Ya, memang benar. Saya pernah memukul Suhaila pada hari ketiga perkahwinan dan hari kedua kami bulan madu. Kejadian itu disebabkan dia mengingkari nasihat saya. Tetapi saya tidaklah memukul sehingga mencederakan dirinya,” ujar Jimmy.
Tambah Jimmy, dia tidak pernah mengongkong kehidupan Suhaila sebaliknya cuba mendidiknya menjadi seorang isteri yang baik selain memintanya mengurangkan aktiviti yang sering dilakukan semasa hidup sebagai seorang bujang.
Paling menyedihkan kata Jimmy sepanjang sebulan selepas perkahwinan, dia hanya sempat bersama Suhaila selama 10 hari sahaja dan selepas itu isterinya cuba mengelak untuk meluangkan masa bersama selain lebih pentingkan rakan-rakan berbanding suami sendiri.
Mengenai tuduhan Suhaila kononnya Jimmy tidak membayar kos bersalin, katanya masalah itu timbul kerana dia sendiri tidak diberitahu mengenai hari kelahiran anaknya.
"Saya hanya diberitahu menerusi SMS pada hari kedua bahawa anak saya sudah dilahirkan tetapi dia tidak beritahu saya bila dia akan keluar (wad) jadi macam mana saya mahu menjelaskan bil perubatannya itu?" soal Jimmy.
Mengenai dakwaan isterinya yang majlis perkahwinan mereka tidak dihadiri oleh rakan-rakan artis yang lain, Jimmy mengakui memang dia tidak ramai kawan rapat.
Jimmy juga bertegas, setiap kenyataan yang diberinya selama ini bukan kerana ingin meraih publisiti murahan sepertimana yang didakwa kerana sepanjang tujuh tahun bergelar selebriti, dia tidak pernah mencetuskan sebarang kontroversi murahan.
Tambah Jimmy, dia juga mengakui, sepanjang masalah rumah tangganya berlaku, dia sering mengadu kepada ibu mertuanya tetapi itu berlaku kerana kesukaran untuk berhubung dengan Suhaila sendiri.
Jimmy dan Nursuhaila diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 dengan hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila pada 31 Januari 1986.
Majlis resepsi untuk meraikan pasangan tersebut diadakan sehari selepas itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Kemelut rumah tangga mereka mula diperkatakan pada 11 November lalu. Jimmy memfailkan permohonan kembali taat dan nusyuz terhadap isterinya selepas mereka tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010.
SUMBER : MSTAR

Wednesday, 20 July 2011

GAMBAR2 PERKAHWINAN FARAH AF2 DAN JOHAN

SELAMAT PENGANTIN BARU SEMOGA KEKAL KE ANAK CUCU..
Layan la dulu gambar2 ni...

















WOW.......tak tau nak cakap apa dah....sgt2 terpegun kulihat gambar2 Farah ni...Memang berseri seri la wajah dia ni..
 Banyak lagi gambar2 Farah kat SINI

Tuesday, 19 July 2011

hati2 dgn virus berbentuk mesej di facebook

Hari aku tgk kt facebook ramai kawan2 dok share pasal virus terbaru ni...kalau kwn2 dapat mesej mcm kt  bwah ni di ruangan chat , sila abaikan ok..jangan dilayan...sebab kalau kita terklik link tu fb kita akan terancam dan diambil alih oleh pihak x bertanggungjawab tu..



apam polkadot lagi.....???

Aiii...makin seronok plk aku  buat apam comeyy ni..sebenarnya bukan ape apam sebelum ni fillingnya aku letak jem strawberry..pastu anak2 plk ckp cuba mama try letak coklat plk..mesti sdp..kbtln nutella ada stok lagi..hentam saje la..
jadi lepas maghrib tdi aku pun start la sekali lagi projek apam ni..tp kali ni versi lain sikit..jumpa gambr2 kt kongsi resepi dorang buat strawberry la ladybird la...wahh...ctk2...aku pun buat la apam ala2 strawberry...ni la hasilnya..kelakar plk..ada ke rupa strawberry...?boleh la kan..tp mmg comeyy la..(masuk bakul angkat sdiri la plk..)sampai sayang plk nk mkn tau...

yang ni buat dot2 jer sbb dh last2 mls dah..uii..ambik masa jgk tau nk decorate apam ni...kawan2 jom la cuba..mmg letih tp bila tgk hasil rasa mcm nk buat lagi....hihihi..kalau korang duk dkt2 sini aku dah hulur dah sepinggan sorang.....


Monday, 18 July 2011

apam polkadot

Petang semalam x kemana mana dan aku pun merajinkan diri untuk cuba buat apam versi terkini yg cukup popular iaitu apam polka dot...
fuhhh....mmg cerewet kejenya pastu buat plk srg2...
dan ini lah hasilnya...sangat comel dan sgt puas hati la...
anak2 terutama Maira suka sgt makan..


Bahan-bahannya:
3 biji telur 
2 cawan tepung gandum + 3 sudu teh baking powder = diayak sekali
1 sudu kecil ovelette 
1 cawan gula halus
3/4 cawan susu segar
inti : blueberry . strawberry atau apa2 saja
1 sudu esen vanilla
pewarna ikut citarasa

cara -caranya: 
pukul telur + gula + ovalette sampai kembang dan bewarna putih..
kemudian baru masukkan tepung + baking powder + susu secara berselang seli
*pukul dgn kelajuan maksimum selama 6-8 minit
(sementara itu, didihkan air kukusan)
bahagi adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna
masukkan setiap bahagian dalam piping bag
susun acuan lompang dalam pengukus & masukkan paper cup dalam acuan lompang
picit adunan dlm paper cup 1/2 cup
picit filling ikut citarasa
picit adunan sama @ lain warna sehingga 3/4 penuh
kemudian dot2 kan dengan warna pilihan 
bila air kukusan dah mendidih, sederhanakan api & kukus selama 15 minit

*untuk resepi & gambar step by step yg lebih jelas bolehlah link pada tuan punya resepi disini

Wednesday, 13 July 2011

angry bird punya pasal...!!!

kalau dulu zaman kegemilangan facebook,masa lapang aku sibuk dgn farmville,cafe world,restaurant city dan city ville...fuhh...semua game aku main sampaikan level dh tinggi2 semuanya..pastu bila dh join dgn blog aku dh tinggal semua tu..kesian btul kt ladang,restoran dan bandar aku tu...dah lama tak jenguk..ni aku wat giler plk main game angry bird..semua gara2 join cgl ANGRY BIRD TSHIRT FOR LUCKY FOLLOWER..padahal sebelum ni aku x pernah tau langsung pasal game ni..game ni buat aku naik syok la plk...hbis satu umah ni termasuk husband dok kejekan game ni...seronok tau kira blh wat lepas geram la...
game ni kisahnya burung2 marah kat menantang hijau tu sebab curi telur dorang..jadi burung tu nk musnahkan lah tempat dorang...
KORANG MAIN TAK...?LEVEL BERAPA DAH...??

permainan aku skrg sampai kat tempat ni..susah jgk la sebab dikelilingi dgn besi plk si oink2 tu (oink2 tu maira la yg pandai2 bg nama kt menatang hijau tu)

JOM LA TRY MAIN GAME ANGRY BIRD NI..
SAJA ISI MASA LAPANG KAN...

Monday, 11 July 2011

Majlis Resepsi Media Tomok & Ayu...

~iphone4 dari rm53 sebulan~

CUN LA DORANG NI...BAJU2 KAWIN DORANG SEMUA CANTIK...MUKA AYU NI IRAS2 MCM MAS IDAYU ADA ROZITA CIK WAN PUN ADA KAN...
tomok raja jawa

tomok raja jawa

tomok raja jawa

EH...SAPE PLK NI...OOOO..ISMA RUPANYA...KAKAK TOMOK LA...COMEY JGK MAMA NI...
tomok raja jawa


Friday, 8 July 2011

McDonald’s Buy1 FREE1 Double Cheeseburger


KAWAN2  YG SUKA MAKAN DOUBLE CHEESE BURGER BERMULA
 11 JULY-13 JULY 2011
MC DONALD ADA BUAT PROMOSI BUY 1 FREE 1...
CARANYA MUDAH SAJA,KORANG PRINT KUPON TU DAN BOLEHLAH REDEEM KAT MANA2 RESTORAN MC DONALD..

JOM RAMAI2 PRINT DAN KITA SERBU 

DOUBLE CHEESE BURGER 
BUY 1 FREE 1...


Wednesday, 6 July 2011

wordless wednesday #2

INDAHNYA CIPTAANMU....
titisan ombak

White ... tumultuous water

Sun ... glints off wave

pasir yang meluncur

Splash ... stunning shot



wordless wednesday #1

PILIH LAH JALAN YG KELAK MEMBERIMU KEBAHAGIAAN...

Tuesday, 5 July 2011

SENARAI GAME GAME YANG MENGHINA ISLAM

BEGITU TERUK PENGHINAAN TERHADAP ISLAM DI ZAMAN YG SERBA MODEN DAN CANGGIH INI...MACAM2 CARA MEREKA LAKUKAN UNTUK MENJATUHKAN ISLAM...
ANTARANYA DGN PENYEBARAN PERMAINAN GAME...NASIB BAIK ANAK2 TAK PERNAH TERLIBAT DGN GAME2 NI...

1) DEVIL MAY CRY 3
GAME INI MENGGAMBARKAN BAHAWA SIAPA YG MENYEMBAH ALLAH ADALAH SEKUTU SYAITAN

kalimah Allah di pintu dalam permainan.

2) CLIVE BARKER UNDYING
terdapat kalimah ALLAH di istana yg didiami syaitan


3) ZACK AND WIKI
TERDAPAT LAUNGAN ALLAHUAKBAR..

4) PRINCE OF PERSIA
pedang pada watak ada kaligrafi arabic alphabatic.


5) counter strike condition zero deleted scene
GAME NI KONONNYA KITA DITEMBAK OLEH ASKAR2 BERAGAMA ISLAM..ADA JERITAN ALLAHUAKBAR DAN JIHAD...

6) STRONGHOLD CRUSADER
GAME INI BERDASARKAN PERANG SALIB..PEMAIN MEMAINKAN WATAK SEBAGAI CRUSADER DAN MENENTANG MUSUHNYA IAITU ORG ARAB KETIKA PERANG SALIB..SEMESTINYA ORG ARAB ADALAH ORG ISLAM

7) GUITAR HERO 3 LEGENDS OF ROCK
PENGHINAAN KE ATAS NAMA ALLAH SWT..

LIHAT BEGITU HINANYA MEREKA MELETAKKAN KALIMAH ALLAH SWT DI LANTAI UTK DIPIJAK2..

8) RESIDENT EVIL 4
GAME NI TELAH MENGGUNAKAN PINTU OMAR BIN KHATTAB ,MASJID NABAWI MADINA

PERBEZAAN PINTU GAME DGN YG SEBENAR...

9) DANTE 'S INFERNO
APA YG TAK KENA DGN GAME INI...?GAME  NI SEBENARNYA TELAH MELETAKKAN NABI MUHAMMAD SAW KE DALAM NERAKA....NAUZUBILLAH.....

INFO LANJUT BOLEH BACA KAT SINI

Monday, 4 July 2011

“Astro, Pulangkan Semula Duit Pelanggan “


KUALA LUMPUR – ” Pulangkan semula duit pelanggan yang telah membuat pembayaran untuk caj baru tersebut “.
Itulah yang ditegaskan lebih 70 persatuan pengguna yang diterajui Persatuan Pengguna Islam (PPIM) berhubung caj tambahan yang dikenakan Astro terhadap para pelanggannya baru-baru ini
Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak, memandangkan kabinet telah membuat keputusan untuk tidak membenarkan stesen televisyen berbayar itu menaikkan tarif perkhidmatan mereka selagi tidak mendapat kebenaran daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), maka Astro perlu mengembalikan semula wang pelanggan mereka yang telah membuat pembayaran.
” Kalau ada pelanggan yang dah buat pembayaran ikut kadar baru itu, maka mereka (Astro) kena pulangkan semula lebihan caj tersebut, ini kerana kerajaan dah tolak permintaan untuk menaikkan tarif seperti mana yang dirancang itu,” tegasnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di kafe Sembang-Sembang, The Mall di sini hari ini
Baru-baru ini Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mengumumkan keputusan kerajaan untuk menolak permintaan stesen televisyen berbayar berkenaan.
Malah Astro juga berhadapan dengan kemungkinan dikenakan denda atau kompaun kerana mengedarkan notis kenaikan caj kepada pelanggannya tanpa kebenaran daripada pihak SKMM
Kempen pemboikotan Astro bermula apabila lebih 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diterajui PPIM menyeru tiga juta ahli dan penyokong mereka supaya tidak membuat pembayaran bil selama tiga bulan berturut-turut ke stesen televisyen berbayar itu.
Arahan itu turut meliputi pemboikotan terhadap barangan dan pengiklan yang mengiklankan produk mereka di stesen televisyen berkenaan.
Langkah ini diambil setelah amaran dan rayuan yang dibuat sebelum ini dipandang sepi oleh Astro malah stesen itu dilihat semakin angkuh mempertahankan pendirian mereka.
Dalam perkembangan yang sama, Tunku Azwil juga memberitahu yang pihaknya sedang cuba untuk bertemu dengan Rais bagi membincangkan masalah berkenaan.
Menurutnya, pihak Astro juga perlu membuat inisiatif yang sama bagi membolehkan semua pihak menyatakan pandangan mereka sekali gus mewujudkan situasi ‘menang-menang’ untuk semua pihak.
” Kita faham yang Astro sebagai badan perniagaan sudah tentu sentiasa berusaha untuk memajukan perniagaan mereka, tetapi pada masa yang sama juga kita nak Astro tahu yang pengguna juga ada hak yang perlu dipertahankan.
” Dalam erti kata lain, Astro memerlukan pengguna dan pengguna juga ramai yang memerlukan khidmat Astro,” katanya lagi.

sumber dari  sini

Saturday, 2 July 2011

PENAMPAKAN HANTU DI KUANTAN

KORANG PERATI GAMBAR NI BETUL2....ALAMAK..SERAM PULAK DIBUATNYA....


KISAH GAMBAR NI....

...Sebagai pekerja separuh masa di sebuah bengkel (Kuantan) membaiki kereta yang terbabit dalam kemalangan, antara tugas Abdul Mubin ialah mengambil gambar kereta mangsa sebelum ditunda ke premis majikannya.
“Pada hari itu kira-kira jam 11.30 malam, ada kemalangan di kawasan berkenaan membabitkan sebuah kereta BMW 5 Siri yang dinaiki empat lelaki dalam perjalanan ke Kuantan.
“Saya berhenti di sebuah stesen minyak di Jalan Gambang untuk ke tandas sebelum isteri menegur mengenai gambar diambil selepas berasa curiga dengan bentuk tiga lembaga yang dirakam. Saya membesarkan lagi imej berkenaan sebelum terkejut melihat ‘satu keluarga’ berwajah ngeri dan lengkap berpakaian.
“Makhluk menyerupai wanita itu berpakaian serba putih manakala dua lagi berbaju merah,” katanya, di sini, semalam.
Menurutnya, terkejut dengan penemuan makhluk itu yang kali pertama dilihatnya, dia kemudian memberitahu rakannya yang sama-sama berada di tempat kejadian.
Dia berkata, rakannya mendakwa tidak selesa ketika mereka berada di kawasan berkenaan sebelum itu.
Katanya, rakannya turut mendakwa menemui kesan tapak kaki berlumpur berjalan naik ke bumbung kereta yang terbabit nahas itu tetapi enggan menceritakan kepadanya kerana bimbang sesuatu buruk berlaku.
Abdul Mubin mendakwa, ketika merakam gambar berkenaan, dia yakin tiada sesiapa berada di depannya kerana tempat kejadian gelap gelita.

SUMBER DARI  SINI

benci tau.....feveret seisi umahku ni...

KORANG YG BELUM TGK LAGI VIDEO NI LAYAN JE LA....
PASTU RASA2 NAK MKN LAGI X KFC LEPAS NI....
AKU KENA PIKIR DULU NI SEBAB KFC NI MAKANAN FEVERET KAMI SEKELUARGA....
HUWAAAAAA........X SUKER LA MCM NI.....
NAPER LA PEDAJALKAN ORG SAMPAI MCM TU...AKU KESIAN BTUL KAT ORG YG DH TERMAKAN AYAM TU...

SELAMAT PENGANTIN BARU TOMOK DAN SITI RAHAYU..

gambar pernikahan tomok dan ayu

gambar pernikahan tomok dan ayu

gambar pernikahan tomok dan ayu

gambar pernikahan tomok dan ayu

gambar pernikahan tomok dan ayu

gambar pernikahan tomok dan ayu













COMELNYA KORANG NI...SEMOGA KEKAL BAHAGIA HINGGA KE ANAK CUCU...

GAMBAR KREDIT TO  Facebook Hatta Dolmat dan  AMBOYAT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.