Friday, 26 August 2011

Biskut raya dah siap...!!!

Akhirnya siaplah jgk kuih2 raya aku taun ni hasil dari tgn sendiri...Puas ati tau buat sendiri biarpun rupanya yg hadooooo....Kurajinkan jugak buat kuih2 ni sbb permintaan anak2....Dorang ni lepas berbuka mula lah nak
mengunyah2..Jangan x sempat raya sudah...Dah malas nk buat lagi...Udah ler first time guna oven baru tu hbis kuih hangit...Tak reti nak bermanja manja lagi masa tu..Sekarang dah pandai la sikit...
U all bila balik kampung...??Aku balik esok malam ke Kuantan...Waahhhh..Seronoknyer balik beraya ke kg sendiri....

Ni biskut tat nenas gulung...Kesukaan anakku yg sulong
(resepi search kat google,lupe la siapa empunya resepi): 

Bahan : 
115 gm butter
115 gm minyak sapi
1 biji telur
450 gandum
kuning telur (hiasan)

Cookies ni guna tepung segera "biscuit mix"..senang sangat cuma tambah seketul butter dan coklat cip secukupnya..Hasilnya sgt2 rangup...Mmg sedap la...Dah nk habis dah  satu tupperware tu..Jawabnya kena buat lagi la...Feveret seisi rumah ni....

Yang saya ambik resepi dari kawan kesayangan saya tu ANIM..Nak resepi gi la terjah sana..
Kerepek nestum nama diberi...

Ni pulak biskut cornflakes...Sedap jgk..Mmg budak2 suka...Resepi biskut ni saya dapat dari
sepupu...

Bahan2 :
1 buku butter
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan cornflakes dihancurkan
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
sedikit esen vanilla...

Butter dipukul bersama gula hingga kembang..masukkan esen vanilla,cornflakes yg dihancurkan
dan tepung naik sendiri..Gaul sebati dan bentukkan la sesuka ati...

Tuesday, 16 August 2011

SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA TEMANKU...

Matahari berzikir,
Angin bertasbih dan pepohonan memuji keagungan-Mu.
Semua menyambut datangnya malam Seribu Bulan.
Selamat datang Ramadhan, Selamat beribadah puasa.
Mohon Maaf Lahir dan Batin.


SEMOGA RAMADHAN KALI INI AKAN MEMBAWA SERIBU KEBERKATAN KEPADA KITA SEMUA...


Sunday, 14 August 2011

"SEGMEN SIMPLE : NASZ CARI BLOG".

KLIK BANNER UNTUK JOIN
TARIKH TUTUP 14 OGOS 2011 JAM 11.59 MALAM

Wednesday, 10 August 2011

HAJAT TERCAPAI...

Salam semua...Arini mood ceria sgt2 sbb apa yg diidamkan selama ni dah ada depan mata..Aritu ada join CONTEST SAYA ADA CASH RM1000 dan aku ada bgtau apa yg aku nak sgt2 tu...Pagi2 tadi suami ajak gi CARREFOUR Bandar Tun Hussein Onn..(belakang umah jer..)Dia nak beli dvd player baru sbb yg lama dh rosak..Aku pun usha2 la bhgn oven elektrik..Wow..tertarik sgt kat oven2 tu...Sambil pot pet pot pet kt suami..."Oven dapur kt umah tu dah rosak la..Api dh x konsisten..kalau la dapat yg ni kan best...Seronok nk buat kue raya.."
Kat situ ada oven brand Cornell,Faber,Pensonic dan Elba..Tapi mata aku ni tertarik sgt kat oven Elba..Harga RM249 , 30 liter..Pastu suami bagi signal suruh pilih..apalagi rasa nk melompat dan berlari la satu cr4 tu..hahaha...Terus la tunjuk yg mana nak... Ni la mendenya yg menjadi idaman bagi suri umah macam aku ni..


Tu dia...Dah siap2 dah letak kt kabinet dapur..Tunggu nak rasmikan jer..Mungkin nak buat kek marble atau kek karamel kot...Dah lama teringin nk buat...


Friday, 5 August 2011

JANGAN LUPA BERSAHUR..!!!


Di antara sunat puasa yang sering dipandang ringan oleh ramai umat Islam kini ialah bersahur.

Bersabda Nabi (saw):
“ Makan sahurlah, kerana makan sahur itu berkat.”(hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis lain, Nabi (saw) bersabda:
“ Bersahur itu berkat maka janganlah kamu tinggalkan, walau seorang di antaramu hanya meneguk air.

Kerana Allah dan para Malaikat-Nya akan mengucapkan selawatkepada orang-orang yang bersahur”.(hadis Riwayat Ahmad)

Dan adalah disunatkan kita melewatkan sahur tersebut, seperti dinyatakan oleh ‘Amar bin Maimun mengenai para sahabat Nabi (saw):

“Para sahabat Nabi Muhammad (saw) itu adalah orang-orang yang paling bersegeraberbukanya dan paling lambat bersahurnya”
(Riwayat Baihaqi)

Di sana terdapat hikmah dan berkat yang besar dari sahur dan melewatkannya.

Pertama,ia memberi kekuatan kepada yang berpuasa. Tetapi lebih besar ertinya pada kita ialah sahur memberi peluang untuk mendapat ucapan selawat dari Allah dan para malaikat.

Bukan mudah untuk kita melayakkan diri menerima ucapan selawat daripada Pencipta dan Penguasa Alam dan para malaikat-Nya. Ini merupakan satu anugerah yang perlu direbut oleh setiap insan.

Mengingatkan anugerah ini, pastinya tidak terlalu sukar untuk
kita bangun esok pagi untuk bersahur.

Satu lagi hikmah yang besar dari sahur yang lewat ialah ia akan memastikan kita berjaga di penghujung malam menjelang subuh; satu saat yang amat mustajab untuk berdo’a.

Ambillah peluang bangunnya kita di waktu sahur untuk menunaikan dua rakaat solat tahajjud atau hajat dan berdo’alah kepada-Nya Yang Maha Mendengar.

Di samping itu, bangunnya kita untuk bersahur menjelang subuh akan memastikan agar kita dapat solat subuh di awal waktunya; satu amalan yang amat disukai.

Menurut sebuah hadis dari Abu Mas’ud al-Ansari:

“ Bahwa Rasulullah (saw) melakukan solat subuh di saat kelam pada akhir malam (di awal waktu subuh), kemudian pada kali lain dilakukannya ketika hari mulai terang.
Setelah itu solat tetap dilakukannya pada waktu gelap tersebut sehingga beliau wafat,dan tidak pernah lagi di waktu hari telah mulai terang.”
(riwayat Abu Daud dan Baihaqi)
Di samping itu, berkesempatan pula kita bersolat sunat subuh yang disebutkan oleh Nabi (saw):
“Dua rakaat sunat subuh itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.”
(hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Tirmidhi dan an-Nisa’i)
Oleh itu, kita tidak boleh memandang sahur hanya sekadar untuk makan menambah tenaga bagi menguatkan badan;
mungkin tidak diperlukan jika seseorang merasakan dirinya telah kuat.

Tetapi sahur adalah lebih dari itu; ia adalah satu sunnah Nabi,melakukannya memberi kita peluang mendapat selawat dari Allah dan para malaikat,peluang untuk berdo’a di saat yang mustajab, dapat solat subuh di awal waktu dan dapat pula bersolat sunat yang begitu besar ganjarannya.

Semoga Allah mempermudahkan kita untuk istiqamah di atas sunnah Nabi-nya.

Thursday, 4 August 2011

Penemuan Pokok Berwajah Misteri Di Kedah

Gempar di Kedah khusus nya bagi penduduk dikampung gunung dipinggir taman rekreasi Gunung Keriang kedah.Ini disebabkan terdapat jelmaan wajah mirip seorang wanita pada sebatang pokok akasia di taman itu.

Menurut seorang penduduk disitu 3 malam berturut turut penduduk sekitar mendakwa mendengar tangisan Seorang perempuan dari pokok akasia ini. Tidak lama selepas itu satu lagi peristiwa misteri berlaku.pada batang pokok ini. 

Seorang kanak kanak melihat bentuk manusia dari paras kepala hingga kepinggang dengan mirip wajah seorang wanita berambut panjang mengurai.Ia didakwa mula kelihatan pada Khamis lepas.Penemuan misteri ini menarik perhatian orang ramai untuk melihat dengan lebih dekat wajah manusia tersebut.Namun ada pula didakwa melakukan pemujaan di perdu pokok untuk niat tertentu.


tv9.avi_001881534

tv9.avi_002058649

sumber dari sini

HADIAH AMAT BERNILAI DARI CEMPAKA KUNING..

Inilah hadiah paling berharga yg pernah aku dapat sejak join cgl..Kenapa ianya berharga....???
Sebab hadiah ni hasil tangan dari Sis CEMPAKA KUNING...Bukan senang nak siapkan cross stich yg cantik mcm ni...Perlukan ketekunan,kesabaran dan kerajinan...Bayangkanlah betapa tekunnya sis CK ni nak siapkannya hanyalah semata mata untuk diberi kepada follower bertuah yg join ga nya bulan lepas...Dan yg paling x sangka aku yg terpilih untuk terima hadiah tu...Bukan kecik2 tau frame ni besar tau....
Ukuran nya lupa la plk aku nak ukur tadi...



SIS CEMPAKA KUNING....Tengok tu saya dah gantung dalam bilik tau frame ni...Dah tentu saya akan ingat kt akak ari2 bila tgk frame ni

Ada gak sis selitkan fm..Mcm tau je aku suka fm..Nak kenal dgn jom la terjah blognya...CK aktif jgk bercgl...Selalu menang..Dah tentu byk kan koleksi hadiah..Aku doakan semoga lepas ni bertambah tambah lagi la rezekinya sekeluarga...

Maka bertambah lagi la koleksi fm kat peti ais tu....

HADIAH YG AKU DAPAT JOIN CGL SEBELUM NI BOLEH TGK KAT SINI

Wednesday, 3 August 2011

Jenis makanan yang sesuai diambil sepanjang bulan puasa ini.

Berikut adalah 5 tips ringkas untuk korang;

1. Ketika bersahur, elakkan daripada makan terlalu banyak nasi.

2. Banyakkan mengambil makanan berkanji seperti roti yang kaya dengan serat. Ia membantu anda mengekalkan tenaga dan aktif ketika waktu siang.

3. Cuba elakkan mengambil makanan ringan, masin dan pedas. Ia hanya akan membuatkan anda lebih mudah lapar nanti.

4. Sebaiknya, cuba elakkan tidur selepas anda bersahur.

5. Sewaktu berbuka, mulakan dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan air.

Ataupun kalau tiada kurma, boleh digantikan dengan kuih-muih. Ambillah makanan dalam kuantiti sedikit demi sedikit dahulu supaya perut anda tak terkejut semasa berbuka kelak.

Antara hikmah mengakhirkan atau melewatkan sahur adalah:

1. Sekiranya seseorang bangun awal untuk bersahur, tentu sekali setelah selesai bersahur dia akan kembali ke tempat tidur. Hal ini memungkinkan seseorang itu meninggalkan solat Subuh.

2. Mengakhirkan bersahur juga boleh menambahkan kekuatan bagi orang yang berpuasa. Sekiranya seseorang bersahur terlalu awal maka ia akan menyebabkan seseorang itu cepat berasa lapar, dahaga dan keletihan pada siang harinya 

Hebatnya~~KURMA~~

-Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".
-Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".
-Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".
-Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".
-Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

KELEBIHAN MANDI TERLALU KERAP DAN MANDI HAMPIR WAKTU BERBUKA:

ADAB-adab berhubung ibadat mestilah merujuk kepada ajaran yang ditunjuk oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w., iaitu al-Quran dan sunah.

Ada sebahagian pihak yang cenderung mencipta adab-adab ibadah tanpa merujuk kepada dua sumber agung itu, misalnya dakwaan yang menyatakan makruh mandi terlalu kerap, atau mandi pada hampir waktu berbuka kerana ia boleh mengurangkan keletihan dan sekali gus menghilangkan kelebihan puasa.

Sedangkan di dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud di dalam sunannya, Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan:

“Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala Baginda ketika Baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”

Dengan itu Ibn Qudamah al-Maqdisi (meninggal 620H) menyatakan:

“Tidak mengapa seseorang mencurahkan air ke atas kepalanya (ketika puasa) disebabkan panas atau dahaga kerana diriwayatkan oleh sebahagian sahabat bahawa mereka melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala Baginda ketika Baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”

sumber : sini

‘Tahan anak saya’

KUALA LUMPUR: Tidak tahan perangai anak lelakinya berusia 13 tahun yang gemar mencuri, melawan cakap dan memukul adik, seorang ibu nekad membuat laporan polis dan mendesak pihak berkuasa menempatkan anaknya itu di pusat pemulihan akhlak.
Kesabaran ibu berusia 31 tahun itu hilang selepas remaja terbabit mencuri RM200 milik datuknya sebelum memecahkan cermin kereta dan menyerang ibunya dengan kayu di rumah mereka di Batu Caves di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, remaja terbabit bertindak demikian apabila mendapat tahu ibunya mengambil RM200 yang disoroknya di dalam beg dan menyerahkan semula kepada datuknya.


Sumber polis berkata, sebelum itu sebaik saja pulang ke rumah dan mendapati wang berkenaan tiada di dalam begnya, remaja terbabit bertindak ganas dengan menumbuk muka adik perempuannya 10 kali kerana menyangka adiknya mengambil wang itu.


“Akibatnya, adik perempuan remaja itu yang berusia 11 tahun cedera di muka dan badan, malah dia juga dijadikan tebusan oleh abangnya ketika meminta ibunya memulangkan semula wang RM200 yang dicurinya,” katanya.

SUMBER : METRO

*Alamak...ape nak jadi dgn budak zaman skrg ni... umur tu masih mentah sgt dah berlagak macam penjenayah handalan..Kesian ibu muda tu terpaksa menghadapi karenah anak macam tu...Dah terlalu stress la tu terpaksa buat keputusan mcm tu...Sedih la dah la hari baik bulan baik ni..Ya Allah..Jauhi lah anak2 anakku dari segala kelakuan yg tidak baik...Jadikan lah mereka anak2 yg tahu meghormati ibu bapa dan orang lain...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.