Friday, 30 September 2011

GAMBAR> SEKITAR MAJLIS MALAM BERINAI DAN PRA PERKAHWINAN NABIL DAN ZIRA










SUMBER : OH BULAN

Saturday, 24 September 2011

Gambar Akad Nikah Norman & Memey







Hanya sekali lafaz tepat jam 5.11 pm, Mohammad Norhakim Zakaria atau lebih dikenali sebagai Norman Hakim,35 bergelar suami kepada Suhaiza Suhaimy, atau dikenali sebagai Memey Suhaiza, 23 di kediaman pengantin perempuan, Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor, petang tadi.


Norman Hakim dinikahkan oleh imam Mukim Kambau, Zulkipli Tarmizi dengan mas kahwin berjumlah RM22.50 dan hantaran berjumlah RM24000.

Sejumlah 5 dulang hantaran daripada pihak Norman Hakim berupa set persalinan barang kemas (cincin dan rantai), GPS, kek buah-buahan, sirih junjung dan senaskah Al-quran. Manakala, pihak Memey Suhaiza membalas 7 dulang hantaran berupa sebuah iPad2, cincin berlian, coklat, buah-buahan, kek lapis Serawak dan senaskah Al-quran.

Kedua-dua mempelai akan mengadakan majlis resepsi pada keesokan harinya pada tempat yang sama.




* PETANG TADI KT RTM TV I ADA DRAMA BERTAJUK GIA LAKONAN MEMEY DAN NORMAN HAKIM..BEST PLK CITE TU...SAPE TENGOK....???TAPI LAST2 MEMEY MENINGGAL TAU...SEDIH SGT...

Thursday, 22 September 2011

Kalau binatang ada facebook, agak-agak apa status mereka?

NYAMUK : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah…

CICAK : isteriku tersepit pintu......

KUCING BETINA: “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”

AYAM : Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa…

NYAMUK: Siot, sekali drug addict gua hantam. Gua positif HIV AIDS… uwaaaaaaa

KUCING JANTAN: Baru je add awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!!

BABI : Aku bengang btol la...die gi pijak taik kucing tapi nama aku yang disebutnye...wei bro! len kali siasat dlu la sape yang berak kt depan umah kaw...tension2.

Moral: Ingatlah binatang pun ada perasaan........hahaha....

APA PUNCA ANAK DERHAKA?

Sabda Rasulullah s.a.w. "

Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu
hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...


"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.

Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak
derhaka".Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu
dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.
"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...


DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak
tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah
orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan
tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.


BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita
derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu
atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf
berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.

Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba
kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?
"Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."


HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak
dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu
tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan
ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depanmereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."


USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang
anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada
menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil
berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf
mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan
emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri
kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.
"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga
suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan
ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas
menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu
hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di
rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar
menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada
menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi
Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan
pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik
simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita
yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan
bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers
Adalah mudah iaitu:-

Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.

Tips;
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang
baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda
malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan
yang baik adalah digalakkan).


2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan
anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat
daripada anak yang jarang dipeluk)


3.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)


4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya
senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).


5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu
melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya
kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan
mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga(Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah
tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8.Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.


11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.
Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg
dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar.Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka  lebih daripada sekali.

13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka .  Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.


15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda.
Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

HEADER BARU...

TGK TU JAM DAH PUKUL 1 PAGI TP AKU MASIH DEPAN LAPPY...TP PUAS HATI ADA HASILNYA...HIHI..NAMPAK HEADER BARU KAT ATAS TU....???ITULAH YG AKU BUAT DARI TADI..BUKANNYA PANDAI SANGAT PUN....YG PENTING COMEL KAN DOODLE TU....KORANG NAK TAK...??KALAU NAK JOM LA GI KAT BLOG APIT...DIA WAT FREEBIES DOODLE  UNTUK KAWAN2...AKU BERKENAN BETUL DGN DOODLE REKAAN APIT... TU YG TERPANGGIL NAK BUAT HEADER GUNA DOODLE DIA JER...KAT BLOG CGL PUN AKU GUNA DOODLE APIT JUGAK TP KALER LAIN ....* MEKASIH APIT...*



OK LA, SELAMAT MALAM KAWAN2..NAK MASUK BERADU DULU..NGANTUK SGT DAH NI.....NITE....:)

Wednesday, 21 September 2011

Sejuknya cuaca di kl...

ALHAMDULILLAH....SEJUKNYA CUACA DI KL KEBELAKANGAN NI....TIDUR MALAM PUN DAH TAK PAYAH PASANG KIPAS...YG BESTNYA DAH RASA MACAM MENGINAP KT GENTING DAN CAMERON TU......HAAA....TEMPAT U OLLS MACAMANE....??

Tuesday, 20 September 2011

Drama cinta Elysa best...

Sape tgk drama Cinta Elysa kt tv3 tadi...Dah  2 episod aku layan...Best jgk cite ni...Excited plk nk tggu episod seterusnya

Cinta Elysa mengisahkan dilema yang dialami oleh Aril lakonan (Botak Juvana) yang terpaksa menjalankan tanggungjawab menjaga ibu saudara dan sepupu-sepupunya yang membenci dan memusuhinya. Watak ibu saudara yang benci sangat kat Aril dipegang oleh Zila Bakarin dan sepupunya yang perempuan nama Elysa ( lakonan Fasha Sandha).
Jasman membawa pulang Aril ke rumah kerana Aril ni anak yatim piatu yg membesar tanpa kasih sayang. Selepas disisihkan dari keluraga, dia tinggal dengan Jasman. Jasman telah menempatkan Aril dan Elysa di satu kolej supaya Aril dapat menjaga keselamatan anaknya di kolej tu dari diganggu lelaki lain..(jd bodyguard le ni).
Jasman (lakonan Jalaluddin Hassan )bapa saudara kpd Aril ni mahu Aril menjaga dan memastikan keselamatan anak anak nya sebelum dia meninggal dunia, dia dah pesan kepada Aril supaya menjaga anak anaknya hingga mereka tamat pengajian. Aril ni seorang yang samseng dan dia dianggap pemuda bermasalah dan dibenci oleh Yasmin (Zila Bakarin) ibu saudara dan sepupunya.
Jadi dalam keadaan dia dibenci dia terpaksa menjalankan tanggungjawab besar tu walaupun terpaksa berdepan dengan ibu saudaranya yg jadi penghalang.Walaupun Aril ni nampak jahat dan liar tetapi dia dalam diam menaruh hati dan mencintai sepupunya Elysa. Oleh sebab cinta yg kuat kepada Elisa lah Aril masih duduk di rumah tu walaupun dibenci oleh mak saudaranya.
Elysa gugup apabila berdepan dengan Aril bila mendapat tahu cerita buruk mengenai Aril. Mulanya dia tak suka kat Aril, almaklumlah , Aril ni samseng.. namun begitu lama kelamaan dia melihat Aril ni baik dan selalu melindungi dia dari diganggu oleh lelaki lain maka berputik la sayang dia kat Aril.. 
Kisah menjadi panjang lagi, apabila ibu saudaranya menghalau Aril keluar dari rumah, dan waktu itu, Aril nekad membawa bersama Elysa. Aril menjalani kehidupan samseng untuk menyara diri dan Elysa. Elysa tak suka Aril hidup mencari rezeki cara tak elok. Elysa nak Aril cari kerja yang halal dan menjalani kehidupan yang baik. . Demi cintakan  Elysa, Aril cuba berubah dan mencari rezeki yang halal dan dia menerima segala nasihat dan teguran Elysa.


Aril dan Elysa lari tinggal di sebuah kampung menyamar sebagai suami isteri dan mencari orang yang dapat mengubati kaki Elysa yang cedera. Akhirnya orang yang mengubat kaki Elysa, sedar yang Aril dan Elysa bukan suami isteri, akhirnya mereka disuruh berkahwin. Aril berjanji akan menceraikan Elysa selepas kaki Elysa sembuh. Kekasih Yasmin, Rashid pula sibuk menjejaki Elysa untuk mengetahui kandungan wasiat Jasman. Apakah yang akan berlaku selepas ini?

Adik Aisya mangsa tumpahan tomyam di kedai makan...

Masa aku BW tadi terjumpe satu entry yg membuatkan airmata aku mengalir tiba2...Korang sume pun mesti rasa macam tu jgk la bila tgk photo2 kt bwh ni...Ni aku copy dari blog ibu adik Aisya...Untuk cerita lanjut jom singgah SINI...








*Kesian kan...Semoga adik Aisya cepat sembuh...
Hati2 ye kawan2 kalau bwk anak mkn kt luar....Aku pun risau jgk bila tgk waiter dtg htr makanan panas2 lalu bersebelahan anak2 ni...

SEGMEN XX-TRA FOLLOWERS



Nak join klik banner
Tarikh tutup 25 sept 2011

Tag
Aju
Zie
Cik Rose


Jom join segmen ni untuk menambahkan lagi rakan alam maya...

Alhamdulillah..comel Siti Nordiana bertudung..

SEPANJANG bergelar anak seni, kisah mengenai penyanyi Siti Nordiana Alias sering kali menjadi perhatian. Biarpun namanya tidak terlalu gah berbanding beberapa penyanyi yang lain, namun dia mempunyai peminat tersendiri dan masih lagi mampu bertahan sehingga kini.
Sudah lumrah menjadi seorang artis, apa sahaja yang dilakukan pastinya akan dinilai oleh peminat. Begitu juga dengan apa yang berlaku terhadap penyanyi yang bergelar ibu tunggal ini.
Biarpun jarang terpalit dengan kontroversi hangat, namun namanya pernah sedikit terjejas gara-gara penampilannya ketika hadir pada majlis yang dianjurkan oleh sebuah majalah pada tahun lalu.
Pada majlis berkenaan dia telah mengejutkan ramai pihak apabila tampil dengan gaya yang cukup seksi, sedangkan selama ini dia dikenali sebagai artis yang sering tampil dengan gaya yang sopan.
Gambar-gambarnya pada majlis itu telah tersebar di laman-laman blog sehingga mengundang kecaman pelbagai pihak yang seolah-olah tidak dapat menerima imej yang ditampilkannya itu.
Bagaimanapun, berkesempatan menemui penyanyi yang lebih mesra dengan panggilan Nana itu dalam sebuah majlis, sekali lagi mengejutkan ramai pihak terutama yang hadir pada majlis berkenaan.
Pada kali ini, penyanyi berkenaan tidak lagi tampil dengan gaya seksi seperti sebelum ini. Sebaliknya, kini Nana lebih kelihatan anggun dan menarik apabila dilihat sudah memakai tudung.
"Sebenarnya saya sudah mula memakai tudung sejak bulan puasa yang lalu. Keputusan saya memakai tudung ini bukanlah disebabkan fesyen semata-mata, tetapi ini adalah imej terkini saya dan berharap ia akan kekal sampai bila-bila.
"Lagipun perubahan imej yang saya lakukan ini adalah satu kesedaran terhadap tanggungjawab sebagai seorang wanita muslim. Malah, ini juga adalah langkah awal untuk saya berubah ke arah menjadi seorang insan yang lebih baik," jelasnya.



SITI NORDIANA atau Nana kini selesa dengan imej baharunya, bertudung.

Menurutnya lagi, dia sebenarnya sudah lama mempunyai niat untuk bertudung memandangkan anaknya iaitu Mohamad Rayyan Nakhaie semakin membesar. Namun, hanya pada bulan puasa yang lalu hasratnya itu dapat direalisasikan.
Sementara itu, ketika ditanya apakah yang membuatkan pintu hatinya terbuka untuk memakai tudung, Nana menjelaskan kesedaran tersebut bermula apabila dia banyak membaca majalah yang berbentuk islamik.
"Dalam kebanyakan majalah yang dibaca, saya sebenarnya cukup tertarik ketika membaca kisah-kisah mengenai saudara baharu. Walaupun baru memeluk Islam, tetapi saya lihat saudara baru terutama yang perempuan tidak keberatan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim.
"Selepas itu baharulah timbul kesedaran dalam diri sehingga saya mengambil keputusan untuk bertudung. Saya akui yang saya ini bukanlah terlampau baik, tetapi saya merasakan sudah tiba masanya untuk saya berubah sedikit demi sedikit," ujarnya.
Rezeki
Memandangkan kini dia sudah tampil dengan imej yang baharu, Nana menjelaskan tidak bermakna selepas ini dia akan terus berhenti daripada bidang nyanyian. Ujarnya, karier seni masih lagi tetap diteruskan seperti biasa.
"Saya akui pasti ada tanggapan yang mengatakan tawaran untuk saya membuat persembahan akan berkurangan apabila bertudung. Walaupun ada kebenarannya, namun saya sendiri tidak kisah kalau ia benar-benar berlaku.
"Kalau dah rezeki saya tidak lagi di bidang nyanyian, mungkin rezeki saya di bidang yang lain pula. Lagipun bertudung bukanlah satu masalah yang besar kerana peminat sekarang pun sudah terbuka dan mereka tetap boleh terima penyanyi yang bertudung," ujarnya.



NANA sudah mula memakai tudung sejak Ramadan lalu.

Pada masa yang sama, penyanyi berkenaan memberitahu bahawa syarikat rakamannya iaitu FMC Music Sdn. Bhd. turut menerima dengan terbuka perubahannya dan kini mereka sedang mencari lagu baru yang sesuai untuk imej barunya itu.
Ditanya mengenai projek terbarunya ketika ini, Nana berkata, dia akan terbabit untuk membuat persembahan di beberapa buah negeri dalam siri jelajah yang dibuat oleh syarikat Fablous Global Sdn. Bhd.
"Alhamdulillah, meskipun sekarang saya sudah tampil dengan imej bertudung tetapi rezeki untuk menyanyi masih lagi ada. Saya juga sangat berterima kasih kepada pihak Fablous Global kerana sudi mengundang saya untuk sama-sama menjayakan siri jelajah mereka yang akan bermula pada bulan Oktober ini," ujarnya.
Selain Nana, antara artis-artis yang turut menjayakan siri jelajah syarikat jualan langsung yang diterajui oleh Datuk Sarimah Ahmad ialah Pian Cecupak, Mama Rina, Din Belon dan Boy Iman

NAK TRY JAMU RATU DARA LA PULAK...

Hai kawan2 semua...fuhh..berhabuk betul blog aku ni..Maklumlah xder masa nak jenguk ke sini..Masih ramai kawan aku yg sepi dari blog msg2...Mana Anim ni...Dah lama senyap..Mungkin masih sibuk beraya kan..Maklumlah raya kan sebulan...KL tiap2 ari hujan skrg ni ..Tempat kwn2 camne...??

Sebelum ni aku ada bgtau yg aku guna produk Jamu Mak Dara kan kt entri ini..Baru2 ni aku tgk satu produk lagi yg tgh naik iaitu jamu ratu dara...Sebenarnya jamu ratu dara ni aku tgk femes btul kt fb dari taun lepas...Aku nk gak try sebelum ni tp x dikomersialkan lagi...nak beli kena oder on9..Malaslah sbb kalu jual kt kedai lagi sng nk beli...Pastu tgk2 tahun ni jamu ratu dara ni dah berwajah baru dan dah ada jual kt kedai...Apalagi aku pun cuba la..Dah seminggu dah...Hasilnya ok jgk...Harga sekotak RM 30 dan ada 60 biji kapsul...

WAJAH LAMA JAMU RATU DARA

JAMU RATU DARA KINI BERWAJAH BARU



Antara khasiat Jamu Ratu Dara:
- Sangat berkesan untuk merapatkan, mengetatkan serta menghangatkan lagi bahagian keintiman wanita.
- Mengembalikan tenaga batin luaran & dalaman wanita.
- Merawat keputihan dengan berkesan.
- Melancarkan haid dan mengatasi sengugut.
- Membantu mengatasi sakit pinggang & membuang angin dalam badan.
- Memulihkan tenaga dan peredaran darah.
- Mengecut & menguatkan rahim selepas bersalin.
- Meningkatkan kesuburan wanita.
- Membantu mendapatkan zuriat.
- Melawaskan pembuangan air besar dan kecil.
- Membantu menurunkan berat badan.
- Mencegah barah payudara dan rahim.
- Seri awet muda dan boleh mencantikkan kulit

Cadangan pemakanan Jamu Ratu Dara 


UNTUK YANG SUDAH BERKAHWIN :

1. Makan 2 kapsul pagi (selepas sarapan) & 2 kapsul sebelah malam utk 1 mggu yg pertama.

2. Minggu ke-2 dan seterusnya, makan 2 kapsul sekali mkn setiap hari sehingga datang bulan.

3. Datang bulan (Haid) perlu hentikan pengambilan JRD.

4. Selepas habis Haid, ulangi langkah2 diatas kembali.

*Pada bila-bila masa sahaja, anda boleh menambah dos kepada maksima 4 kapsul sehari sekiranya anda perlukan ekstra tenaga, ekstra rapat, alami keputihan yg ekstra & perlukan ekstra khasiat-khasiat lain di dalam JRD. Badan anda, hanya anda yg tahu.


UNTUK YANG BELUM BERKAHWIN (ANAK DARA / GADIS) :

1. Makan 1 kapsul pagi (selepas sarapan) & 1 kapsul sebelah malam utk 1 mggu yg pertama.

2. Minggu ke-2 dan seterusnya, makan 1 kapsul sekali mkn setiap hari sehingga datang bulan.

3. Datang bulan (Haid) perlu hentikan pengambilan JRD.

4. Selepas habis Haid, ulangi langkah2 diatas kembali.


*Pada bila-bila masa sahaja, anda boleh menambah dos kepada maksima 4 kapsul sehari sekiranya anda perlukan ekstra tenaga, ekstra rapat, alami keputihan yg ekstra & perlukan ekstra khasiat-khasiat lain di dalam JRD. Badan anda, hanya anda yg tahu.

** Banyakkan meminum air putih untuk hasil yang lebih baik.

** Tidak sesuai untuk ibu mengandung, menyusu bayi, dan wanita dalam haid.

** Tindak balas adalah berbeza-beza mengikut kesesuaian badan seseorang.

** Ini adalah persediaan herba tradisional.

Tuesday, 13 September 2011

CAJ 6% UNTUK PENGGUNA PREPAID (PRABAYAR) DITANGGUHKAN


Ditangguhkan....
Itu keputusan dicapai hasil pertemuan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dengan 4 syarikat telekomunikasi berhubung cadangan cukai perkhidmatan talian prabayar dan pek permulaan kad SIM yang dibantah banyak pihak.
Siang tadi, Datuk Seri Dr. Rais mengadakan pertemuan dengan 4 wakil syarikat telekomunikasi di Angkasapuri.
Ia susulan bantahan pelbagai pihak selepas syarikat telekomunikasi bercadang mengenakan caj perkhidmatan talian prabayar dan pek permulaan kad SIM bermula 15 September ini.
Pertemuan berlangsung hampir 2 jam yang kemudian mencapai kata putus menangguhkan cadangan itu.
Datuk Seri Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan: “Kami telah berbincang dan suasanaya cukup baik. Mereka menerima pandangan kerajaan dan juga sentimen yang dilahirkan oleh Perdana Menteri dan nasihat kami dari kementerian.”
Khamis lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut meminta syarikat telekomunikasi mengkaji semula keputusan mengenakan caj talian prabayar itu.
Selain membebankan rakyat, syarikat telekomunikasi juga didakwa sudah mencatat pulangan besar hasil perkhidmatan itu.
Sehingga kini, terdapat 26 juta pelanggan menggunakan perkhidmatan telefon bimbit.
**Tapi kalau dimansuhkan terus lagi bagus...

Petua Untuk Mengelak Pergaduhan Berpanjangan


Jangan Merajuk  - Sejak masih kanak-kanak, orang perempuan pandai menggunakan strategi merajuk untuk mendapat apa yang mereka inginkan. Ramai juga isteri menggunakan strategi merajuk untuk menang dan memaksa suami mengalah. Merajuk tidak menyelesaikan masalah, malah ia boleh memburukkan lagi masalah sedia ada. Walaupun dengan cara merajuk, isteri boleh mendorong suami mengalah, strategi itu tidak membawa kedamaian yang kekal. Malah, perbuatan merajuk sangat membahayakan kerana ia akan menyusahkan usaha untuk berdamai semula. Semakin kuat dan semakin lama rajuk seseorang isteri, semakin susah apabila mereka hendak berdamai. Oleh itu, apabila si dia merajuk lagi, helah itu mungkin memakan diri sendiri kerana tidak ada lelaki yang suka dihukum isterinya sendiri.

Jangan Menghukum - Pergaduhan, pertengkaran dan konflik antara suami isteri meninggalkan kesan buruk kepada hati dan perasaan kedua-dua pihak. Masing-masing cenderung mahu menghukum satu sama lain kerana hendak memuaskan hati yang sakit atas kata-kata berbisa dan perbuatan salah pihak satu lagi. Lelaki dan wanita mempunyai cara sendiri apabila menghukum pasangan. Lelaki lazimnya cenderung 'menarik diri' dan tidak mahu lagi bercakap dengan isteri, melainkan terpaksa. Wanita pula cenderung untuk merajuk, menekan, menarik muka masam, menyindir, tidak mahu senyum dan tidak mahu melayan suami. Namun, hukuman tidak mungkin menyelesaikan sebarang masalah.

Jangan Berdusta - Jika pasangan menunjukkan sikap mahu berdamai dan anda sendiri mahu berdamai, jangan berdusta. Jangan pura-pura tarik harga atau jual mahal. Jangan pura-pura tidak sudi. Jangan pura-pura benci. Perbuatan seperti itu ada risikonya. Dia mungkin menyangka anda betul-betul tidak sudi dan tidak mahu berdamai. Akibatnya, dia terdorong untuk melupakan usaha berdamai.

Jangan Mencari Salah - Jika mahu berdamai, berhentikan tabiat suka mencari salah orang. Ia termasuk perbuatan berleter, menegur, mengkritik dan menasihati pihak satu lagi. Mencari salah tidak mungkin membawa penyelesaian. Kajian mendapati, wanita cenderung menuduh suami mereka bersalah apabila berlaku masalah dalam hubungan perkahwinan.

Hentikan Bahasa Negatif - Dua jenis bahasa negatif yang biasa digunakan apabila bergaduh ialah bahasa tuduhan dan bahasa celaan. Jika mahu berdamai, hentikan bahasa itu termasuk sindiran dan penghinaan. Untuk tujuan berdamai, tukar bahasa negatif kepada bahasa positif. Jenis bahasa positif yang sangat baik kesannya kepada hubungan cinta suami isteri ialah bahasa pengiktirafan, penghargaan, pujian dan sanjungan.

Berbicara Mengenai Hari Ini dan Esok  - Setelah berdamai, jangan bercakap melainkan mengenai hari ini dan hari esok. Jangan pandang ke belakang melainkan untuk tidak mengulangi lagi kesilapan kita sendiri pada masa lalu. Jangan sekali-kali mengungkit perkara yang menyebabkan konflik.

Senyum Semula - Menurut pelbagai kajian, antara perkara yang banyak disebut lelaki mengenai bekas isteri mereka ialah isteri mereka tidak senyum. Jadi, senyumlah walaupun susah kerana senyuman ialah cara yang mujarab untuk berdamai semula.

Mulakan Berdamai - Selepas konflik yang berlaku itu berlarutan, kedua-duanya mungkin mahu berdamai, tetapi takut risiko untuk memulakannya. Jika benar inginkan perdamaian, ambil langkah untuk berdamai. Jangan tunggu sampai pihak satu lagi yang memulakannya.



SUMBER : PETUA MELAYU

Petua Menangani Anak Lasak


Kanak-kanak lasak biasanya  sukar duduk diam dan enggan mengikut arahan ibu bapa. Kadang-kadang kita mudah melabelkan mereka  sebagai nakal. Biasanya ibu bapa akan pening kepala memikir bagaimana caranya menangani anak-anak yang terlalu aktif ini.  Kanak-kanak begini mungkin berada dalam kelompok kanak-kanak hiperaktif.  Ia merupakan satu masalah tidak normal pada bahagian otak yang membuatkan kanak-kanak itu bersikap aktif sejak lahir, berkelakuan mengikut gerak hati, perhatian mudah berubah serta sukar mengasingkan maklumat. Mengenali kanak-kanak hiperaktif dan memahami langkah menghadapi kesukaran sepanjang mengurus mereka, akan membantu ibu bapa menyelesaikan masalah dengan baik.

1.  Jangan menghukum kanak-kanak hiperaktif dengan memukul mereka. Ini kerana, kanak-kanak hiperaktif telah dilahirkan sedemikian dan mereka akan melalui fasa perubahan seperti kanak-kanak normal.

2. Jangan sesekali melabel anak hiperaktif sebagai anak yang nakal, malas atau bodoh, kerana akhirnya mereka akan bersikap seperti apa yang kita labelkan.

3.  Jangan sesekali merasa bosan. Lama-kelamaan anak anda akan dapat menguasai apa yang anda ajarkan.

4.  Jika kanak-kanak hiperaktif bertindak mencederakan diri dan orang lain, segera bertindak dengan menasihati atau memarahi mereka. Jika perkara tersebut berulang, minta pandangan doktor atau pakar terapi mengenai cara menanganinya.

5.Selalu berkomunikasi dengan kanak-kanak hiperaktif. Ini kerana, komunikasi yang positif akan membuat kanak-kanak tersebut lebih kreatif.

6.  Sentiasa fokus dan berwaspada dengan segala tindakan kanak-kanak hiperaktif yang mungkin boleh mencederakan diri atau orang lain.

7. Bentuk  disiplin pada kanak-kanak hiperaktif suapa di masa hadapan mereka dapat mengaturkan hidup dengan baik.



SUMBER : PAK NGAH

Petua Menangani Suami Panas Baran


1. Jangan berdebat atau kemukakan pandangan anda di saat suami sedang marah atau emosi. Tindakan anda mungkin sia-sia sahaja malah boleh mengundang padah apabila si suami semakin marah kerana rasa ditentang atau dicabar oleh isteri sendiri. Akibatnya, si isteri boleh terikut-ikut menjadi ‘panas’ sehingga berlakunya pertelingkahan. Jika berlarutan, si isteri boleh terganggu dan rumahtangga juga akan terancam. Sebaiknya dalam situasi ini, anda perlu sedikit mengalah atau mengambil sikap tidak mempedulikannya dulu.

2. Ajak dia berbicara untuk menyelesaikan masalah yang menjadi punca kemarahannya. Tetapi tunggu sehingga kemarahannya sudah reda. Gunakan gaya bicara yang halus agar emosinya tidak ‘naik’ lagi. Mungkin anda boleh berbincang sambil mengurut-urut badan suami selepas pulang kerja ataupun ketika menonton bersama. Yang pasti pilih masa dan mood yang baik dan tepat.

3. Suami panas baran ataupun pemarah suka berterus-terang dan jujur mengenai apa yang mereka suka ataupun tidak. Cara mereka mengungkapkan lebih cenderung kasar dan bernada marah. Jadi elakkan diri daripada menyindir, berkias-kias ataupun menunjukkan muka seperti berahsia sesuatu daripadanya.

4. Apabila suami memberi pandangan yang agak keras, anda perlu menganggapnya sebagai satu kritikan untuk anda. Seterusnya ambil sebagai satu cabaran untuk memperbaiki kelemahan diri anda. Tidak guna terlalu emosi dengan kata-kata suami terhadap anda. Walau mengalir air mata sekalipun si suami panas baran biasanya sukar mengubah pendapatnya dan lebih buruk lagi, mereka tidak akan berasa bersalah sedikitpun. Itu kenyataan.

5. Cuba fahami latar belakang suami anda. Orang yang memiliki sifat ‘temperamental’ biasanya mudah terpancing kemarahannya oleh situasi atau keadaan di luar keinginananya. Hanya kerana tersilap kata ataupun nada suara yang salah sahaja sudah boleh mengundang pertengkaran. Sifat pemarah ataupun panas baran juga sebenarnya boleh disebabkan oleh pola asuhan dalam keluarga juga mempunyai kaitan kepada sifat pemarah individu berkenaan.

6. Pastikan keadaan rumah tangga anda berdua berada dalam keadaan menyenangkan agar suami anda berasa nyaman dan tidak mudah marah-marah seperti berada dalam keluarganya dulu. Cuba dapatkan lebih banyak maklumat mengenai apa yang boleh membuatkannya gembira dan tenang, berbanding sebaliknya, yang membuatnya kesal dan marah.

SUMBER : PETUA MELAYU

Sunday, 11 September 2011

SALAM AIDIL FITRI BUAT SEMUA

*nak doodle comel tu...?klik sini, freebies 7 doodle raya*

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI YG BAKAL MENJELMA TIDAK LAMA LAGI...AKU MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MEMOHON AMPUN DAN MAAF SEKIRANYA ADA TERKASAR BAHASA TERSILAP KATA SEPANJANG MENGENALI RAKAN2 BLOGGER...MAAF ZAHIR DAN BATIN..SEMOGA SYAWAL KALI INI AKAN MEMBAWA SERIBU KEBAHAGIAAN KEPADA KALIAN SEMUA...
Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah


Adik tersayang segak bergaya
Mengait kuih diatas para
Suasana riang di hari raya
Bermaaf maafan riang gembira



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.