Monday, 31 October 2011

STRAWBERY + COKLAT MEMANG SODAP....

Weekend baru ni kawan aku gi bercuti ke Cameron Highlands..Wah seronoknya kan...Aku tak lepas peluang kirim kt dia belikan buah strawberry..Kirim dalam RM20 jer..Dapatlah dalam 2 pek..Tp ok la buah dia besar2..
Ni ler strawbery yg masih fresh tu..operasi bermula....

Aku ambik strawbery tu dan celup kt coklat...Sedap sungguh la..maaf selekeh..hihi

zoom sikit..

aku try wat sate strawberry mcm kt cameron tu...

salut plk dgn coklat..fuhh  lazatnya..

maira kata sedapnya mama...

sebenarnya dia mkn coklat jer tu sbb dia kata strawbery masam...

maira mkn habis mulut comot2

strawbery coklat yg lazattt...

Cenderamata dari sana..bertambah la lagi koleksi fm aku...

GA FOR MY LUCKY FOLLOWER..5 HARI SAHAJA...:)

GA INI SUDAH DITUTUP PENYERTAANNYA

Alhamdulillah blog ni dah pun genap 700 followers setakat entry ini ditulis....Aku dah janji dgn diri sendiri kalau genap jer 700 aku nak kasi something kat korang yg follow blog ni...Tapi aku tak dapat la nak kasi kesemua hadiah pada followers..Aku akan pilih secara random..Jadi korang kena la join giveaway ni kalau nak tersenarai..Senang jer tak yah susah2 pun cuma
  1. follow blog ni (bagi yg belum follow)
  2. cuma tinggalkan id follower,url blog dan email korang di ruangan komen
  3. tarikh tutup penyertaan pada 30 Oct 2011 jam 11.59 malam (5 HARI SAHAJA)
Senang je kan..Jadi jom la join dan hadiahnya adalah seperti yg tertera di dalam banner tu...10 pemenang akan dipilih..hehehe.....

I LUV ANGRY BIRD

Sunday, 30 October 2011

Segmen : BEN ASHAARI & LYSSA SECRET : Antara dua blog ..

Takder entry untuk arini so aku saja2 la nak join segmen dari CIK LYSSA yg come lote dan BEN ASHAARI yg macho....Segmen ni skjp jer kul 8 malam ni dah tutup dah..Jadi kalau nak join sekali cepat2..Bukan susah pun cuma jawab 2 soalan...

Apakah persamaan yang korang boleh nampak di kedua dua blog ini ? BEN ASHAARI dan LYSSA SECRET?
Persamaan yg aku nmpk dorang berdua ni blogger yg pemes mcm selebriti daaa..mempunyai sgt ramai pengikut...


Berikan pendapat bagaimana nak majukan kedua dua blog ini.Sebarang komen ?
Alamak..tak reti nak bg komen untuk otai2 ni...

Saturday, 29 October 2011

Potong kuku jangan sesuka hati..

Biasanya kita potong kuku mesti la seelok eloknya hari Jumaat kan...Tak boleh rupa2 rupanya sesuka hati jer nak potong kuku ni..Korang baca kt bwh ni hari2 yg seeloknya memotong kuku...

Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan
Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

Jadi, potong kuku bukan sebarang potong tapi ada kaedahnya. Walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya potong kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor, sebagaimana yang diajar..Seeloknya kita membuang ke tanah kerana kita juga berunsur tanah. bukannya tong sampah sekali pun tong sampah itu bersih...

Header baru lagi.....

Malam tadi tetiba jer rasa mcm bosan plk tgk header lama tu..Apahal la aku ni cepat sgt bosan.agaknya sbb hari2 dok mengadap kot..Pastu mula la tgn ni gatal2 dok godek photoscape..Pastu tgk pulak APIT punya doodle baru yg comeyy2..Apalagi mula la dok reka2 header baru..Aku mmg suka doodle2 APIT  tu sbb alahai kiut2 tau..mmg buat header aku guna doodle dia jer..aku bkn pandai sgt pun buat tp cuba jer la..

Header baru

Header lama yg menggunakan doodle APIT jugak

banner pun kasi tukar jugak la...

Oh ye..kalau korang nak guna doodle APIT boleh la klik banner yg tulis FREEBIES DOODLE kat side bar aku tu..Gerenti cun...

Friday, 28 October 2011

..Al fatihah buat adik Nurshuhada..-dihempap pokok kelapa dihalaman rumah.

Lagi berita sedih...Baru berusia 4 tahun tp kemalangan yg menimpanya cukup tragis..Sedihnya bila kemalangan tak dijangka begini berlaku di hadapan rumahnya sendiri dan disaksikan oleh ahli keluarga..

..Al fatihah buat adik Nurshuhada..

JERANTUT: “Tiada siapa menjangka pokok kelapa itu akan tumbang kerana ketika itu cuaca elok. Lebih memilukan, kejadian disaksikan ramai ahli keluarga,” kata Azman Zainuddin, 41, bapa Nurshuhada yang maut dihempap pokok kelapa di depan rumahnya di Kampung Bukit Lada, di sini, Selasa lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi Selasa lalu, kanak-kanak perempuan yang berusia empat tahun itu disahkan meninggal dunia akibat parah di kepala ketika mendapatkan rawatan di Hospital Jerantut (HJ) di sini.

“Sehari sebelum kejadian anak saya begitu ceria dan banyak bercakap sambil menunggang basikal dalam rumah. Walaupun masih kecil, dia berjanji akan belajar bersungguh-sungguh dan mahu menjaga saya bila tua nanti,” kata Azman mengimbas kenangan terakhir bersama anaknya.

Azman berkata, ketika kejadian Nurshuhada bermain di halaman kira-kira dua meter dari tangga depan rumah apabila sebatang pokok kelapa setinggi 15 meter tiba-tiba tumbang dan menghempapnya, dipercayai kerana akar pokok itu reput.

“Sebelum turun ke halaman, Nurshuhada duduk di tangga bersama lima lagi adik-beradiknya manakala isteri saya berurusan dengan pembekal makanan ikan untuk projek ternakan ikan sangkar yang saya usahakan.

TUTUP BUKU BUKAK MUKA BUKU...

Malam tadi anak2 dah mula sibuk nak mengemaskini buku2 teks..Dorang dah nak kena hantar buku teks kt sekolah hari ni..Owhhh..terkejut mamanya dengar,bkn ape rasa macam tak caye la plk sekejapnya masa berlalu..Rasa macam bru jer lagi buku2 tu dibalut..Ni dah nak kena pulang balik dah...Cepat betul ye masa berjalan...sedar tak sedar anak2 makin membesar dan usia mamanya pun semakin la meningkat....huhuhu...

Dulu masa zaman aku sekolah time nak hbis sklh hujung tahun mcm ni la yg paling seronok..Ape taknya bila dah htr buku teks confirm2 la dh tak belajar lagi..Jawabnya main la yg byk.Masa tu cikgu dah tak kisah dah kita main apa kt dalam kelas..time tu kitaorang kebanyakannya main dam ular..Pastu mula la msg2 sibuk nak prepare untuk jamuan akhir tahun plk..Part ni pun best..mkn,mkn,mkn....Yang sedihnya bila dah nk bercuti panjang,tak dapat jumpe kwn2 lagi...Paling sedih masa form 5..Time tu semua akan ikut haluan msg2..Ada yg sambung belajar,bekerja,merantau dan ada jugak yg kawin...Lama jugak la terpisah dgn kwn2 sbb lepas berkahwin di usia 21 tahun aku plk merantau ke KL kerana ikut suami...Tapi alhamdulillah disebabkan kecanggihan teknologi kami dpt semula bertemu menerusi FACEBOOK...Sekarang msg2 dah beranak pinak...Ada yg dah berubah saiz dan ada yg masih maintain...Harapnya semoga kita terus kekal berkawan wlpn di alam maya kerana kawan di zaman persekolahan adalah kawan yg sukar dilupakan..

Berbalik pada kisah buku teks anak2 dah selamat dah aku tolong dorang ikatkan supaya sng dorang nk hantar kat cikgu msg2..Lepas ni bwk balik buku teks untuk taun depan la plk...Mcm kita jugak dulu2 kn...Ingat lagi time nk pilih buku tu nak buku teks yg baru jer...hehehe..

Hai jwbnya pasni berebut la laptop ni dgn dorang yg sibuk dgn muka buku...

sebelum diikat

dah ikat dah pun kasi kemas..

SEGMEN | Lyssa Faizureen Ajak Kenali Blogger . Jom Serbu !!

Pertama kali join segmen dari si kecik molek CIK LYSSA ni..Tujuan segmen ni untuk mengeratkan lagi hubungan bloggers2..Kalau korang nak join just klik jer banner comel kat atas tu..Kena cepat sbb tarikh tutupnya 27 Oct 2011 jam 4 ptg..

Kak Fieda ni seorang isteri dan ibu kepada 3 org cahaya mata..seorang pompuan dan 2 lelaki...Asal dari Beserah Kuantan tp sejak kawin dah menetap kt Cheras Selangor sbb kawin dgn org sini..Tak bekerja pun hanya jadi boss besar kt umah..

Start kenal blog ni dah 9 bulan..Masa tu tgk sepupu la sibuk buat..Jadi rasa teringin jugak nak buat..Masa tu ari2 ngadap facebook pun dah boring..Cuba la godek2 sendiri buat blog dan menjadi akhirnya..

Yang seronok nya bila kita ada blog segala kisah hidup, kita blh kongsi kt sini..blh katakan ni la diari hidup kita..segala info2 terkini pun kita blh kongsi..dan yg paling best boleh dapat ramai kawan wlpn di alam maya..Seronok sangat sbb wlpn kak Fieda hanya duk rumah dgn anak2 tp ada ramai kawan yg baik2 dan comel2 kt alam maya ni..

Thursday, 27 October 2011

SYAMPU PENYEBAB BARAH....??

1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

4. Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.

5. BAWANG GORENG SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.



SUMBER

BERSANTAI DI BUKIT GAMBANG WATER PARK..

Bulan lepas masa balik kg kami tak lepas peluang berkunjung ke Bukit Gambang Water Park..Kebetulan time tu cuti umum,wow ramai giler org kat sana...Mula2 rasa mcm tak seronok sebab org terlalu ramai ...Bila dah lama makin seronok plk,anak2 macam dah tak nak balik...bayaran masuk time tu dewasa RM21.90 dan kanak2 RM19.90..Mula2 Maira tak nak mandi...Pastu bila dh tgk abg2 nya seronok dia pun slow2 la ..Tapi gambor kami mandi xder la sbb tak ada org yg nak ambikkan...


 mula2 jual mahal tak nak mandi...segan dgn air kot...hahaha..

Maira kata jom la mama mandi sekali..ok kita bergambor dulu...

Pastu dh slow2 tak segan..Sibuk nak bergambor..



peace sana sini..hehe

Abg2 dia jugak yg seronok mandi..

Dah kesejukan dah masa ni...

Mengigil dorang berendam..masa tu cuaca pun redup..

Ni jer la cenderamata yg sempat aku beli..Tak dpt nak beli lebih nak share dgn korang sbb mahal btul fm kat situ...RM8 seketul tu..

Wednesday, 26 October 2011

JOM JOIN KEMPEN TINGKATKAN JUMLAH FOLLOWERS

Jom kita sama2 join segmen KEMPEN TINGKATKAN JUMLAH FOLLOWERS..
Melalui segmen ni insyaallah kita akan dapat lebih ramai kenalan di samping dapat menambahkan bilangan followers..
Kempen ni akan berakhir pada 29 Oct 2011
Klik banner untuk join

KAKI KANAK2 TERSEPIT DI ESCALATOR..

Aku terjumpe artikel ni kt fb...rasa teruja nak berkongsi dgn kawan2 semua kerana ini akan jadikan kita lebih berhati hati apabila membawa anak berjalan di shopping 2 complex..Harap korang dukung la ye anak2 bila naik escalator..aku mmg ngeri betul la..Kalau naik escalator mmg aku akan pastikan yg Maira pasti di dukung..Sebab sebelum ni dah byk kes anak2 tersepit di escalator ni..Tapi kalau kita leka ni la jadinya..Walau anak dah besar pun pastikan kita pantau mereka..Jangan biarkan mereka leka bermain apabila menaiki escalator...malang tidak berbau.....Rasanya bukan selipar crocs jer blh jadi penyebab..pakai selipar lain pun blh kena..Lagi satu jari tangan tu pun kena jaga..Jangan dok main kt tempat pemegang tu..isshhh..ngilu pulak aku teringat pasal ni...


AWASI LANGKAH ANAK ANDA YG MEMAKAI SEPATU CROCS!

Di The Gardens, Mid Valley City baru-baru ini berlaku satu kemalangan ngeri dimana seorang kanak-kanak tersangkut kaki pada eskalator dan terpaksa dibawa ke Hospital.
Kemalangan yang berlaku di hadapan pasaraya Cold Storage The Gardens nyaris menjadi satu tragedi menakutkan apabila kasut/selipar yang dipakai kanak-kanak tersebut tersangkut di tepi eskalator itu.
Tindakan pantas pekerja pengurusan The Gardens untuk menelefon pihak bomba dan ambulans berjaya mengelakkan kemalangan tersebut dari semakin teruk.
Pihak Bomba dan keselamatan mengambil masa selama lebih kurang 30 minit untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut. Orang awam yang berada berhampiran turut membantu apabila diminta oleh pihak terbabit.
Kanak-kanak tersebut yang dipercayai mengalami kecederaan teruk pada kaki, segera digegaskan ke Pusat Rawatan Universiti Malaya menggunakan Ambulans yang sedang menanti di luar The Gardens.
Punca kemalangan dipercayai kasut/selipar Crocs yang dipakai kanak-kanak tersebut, ditarik masuk kedalam eskalator. Sebelum ini, telah berlaku banyak kes yang melibatkan Crocs dan eskalator.
Dipercayai struktur getah lembut pada Crocs, menjadikan ianya mudah ditarik masuk oleh eskalator. Mudah untuk dikatakan, pemakaian Crocs agak bahaya dipakai mereka yang cuai.
Diharap jika anda memakai kasut/selipar jenis Crocs, untuk lebih berhati-hati dan sentiasa perhatikan anak-anak kecil agar kemalangan seperti ini tidak berulang lagi.

"Segmen:Jom Kenali Blogger By Manja"

Klik banner untuk join
Tarikh tutup 30 Oct 2011

Tag
Intan Berlian
Jaa
Cik Rose

SERONOKNYA DAPAT FREEBIES..!!

Hai semua..Entry kali ni nak bgtau yg kebelakangan ni aku selalu jugak la terima freebies.Ni semua dari facebook..Aku tau ramai kawan2 yg dah pun dapat brg2 ni semua..Sebenarnya aku dah lama dapat
tapi lupe nak ambik gambor..Ada byk lagi sebenarnya FREEBIES tu tp yg  berupa makanan mcm NESVITA ,SUP CAMPBELL, NESCAFE dah selamat la ye..Ni la antara yg aku sempat ambikkan gambornya....

Produk ESMERIA cleansing gel..Siap kasi voucher lagi RM5 dan blh tebus brg2 ESMERIA kt farmasi2 tertentu..

Ada 4 brg kat situ antaranya BIORE makeup remover,lip gloss MAYBELINE,perfume BURBERRY dan lipice..Paling best dah tentulah perfume tu..wangi tau..Dua2 lip gloss tu aku suka sbb lip ice tu bila pakai rasa mcm berangin jer dan ada rasa2 strawberry gitu..Gloss MAYBELINE tu plk bila pakai bibir kita jadi merah mcm pakai lipstik wlpn stick gloss tu kaler putih je...magik kan..hihi...BIORE make up remover tu aku tak pakai lagi sebab bknnya selalu make up pun..

Oh ye..nak selitkan sekali hadiah ga yg aku baru terima..Ni hasil kemenangan ga Tengku Nizam  aritu..Ni lah hadiahnya...Slimming belt..pastu siap dia bagi sekali hadiah tambahan iaitu detox pad dan lip gloss AVON..Terima kasih Fizz N As AsmaraHafizz


Hadiah yg masih panas baru dapat semalam...Dari Mimi Azirah atau nama bloggernya PinkUmmi..Hadiah ni pun aku menang ga beliau..Tgk tu ape yg aku dapat...Wow...beg Avon dan perfume Avon..Seronoknya sbb perfume tu aku dapat 2 botol..Suka 3x...Mekasih Pinkummi..Semoga bertambah tambah murah rezeki...

Tuesday, 25 October 2011

Dialog suami selepas berumahtangga..Kelakar la..!!

Korang yang dah kawin mesti akan senyum srg2 bila baca kt bwh ni...sbb itulah realiti alam perkahwinan...Yg tak kawin lagi tu pasti tersengih sengih jugak..Macam2 ragam hidup berumah tangga ni..Ada yg manis ada yg pahit..situasi kt bwh ni ditujukan kepada suami..Jadi betul ke suami ni makin lama kawin makin berubah peelnya..urmmm..Insyaallah..tak semua macam tu kan ...kalau boleh nak la suami sentiasa macam 6 minggu selepas berkahwin...

KEMESRAAN SELEPAS BERKAHWIN

Sebelum Tido:
6 minggu: selamat tido sayaaang, mimpi indah2 ya, mmmuach.
6 bulan: tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun : Sana sikit lah... tido kalau tak mengepit tak bole
ker???!


Pakai Toilet:
6 minggu: tak apa, u masuk ler dulu, i tak kisaaahhhh
6 bulan: masih lama lagi ke nih?
6 tahun: brug! brug! brug!(suara pintu digegar), kalau nak
bertapa pi lah gunung ledang sana !!


Balas SMS:
6 minggu: iye sayang, jap lagi i sampai rumah, sayang, i belikan
murtabak favourite u ye sayang..
6 bulan: trafik jam aah
6 tahun: k..


Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun : Iyalah!! kalau i tak cintakan u, buat apa i nikah ngan u??


Pulang Keje:
6 minggu: Sayaaang, i dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Oi...tak dengar orang balik ker??


Hadiah (ulang tahun):
6 minggu : Sayang, i harap u suka cincin yang i beli untuk u ni
6 bulan : I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tamu, takpun kt tangga pun ok
6 tahun : Nih duit, u beli sendiri lah apa yg u nak, nanti kalau i belikan u tak berkenan lak


Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan u di telefon nih
6 bulan : Eh...your call...
6 tahun : WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!! takder dengar ker?


Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka i, pandai u masak. rasa pun sedapppppp.. ...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! lauk aper lak ari ni, cam lauk kemarin jer!!


Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,ye
6 bulan: Hati-hati! Nanti jatuh tuh.
6 tahun: Nak pecahkan lagi ler tu, tak paham2 betul!!


Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, u seperti bidadari dengan dress tu
6 bulan: Lah.. beli baju baru lagi?
6 tahun:  BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU, tula yang lama dah tak muat ler tu???


Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg u nak, honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler ....senang sikit nak parking...
6 tahun: JALAN- JALAN?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JER!


Tonton TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini ?
6 bulan : Saya nak tengok bola live kol 9.00 karang
6 tahun: JANGAN TUKAR2 CHANNEL BOLE TAK!!


Sunday, 23 October 2011

DAH 4 ARI DASHBOARD BUAT HAL..

Ape kena dengan dashboard ni...Dah 4 ari hanya macam ni aje..Tension betul la..Macamna aku nak gi terjah blog kawan2....?? Sekarang bw cuma harapkan kt bloglist ...Sampai bila nak macam ni..dah penat asyik refresh je..still sama jgk..Korang punya dashboard ok ker...???

JOM TONTON MOVIE "LIBAS" SECARA ONLINE

Dah tonton movie ni...??Aku belum lagi...Nak tgk online broadband tgh semput ni...Dengarnya filem ni seronok jugak....

SINOPSIS BOLEH TENGOK KAT SINI

Kena skip 1 minit kalau nak cepat..

11 GOLONGAN AHLI NERAKA > mesti baca


Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:- 
"Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok." 
Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan 
oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat 
ini?" Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut 
kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda
menjawab: 
"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 
golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan 
sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka 
adalah seperti berikut:-


1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana
mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka
melengah-lengahkan solat lima waktu.

3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular
dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang
berdusta.

5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan
mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah
balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan
darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan
kebenaran.

8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan
kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati
sebelum bertaubat.

9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api.
Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang
menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua
ibu bapanya.

11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk,
bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar
kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.


Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah: 

12.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas 
titian Mustaqim pantas seperti kilat. Ini balasan orang yang
beramal salih dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima 
waktu dan mati dalam keadaan bertaubat."


Kesimpulannya semoga kita bersama dgn golongan bernombor 12...Amin..

Friday, 21 October 2011

Segmen: Jom Cari Follower Bersama Arra

Jom ramai2 kita bagi sokongan kat adik Ara yang baru pertama kali anjurkan segmen..
Semoga segmen ini akan berjaya hendaknya.
Klik banner untuk join
Tarikh tutup 30 Oct 2011

[WASPADA] Van Putih Culik Nurin Muncul Semula


Gambar fail
Ampang: Tragedi kes culik dan pembunuhan kejam Nurin pada 20 Ogos 2007 hampir berulang apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun hampir diculik dua lelaki menaiki van putih persis kenderaan yang didakwa melarikan Nurin.

Menggunakan taktik hampir sama seperti kes penculikan sebelum ini, kanak-kanak lelaki terbabit diculik dan dibawa lari beberapa meter sebaik berjalan keluar dari sekolahnya berhampiran Kampung Melayu Ampang, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, mangsa terselamat apabila sempat melarikan diri sebaik pintu van berkenaan terbuka akibat tindakannya yang meronta-ronta ketika ditahan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa baru tamat waktu persekolahan dan mahu pulang ke rumahnya yang terletak berhampiran.

“Ketika sedang berjalan tiba-tiba seorang lelaki tempatan memakai kemeja-T terus keluar dari van putih diletakkan di tepi jalan lalu menghampiri kanak-kanak berkenaan yang baru keluar dari pintu utama sekolah.

“Lelaki itu dikatakan memeluk lalu menangkap mangsa dari belakang. Akibat terkejut dengan tindakan itu, mangsa meronta dan cuba melepaskan diri,” katanya ketika dihubungi semalam.

Namun, mangsa dibawa masuk menaiki van dipandu seorang lagi lelaki tempatan dipercayai untuk dibawa lari.

“Dalam perjalanan itu, mangsa terus meronta-ronta melepaskan diri. Disebabkan keadaan van yang bergegar, pintu van itu terbuka.

“Mangsa segera melompat keluar dari van itu dan melarikan diri. Kedua-dua suspek yang panik dengan tindakan mangsa kemudian memecut van berkenaan,” katanya.

Berikutan itu, mangsa pulang ke rumahnya dan menceritakan kejadian itu kepada ibu bapanya sebelum dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya untuk membuat laporan.

Amiruddin berkata, polis kini sedang giat memburu suspek dan menasihati orang awam supaya peka keadaan sekeliling dan memaklumkan polis sekiranya melihat keadaan mencurigakan menggunakan van putih.

Dalam kejadian sebelum ini, Nurin Jazlin Jazimin, 8, diculik selepas mengunjungi pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju pada 20 Ogos, 2007. Mayat mangsa ditemui disumbat dalam beg berhampiran PJS1, Petaling Jaya. Dua bulan selepas itu, seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun nyaris diculik berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju tidak jauh dari tempat Nurin dilaporkan hilang.

Dalam kejadian itu, mangsa yang cuba ditarik masuk ke dalam van sempat melawan sebelum dilepaskan penjenayah yang terkejut dengan jeritan ibu mangsa. Kejadian sama berulang apabila seorang lagi kanak-kanak perempuan, Sharlinie Mohd Nashar, 5, turut dilaporkan hilang pada awal Januari 2008 selepas didakwa turut dilihat bersama seorang suspek dalam sebuah van di Cheras. Mangsa gagal ditemui sehingga kini.

SUMBER 

DIANA AMIR- semakin sejuk mata memandang

Salam Jumaat semua....Sekali imbas tgk gambar kt bwh ni mmg mulanya aku tak percaya yg dia Diana Amir...Comel nya dia bertudung ala Hana Tajima kan...
Sejuk mata kita tgk kalau semua artis2 berpakaian sopan macam ni..Ini tidak pantang ada acara anugerah sikit mula la msg2 nk menayang baju yg tak cukup kain tu...
Jom layan gambar2 kt bawah ni...






SUMBER: SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.