Tuesday, 29 November 2011

Aku ke udara bersama hadiah2...

Alhamdulillah...Masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah...Rindunya kt alam maya ni...Lama betul rasanya tak ke udara wlpn baru beberapa hari...Aku kt kg ni...Balik Terengganu menghadiri perkahwinan sepupu dari hari Jumaat baru ni..Lepas kenduri hari Sabtu terus balik bercuti ke Kuantan sempena cuti sklh ni kan...Rasanya 2 minggu jugak la kot aku kat sini..Tapi yg tak bestnya musim hujan la kt sini...Hari ni cadangnya nak bawak anak2 gi jalan kat Taman Bandar...Tergendala la jawabnya..

Tak der cerita menarik cuma aku nak updated hadiah yg dah sampai sebelum aku balik ke sini...Antaranya hadiah dari Little Colour Shop (LCS)..Tengok kt bawah tu..Cantik kan..Kalendar 2012 yg sgt unik...
Kalendar ni dlm bentuk kad...Siap ada gambar anak2 aku lagi...Aritu penganjur mintak emailkan 3 keping gambar untuk di printkan pada kalendar ni...So inilah hasilnya...

Cantik kan....

Yang ni plk goodies beg dari Mama Rayyan... aritu beliua buat satu ga dan yg bertuah akan dapat goodies beg sempena majlis akikah,tahlil dan besday anaknya Rayyan.. ..Wah..Untung kan...

Kat dalam beg tu ada surah Yassin dan cermin make up..

Ni ler rupa dalam cermin tu...blh letak lipstik sekali..

Ni surah Yassin yg sgt special..

Hadiah ketiga plk dari Puan Asida...Hadiahnya keychain dari Langkawi dan tuala muka dari Ikea...

*Rindunya nak ziarah korang tp mintak maaf yer 2,3 arini busy sikit..maklum lah kalau dah sampai kt kg ni byk ler mende nak buat..Kalau duk kt umah tu rasa mcm byk sgt masa terluang..hehehe...lagipun laptop ni sentiasa di control anak2...Entry ni pun wat auto publish jer ni...

Friday, 25 November 2011

Bubur butir nangka

Petang semalam buat bubur ni..Aku panggil bubur butir nangka...Senang sangat nak buat..Try la..Resepi ada kt bawah...


Tak berapa cantik ni sebab santan dah pecah..Aku terkuat api..Pastu butir nangka tu plk tak sama besar..tak per la yg penting rasa dia masih ok..

Resepi Bubur Tepung Pulut (Sumber : Potret kasih)

Bahan Doh
240 g tepung pulut
Air secukupnya
pewarna hijau dan merah
Garam secukupnya


Bahan Kuah
250ml air
200g santan pekat
2- 3 sudu besar gula ( ikut kemanisan yang di ingini )

Cara penyediaan
1. Untuk membuat doh, satukan tepung pulut dan garam secukup rasa di dalam mangkuk adunan dan digaul rata.
2. Tuangkan air sedikit demi sedikit untuk membuat doh. Pastikan ia tidak terlalu cair atau terlalu keras.
3. Bahagikan doh kepada 2 bahagian dan warnakan dengan warna merah dan warna hijau.
4. Gentel kecil kecil kemudian tekan di tengahnya, buat hingga habis.
5. Masukkan doh tadi dalam air yang telah mendidih.
6. Apabila doh tadi timbul di permukaan air angkat dan toskan.
7. Untuk membuat kuahnya, satukan semua bahan kuah dalam 1 periuk dan didihkan.
8. Perlahankan api agar santan tidak pecah dan kemudian masukkan doh dan sago biji yang telah di rendam seketika.
9. Bila sago masak bolehlah diangkat.

Thursday, 24 November 2011

Stok cuti sekolah

Anak2 aku ni kalau duk umah dorang mmg memanjang jer lapor...nak2 pulak musin hujan ni kan..Aku ni kejenya duk dapur je la...Asal petang jer dorang nk mengunyah2...Maira tu cukup pandai tau kalau nmpk jer air teh mesti dia cari biskut nak cicah katanya...Ahad baru ni gi CR4 cari stok makanan mcm biskut2,nugget,sosej dan french fries..Aku suka tgk anak2 berselera makan..Kalau tak nak mkn kang kita plk yg susah hati ...

Ni antara biskut kegemaran dorang...Paling dorang suka dah tentulah OREO..Tapi sekelip mata jer la habis...Stok kt dalam peti terlupe plk nak ambik gambor..

Banyak2 biskut tu yg ni aku paling suka..Sedap lah biskut ni...Rangup.. pastu ada campuran oats dan kacang madu..Sedap...


Sos tiram 1 Malaysia langgar peraturan makanan 1985


Aku mmg tak pernah lagi la beli barang kat kedai 1 Malaysia ni...Memang setia membeli produk2 yg selalu guna...Korang ada yg pernah beli belah kat situ....??

Sumber : MILO SUAM

Wednesday, 23 November 2011

Resah dari petang semalam terpaksa off9..

Dari petang semalam stick broadband buat hal...Tak tau la nape...Dah puas godek sana godek sini..uninstalled,pahtu installed balik....tetap tak jadik..nape plk la jadi gitu...Mula la hati ni jadi serba tak kena sebab tak dapat nak on9 dari petang semalam sampai ke hari ni...Gelisah sekali...Nape yer aku jadi gitu..Naik pelik plk...Mungkin sebab aku masih baru kot dlm dunia blog...

Gini ler jadinya kalau dah jadikan blog sebagai teman setia...Pagi ptg tak sah kalau tak mengadap..Paling dirindui kwan2 blogger la..Aku rasa tak sah kalau satu ari tak jenguk korang...Rindu tak terkata tau...Sebab tu hati mesti resah kalau ada kawan yg 2-3 ari tak updated blog..Hati ni mesti tertanya tanya...Dia sakit ke..?ada masalah ke...??busy ke...??

Apa pun alhamdulillah sebab tadi suami aku dah bawak broadband ni jumpe pada yg lebih pakar..Maklum lah kami ni bukan lah dari golongan yg celik IT..hehehe..Jadi nya boleh lah aku muncul semula di sini..Harapnya lepas ni jgn la ada prblm lagi dgn tenet atau laptop..Tak senang duduk dibuatnya....

Taun depan tak boleh dah buat perangai macam ni sbb anak nak upsr dah..Kena bagi tumpuan kt dorang plk...


Gambar matahari ni sbb nak menggambarkan betapa seronoknya aku hari ni...Semalam mood mcm kat bwh ni...Hudoh sungguh la....


Kat tempat aku ni mendung dari tadi cuma belum hujan lagi...Tempat korang camne..??


Malam ni sama2 kita bagi sokongan kt HARIMAU MUDA...Perlawanan dgn SYRIA untuk kelayakan ke Sukan Olimpik 2012......Moga2  MALAYSIA menang lagi...

Tuesday, 22 November 2011

Doakan yg terbaik untuk kawan kita LYA....

Selamat pagi semua...Apa pun aku nak ucapkan tahniah pada Skuad HARIMAU MALAYA kerana berjaya membawa pulang pingat emas semalam..Seronok tak terkata...Yang kelakarnya selama ni jarang lak aku nk tonton perlawanan bolasepak ni..Ntah kenapa la semalam punya perlawanan beria ria la aku tengok dgn penuh emosi dan debaran...Senak perut,kecut perut semua ada di minit2 yg terakhir tp alhamdulillah debaran aku berbaloi akhirnya...

Pagi ni yg aku nak share tentang kwn blogger kita LYA...YA ALLAH sedih dan pilunya setiap kali aku baca entry dia ..Biasanya dia lah yg rajin wat n3 dan bw..Setiap kali entry kwn2 dia pasti dtg untuk komen..Tapi yg menghairankan nape kebelakangan ni dia menyepi..Ramai gak yg tertanya tanya..Last n3 tentang birthday anak nya ASYA yg aku baca..Nasib baik minggu lepas aku terbaca kt n3 NUREEN bgtau yg LYA rupanya dimasukkan ke hospital sebab pengsan..Siannya kat LYA...Dia diberi ujian dari ALLAH yg sgt berat dari saat dia mengandungkan ASYA lagi.....dia mempunyai masalah injap jantung berlubang..Kisahnya boleh baca kat sini...


N3  dari LYA aku tetap pilihan nya baru2 ni telah menjawab persoalan apabila LYA muncul kembali..Sedih aku baca n3 tu sampai tak sedar airmata ni mengalir..LYA pengsan dan berhari hari dia tak ingat apa2..tak sanggup tgk tangannya yg hampir hampir hancur akibat dari suntikan...Paling pilu bila tgk gambar puteri kesayangannya ASYA yg belum memahami apa2 terpaksa berjauhan dgn ibu..Aku blh rasa kepedihan tu kerana ASYA adalah sebaya dgn MAIRA anak aku..
Hari ni LYA muncul lagi dgn n3 bila aku diuji bagi melepaskan rindu kwn2 padanya.....Matanya kurang nmpk menyebabkan byk perkataan yg dia typing error...LYA kuatkan semangatmu demi ASYA dan FAIN..Aku sekeluarga hanya mampu doakan semoga akan ada keajaiban untuk segalanya..Insyaallah LYA akan pulih seperi sediakala..Kwan2..sama2 lah kita doakan semoga penderitaanya akan berakhir dan akan menikmati kehidupan sempurna seperti insan2 lain di samping dapat membesarkan anaknya.....Tak dapat aku bayangkan jika aku di tempat LYA..adakah aku kuat untuk menghadapi semuanya...??

Doakanlah semoga family ini akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat....
*gambar aku copy dari blog LYA...maaf ye LYA sekadar untuk turut berkongsi penderitaanmu...

Monday, 21 November 2011

Petanda-Petanda Penyakit Sudah Datang

Setiap penyakit yang dialami datang dengan tanda yang tersendiri. Jika anda prihatin dengan petanda yang diberikan oleh tubuh, banyak masalah kesihatan yang boleh ketahui dan diambil tindakan. Berikut adalah petanda pada tubuh tentang keadaan kesihatan anda:

MATA

1. Jika bahagian bawah dalam mata anda kelihatan lesu dan pucat, kemungkinan anda mengalami masalah kekurangan sel darah merah. Makanlah makanan yang mengandungi zat besi seperti daging, hati, kerang dan sayuran hijau. Jumpa doktor untuk ujian lanjut.
2. Benjolan kuning - Jika terdapat benjolan kuning timbul pada bahagian atas atau bawah kelopak mata anda, ini bermakna anda mempunyai tahap kolestrol LDL yang tinggi. Benjolan ini adalah simpanan lemak yang berlebihan. Kurangkan makan daging dan makanan berminyak.

GUSI

1. Gusi merah dan berdarah - Anda berkemungkinan menghidap penyakit gingivitis. Penyakit ini boleh menyebabkan anda kehilangan gigi. Kajian menunjukkan bahawa anda mungkin akan menghadapi risiko penyakit jantung, kencing manis dan keguguran.
2. Gusi mengecut - Struktur gusi mungkin faktor keturunan namun mungkin ada kaitan dengan tabiat merokok dan juga stress.


KUKU

1. Kuku tidak rata - Jika anda mempunyai kuku tidak rata atau brbonggol secara semulajadi dari lahir, kemungkinan anda mengalami anemia. Perubatan Cina pula berpendapat ia adalah akibat kekurang kalsium dalam diet harian.
2. Tanda putih pada kuku - Ini menujukkan anda kekurangan mineral zink. Mineral ini penting untuk kekuatan tubuh. Tambahkan susu, telur, keju atau beras perang dalam menu anda untuk menambah mineral ini dalam tubuh.


BIBIR dan LIDAH

1. Bengkak dan kemerahan – Ini petanda masalah anemia. Berjumpalah dengan doktor. Selain itu, tambahkan pengambilan makanan yang mengandungi zat besi. Masalah ini juga mungkin petanda bahawa tubuh anda kekurangan vitamin.
2, Ulser mulut - Ulser mulut atau dipanggil mulut pecah yang kerap berlaku menunjukkan usus anda tidak sihat. Anda mungkin mengalami masalah sakit usus.
3. Bengkak Mulut - Mulut yang bengkak sama ada sakit atau tidak menunjukkan anda mungkin menghadapi risiko sakit kanser oral, terutamanya jika anda seorang perokok dan minum minuman keras. Berjumpalah dengan doktor untuk ujian lanjut.

KAKI dan TUMIT

1. Urat timbul - Jika anda tidak bergerak aktif, darah berkemungkinan terkumpul di bahagian kaki. Lama-kelamaan ini akan menyebabkan jaringan urat timbul. Atasi masalah ini dengan melakukan senaman ringan setiap hari dan makan buah-buahan berwarna ungu seperti anggur dan beri.
2. Tumit mengembang - Tanda berlakunya ‘water retention’ akibat kekurangan air dalam tubuh. Minum lebih air dan elak minum minuman berkafein dan minuman keras.

NAJIS dan AIR KENCING

1. Kencing berwarna kuning pekat - Tubuh kekurangan air. Tambah jumlah air yang diminum satiap hari. Selain itu minumlah teh herba dan buah-buahan segar.
2. Kencing berwarna merah/ merah jambu - Terdapat jangkitan pada pundi kencing yang akan menyebabkan pendarahan. Jumpa doktor segera.
3. Najis ada darah - Usus anda mungkin luka. Mungkin juga ada kaitan dengan kanser usus. Jumpa doktor segera.


review blog by ujang

my lovely blog-fieda-

Sape yang nak blog nya di review oleh Ujang jom la join segmen ni...Aku tak pernah lagi join segmen macam ni..Teringin gak nk org review blog sendiri...
Tarikh akhir segmen ni pada 22 Nov 2011

Sunday, 20 November 2011

JOM TONTON ALAMAK TOYOL..



Alamak Toyol mengisahkan Pak Umar (Hamid Gurkha) yang pergi berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan toyol atas niat untuk cepat kaya. Bomoh itu mempunyai banyak koleksi toyol dan setiap toyol mempunyai harga masing-masing. Oleh kerana tidak mampu, Pak Umar mengambil toyol yang paling murah. 
Setelah mengambil toyol dari bomoh, bomoh itu tersebut mengecop ‘barcode’ di dada kiri Pak Umar.

Pada waktu yang sama, Fakhrul (Angah Raja Lawak) dan Kudin (Along Cham) dua sahabat baik juga memikirkan jalan untuk mendapatkan duit. Hampir setiap hari mereka mencuba kaedah baru untuk merompak, namun semuanya gagal. Sehinggalah pada suatu hari, Fakhrul dan Kudin mahu merompak Pak Umar namun Pak Umar tiada duit untuk diberikan pada mereka.

Pak Umar bercadang mahu memberi toyol berkenaan pada Fakhrul dan Kudin. Pada mulanya Fakhrul dan Kudin menolak toyol itu. Namun lama-kelamaan mereka sanggup untuk menerima toyol itu daripada Pak Umar. Toyol kemudian beralih arah dan ‘barcode’ di dada kiri Pak Umar hilang serta-merta dan timbul ‘barcode’ di dada kiri Fakhrul dan Kudin.


Saturday, 19 November 2011

Ini fakta mengenai minuman 3 in 1

INI FAKTA BUKAN AUTA


Dulu aku pun salah seorang penggemar minuman 3 in1..Tapi sekarang tak berani beli dah...

Friday, 18 November 2011

The Smurfs filem yg tak jemu ditonton

Kebelakangan ni Maira minat btul dgn Smurfs...Ni gara2 sbb aku belikan cd The Smurfs (movie) baru2 ni.Lepas dah layan cite tu sekali pastu nak suruh ulang lagi..Kalau nak tau sehari ada la 3 kali ulang cite tu...Tapi peliknya kami sekeluarga pun sama2 jugak layan cite ni tanpa rasa jemu sbb best jugak movie ni tau.......hihihi...
Kartun Smurfs ni mmg dah terkenal sejak taun 80 an lagi..Masa tu aku darjah 1 dan katun ni dah popular kt tv3...Masa tu tv3 pun baru je beroperasi..Aku pun dulu mmg peminat setia katun ni jugak ...Tapi sekarang katun dah di filemkan dlm bentuk 3d...Filem ni kisah sekumpulan Smurfs yg tersesat ke dunia manusia akibat nak melarikan diri dari ahli sihir yg jahat...Seronok tgk Smurfs yg comel ni...

 
comel budak2 biru kat atas ni...

dia dah start dah nak menonton tu...

Mula2 duk jauh jer..macam paham jer la tu tgk movie omputih

Pastu bila dia naik syok mula la dia bangun..

tgk tu dah depan tv dah..

Agaknya dia kata kalau la aku dapat masuk dlm tv ni kan best jumpe dgn papa smurfs

dah tegur baru la dia ke belakang sikit...macam tu la aksi maira kalau menonton filem ni...Dia mmg tgk sampai habis...Pastu dah habis dia suruh ulang balik...huhuu...letih nak pujuk...

watak yg maira paling minat..yg tua tu dia panggil papa smurfs..btul la tu namanya....tp yg girl tu dia panggil pompuan...hahaha

Korang pun minat jugak ker...???

JOM TAMBAH PENDAPATAN DGN JOIN CHURP CHURP


Tahniah..dapat hadiah di hari Anugerah Cemerlang..

Tahniah kepada Syahmi anak bujang no2 sbb dapat hadiah di Hari Anugerah Cemerlang kt sekolah semalam...Exam penggal akhir baru ni dia dapat no 1 dalam kelas...Jadi terpilih la untuk terima hadiah ni..Sayangnya aku tak dapat pegi tengok disebabkan faktor kesihatan..tgh deman dan selsema ni..Aduhh..berdengung rasa kepala ni...Asyraf pulak masuk untuk persembahan main drum...Tapi tu la sayangnya sbb tak dapat nak ambik gambar dorang time tu..mmg rugi la...
Syahmi tgh pikir2 tu tak tau nak request hadiah apa kt papa dia...

Kalau time kita dulu dapat hadiah dari cikgu macam bahan bacaan atau alatan sekolah kan..Tapi sekarang dah lain yer hadiahnya...ok la , hadiah yg boleh dijadikan kenangan sampai dorang besar nanti....

JOM TAMBAH PENDAPATAN DGN JOIN CHURP CHURP

Thursday, 17 November 2011

Penghargaan untuk follower ke1000

Salam semua...Alhamdulillah ptg ni follower blog dh pun seramai 1002 org...Mekasih korang yg follow sini dan ari2 dtg jenguk kesini...walaupun blog ni bukan lah best sgt pun...Harap korang tak la jemu singgah sini selalu ye...

Nak buat review la sikit untuk follower yg ke 1000 tu...Sape ye...

Korang boleh terjah sana untuk belajar memasak sbb kat blog tu byk resepi masakan yg dimasak oleh ummi sendiri...Macam2 ada...Alhamdulillah ummi tak kedekut pun kongsi resepi beliau...

*ummi nanti tolong emailkan detail ummi seperti nama dan alamat ke fieda.rafli@yahoo.com..
Saya ada cenderahati sikit nak kasi kt ummi...

suka benor la main dgn puzzle....

Asyik2 Maira je kan...Macam la Maira ni srg jer anak mama...huhuhu..Hbis nak wat guane, anak bujang 2 org tu bkn minat sgt nak interframe..Nak ambik gambor pun payoh....Ni plk nak wat entry dorang..lagi la dorang tak nak..
Cite pasal Maira ni, hobinya kat rumah mmg suka sgt main puzzle..Kalau dia start buat puzzle mmg dia tak kan buat keje lain dah..Dia  tumpu sepenuh perhatian sampai la puzzle tu siap..Dulu masa mula2 dia start main yg kecik2 tu jer yg ada dlm 9 keping...Sekejap jer dia cantum..La ni dah tak nak dah yg sikit2 mcm tu..Nak main yg byk2 keping plk..Mula2 dia tak reti jugak..Tapi blh nmpk la dek kesungguhan dia tu akhirnya berjaya jugak..Nmpk la puas ati dia kalau dapat buat habis..Bila dia dah boring main gambar yg sama mula la dia request nak puzzle gambar lain plk..Kena selalu la beli tukar2 gambar...Nak tau ni la keje dia time abg2 nya ke sekolah dan mamanya sibuk dgn blog..hehehe

Dia dah siap cantumkan sikit baru mamanya teringat nak ambik gambor

Maira buat dgn tekun dan ada teknik tersendiri..dia akan mulakan dulu dgn mencantumkan gambar angry bird tu..

bersungguh sungguh..mmg dia tak pandang kiri kanan atas dah..bawah jer la..

yess hampir siap....

nak siap dah

bila dah siap dia mesti senyum puas..kembang2 idung mamanya ambik gambar

opsss..ada sekeping puzzle tu dah ilang la..

koleksi puzzle yg baru..yg lama2 dah byk ilang..

JOM TAMBAH PENDAPATAN DGN JOIN CHURP CHURP

hasil mewarna yg ok laaaaa....

Maira dah pandai mewarna ....??hasilnya ok laaa....Sebelum ni dia warna sgt comot2..ye la budak 3 tahun katakan..Kebelakangan ni dah pandai sikit....Dia lebih hati2 bila mewarna sbb katanya tak nak kaler tu terkeluar dari lukisan...Mama kasi A+ la....sbb dia warna lukisan ni srg2 je..tanpa tunjuk ajar dari abgnya sbb tu rambut separuh kuning dan separuh hitam..Kawan2 mama nk kasi brp markah...??

*kebelakangan ni Maira ni minat Smurfs la pulak...

JOM TAMBAH PENDAPATAN DGN JOIN CHURP CHURP

Wednesday, 16 November 2011

Keychain Combodia yg comel

Dah jarang benor skrg ni terima hadiah ga...Sebenarnya byk lagi hadiah yg pending..Ntah la penganjur busy sgt kot...hurm,...2 ari lepas bukak peti surat tgk ada sampul surat tertulis nama aku....Gembiranya tak terkata..Maklum lah dah lama tak terima kan...Dengan penuh sopan aku pun bukak..Tu dia..Keychain Combodia ..Aku menang ga  Cik Bambam aritu..Cepat dia pos...Bagus...Memudahkan keje dia kan...
Tapi keychain tu macam cacat sikit..Perasan tak ada satu benda tercabut..kaki dia kot..Takpe la yg penting keychain ni mmg comel...Mekasih Cik Bambam...

wordless wednesday #4

Renung renungkan...Selamat beramal...:)

Tuesday, 15 November 2011

Giler bunga la pulok...

Masa mak dtg kl baru2 ni aku bawak mak gi jalan2 kt Romantika Home Deco Metro Point Kajang..Seronok jamu mata kt dalam tu sampai tak sedar yg kitaorang duk dlm tu hampir sejam setengah...Tapi maaflah tak sempat pun nk bergambor kt dalam kedai ..Pastu mak nak beli bunga hiasan untuk nk bawak balik Kuantan..Mula2 mmg ingat nak beli yg dah siap jer..Ada macam2 harga..Ingat nak beli yg harga RM49 sbb gubahan nya pun sederhana jer..Tapi ntah mcamna aku kata try la beli bunga dan pasu yg sama mcm gubahan dah siap tu sbb aku nak tgk brp modalnya..Tgk2 modalnya baru RM31.50..Terus la beli...aku nak try gubah sendiri dan kt bawah ni la hasilnya..ok tak..?? Mak kata ok cantik..Lebih kurang jer macam gubahan yg dah siap...

Pasu tu harganya baru RM11...pasu tu dibuat dari tin..Bunga tu plk sebatang ada 5kuntum ..Aku ambik 2 batang purple dan 1 btg putih..Harganya plk RM3 sebatang..Bunga kecik2 ambik 4 batang..RM2.50 sebatang..Span RM1.50 seketul..Jadi betul la total RM31.50...Oh ye..ranting2 tu rembat yg mana ada kt pasu umah ni jer...Nasib baik tak ambik yg dah siap sbb gubahannya pun lebih kurang jer besar ni...Yg dah siap tu mungkin dia charge harga gubah jugak kan...

Wah...Sejuk mata memandang bunga ni...Umah kalau ada bunga mesti berseri kan..Dah lama jugak aku tak gubah bunga untuk umah sendiri ni...Geram punya pasal nak tau ape jadi....???
"
"
"
"
"
"
"
"
Malam tu jugak pegi semula kedai ROMANTIKA dgn sepupu...aku rembat bunga dan pasu yg sama cuma berlainan warna bunga...Tak boleh tahan nafsu la tgk bunga tu ctk sgt dan berbaloi baloi hanya dgn modal RM31.50..

Hasil gubahan ke-2 untuk rumah sendiri...

Rezeki dari PM

 Ingatkan taun depan dapat,rupanya dah sampai surat...Petang karang papa dorang la yg pi ambik ni...Byk tu RM100 seorang ,sape nak kasi kan...Rezeki anak2..
Terima kasih la pada PM kita, NAJIB RAZAK..


Monday, 14 November 2011

Selamat berjaya buat semua calon2 SPM - Biela Abella

Selamat menduduki peperiksaan SPM buat semua calon2 SPM 2011...Semoga korang semua akan beroleh kejayaan yg cemerlang...
Entry khas ini juga untuk adik aku Biela Abella yg juga menduduki SPM...Jawab dgn hati yg tenang...Semoga kejayaan akan menjadi milikmu...Kak long hanya mampu mendoakan yg terbaik..Jangan hampakan harapan mak dan abah okey...

Cubaan pertama-Portugese Egg Tarts

Tat telur ni mmg menjadi pujaan hatiku sejak dari alam sekolah sampai la sekarang..Memang suka sgt2...Tak tau nape...Hari2 mkn pun tak kisah...Dah kawin beranak pinak ni teringin plk nak buat sendiri..Boring gak asyik beli jer kan..Satu hari nmpk NORA wat entry pasal tat telur..Wah..nmpknya senang btul resepi yg dia share ni..Dia ambik dari MYRESIPI..Tak byk bahan mcm resepi2 yg aku jumpe sebelum ni...Aku pun try la buat semalam dan ni ler hasilnya...Sangat sedap dan mudah la nak buat..Anak2 pun dah jadi kan tat telur sebagai feveret dorang..

Masa ni baru kuar dari oven...panas2...masing2 tak sabor dah ni...

Kasi dia sejuk kejap dalam 5-10 minit...Pastu baru boleh makan...
Alamak..huduh la...bila dah sejuk tat ni mcm mendap sikit...

Tak kisah la huduh pun yg penting sedap tak terkata la...yummy yummy...

Portugese Egg Tarts (myresepi)

Bahan-bahan ( 6 biji )
1 keping Puff Pastry

*Bahan-bahan A*
1/4 cawan Gula Halus
1/4 cawan Susu Cair atau Susu Segar
1/4 cawan Whipping Cream
3 biji Telur Kuning
1/4 sudu kecil Vanilla Extract

Cara-cara

Panaskan oven, 200ºC.
Masukkan semua bahan-bahan A dalam mangkuk dan pukul sampai sebati. Ditapis dan diketepikan.
Potongkan puff pastry kepada 6 keping bentuk bulat. Cucuk permukaan puff pastry yg telah dipotong dgn garpu.
Masukkan puff pastry yg dipotong ke dalam tin muffin.
Isikan campuran telur ke dalam setiap puff pastry 3/4 penuh.
Bakar selama 20 minit. Guna api atas dan bawah..
Biar sejuk dalam tin muffin selama 5-10 minit sebelum dikeluarkan.


*kalau korang nak tau macamna rupa puff pastry tu just klik perkataan puff pastry kat atas tu...Nanti blh ler tau mcamana rupa dia..
*boleh jugak gantikan puff pastry tu dengan roti canai segera..Aku guna roti canai segera jer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.