Saturday, 31 December 2011

Selamat Datang 2012


 Selamat tinggal 2011 dan selamat datang kepada 2012..Kami mengalu alukan kedatangan mu...Moga tahun 2012 akan membawa lebih sinar kepada kami sekeluarga...Harapanku agar tahun ini akan lebih baik dari tahun2 yg sebelumnya...

Tiba2 dibuai kenangan terindah...(^_^)

Malam kelmarin aku kemas2 almari...Dalam duk kemas2 tu ternampak la satu sampul surat besar...ape yg ada dlm sampul surat tu ye...hehehe...semuanya kad2 ucapan time berkasih sayang dulu...Wow...dah berbelas tahun aku simpan dan kad tu masih lagi kelihatan seperti baru...Tak caye,tengok gambar kat bawah ni...Giler la...anak2 baca pun dorang pakat gelak..Malu mama wehhh...Dah lama gak aku tak belek2 kad ni..Dah belek mula lah dibuai kenangan terindah...


Ala biasa la time dulu2 kan asal nak raya dan besday jer kita main bagi2 kad..Siap ada lagu tu...Bukannya macam sekarang..Semuanya cepat dan mudah..Tapi rugi la takder kenangan untuk disimpan...
(Sejak kawin ni tak pernah dapat kad punnn.....)


Ni plk salah satu hadiah besday aku dari suami masa mula2 kenal taun 96..Memang masih dalam simpanan. (Sorry nmpk berhabuk sikit)...Patung tu still lagi boleh menari dan muzik pun masih boleh on...Anak2 nak main pun aku tak kasi...Mama sayang ni nakk oiii...Ni la bukti sayang papa kat mama time muda2 dulu...hihi

Ni pun antara hadiah2 yg aku dapat gak masa besday..Alahai tomey2..

Tapi dah kawin ni nak tau tak....Asal nak hampir jer time besday, kita nak kena bagi klu...Kalau tak ingatkan mmg sampai sudah la dia lupe...Aku paham alam perkahwinan ni dah lain..Sekarang dah beranak pinak sambut dgn anak2 la...makan kat luar atau beli kek potong dgn anak2...Lagipun dah jadi mak org ni rasa macam dah tak kisah pun tak dapat hadiah yg penting kasih sayang..Ye dopp.....??
(Tapi alhamdulillah merasa gak la hadiah kamera digital, hp dan laptop..)
Tapi aku tau ramai kawan2 yg beruntung sebab suami sentiasa ingat time besday korang..Sebab tu semua suami tak sama..Ada kelebihan masing2...Kalau suami tak ingat tu tak bermakna dia tak sayang kita tau...


Friday, 30 December 2011

Cara Awang Itam menipu 1 Billion Duit Dari Malaysia

Gambar lelaki berkulit putih, lazimnya digunakan untuk mengelirukan mangsa bakal ditipu turut ditemui.



Modus operandi mereka terbabit dalam kegiatan penipuan melalui internet tidak sukar dikesan jika pembaca mengetahui maklumat lengkap.


Warga Nigeria, barangkali tinggal di Kepong, Puchong atau Cheras, menyamar menggunakan identiti serta ikon lelaki warga Eropah di laman sosial seperti Facebook. Bakal mangsa kemudian ditaburkan dengan kata-kata dan janji manis bergantung kepada jantina.
Jika bakal mangsa itu wanita, lelaki Nigeria menyamar lelaki kacak dan bergaya.


Kerapkali setelah mangsa tergoda, suspek mendakwa berhasrat menghantar bungkusan mengandungi barangan bernilai seperti wang tunai dan peralatan elektronik.


Mereka kemudian memaklumkan mangsa melalui panggilan telefon kononnya bungkusan terbabit dirampas oleh pihak berkuasa Malaysia atau diminta untuk melunaskan bayaran penghantaran bungkusan terbabit mencecah ribuan atau jutaan ringgit.


Pembayaran dibuat menggunakan akaun peribadi dimiliki oleh rakyat tempatan bersekongkol dengan suspek. Sebaik wang dituntut didepositkan dan mencukupi bagi mereka, semua suspek lenyap bersama janji manis sejak perkenalan bermula.


Justeru tidak hairan jika suspek hidup mewah manakala mangsa ditinggalkan papa kedana. Mangsa bukan sahaja kerugian wang tetapi berkesudahan dengan tubuh diratah puas oleh lelaki kononnya mencintai mereka.
Untuk rekod, tahun lalu, rakyat Malaysia dilaporkan kerugian lebih 1 bilion ringgit akibat diperdaya oleh sebilangan warga Afrika.


Dalam operasi semalam sejumlah wang dipercayai palsu dijumpai di rumah terbabit dan suspek juga didapati tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Mereka direman untuk melengkapkan siasatan.

Kepada semua pegawai dan anggota polis JSJK, usah sesekali berasa jemu melaksanakan tugasan dihujani dengan pelbagai cabaran getir kerana khidmat mulia itu, InsyaAllah mendapat balasan setimpal dari Allah.

Kepada semua rakan Facebook dan pembaca blog, mohon sebarkan kandungan entri ini supaya kita bersama mampu untuk mempertingkatkan tahap kesedaran serta kefahaman di kalangan wanita warga Malaysia agar mereka tidak terus diperangkap dan diper****hkan oleh lelaki warga Nigeria.


Tentang Dhia vs Ombak Rindu

Assalamualaikum....

Semalam akhirnya terjawab sudah persoalan drama Tentang Dhia...Bagi aku ending cite tu mmg best sbb langsung tak jangka yg Dhia dan Zikir sama2 meninggal...Ini lah baru namanya cinta sejati..sehidup semati...Mula2 aku dok pikir mesti Dhia idup ni..Manalah tau ada keajaiban ke..Tapi mmg endingnya lain dari yg lain..Cayalah...Tapi cuma satu je aku tak puas hati kenapa tiada pembalasan terhadap mak Zikir..Patutnya tunjuklah pembalasan pada dia sbb dah gunakan ilmu hitam...

Pas dah meleleh tgk Tentang Dhia dlm kul 11 malam lepas anak2 dah tido aku layan plk Ombak Rindu...First time tgk ni...Aduss..mmg tak blh kontrol weyy...Habis blh perah baju ni..Sebab tu mmg saje nk tgk time anak2 dah tido..Takder lah org nak tlg gelakkan...Masa cite Tentang Dhia dorang dah gelakkan aku..Sedih sungguh la mama ni dorang kata..


Ni la lumrah..Hati wanita mmg lembut dan cepat tersentuh..Rasanya jgn kata pompuan lelaki pun ada jugak yg tangkap leleh oiii...Selagi ada hati dan perasan katanya...Bagi aku kedua dua cite ni mmg berjaya buat penonton turut merasai apa itu kepedihan, penderitaan dan kebahagiaan..Syabas pada pengarahnya..

P/s : masa tgh tonton Tentang Dhia semalam sepupu aku sms katanya anak dia yg umur 3 taun pun sama naik layan cite ni  pelik tgk mak dgn ayahnya duk soksek soksek..Nak tau anak dia kata ape...Dgn muka sedih  "sian plk tgk kat ibu dgn ayah" hahaha.....Tgk tu laki bini nangis tgk Tentang Dhia....Touching sungguh la...

Thursday, 29 December 2011

Pencarian Blogger Aktif Oleh Mialiana.com

Pencarian Blogger Aktif
Pencarian Blogger Aktif oleh Mialiana.com
25/12/2011 hingga 31/12/2011

Aku nak join segmen ni untuk bagi sokongan pada kawan blogger MIALIANA...Syaratnya senang jer..Kalau korang nak join klik jer banner kat atas tu...Masih ada masa ni sebelum sambutan tahun baru yg bakal tiba..

Aku ni blogger aktif ke...?? Baru nak berjinak jinak dalam dunia blog ni...Harap Mia sudi terima ye...Syarat no 7 tu insyaallah rasanya saya boleh buat...


Jom tonton Ombak Rindu ..

Nampaknya filem Ombak Rindu yg masih panas tu dah ada kt you tube...Apalagi yg belum tgk tu jom la kita pakat2 tengok..Tapi aku tau yg dah tgk berkali kali tu pun mesti nak tgk lagi kan...Aku tak tgk lagi...Ketinggalan zaman betul la...Nak jugak tgk tp line broadband ni amat lah tidak mengizinkan buat masa ni...

Jom tonton kat sini



SINOPSIS

Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. 


Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?


Effect dari Photoshop...chaiyokk la...

Jom layan gambar2 kat bawah ni...Sangat menakjubkan....












Gambar yang ni aku tuju khas buat TIHARA sbb aku tau dia amat minat dgn bende2 hijau ni..Tak caye gi terjah blog dia...Dulu berumah kan pokok buluh sekarang dedaunan plk..Sambil2 singgah tu join la GA kt blog beliau...Hadiah kiut miut tau..Semua hadiah hasil kerja tangan dia...


Timbang berat dapat doodles....??

Masa bw blog JAA jumpe entry INI...aku pun cubalah  nak tgk doodles yg macamna la kuor utk aku ni...Unggul ker atau berlebih...hahaha...Sekali ni lar hasilnya...Tapi dah nak hampir2 dapat doodles berlebih gak tu...hihi...


Sian JAA dia dapat doodles terlebih...Tak per JAA pasni kita sama2 kena jalan kaki byk2 tau....
Korang nak cuba...?? Jom klik SINI..



Wednesday, 28 December 2011

Bendung sikap anak suka menipu

Walaupun kita biasa bertemu dengan kanak-kanak yang suka menipu, tetapi kecenderungan itu sebenarnya tidak normal. Ia sikap yang tidak baik dan jika dibiarkan boleh terbawa-bawa hingga dewasa.Ada banyak perkara menyebabkan kanak-kanak menipu. Misalnya, dia melakukan perkara yang tidak disukai ibu bapa. Justeru, bagi mengelak dimarahi, kanak-kanak lebih rela menipu.

Pensyarah Kanan, Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Dr Mariani Md Noor, berkata sikap ibu bapa yang banyak memberi jawapan ‘tidak’ kepada setiap permintaan anak tanpa memberi alasan logik menyebabkan kanak-kanak suka menipu.

“Mungkin mereka tidak faham mengapa ibu bapa menolak permintaan mereka. Justeru, mereka lebih teruja untuk terus melakukan perkara yang dilarang,” katanya.Bagaimanapun, katanya kadangkala ibu bapa memberi alasan yang mudah, misalnya jangan makan ais krim nanti demam. Jawapan itu terlalu mudah dan tidak jelas.

“Mungkin ibu bapa boleh kata, tidak boleh makan ais krim kerana proses membuatnya kotor atau tidak menggunakan air yang dimasak,” katanya.Dr Mariani berkata, setiap alasan itu mesti rasional dan berdasarkan kefahaman kanak-kanak selain keupayaan dia berfikir. Jangan memberi alasan yang dia tidak faham.

FAKTA: Mengenai Menipu

1) Kanak-kanak kecil tidak faham apa itu menipu.
2 )Apabila mula bersekolah, mereka mula memahami konsep betul dan salah atau adil.
3 )Kanak-kanak menipu kerana mahu sentiasa menang.
4 )Selalunya apabila semakin dewasa, dia akan meninggalkan tabiat menipu.

Mengapa kanak-kanak menipu?

1 )Untuk mendapat perhatian ibu bapa
2 )Kurang komunikasi
3 )Kurang kasih sayang
4 )Kurang pengiktirafan daripada ibu bapa
5 )Kurang penghargaan
6 )Kurang belaian

Mengapa kemenangan sentiasa penting pada kanak-kanak?

1 )Kemenangan membuatkan mereka sentiasa ‘penting’ dan paling bagus antara rakan sebayanya.

2 )Ada kala kanak-kanak sukar untuk berdepan dengan kekalahan.

3 )Jika kanak-kanak tiada jati diri atau tertekan kerana apa saja sebab, kemenangan menyebabkan mereka berasa selesa.

Apa yang ibu bapa boleh buat jika anak menipu

1 )Beritahu dia apa yang dimaksudkan dengan menipu. Kanak-kanak kecil tidak faham dan tidak tahu menipu itu satu kesalahan. Bagaimanapun, apabila dia mula bersekolah, dia akan lebih mengetahui konsep betul, salah dan adil. Justeru, dia lebih memahami mengapa menipu itu satu kesalahan.

2 )Cari punca mengapa dia menipu. Mungkin ada perkara yang membuat dia tertekan hingga terpaksa menipu.

3 )Kanak-kanak bukanlah jahat jika dia menipu sebaliknya beritahu dia anda kecewa dengan sikapnya itu tetapi masih sayangkan dia. Bagaimanapun, anda masih di sisinya untuk membantu.

4 )Berikan contoh terbaik. Jika mendidik anak menonton televisyen hingga larut malam itu tidak elok, anda juga jangan lakukan.

5 )Bincang dengannya tekanan yang dihadapi sesama rakan sebaya. Mungkin persaingan sesama mereka membuatkan dia tertekan dan menipu.




Tuesday, 27 December 2011

Sapa pernah buat benda ni masa kecik?

Sapa penah buat benda ni masa kecik? Sila komen..

1. Naik kereta,tengok bulan dan ingat bulan ikut kita.
2. Naik basikal , boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.
3. Masa sekolah,ada orang bagi susu free,lepas ambil sekali,menyamar jadi orang lain,beratur ambil lagi.
4. Lukis burung guna huruf 'm'.
5 ) Naik motor keliling kampung padahal baru sejam belajar
6) Panjat pokok ceri pastu duk melepak atas tu sambil makan buah ceri (kt kg2 dulu byk pokok ceri ni)
7) Bila raya atau pose diumumkan melompat dan berlari keliling halaman rumah...
8) Bawak tanglong konvoi ramai2 keliling kg masa malam tujuh likur..
9) Suka baca Gila Gila dan simpan wat koleksi
10) Balik sekolah waktu petang main pondok2,main guli,gelang getah,biji getah,galah panjang dan anak patung kertas...
11) Bila habis je exam akhir tahun buku petak kecil habis kena conteng wat main SOS..

Hehehe...Ni la antara kenangan zaman kanak2 dulu...Tapi yg no3 tu mmg aku tak pernah buat...Yang lain2 tu mmg kerja aku la...Maklum lah jaguh kampung katakan...

Monday, 26 December 2011

12 Azab Bagi Mereka Yang Tinggalkan Solat


Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : “Barang siapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya.

Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :

1. Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
2. Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
3. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :

4. Roh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
5. Dia akan merasa yang amat pedih ketika Roh dicabut keluar.
6. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :

7. Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
8. Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
9. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :

10. Hisab ke atasnya menjadi sangat berat.
11. Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
12. Allah S.W.T akan menyeksanya dengan api neraka.

Sekadar untuk peringatan kepada diri sendiri..Moga2 kita semua dijauhi dari azab ini..Amin....
ALLAHUAKBAR


Saturday, 24 December 2011

Blog bertukar wajah...

Selamat bercuti kepada semua rakan2 bloggers...Pagi yg indah alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas di bumi ALLAH...
Tak der entry yg best2 pun cuma nak bagitau jangan ler terkejut masuk sini...ni masih lagi blog FIEDA cuma ada wat pengubahsuaian sikit sempena nak masuk tahun baru ni...hehehe..yo la tu....!!
Amacam ok tak.....??Nak tau ni la hasil sentuhan kreatif dari SHEILA LATIF..Semua ni dia la yg editkan..header jer masih belum siap...Rumah  AJU dan HEZRINA pun dia la yg renovate sampai jadi cantik sangat tau...
Kalau korang rasa nak edit2 blog tp tak pandai boleh la terjah blog SHEILA...Dia boleh tolong korang..Harga upah pun berpatutan..

-SENYUM TAK PERLU KATA APA APA-


Thursday, 22 December 2011

Wang kertas baru meriah dgn pelbagai warna..(",)

duit+baru+rm20+bank+negara+malaysia_01

Alahai......Comey plk aku tgk wang kertas baru ni,berwarna warni...Terbaru wang kertas RM20 diperkenalkan semula.

Duit RM20 Baru
Wang kertas RM20 lama

Kini berwajah baru dgn warna kuning..ada penyu tuu...


Wang kertas baru ni akan mula dikeluarkan pada bulan Julai tahun depan (2012)
Dengan tema 'Keunikan Malaysia', siri keempat wang kertas Malaysia ini memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi.
Selanjutnya boleh klik BANK NEGARA MALAYSIA untuk mengetahui motif setiap denominasi..
-Bangganya aku jadi rakyat Malaysia-

Wednesday, 21 December 2011

Korang buang ke mana minyak masak yg dah terpakai...??

Salam semua...korang semua dah breakfast...?? makan ape pagi ni...? Aku baru jer balik tapau nasi lemak kat gerai depan tu...Sekali sekala breakfast dgn nasi lemak ni sedap jugak...Kalau hari2 kang tak elok plk untuk kesihatan...Masa keje dulu ari2 aku breakfast dgn nasi lemak..Bukan ape,masakan makcik tu sedap sgt sampai ketagih dibuatnya...

Cite pasal nasi lemak ni,biasanya ada segelintir peniaga2 yg taruk minyak masak dalam nasi
...sebabnya nak kasi nasi tu berkilat sikit...Dah la dgn santannya pastu ditambah plk dgn minyak masak lagi...Memang tak elok kan...Minyak sekarang ni plk dah tak blh pakai lebih dari sekali...Nanti boleh mengakibatkan barah...hai sekarang ni macam2 punca dari makanan yg kita makan hari2 boleh menyebabkan penyakit...Pandai2 la kita pilih makanan yg menyihatkan..

Oh ye..sebut pasal minyak ni aku nak sgt tau cara korang lupuskan minyak masak yg dah terpakai...Biasanya korang buang macamna...?? Kalau kita buang terus dalam sink tak boleh kan sebab lama2 takut saluran sinki tu tersumbat sbb lemak2 yg terkumpul...Biasanya aku bungkus dlm plastik dan buang terus dlm tong sampah...Tapi boleh ke buat macam tu....??tu yg aku risau ni...?Tak ker menyusahkan pekerja lori sampah...Mesti ada minyak2 yg tumpah kan...Pastu dah mengakibatkan pencemaran plk..:(

Satu lagi korang biasanya guna minyak masak brand ape...?Aku guna brand Saji dan seri Murni...



Tuesday, 20 December 2011

Sembang2 kosong - Drama Tentang Dhia

Selamat pagi semua....Pagi ni saje nak sembang2 kosong dgn korang pasal drama Tentang Dhia...Aku tau ramai kawan2 blogger yg layan drama ni kan...Dengarnya drama ni ratingnya tinggi jugak mcm drama Nur Kasih....Memang best pun cite ni kan...Tapi tu la dah nak akhir2 episod ni emosi plk aku tgk drama ni tang watak mak Zikir tu...Aku tgk dah mcm watak pompuan jahat dlm sinetron Indonesia...Kalau tgk sinetron punya lah aku beremosi (skrg malas dh nk layan sinetron)..mcm2 perasaan ada...geram,sakit ati,marah dan tak sabar nak tau ending cite tu nak kasi puas ati...hahahaha...Haaa..mcm tu jgk la emosi aku bila tgk drama ni...Tapi episod semalam rasa macam emosi dah stabil sikit dah sebab Dhia dah tau niat jahat mak mertua dia tu...hihihi...




Tak sabar nak tgk episod akhir pada 27 Dec nanti..Apa la agaknya balasan pada mak Zikir tu ye...Jahat benor main ilmu hitam...Apa2 pun mmg drama ni mmg terbaeekk la....Suka sgt tgk lakonan Ady Putra dan Nora Danish...Lagu nyanyian Ady Putra ni best kan...

Sunday, 18 December 2011

Asyraf dan gendangnya...

Alamak entry ni rupanya dah duk kat draft hampir 3 minggu...Aku terlupe nak publish...Macamna blh tercicir plk ni...
Ni kisah Asyraf...Masa baru start cuti persekolahan aritu dia ada terlibat dgn persembahan kat PAVILION KL...Sempena perasmian MEGA SALES MALAYSIA...Asyraf ni anak didik HAFIEDZ UDU...Asyraf baru lagi dalam bidang ni...Kawan2 dia yg dah lama byk terlibat dgn show kt TV...Antaranya masa perasmian TV AL HIJRAH dan IMAM MUDA...Asyraf ni dia mmg minat dalam bidang muzik...Tak tau kuahnya tumpah dari mana..sebab dari family aku dan suami mmg tak ade yg terjun dlm bidang ni...
Kat bawah ni gambar2 masa dia kat PAVILION...tengok la semua org dewasa..Dia yg kecik toet...





Saturday, 17 December 2011

Entry buat Kak Atie dan Intan Berlian (^_^)

Selamat hari lahir buat Kak Atie pada 15 Dec 2011 yg lepas..(maaf baru buat entry)..
Saya doakan semoga Kak Atie akan dipermudahkan segala urusan,diberi kesihatan yg baik dan dapat membahagiakan keluarga hingga ke ahir hayat..




Tahniah di atas ulangtahun perkahwinan yg ke-2 pada hari ini..
Semoga Intan dan suami akan berbahagia hendaknya hingga hujung nyawa....
Tabah menghadapi dugaan dan liku2 kehidupan...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.