Thursday, 12 January 2012

Petua Menangani Anak Tidak Mahu Pergi Sekolah

ASSALAMUALAIKUM..


Ada kanak-kanak yang memang suka pergi sekolah tapi ada juga segelintir yang tak suka pergi sekolah. Yang pasti, mesti ada sesuatu sebab kenapa mereka tidak mahu pergi sekolah. Masalah ini biasanya berlaku bagi anak berumur 4 -7 tahun yang baru hendak mula bersekolah. Walaupun demikian ada juga kes anak yang tidak suka ke sekolah yang berlarutan sehingga sekolah rendah.

Antara Penyebabnya

1. Tidak mahu berpisah dengan ibu dan adik-adik di rumah

2. Dibuli oleh kawan-kawan di sekolah

3. Guru yang tidak disukainya; mungkin gurunya selalu menegur dan marah secara yang tidak disukainya.

4. Tidak suka berkawan, suka tinggal berseorangan disebabkan tidak dibiasakan sebelumnya

5. Tidak selesa, takut, tidak pernah berenggang dengan ibu bapa dan tidak rasa selamat

6. Perasaan takut dan tidak selesa berdepan dengan guru dan kawan-kawan

7. Tidak suka bangun awal pagi

8. Tidak suka dengan persekitaran sekolah


Cadangan Penyelesaian

Selidiki punca masalah; apakah sebab anak tidak mahu pergi sekolah. Pujuk dan tanya kenapa dia tidak mahu pergi sekolah; adakah sebab kena buli, takut kawan atau guru atau sebagainya. Berdasarkan punca masalah tersebut, cuba cari jalan penyelesaian yang sesuai seperti berikut:

1. Ceritakan suasana positif dan keseronokan di sekolah, seperti “ada ramai kawan”, “guru yang baik”, “boleh main dengan kawan” dan sebagainya..

2. Beri ganjaran (umpan) kepada anak yang tidak mahu ke sekolah dengan sesuatu yang disukai sekiranyanya dia rajin ke sekolah tetapi janji tersebut mestilah jangan keterlaluan dan di dalam kemampuan ibu bapa.

3. Latih anak bangun awal, sebaik-baiknya dapat solat subuh bersama-sama. Sediakan mereka dengan pakaian yang kemas.

4. Mungkin juga ibu atau bapa perlu temankan dia di sekolah untuk berapa ketika sehingga dia rasa selamat dan yakin

5. Buat kerja rumah dan ulangkaji bersama-sama. Tanya hal-hal aktiviti, siapa kawan dia di sekolah dan sebagainya. Tunjukkan minat dan sokongan anda terhadap persekolahannya.

6. Berbincang dengan guru sekiranya anak anda dibuli atau takut kepada kawan. Biasanya guru juga dapat mengesan dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

7. Bantu anak dapatkan kawan seramai yang mungkin dan secepat mungkin. Ada juga kanak-kanak yang lambat mendapat kawan, dan ada yang cepat (bergantung kepada sifat genetik, persekitaran dan asuhan).

8. Tukar sekolah. Ini adalah pilihan terakhir sekiranya masalah persekitaran, guru dan rakan sukar diatasi. Kemungkinan juga anak tidak minat dengan silibus di sekolah berkenaan.

9. Berdoa semoga diberikan minat dan keinginan yang tinggi bagi anak-anak menuntut ilmu yang bermanfaat.

15 org bagi komen best..:

Cik Rose Cute said...

Nasib baik anak cik rose tak liat bangun pagi hihihi...Yang penting malam kena tidur awal...

wan nurul hezrina said...

hehe merah yang num 7 tuh..bagusnye tips nie..nak g like kat maner=)

cinnamon.com said...

bagus info ni..pd ibu2 yg anaknya tak nak pergi sekolah..

budak2 pun byk anginnya..

Qhaifa Nur said...

alhamdulillah.. anak2 suka ke sekolah..
tq atas info..

IntaNBerliaN said...

a'aa betoi tu.. saya rasa kalu kita tanamkan sikap sukakan sekolah.. ceritakan keindahan ttg sekolah dkt anak2 dr kecik lag.. ok jugak..

SiTi said...

petua yg bgus...kekadang zikry pun mcm tu moody nk g school

::NureeN:: said...

nureen pon liat gak nk bgn pg ni hehehhe

Zie said...

Anak-anak ok bila bangun pagi, kalau nagis si dania tu sekejap je.. pastu ok dah..

Onitsuka_hana said...

bagus peta nie..

Dalila Hamid said...

info yg bagus....

Puan Kutu said...

nak sy baru seminggu sekolah dah demam,so ar ok,nti lama2 tak tau la..btw good tips!

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Fieda...dulu2 masa anak2 kecik & brsekolah rendah,mmg camni la masalahnya TP sebagai ibu,pujukan adalah senjata utamanya :D

Si Matatajam said...

Bleh M praktik kat Khalish ni bila nak masuk sekolah nanti..

Anonymous said...

Salam.. Mcm mn plak cara nk atasi jika guru nye yg slalu mrah2 & tengking2 pelajar.

Bunga Salji said...

anak sy dah dkt 6 bulan duduk di taska. tapi masih belum dpt sesuaikan diri. sy dah interview cikgunya dan anak sy sendiri sbb nak sgt tahu knp dia x nak pergi ke taska. dari pemerhatian sy dia x ada masalah dgn kawan2 dan cikgu. mungkin dia berat hati nak berpisah dgn sy. mmg tpt kerja sy jauh dari rumah. taska dekat je dgn rumah sy. dia pernah kata dia x nak pergi school. dia nak ikut mama pergi kerja. tapi apa kan daya, suami tak benarkan sy masukkan anak ke taska dkt2 tpt kerja sbb dia risau sy memandu jauh sambil bawa budak kecil. :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.