Sunday, 18 March 2012

Khasiat buah naga dan buah kiwi

ASSALAMUALAIKUM

 

Baru berjinak jinak nak ajar budak2 ni makan buah kiwi..sebelum ni ajar dorang mkn buah naga...mmg lulus la sbb buah tu mmg sedap..tapi buah kiwi ni masalah sikit sbb masam..mula la muka dorang berkerut kerut bila buah tu masuk dalam mulut..

Buah kiwi dan buah naga ni banyak khasiatnya..rasa rugi plk kalau tak makan.. 


 
Menurut fakta, buah kiwi mengandungi dua kali ganda jumlah vitamin C berbanding oren (108.9 miligram vitamin C dalam setiap 100 gram buah kiwi), dua kali ganda vitamin E berbanding avokado dan hanya separuh kalori berbanding yang lain. Ia sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan dan pesakit diabetis kerana mengandungi indeks glisemik (GI) yang rendah dan mengandungi kandungan fiber yang sama tinggi dengan hidangan emping bijirin.

Buah kiwi merupakan pilihan diet yang mudah dan amat sesuai bagi kanak-kanak serta orang dewasa.
Anda hanya memerlukan sebiji kiwi segar, potong kepada dua bahagian dan gunakan sudu untuk mencedok isinya..Buah kiwi amat sesuai dijadikan amalan diet harian sejak dari usia kanak-kanak lagi memandangkan mereka kini sangat terdedah kepada makanan berproses.

Untuk kanak-kanak, sebiji buah kiwi sudah memadai untuk membantu mereka melawan penyakit biasa seperti selesema, demam dan sembelit. Bayi berusia satu tahun ke atas juga boleh diberi buah kiwi yang dijadikan puri atau dilenyek halus.Dengan pengambilan buah kiwi setiap hari  kita tidak perlu lagi bergantung kepada suplemen tambahan berbentuk pil atau minuman kerana buah kiwi mengandungi semua jenis khasiat yang diperlukan oleh badan.


 
-Buah naga juga mengandungi zat besi untuk menambah darah 
-vitamin B1 (mencegah demam badan); vitamin B2 (menambah selera)
-vitamin B3 (menurunkan kadar kolesterol) 
-vitamin C (menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat)
-mengandungi protein yang mampu meningkatkan metabolisme tubuh dan menjaga kesehatan jantung
-serat (mencegah kanker usus, kencing manis dan diet)
-karotin (kesehatan mata, menguatkan otak dan mencegah masuknya penyakit)
-kalsium (menguatkan tulang). baik 
-untuk sistem penghadaman dan peredaran darah.
 -bertindak balas memberangsangkan untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksik dalam darah.
-Buah naga juga mengandungi zat besi untuk menambah darah
-Cegah kanser usus
-Cegah kandungan kolesterol tinggi
-Turunkan kadar lemak

30 org bagi komen best..:

Tina Othman said...

dua dua pun tina suka, tapi budak2 biasalah, payah sikit nak makan buah ni

ShimaSalleh said...

Fida klu nk kasi budak2 try yg kaler kuning dulu, yg tu manis sikit :) yg hijau ni mmg ada masam la.
Shima masa pntg hr tu dh 4hr tak membuang. Last2 mkn kiwi ni separuh. Alhamdulillah besok buang dgn mudah je hihi tak perlu berhempas pulas hahaha

shiema sufian said...

buah naga je shiema makan. buah kiwi shiema tak makan (:

hanah said...

waa..byknya khasiat dye..tp syg sekali, Hanah tak suka buah2 tu.

*ZaFirAh* said...

Fira suka buah naga :)
buah kiwi tak suka la..tapi disebabkan banyak khasiat,Fira akan cuba:)

ieda said...

Akak cukup suke buah kiwi dan naga nie, tp skrg payah nak dpt sbb bukan musim dia rasanya, kalau buah naga tu makan ngan susu dan yogurt sedappp dikkk :-)

faiz fakhirin said...

Thanks info..tapi buahan tempatan juga byk khasiatnya...buah naga mmg best buat air..

eita said...

dua2 ita suka..
tapi kalau buah naga suka isi merah...
kalau putih tu rasa dia maung sikit...

Tihara said...

dua-dua saya suka tapi dah lama tk makan ni :)

Cik Rose Cute said...

dua-dua anak cik rose suka hihihihi...kat kampung telok nie ramai orang tanam...

QasehnyaRania said...

kiwi n buah naga my feveret kak..
kt kg ayah ada tanam buah naga putih...tapi plg suka buah naga isi merah ...sedapnya :)

Acik Erna said...

assalam fieda..acik suka dua2 buah ni..tapi buah naga dah kurang sekarang ni

Ummi Iman said...

mmg byk khasiat dua2 buah ni.. buah naga suka yg warna merah ;) lg sedap. buah kiwi makan sejuk2 oklah kalau tak mmg berkerut muka ;)

IntaNBerliaN said...

rugi kalu xsuka buah kiwi sbb sedap sgt!!! hihii.. sy mmg suker lah ;-)

IntaNBerliaN said...

done sunway college

mommyYen said...

hai fieda..
nice info to share..




;0

eB ezrin said...

Suker buah naga.tp kiwi x prnh mkn

jemarisuri said...

dua js suka...hehe..

tp anak2 krg gemar buah kiwi ni..hihi
slalu js mkn tutti frutti sbb buah-buah ada skali time mkn diet ni..jadi dh tercampur anak2 mkn la..hehe

anisalya said...

buah kiwi memang sedap walaupun masam. anak2 saya lebih suka pada mempelam dengan jambu batu tu.

cik atik said...

suke sgt buah naga, terutmanye yg merah 2..
dlu ad tnm pkok nga kt tpi rumah tp smuanye da mti..
huhu

Myra Jay said...

Myra suka buah naga yang isinya putih..
BTW 2 2 buah ni sedap dan banyak khasiat ;)

Mama Ema said...

dua-dua buah anak tak pernah makan pun..hanya mak bapak jer yang suka makan..lebih2 lagi buah naga yg isinya merah..

Puan Kutu said...

sy tak suka buah naga.masam kot..tak pernah beli sbb makan kt rumah kawan hari tu masam.keke..

tp buah2an nie mmg byk khasiat..:)

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

dua2 buah pun mmg eija suka makan,
tp itula anak eija Zaquan pun x suka makan buah kiwi ni, even buah naga pun dia x suka makan..dia suka mkn buah Durian, Pisang & Betik jerk..

sue zainun said...

kiwi?buah paling sedap abad ini..haha..

Masya said...

BUAH KIWI SAYA SUKE LETAK BILE BUAT TRIFFLE.. SBB LEBIH BERKHASITT...

Anonymous said...

I'ih bagus banar kasiatnya ni buah2an, kada da yg kada unda suka.. Hehehe

service ac said...

service ac jogja info yang bermanfaat

Anonymous said...

Nice tips ...bila baca blog nie ada perasaan nak cuba makan buah kiwi n naga...buah naga ada dua jenis aiitu isi yg berwarna putih n ada isi yg berwarna merah ...kalo budak budak tentu suka yg isi merah...by yasmine

Anonymous said...

Sy nak bg tips supaya anak anak senang makan kalo kita mix kan isi buah naga dengan ais krim ...itu satu tips lah unt galakan mereka senang makan..:-). Insyirah Hairy

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.