Monday, 5 March 2012

Produk Pelangsing Acai Beri Tidak Selamat

ASSALAMUALAIKUM 

 

KUALA LUMPUR – Orang ramai terutama wanita yang gemar mengambil sejenis produk melangsingkan badan berasaskan buah acai beri, diminta menghentikan amalan itu kerana ia disahkan mengandungi bahan kimia beracun yang membahayakan kesihatan.

Hasil analisis Jabatan Kesihatan ke atas produk yang sudah setahun berada di pasaran itu mendapati ia tidak selamat dijadikan makanan kesihatan.

Menurut Timbalan Pengarah Farmasi (Penguat Kuasa), Jabatan Kesihatan Selangor, Jaafar Lassa, pihaknya mengenal pasti terdapat campuran bahan kimia beracun `Sibutramine Hydrochloride’ dalam produk kesihatan menggunakan buah yang kaya dengan bahan antioksida itu.

“Bahan kimia itu sebenarnya boleh diambil atas arahan dan pengawasan doktor, namun pengambilan tanpa dos yang sesuai dan dibenarkan boleh meninggalkan kesan sampingan dan menyebabkan kematian.

“Bagi produk keluaran syarikat ini, kita tidak tahu berapa dos `Sibutramine Hydrochloride’ telah dicampurkan. Pelanggan mungkin dapat melangsingkan badan selepas menggunakannya tetapi tanpa disedari kesihatan mereka terjejas akibat kesan sampingan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai serbuan di pejabat pengeluar produk berkenaan di Jalan Puteri 5/5, Bandar Puteri Puchong dekat sini hari ini.

Serbuan pada pukul 10 pagi itu disertai 11 pegawai penguat kuasa farmasi dari Jabatan Kesihatan Selangor, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan (KMM) termasuk Timbalan Pengarahnya, Wan Hamid Wan Ibrahim.

Sebanyak 120,000 kotak produk kesihatan bernilai RM375,000 dirampas dalam serbuan tersebut, manakala Jakim turut mengesahkan syarikat berkenaan menggunakan logo halal keluaran swasta yang kini sudah tidak dibenarkan.

Menurut Jaafar, selain pejabat pengeluar di Bandar Puteri Puchong, beberapa pejabat pengedar dan rawatan produk berkenaan di seluruh negara termasuk di Seri Kembangan dan USJ Subang Jaya, turut diserbu secara serentak hari ini.

“Serbuan dilakukan setelah seorang pelanggan membuat aduan bahawa dia berasa tidak selesa apabila mengambil produk tersebut dan hasil analisis yang dijalankan terhadap produk itu kemudian mendapati ia mengandungi `Sibutramine Hydrochloride’.

“Pengambilan bahan kimia ini jika tanpa mengikut dos yang dibenarkan boleh mengakibatkan kemurungan, psikosis atau halusinasi; risiko tekanan darah tinggi; sakit jantung dan kepala serta mempercepatkan denyutan jantung,” ujarnya.

Beliau berkata, kesan sampingan lain ialah pengguna mengalami keseronokan melampau, perubahan selera makan, kegagalan buah pinggang, pedih ulu hati, sembelit dan susah tidur.

Katanya, setakat ini, sudah ada seorang wanita berusia 33 tahun dari Kampung Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah, dilaporkan maut akibat mengambil produk kesihatan mengandungi bahan kimia beracun ini untuk melangsingkan badan.

p/s : macam2 sekarang ni...byk betul produk pelansingan tak selamat dah walaupun pada amnya kita ingat produk tu hanya berunsurkan buah..tp kalau dah ada campuran lain ni ler jadinya...saya dah try google tadi nak tgk macamna ler rupa produk popular ni...korang try la google2...saya tak berani la nak letak gambar tu kat sini...

18 org bagi komen best..:

ecadwinkyasha said...

eh.mcm ne puwn ada?.takut nak guna ubat kurus camne...

Cik Rose Cute said...

nak google jugak la...cik rose tak suka makan produk pelangsingan takutttttt....hihihihi

jemarisuri said...

js pun terdengar dlm news tadi tp dia tak tunjuk plak produk apa...bahayakan..

Tihara said...

pastu produk monavee yg buat dari acai berry tu cane cite yer..confuse ni..

**background dah tuko eks ? :)

ZalinZalina said...

takut pulak dengarnya coz dulu kak ina ni makan macam2 ubat...

Puan Kutu said...

Acai beri ni popular dekat utara..isk2 tak selamat pulak..kata buat dr buah je..macam2 hal..

Izan Ishak said...

betul lah kak fieda... kalau boleh semua nak kurus dgn cepat. baik kita langsing secara semulajadi aje kan...

LYAfrina said...

brand ape yer?/ nk kena google ni.. tp mujur..lya mmg xde ambik apa2 produk pelansingan badan..tp kna tau..kot2 ada kwn n family y makan kan.

eita said...

sekarang ni macam2 hal ada....
diet sendiri je lagi selamat...

Ros said...

Salam Fieda,

kak Ros tak tau la pulak pasai ubat ni....tapi apa pun terima kasih banyak2 ya Fieda diatas info yang baik ni.....

Rose Khadijah said...

yuhuuu..
makan ulam je la..senang kan..selamat da tentu..

nuyui a.k.a miss YUI said...

t nk google nk tgk..mmg bhya skg ni..

MaryaYusof said...

Salam fieda,

Jomlah kite bersenam! Produk2 pelansingan ni bahaya juga w/pun dibuat dr buah-buahan... Kita bukan tahu semua, bila da ade kes mcm ni baru kite alert kan...Tq for the info :)

kayyana said...

alamak.. bru oder utk mak produk pelansingan badan nih.. SD2.. selamat ke tak ek.. eee.. takutnyer

sue zainun said...

ishhh bahayanya..yelah bila dah dicampur2 dan diambil berlebihan itu yg jadi bahaya

anitadiana said...

takutnya ubat kurus ne....buat lah secara semulajadi..he..he..tak da pun comel mcm kak ita..janji ada org sayang..he..he..tu malas sebenarnya..

Nazayiena said...

Tu yg bahayanya mula2 ada tanda halallah dan x merbahayakan kesihatanlah tp lama-kelamaan lain plk cite.....

Mia Liana said...

tak berani nak makan produk... takutttt

control makan je...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.