Tuesday, 27 March 2012

Rumah Terbalik buat saya pening nak termuntah

 
 

Mula2 saya tau pasal Rumah Terbalik ni masa baca entry ECA...tak sangka rupa2 nya Rumah Terbalik mmg betul2 ada..pening kepala dibuatnya kalau duk rumah macam ni... tgk dalam gambar sekarang ni pun dah pening nak termuntah...

 


BAYANGKAN bagaimana sekiranya anda berada di dalam sebuah dunia yang terbalik. Lantai di atas kepala , bumbung pula di kaki. Tentu pening dibuatnya.

Sesiapa yang melalui Batu 21 Jalan Berungis -Tamparuli di Sabah, sudah pasti tidak terlepas pandang akan keunikan sebuah rumah dengan reka bentuk tempatan masyarakat Kota Belud - iaitu rumah terbalik pertama di Malaysia.

Rumah seluas 1,500 kaki persegi itu seperti kediaman biasa, dilengkapi dua bilik tidur, satu ruang tamu, satu ruang makan, satu beranda, ruang dapur dan tandas. Bezanya semua itu dibina terbalik iaitu dengan keadaan bumbung di bawah dan lantai di atas.Pengalaman memasuki rumah berkenaan yang turut senget sebanyak tiga darjah pastinya amat berbeza kerana ia akan mencabar logik minda setiap pengunjung.

Pening! Itu pastinya jawapan mudah pengunjung selepas memasuki Rumah Terbalik di laluan utama ke Kundasang dan Ranau itu yang dibuka setiap hari kepada pengunjung dari pukul 8 pagi hingga 8 malam.Sebaik sahaja meletakkan kenderaan di kawasan rumah berkenaan, pengunjung pastinya tertarik dengan sebuah garaj kereta yang menempatkan sebuah kereta Kancil dalam keadaan terbalik.

Pengunjung akan bertambah pening sebaik sahaja melangkah masuk ke ruang tamu rumah berkenaan kerana segala peralatan seperti kerusi sofa, baju sidaian dan sebagainya berada dalam keadaan terbalik.Peralatan lain termasuk almari, lubang tandas, dapur dan rak buku melekat di siling manakala lampu dan kipas yang biasanya berada di siling pula ada di kaki anda. Semuanya betul, bukan replika.

Pemilik rumah berkenaan, Alexander Yee, 43, sendiri mengakui kerja-kerja pembinaan rumah itu cukup mencabar.

 

Pening

"Ini kerana semuanya perlu dibina dan dipasang dalam keadaan terbalik. Kerap kali pekerja terpaksa berhenti dan tidak dapat melakukan kerja secara berterusan kerana pening," katanya.

Menurut anak jati Penampang ini, idea untuk membina rumah berkenaan adalah hasil kajian dan penglibatannya dalam usaha pemuliharaan alam sekitar."Ia sebenarnya memberi mesej kepada orang ramai supaya menjaga alam sekitar kerana tanpa penjagaan berterusan, kehidupan kita akan tunggang terbalik.

Pembinaan rumah istimewa ini mengambil masa kira-kira lima bulan manakala 11 bulan lagi untuk membina restoran, kedai cenderamata dan pelbagai kemudahan lain yang keseluruhannya menelan kos kira-kira RM1.2 juta. Ia mula dibuka kepada umum pada 1 Januari lalu.

"Pada awalnya, saya membawa pelan ini kepada arkitek. Mereka ingatkan paparan pelan saya terbalik dan mereka terkejut apabila saya nyatakan ia memang sebuah rumah terbalik," katanya.

Tiket masuk yang dikenakan kepada pengunjung RM18 untuk dewasa dan RM5 kanak-kanak manakala individu yang menunjukkan MyKad hanya dikenakan bayaran RM10 bagi dewasa.

 

Sumber : UTUSAN.com

19 org bagi komen best..:

LYAfrina said...

MCM2 KAN SKARANG NI..APA2 PON UNIK..

Nida said...

aduhh.. Nida yg tengok melalui gambar pun dah pening, belum masuk lagi..

p/s: teringat masa pergi Puzzles World di South Island, NZ... konsepnya pun lebih kurang sama.. last2 migrain kepalaku dibuatnya.

Cik Rose Cute said...

memang pening kepala...nie dalam gambar..kalau kat luar entahlah...

izan mama mia said...

mungkin ada yang suka...peningkan kepala sendiri...

ajumohit said...

diorng ni mencari keunikan untuk tarik kedatangan pelancong ;)

ummiarissa said...

tengok dalam gambar je pun dah pening...belum pergi tengok sendiri lagi ni...entah-entah pakej dengan muntah2 sekali...(sambil picit kepala)...

Tina Othman said...

tengok gambar pun dah pening

nuyui a.k.a miss YUI said...

lau yui pon leh pening..huhu..

Masya said...

tak sangka ade rumah mcm ni kan...

Kakzakie said...

Kakak pun tahu dari satu program tv tentang rumah terbalik in fieda... yg kelakar kereta tu kereta pendaftaran Johor tau tapi rumah ini di Sabah kan...

Kakak tak pernah pergi lagi teringin juga nak tengok live..

CIK MAY said...

mmg pening....

Miss Butterfly said...

ohsemmmm!!!! teringin nak pegi sane >.<

puanbee said...

fuhyoo , susah tu nak lekatkan semua barang kat atas ..

ieda said...

sib baik dik
org2 yg membina tuu x terbalik
cuma pening2 je ..
mauu idoknyee kitee yg tgk rasa pening macam nak terbalik ekekke ;)

IntaNBerliaN said...

sy pun tau dr blog eca gak :-)

kak fieda.. nape xleh klik dkt atas ek.. yg 2 lg tu cc pulak..

ecadwinkyasha said...

tapi tak rugi nak masuk kak..mmg betul2 pening....so far,dlm tu mmg terbaik dan mmberi kesan kepada kita.....

jgn lupa singgah lau dtg sini :)

Citra NaniZam said...

adehh.. citra mau yg sederhana dan selesa kalo terbalik mau pusing dunia ni.. hehe

Puan Kutu said...

mmg unik kan..sy ada baca gak dekat blog eca tu.best plak..rasa macam nak pegi sana.keke..

QasehnyaRania said...

saya yg tgk ni pon dah pening kak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.