Wednesday, 21 March 2012

Siti Fatihah Mengaku Tidak Diculik

ASSALAMUALAIKUM

 

Susulan dari entry sini dan sini..akhirnya terjawab sudahhh....

Aduhai....tak tau nak kata ape...sian kat mak dia...
sedih dengan sikap remaja sekarang asal tension jer lari dari rumah dengan teman lelaki..

 Siti Fatihah Mengaku Tidak Diculik

KUANTAN: Gadis yang dikatakan diculik ketika keluar membeli kad tambah nilai prabayar Ahad lalu, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, akhirnya mengaku bahawa dia sebenarnya tidak diculik. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner T Narenasagaran, berkata gadis itu juga mengaku bahawa dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya yang berumur 26 tahun disebabkan tekanan emosi yang dialami. 

Laporan yang dibuat kepada polis dengan mendakwa gadis itu diculik adalah tidak benar kerana dia mengaku dia tidak diculik tetapi melarikan diri dari rumah kerana tekanan perasaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Beliau berkata Siti Nur Fatihah ditemui di rumah teman lelakinya di Kampung Merchong dekat Pekan petang semalam, selepas dikatakan diculik dua lelaki dan seorang wanita semasa bersama adik lelaki dan sepupunya membeli kad tambah nilai prabayar di Taman Tas di sini, Ahad lalu. 

Narenasagaran berkata remaja itu sendiri yang menghubungi kedua-dua lelaki dan wanita berkenaan supaya menghantarnya ke rumah teman lelakinya pada hari dia dilapor hilang oleh keluarganya. 

Beliau berkata Siti Nur Fatihah kini dihantar ke Rumah Perlindungan Kanak-kanak Sultanah Fatimah di sini untuk kaunseling dan penjagaan kerana dia tidak mahu pulang ke rumah serta merayu tidak mahu menemui sesiapa. 

"Kes ini telah selesai dan kami menegaskan bahawa ini bukan kes culik. Mangsa keluar rumah secara sukarela dan tiada unsur paksaan atau kekerasan oleh mana-mana pihak dalam kes ini. 
"Mangsa keluar rumah dengan tujuan hendak menenangkan fikiran dan mahu tinggal sementara dengan keluarga teman lelakinya," katanya. 

Ditanya mengenai dua lelaki dan seorang wanita berumur lingkungan 20-an yang sebelum ini dikatakan melarikan gadis itu, Narenasagaran berkata mereka tidak ditahan tetapi akan dipanggil semula untuk memberi keterangan berhubung kes itu. 

"Mereka tidak melakukan penculikan tetapi polis akan panggil semula kedua-dua lelaki dan wanita itu untuk diambil keterangan," katanya. - BERNAMA

23 org bagi komen best..:

Falsya said...

hurmmmm...xpaham bdk2 skang nie..punye la risau die kene culik alih2 lari ikut bf..hurmmmm..

Ujie said...

Waduh...anak..anak..
Bahaya jika masih bersekolah..tp nak bercinta..di rumah rasa derita.

ZSqueenbee said...

sabo jela..nape diaorg ni jdi camni haa...xkesian kt org tua ke..moga adik ni sedar apa die wat..insaf...muda lgi tu...ya Allah lindungilah mereka..

9n0L4 said...

saborrrrrr jelah dgn peel budak budak sekarang. menyusahkan orang. huhu.

Rose Khadijah said...

takkan kene pukau kot?!!!

IntaNBerliaN said...

Ya Allah Ya Tuhanku... sedihnya parent dia kan...

anisalya said...

tak tahu la nak cakap apa. nak salhkan budak2 ke parents?

Hanif said...

Mak dia kata anak dia baik!!!!kekeke

Tihara said...

Maybe parents tak sempat nk ambil peduli..berat nak jaga amanah Tuhan ni..

Zue AnnaLeeya said...

aduhai.... bdk2 skrg....
asal tensen ikut boipren...
sian kt mak ayah yg risau...
mtk dijauhknlah dari kita seme...

eita said...

macam2 peel budak2 ni...
tak tahu langsung menghagai perasaan keluarga...

ieda said...

adehhh nielah anak2 remaja skrg
berani tuu konon nak tenangkan fikiran , apeee selama nie kena dera mental ke ngan mak ayah .. so what , ko anak mereka kan sure lah mereka care dan kena jaga ..
eiii emo akak ngan peel budak2 skrg niue ..

suke2 hati buat mak sedih dan nangiss .. ko ingat ko x akan tua ke ?? ko x akan ada anak ke ?? tunggu ko dah kawin .. tgk macam mana anak2 ko buat kat ko .. haa amikkk ibu emo dah luah perasaannnn .. adehhh tensi lah

x kira apa alasan sekalipun , ada anak sanggup kena dera ngan mak ayah , x sanggup nak lari dari rumah .. nie suke sukii dia je .. pelik sgt2 ..

risau akak nie mengenangkan akak ada 2 anak dara yg sedang membesar huhuhu

Cik Rose Cute said...

Hish!! budak nie...mati2 ingat kena culik huhuhu kesian mak gan ayahnya...Mungkin tension benda lain mana kita tahu...

SeputihSalju said...

adehhhh macm2 perangai budak2 sekarang nihh... cepat sgt buat keputusan terburu2...ada mslh jer lari...tak phm betul. sian kat mak dia...

Hilmirda Daud said...

Ikut suka aje budak ni...

dela said...

kenapa la bidak2 sekarang.... cinta tak kenal siapa... sampai sggup membelakangkan org tua... sedih

L said...

hurrrm.. apa la nasib generasi akan datang..

jom tambah ilmu..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/03/turunnya-nabi-isa.html

shahdiana said...

mungkin dia ada masalah keluarga..kita pun tak tahu..tapi tak baik buat ibu dia macam tu...seorang ibu mesti macam nak gila bila ingat anak dia kena culik..macam-macam akan dipikirkannya...

mama irfan said...

kesian mak ngan ayah dia... satu dunia tau anak dia kena culik, last bukan kena culik padahal lari p umah teman laki...malu mak n ayah dia.... zaman skang dah lain macam...

Citra NaniZam said...

budak2 skrang mang terlalu advance..
yg pliknya lebih percaya org luar dari keluarga sendiri.. kalaulah kamu di jual oleh org2 yg pakat ngn kamu tu barulah nak menyesal ingat kt makbapak..

Bui Junaidi said...

BIKIN HAVOC JER BUDAK MENTAH NI..

Lynn said...

Ish tak faham budak-budak sekarang nie?macam2..sian mak ayah dia..adik yg terkejut tu camna pulak..?

kayyana said...

alahai.. byk sgt isu dlm perkara ni.. akak rasa sape yg bersalah dlm hal ni? ibu bapanye atau dirinya sendiri atau teman lelakinya? hurmm.. tetibe yana dpt rasakan betapa sedihnya seorang ibu yg kerisauan tentang anaknya tp rupenye anaknya melarikan diri ke rumah bf dengan rela hati.. sdih dan kecewa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.