Wednesday, 11 April 2012

Dato Siti: Zed Zaidi tak wajar pertikai kemenangan Aaron Aziz

 
       

Rumah dah siap tapi pahat masih berbunyi..susah nak puaskan hati semua orang...
Ni semua gara2 tweet dari ZZ la..Apa la nak dengki sangat kat AA tu..dia menang pun atas dasar bakat dan kerja keras dia..Bukannya org Malaysia ni main angkat dia mcm tu je..Ni kita baca apa kata Dato Siti pulak mengenai ni....

DATUK SITI NURHALIZA

JOHOR BAHRU - Penghibur nombor satu tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin menyelar kenyataan rasa tidak puas hati Zed Zaidi dalam akaun twitternya berhubung kejayaan Aaron Aziz merangkul gelaran Anugerah Bintang Paling Popular 2011, kelmarin.

Selaku anak seni dan penyanyi tersohor dan berpengalaman dalam dunia seni, Siti Nurhaliza menyifatkan tindakan pelakon utama Sembilu 2005 itu adalah tidak wajar.

“Setahu saya, anugerah ini boleh disertai oleh mana-mana artis yang menyumbang kepada peningkatan industri seni tanah air tanpa mengira kerakyatan."Anugerah ini juga adalah hasil daripada undian peminat-peminat. Dari bermula pemilihan ‘lima terbaik’ sehinggalah keputusan pemenang dibuat.

“Soal kerakyatan tidak perlu jadi isu, kalau kita menitikberatkan sangat pun, sampai bila kita harus berbuat sedemikian kerana dunia seni muzik ini adalah universal,” kata beliau, yang turut menerima Anugera Sri Perak pada majlis itu, kepada pemberita selepas majlis Minggu Setiausaha 2012 bertemakan ‘Afternoon of Elegance’ di Pusat konvensyen Persada Johor di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Kira-kira 1,500 tetamu yang terdiri di kalangan pekerja berjawatan setiausaha terhibur dengan aksi persembahan dan nyanyian memukau diva nombor satu tanah air itu.

Antara lagu yang dipersembahkan oleh penyanyi tersohor itu adalah Cindai, Medley Balada menghimpunkan tajuk Purnama Merindu, Kau Kekasihku, Percayalah dan Bukan Cinta Biasa menerima tepukan gemuruh semua tetamu.

Siti berkata, semua karyawan di negara ini diharapkan supaya saling bergabung dan bersaing secara sihat dalam industri seni dan hiburan tanah air sekali gus mempertingkatkan kualiti masing-masing.

"Jika ada artis dari luar negara yang berjaya, jadikan ia sebagai pendorong untuk kita. Artis negara ini perlulah menjadi pesaing yang sihat dengan mempertingkatkan kualiti sendiri,” katanya.

Media melaporkan kenyataan Zed Zaidi dalam akaun Twitternya yang tidak berpuas hati dengan kejayaan artis kelahiran Singapura, Aaron Aziz selepas merangkul anugerah ABPBH 2011 di Genting Highlands, kelmarin.

Luahan berkenaan menimbulkan kontroversi berikutan kenyataannya yang lebih bangga jika artis tempatan merangkul artis berprestij berkenaan dan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menggalakkan artis luar merosakkan industri seni tanah air.

11 org bagi komen best..:

deno said...

dah memang rezeli aeron, nak komplain apa lagi...

anie said...

kenapa nak pertikaikan kemenangan Aaron..

Nida said...

Entahlah ye.. akdang2 berbelah bahagi juga nak sokong sapa..

Mungkin luahan Zed zaidi ialah kekecewaannya terhadap industri perfileman yg lebih memilih org luar sebagai pelakon utama sedangkan ramai lg rakyat tempatan yang berwibawa dalam lakonan.. hasilnya mereka (org luar) lebih dikenali oleh rakyat Malaysia dari artis tempatan sendiri.. wallahualam

Myra Jay said...

Betul tu, AA menang atas bakat yang ditonjolkan..
Lagipun dia memang layak menang

nanakimie said...

huhu...biasala tu,lumrah kehidupan..ada je yg xpuas ati ngk kejyn org lain...

Masya said...

sokong datuk siti.....

Puan Kutu said...

aaron mmg layak menang..klu nak menang kena la usaha lebih,jgn hanya nak mempertikaikan org lain.jgn ada dengki diantara kita.hehe..

eita said...

nasib tak tengok mana kalau tak..
jadi macam ni lah..
tak puas hati..
huhuhu

IntaNBerliaN said...

alahaiii terima je lah hakikat AA menang kn..

MamaEma said...

dah rezeki dia..

Anonymous said...

Anugerah yang diterima oleh dato siti sepatutnya diterima oleh kumpulan search.. Mereka adalah lagenda rock band tanah air

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.