Tuesday, 10 April 2012

Kepak ayam bahaya kepada wanita

 

Kepada penggemar kepak ayam saya nak share dengan korang satu artikel yg saya jumpa di blog Ar Rifke..Tipulah kalau saya kata yg saya ni tak suka makan kepak ayam...mmg suka sgt sebab kalau mkn kat KFC mmg kepak ayam la yg saya ambik selain dari bahagian yg atas pada peha tu..ntah ape ke namanya..pastu kalau makan pizza mesti oder chicken wing...gi pasar malam mesti beli chicken wing yg bakar tu..mmg sedap sbb bahagian ni kan tak banyak isi..

Semua pengeluar sekarang ni pikirkan untung semata mata..tak kisah la benda untuk dimakan tu selamat atau tidak kpd pengguna..contoh macam ayam sekarang ni semuanya suntik utk nak percepatkan pertumbuhannya..sbb tu la orang zaman la ni muda2 dah dapat penyakit kan..beza dgn zaman mak ayah tok nenek kita dulu..

Jom baca kenapa kepak ayam ni bahaya kepada wanita..lelaki...??boleh la mkn kot...


Pertumbuhan sista(cyst) dalaman. Elakkan daripada memakan kepak ayam dengan kerap terutamanya kaum wanita.
Kisah benar, seorang rakan baru-baru ini mempunyai ketumbuhan dalam rahim, dan dia menjalani pembedahan untuk membuang cyst tersebut. Cyst yang dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.

Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah. Ketumbuhan berlaku lagi  beberapa bulan kemudian. Beliau bergegas turun ke pakar sakit puan itu untuk bertanyakan masalahnya. Semasa rundingan, doktor bertanya soalan yang memeranjatkan beliau.

Doktor bertanyakan adakah dia adalah seorang pengguna yang kerap memakan kepak ayam dan dia menjawab ya, tertanya-tanya tentang bagaimana, dia tahu tabiat makannya. Sebenarnya pada hari ini ayam disuntik dengan steroid untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya keperluan masyarakat ini dapat dipenuhi. Keperluan ini adalah tidak lain daripada keperluan untuk makanan.

Ayam-ayam yang disuntik dengan steroid biasanya disuntik di leher atau kepak. Ini disebabkan di tempat-tempat ini bahawa kepekatan tertinggi steroid wujud. Steroid ini telah menyebabkan kesan ke atas badan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan.

Ia mempunyai kesan yang lebih berbahaya dalam kehadiran hormon wanita, ini membawa kepada wanita  lebih cenderung untuk pertumbuhan sista(cyst) di dalam rahim. Oleh itu, dinasihati orang di luar sana untuk melihat diet mereka dan juga mengurangkan kekerapan mereka memakan kepak ayam.

Sumber : Ar Rifke

31 org bagi komen best..:

LYAfrina said...

owhhh... lya sgt2 suka mkn kepak

Anum said...

ala :(
anum penggemar kepak ayam...

Masya said...

saya pun peminat kepak jugak.... tapi berpada² makan skrg xdelah fanatik sgt... kepak bakar pun tak pernah beli.. selalu makan kepak kfc jer...

izan mama mia said...

nasib bak izan tak suka kepak ayam..izan suka bahagian dada yang isinya putih...bahagian tu paling elok dimakan..izan pernah terbaca fakta tu dalam sebuah buku.

IntaNBerliaN said...

dulu sy pun sk kepak.. tp skrg dh beralih ke peha..

nuyui a.k.a miss YUI said...

erk..tp sy xsuka kepak..huhu

Tina Othman said...

haa kepak pun bahagian peberet tina, ada dgr dulu, jadi mmg skrg ni kurang dah lah makan kepak

Errah said...

yeke..takutnya..dah la errah mmg makan kepak ayam..sgt suka makan part tuh...kene makan part lain la ni...

Cik Rose Cute said...

tak nak makan kepak ayam pasni...sebelum nie cik rose ada baca jugak...lupa kat mana...

Tihara said...

org zaman2 dlu2 takde problem camni kan..hmm

Kakzakie said...

Bila baca article macam ini memang takut kan Fieda. Kakak lama juga dapat email ini tapi bila masuk pizza yg best deli-wings juga...

ieda said...

aah akk pun dpt info nie
TQ sharing dear
sib baik akk kurang sgt2 makan ayam nie ;)

saffiya_aleesya @ echa said...

tapi yang bawak penyakit tu laa yang sedap kan kak!! adoiii tgk pic kepak ayam tu tetiba teringin laa pulak!! hehehe

Zarul said...

nk kena tell my wife ni

CIK MAY said...

dah tau..tapi baru-baru ni belasah jugak kepak ayam tu..

demi kesihatan jangka masa akan dtg,kene stop la makan kepak.huwaaaa.....

Bui Junaidi said...

PERNAH DGR PASAL KEPAK AYAM NI..HUHU..BISNES PUNYA PASAL BUKAN NAK PEDULI KESIHATAN ORG..EIII

Izan Ishak said...

rasanya ramai yg sgt suka kepak ayam... izan pun suka part2 ayam yg kurang daging camni..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Fieda..bahaya gak mkn kepak ayam ni ya bagi kaum wanita.
K.atie xminat kepak ayam....biasa beli yg dada jer...kat pasar mlm atau g market basah mmg cari dada jer sbb byk daging!hikhik

Syuk Ry said...

sedap kot kepak ayam.. hehe.. faveret ow.. :D

YNA HERMOSA said...

yeker?

baru tau :(

Maya said...

Hehe, thanks tapi Maya pun pernah jugak diberitahu oleh cikgu Sivik dulu :p dia kata yang kepak ayam ni bahaya, tapi x tahu la sebab apa. So, skrg ni alhamdulillah, dah x makan. Tp kadang-2 tu bantai jugak la cuma kurangkan aje. :p

Nazayiena said...

Nasib baik kak Nurul x berapa gemar sgt mkn kepak ayam....

ShimaSalleh said...

Lelaki pon tak elok mkn jugak nak2 yg hujung2 tu. Suami shima la yg bgtahu :) Sebab apa tak igt la plak hhihi

sue zainun said...

bahaya rupanya..

wan nurul hezrina said...

alamak aii pun suka kepak.abislah..

[sutera kasih] said...

aduh..dh la favourite huhu
kena kurangkan la nmpknya..tak pun mkn ayam kampung hhu

Rose Khadijah said...

rugi makan kepak ayam ni..isi sikit...ehehehhe..

nanakimie said...

suka jgk kepak,tp nana lebih suka bhgn isi2 neh,hee......lau kfc mesti ambek yg paling besar:)

Acik Erna said...

fieda..acik salah sorang yang suka sangat makan kepak ayam goreng

Puan Kutu said...

sy mmg tahu yg dekat kepak yg disuntik utk bg ayam cpt besar.tp sy pun suka makan kepak.hehe tp yg 1st prefer peha dulu.

Alhamdulillah sejak en suami meniaga ikan nie kami dh jarang beli ayam.mmg hari2 makan ikan fresh..:)

eita said...

nasib baik tak suka makan ayam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.