Tuesday, 24 April 2012

Mengapa wanita mudah menangis

Salam buat semua


Fitrah seorang wanita air mata mmg tak dapat dipisahkan..mmg dah sinonim air mata dgn wanita ni...ada juga lelaki yg mudah mengalirkan airmata tp tak semua la...ada sebab kenapa wanita ni mudah menangis...Allah telah menciptakan umatnya dengan  sebaik baik kejadian...Subhanallah.


Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”
Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”

“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”
“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.

“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?”

Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.

Sumber : Kisah Wanita

33 org bagi komen best..:

Nida said...

Lantaran itulah senjata utama bagi seorang wanita...

Nida ni memang agak sensitif, tengok cerita kartun yg sedih pun menangis...hehe

umialya/k.tini said...

rasanya airmata tak boleh dipisahkan daripada kita kaum hawa walau sekuat manapun..

LYAfrina said...

ermm..lya pon suka mgis..kdg2 rsa sedih.. bila mngis tu..kt rsa lbh lega

Aju Mohit said...

aju ni digelar bintang airmata, sejak kecil mudah menangis, skrg ni takdelah, anak2 pulak jadi pengganti hehehhe

Anum said...

anum suka nangis untuk hilangkan tekanan

IntaNBerliaN said...

betoi tu.. air mata wanita bknnya membuktikan kelemahan wanita.. tp wanita ni sbnarnya kuat...

done

Mk Syahir said...

Subhanallah..walaupun sy lelaki tersentuh jugak membacanya..

Kakzakie said...

Kerana kekuatan, keperkasaan, kasih-sayang dan sebagainya itulah wanita mudah mengalirkan airmata...

Nazayiena said...

Sebab tu wanita sering dikaitkan dgn air mata ya....

Fieza79 said...

menangis bila ledakan perasaan kat dlm ni tk dpt di tahan2 lagi...bila dah menangis..baru lega...

MamaEma said...

hati wanita sangat lembut..

Ujie said...

air mata adalah kekuatan..berani utk melahirkan rasa hati.

air mata juga menunjukkan tahap sensitiviti seseorang. wanita diciptakan sensitif, mengimbangi lelaki yg kurang sensitif.

Falsya said...

ermmm,falsya mmg senang sgt nangis..hati tisu..smp member2 falsya ckp falsya cenggeng..

ciksengeh :D said...

subhanallah !

shahdiana said...

perempuan & air mata memang tak boleh dipisahkan...yana pun kadang-kadang menangis tapi bukan sebab sedih sebab geram & sakit hati....

Tihara said...

pernah baca artikel ni dalam majalah mingguan wanita dulu..memang sedih sangat bila baca tu..banyak sangat pengorbanan ibu2 dan wanita dalam dunia ni..

ecadwinkyasha said...

perempuan mmg murah dengan airmata..sobsobsob.

Wanieys said...

wanita sifatnya lembut sbb tu cpt tersentuh hati smp kdg2 mengalir air mata

Bui Junaidi said...

AIRMATA DAN WANITA MMG TAK BOLEH DIPISAHKAN...

IntaNBerliaN said...

sue dah lama xon9 sbb adik dia meninggal.. kiranya mood sue blm stabil lg lah.. tp skrg dia dh mkin ok.. dia msg sy je...

nuff sy 50++ je kak fieda...xbyk pun tp dh blh cashoutlah kalu dh jd me kan.. magnum msh jln lg... tp xdalah laju mcm jacobs tu.. stakat ni br 8hengget lbh rasanya...

kalu kak fieda ada be kt blog ni mesti masyukkan... tp tu la... emmm Tuhan xbg bee tp dia bg iklan exabytes.. lg byk.. :-)

izan mama mia said...

airmata peneman wanita kala sedih kala duka.......dengan airmaya..tercerita segalanya..

Citra NaniZam said...

wanita dan menangis mang x boleh dipisahkan ibarat lagu dgn melodinya.. hehe

eita said...

nak buat macamana lah..
jiwa sensitif...
dalam gembira pun leh kuar air mata jugak...

cIk JanNah said...

salam kak,
mmg wanita fitrahnya air mata, air mata jugak boleh buat senjata kepada kekuatan diri :)

puanbee said...

saya jarang menagis , tapi sekali menagis susah pula nak berenti .. entah lah .. wanita kan ..

ainnoraini said...

Wanita ni hati nya lembut mudah tersentuh dan terus jer keluar air mata..

Zie said...

huk huk baru pagi tadi menangis... kerana sakit hati.. emmm sok baru leh cerita..

Puan Kutu said...

air mata dan wanita sangat sinonim.tanpa wanita siapalah air mata..:)

Ummi Iman said...

Fitrah wanita. Tgk perkara yg menyentuh hati pasti menangis

Izan Ishak said...

menarik sungguh bila baca artikel ni. menangis boleh buat kita rasa sangat2 lega...

anisalya said...

betul tu. sebab tu kalau tension ke apa ke dok srg2 menangis. kalau anak2 dtg buat2 la macam gosok2 mata. hahaha... trick lama tu. mata masuk habuk.

Che Rosliza Che mat said...

huhuhu cik mudah tersentuh dan mengalir airmata...

9n0L4 said...

betul. kdg² menangis boleh buat kite rase lega kan. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.