Monday, 23 April 2012

Petua Gigi Kuning Menjadi Putih

 -SALAM SEMUA-

Saya nak share dengan korang petua nak putihkan gigi yg kuning..Ni bukan gigi kuning sbb tak gosok gigi tu..tapi gigi kuning disebabkan merokok,faktor makanan dan minuman,mmg warna gigi asli dan juga faktor usia.....masa kanak2 dulu putih lepuk molek jer gigi kan..bila makin berumur gigi tu main kureng la putihnya tp tak semua org mengalami masalah ni kan..ada yg masih putih berseri giginya...kalau org tua dulu2 dorang kata tonyoh jer dgn arang...


1. Arang Kayu


Sebenarnya arang kayu juga sangat bagus untuk membersihkan kesan kuning pada gigi, namun bahan ini berbahaya kerana boleh merosakkan enamel secara kekal dan menimbulkan rasa sakit pada gigi. Oleh itu, anda sebaiknya tidak mencuba cara ini.

2. Lemon dan Garam


Anda boleh mendapatkan gigi putih cemerlang dengan menggunakan ubat gigi sendiri yang dihasilkan dari beberapa titisan jus lemon yang telah dicampur dengan sejumput garam dapur. Aplikasikan ia ke gigi dan gosok secara lembut seperti ketika anda sedang memberus gigi. Ini akan membantu menghilangkan kesan karat pada permukaan gigi.

3. Kulit Limau


Gosok gigi dengan menggunakan bahagian dalam kulit limau. Kulit limau mengandungi unsur pemutih yang sangat lembut, yang akan membantu menghilangkan kesan karat pada gigi tanpa membahayakan lapisan enamel gigi.

4. Daun Kari


Ambil enam helai daun kari, lalu dijemur di bawah terik matahari hingga kering dan rangup. Kisar keenam helai daun kari tersebut, setelah itu tambah kulit limau serbuk. Gosok campuran ini ke gigi setiap hari, maka nescaya dalam dua minggu anda akan mendapatkan gigi yang putih semulajadi.

5. Strawberi


Strawberi bukan sekadar buah yang enak untuk dinikmati. Selain kaya vitamin C, strawberi juga dikenali mempunyai khasiat untuk membersihkan gigi. Walaupun rasanya manis, strawberi tidak berbahaya bagi kesihatan gigi. Sebaliknya, buah ini boleh membantu menghilangkan kesan karat pada gigi dan membuatkan gigi menjadi putih berseri.

6. Ekstrak Epal dan Cuka Putih


Ekstrak buah epal dan cuka putih juga sangat berkesan menghilangkan kesan karat pada gigi, kerana kedua-duanya mengandungi unsur pemutih yang membantu menghilangkan kotoran dengan cepat. Akan tetapi kedua-dua bahan ini sifatnya sangat keras, sehingga penggunaan secara harian akan menimbulkan kerosakan pada lapisan enamel. Selain itu, rasanya juga sangat pahit.

31 org bagi komen best..:

aIEn said...

thanks for da tips =)

Afida said...

tq for sharing...nak kena cuba nie :)

IntaNBerliaN said...

adoiii dan2 tingat gigi alisha yg dh ilang secoet tu... adehhh

done

Kakzakie said...

Kakak tahu yg no. satu je Fieda.. dan bahaya pulak tu.. Kalau dapat makan stawberry selalu bagus juga boleh jadi serampang dua mata.

shiema sufian said...

wowwww, nice tips (:

ecadwinkyasha said...

boleh amalkan ne.... :)

Zefa NorAsmara said...

Petua no 2 tu nampak sedapppp.. :D

Falsya said...

Baru tau kak ieda bende2 nie leh putihkan gigi..hehe..tq for sharing..

Ummi Iman said...

terasa ni hehe.. kenalah makan strawberi byk2 lps ni ;)

share info
Sesetengah orang memang secara semulajadi dikurniakan dengan gigi berwarna kuning. Hal ini bukanlah merupakan satu bentuk kelainan atau kecacatan karena tidak semua daripada kita cukup beruntung untuk memiliki gigi putih secara semulajadi.

Sebenarnya sebahagian besar daripada permukaan luar gigi (enamel) manusia berwarna putih. Namun, lapisan di bawahnya yang disebut dentin secara semulajadi berwarna kuning. Dalam beberapa keadaan, lapisan enamel yang tidak mengalami mineralisasi secara baik menyebabkannya menjadi kurang jelas. Hal ini membuat warna dentin yang kuning lebih jelas sehingga nampaklah gigi tersebut berwarna kuning, dan anda tidak dapat mengubah warna gigi ini, kecuali jika anda menggunakan kaedah pemutihan gigi.

nuyui a.k.a miss YUI said...

wah,bgus ni.. tips mudah.. mls nak wat aje kan..hihi

shahdiana said...

bagus petua cenggini...paling sesuai untuk perokok-perokok tegar...

Anum said...

good tips

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Fieda..byk cara tuk putihkn gg perokok ya..sibbaek HB k.atie xmerokok.

mamaNoriz said...

byk cara ek, tpi bab lemoin dan kulit oren je nampak senang...

nk try lah sbb gigi sya tak cantik sgt sbb selalu minum kopi...huhu

MamaEma said...

wow, bolehlah cuba nanti..tp kena pergi beli buah lemon lah dulu..daun kari memang dah ada pokoknya

zera eira said...

bole amalkan? yg arang tu takut lahh. hehe. :)

Ummi Hanie said...

yg arang tu tau lama dah... ppernah juga cuba buat tp mcm x lalu je nk hitamkan mulut :p

anitadiana said...

tq..pertua yg bagus ne...tq ya fieda..

Nazayiena said...

Byk2 cara tu kak Nurul pilih pki buah strawberi jelah....

9n0L4 said...

nice sharing. baru je niat nak pakai arang, tapi tak jadi lah. hee. ;)

Bui Junaidi said...

NAK TRY BUAH STRAWBERI LAH..HEHE..

Puan Kutu said...

bagus tips nie kak fieda.sy rasa nak cuba yg kulit oren tu sbb paling mudah n murah.haha

anisalya said...

boleh apply ni.

Che Rosliza Che mat said...

boleh cuba nanti nie hihihi

Masya said...

iyer ker.. baru tahu... serius tak pernah tahu selama ni.. terima kasih bg tahu.. alamak!!! bile nak cuba ni... mood mcm M jer... tp kene jugak buat.. gigi dah kuning sgt ni...

Anonymous said...

Slm semua...bole sy tau samaade brjaya atau x putihkn gg msg2?sy bkn ape..bru jmpe blog ni..n thx sbb sudi share tips tp nk tau jgk sbb sy pn bk cbe..tlg share ye.tq

Si Matatajam said...

Daun kari pun bleh buat gigi jd putih!

zima ziem said...

akak , macm mane nak dapt kulit serbuk limau tu ?

keyo said...

sunnah rasullulah saw....
bersugi stiap kali sblum berwuduk...
struktur dalaman kayu sugi ade sgt byk elektron ataupn caj -...
so plak pada gigi adalah proton (+)...
bile kite gosok gigi dgn kayu sugi maka caj caj electric statik akan terhasil dan bila caj + dan caj - bertemu dye akan jd neutral..dan plak or tait gigi akan gugur dgn sendiri..selebihnya akan terdapat caj negatif pada gigi...ade lg...bersmb....

Anonymous said...

Tq for sharing information ..

tuanhabsah sya said...

Time kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.