Monday, 9 April 2012

Keputusan penuh Anugerah Bintang Popular 2011

 

Bintang Paling Popular 2011 menjadi milik pelakon Aaron Aziz. Keputusan ini sekaligus menepati ramalan berikutan nama pelakon yang berasal dari Kota Singa ini terus mendapat perhatian selepas bangkit menerusi filem Ombak Rindu.

Selain menerima trofi, Aaron turut membawa pulang sebuah kereta Nissan Teana bernilai RM135 ribu dan wang tunai berjumlan RM25 ribu berserta barang kemas Rafflesia Mandalay bernilai RM25 ribu.


Senarai Pemenang


1. Artis berkumpulan/duo popular – Jacqlyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah
2. Artis Baru Wanita Popular – Tasha Shilla
3. Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail
4. Artis Komedi Wanita Popular – Didie Alias
5. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Dato’ Sheila Majid
6. Pengacara TV Lelaki Popular – Zizan Raja Lawak
7. Artis Baru Lelaki Popular – Johan As’ari
8. Pelakon TV Lelaki Popular – Fizz Fairuz.
9. Penyampai Radio Wanita Popular – Farah Fauzana
10. Pengacara TV Wanita Popular – Farah Fauzana
11. Artis Komedi Lelaki Popular – Johan Raja Lawak
12. Anugerah Seri Perak – Dato’ Siti Nurhaliza
13. Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz
14. Pelakon Filem Lelaki Popular – Aaron Aziz
15. Pelakon TV Wanita Popular – Fasha Sandha
16. Pelakon Filem Wanita Popular – Maya Karin
17. Penyanyi Wanita Popular – Yuna

18. Artis Paling Popular 2011 : Aaron Aziz

mmg dah dijangka Aaron Aziz yg akan menang besar...hehehehehe...bertuah wifenya kan..

Aaron Aziz Bintang Paling Popular 2011

Tahniah buat semua pemenang

14 org bagi komen best..:

ieda said...

memang punnn ramai dah jangka dia kan .. banyak tuu undi dia dik ;)

Nazayiena said...

Tahniah pd Aaron Aziz dan juga semua pemenang......

Nana said...

untungla Aaron..bini pun lawa..anak2 pun comel2..jeles2

Aju Mohit said...

Mmg terbaik Dan semua Andaian terhadap AA betul belaka

mamaNoriz said...

yg best nye Aaron ni, dia takde gosip buruk kan...setia je dgn wife dan penyayang kat family....

anitadiana said...

best-best..kak ita tengok sampai habis..tahniah kat semua terutama AA

sue zainun said...

ada 1,2 kptsn yang tak dijangka kan..sue tgk xabis..ngantuk sangat..huhu

MamaEma said...

aaaaa....aaron aziz...congratulation...

IntaNBerliaN said...

tahniah utk semua.. ;-)

Bui Junaidi said...

REZEKI DIA TAHUN NI

anisalya said...

tak tgk pun. tp suka tgk tiz ngn remy ishak.

Balqis Al-Hawariy said...

eh , kak fieda . salahla
bukan fasha sandha yang menang anugerah filem perempuan terbaik , tapi maya karin la kak . sye tengok sendiri

fieda said...

@Balqis Al-Hawariy

alamak balqis..mekasih bgtau..ntah mcamna plk kak fieda blh tersalah taip tu..

Puan Kutu said...

mmg rezeki aaron la..berbaloi dengan segala pengorbanan isterinya selama ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.