Wednesday, 18 April 2012

Sendayu Tinggi nafi jual produk berbahaya

 
 

Produk sendayu tinggi mmg popular selama ni kan..nama pun bersih tak pernah ada kes..tapi bila dh maju kena sabotaj pula...dugaan ALLAH buat pengasasnya...

 Rozita Ibrahim

KUALA LUMPUR – Sendayu Tinggi Holdings Sdn. Bhd. menafikan sekeras-kerasnya syarikat itu terlibat dalam pembuatan produk minuman pelangsing membahayakan pengguna.

Pengarah Urusannya, Rozita Ibrahim berkata, tindakan berkenaan tidak mungkin dilakukan syarikat itu kerana mereka tidak mahu merosakkan nama baik syarikat yang dibina selama ini.

“Apa yang berlaku ujian daripada ALLAH SWT. Selama 16 tahun Sendayu Tinggi bertapak dalam industri ini, tidak mungkin kami sendiri akan rosakkan nama baik syarikat yang bersusah payah dibina.
“Sia-sia sahaja jika kami buat perkara demikian semata-mata mahu melariskan produk bernilai RM44 sahaja,” katanya.

Menurutnya, pihaknya memohon maaf terutama kepada pengguna dan penyokong setia produk Sendayu Tinggi.“Semua formulasi produk Sendayu Tinggi daripada saya, namun, bukan kepakaran saya untuk memilih indikasi bahan mentah bagi membuat produk itu.

“Kami telah melantik ejen pembekal pakar dan memberi kepercayaan kepada mereka untuk mengambil formulasi bagi mencari bahan mentah tersebut,” katanya.Rozita berkata, beliau bersyukur apabila pihak pembekal pakar pemakanan itu tampil memohon maaf atas kejadian berlaku.

“Saya ingin memohon maaf atas apa yang berlaku dan kita tidak akan melakukan tindakan yang tidak masuk akal dengan meletakkan Sibutramine ke dalam produk minuman pelangsing tersebut.“Buat sementara waktu, syarikat terpaksa membekukan jualan produk terbabit sehingga siasatan dijalankan Kementerian Kesihatan selesai dua minggu lagi,” katanya.

Beliau turut memberi jaminan­ bahawa produk lain syarikat itu yang berada di pasaran tidak merbahaya dan selamat digunakan.“Kita hanya membekukan jualan­ produk terbabit sahaja ekoran siasatan Kementerian Kesihatan. Pengguna setia Sendayu Tinggi boleh mendapatkan produk lain syarikat di pasaran.

“Selepas ini, Sendayu Tinggi akan membuat analisis dan penyelidikan lebih terperinci ke atas produk yang akan dikeluarkan walaupun telah melantik pembekal seperti pakar pemakanan dan produk,” katanya.

Rozita turut memaklumkan pihaknya tidak menolak kemungkinan produk minuman pelangsing itu telah disabotaj individu tidak bertanggungjawab bagi memburukkan reputasi syarikat miliknya.Sementara itu, wakil pembekal pakar pemakanan produk itu, Naziera Jaafar turut hadir untuk memohon maaf atas kejadian yang berlaku. 



16 org bagi komen best..:

izan mama mia said...

cian dio...phd ada dimana2...Izan pernah guna produk dio..mmg best..mujarab walau mahal skit..

nanakimie said...

hidup neh penuh dgn dugaan....huhu....semoga semuanya baik2 aje....

Tihara said...

dah byk kali rasanya sendayu tinggi kena macam ni..org macam dia ni, EQ tinggi itu yg bagusnya, tenang je dia kan..business besar, byk dugaannya

IntaNBerliaN said...

adoiii.... xleh tgk org lbh sikit.. ada nk sabotaj plak...

done..

eintan nurfuzie said...

takut la pas ni nk try minum teh langsingkan badan

Nazayiena said...

Nasib baik x minum produk pelangsing nie.....

Aju Mohit said...

sekrang ni kan semua produk kecantikan under GMP kan, diorg pon tak bleh nak control penghasilan sesuatu produk tu sebab semuanya diserahkan pada mereka yang dipertanggungjawabkan. kesian dia

Kakzakie said...

Fieda... kakak adalah pengguna ST dari dulu hingga kini tapi kakak guna peralatan solek/pembersih aje. Utk kurus-kurus nie kakak tak guna. Tapi takut juga sebab tu abang dah suruh kakak berhenti guna ST... sedih...:(

Ujie said...

Satu ujian besar dlm sebuah empayar bisnes.
Moga kes ni selesai dgn baik.

ciksengeh :D said...

macam2 peel org skrg nie ..

MamaEma said...

mesti kena sabotajkan

Puan Kutu said...

lor awat jadi lagu nie?kesian..

eita said...

tak yah nak cuba2 ubat pelangsing...
diet sendiri lagi bagus...

9n0L4 said...

mcm² ragam org dengki ni kan. haihhh.

Myra Jay said...

Tak penah cuba produk ST ni, tp slimming dia ramai cakap ok ;)

Si Matatajam said...

M mmg pengguna tegar ST ni..terkejut gak bila dapat tau kes tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.