Tuesday, 8 May 2012

Adakah rumah tempat yg selamat utk anak2..?

Salam semua

Rumahku syurgaku...itulah yg selalu kita impikan...tp jgn lupa ada ketikanya rumahku juga boleh menjadi nerakaku..Sebenarnya belum tentu apabila kita berada di rumah sendiri ia satu tempat yg selamat untuk kita terutama pada anak2...Sekarang banyak kan kes kematian melibatkan kanak2 yg berlaku di rumah sendiri..

Lima jenis kemalangan yang sering terjadi


Jatuh - Memang tidak ada apa yang pelik kalau kanak-kanak terjatuh..Kanak2 memang gemar memanjat dan menaiki berbagai objek. Jadi tidak hairanlah kalau mereka sering terjatuh.

Keracunan - Ia terjadi apabila kanak2 tidak dapat membezakan antara bahan pencuci sabun dengan air minuman kerana warnanya yang menarik.

Lemas - Proses tenggelam terjadi sekelip mata, oleh itu waspadalah dengan baldi, besen atau kolam yang mengandungi air.

Luka dan terbakar - Kulit bayi menyerap asap dengan lebih cepat, jadi mereka sangat mudah untuk mengalami kesulitan bernafas.

Sulit Bernafas - Kecelakaan ini banyak melibatkan kegiatan tidur si kecil. Mungkin kerana posisi tidur yang salah, tertindih oleh orang tuanya yang tidur dekatnya atau tersedak benda-benda kecil seperti duit syiling, butang, mainan, makanan dan lain-lain.



Jom kita tgk apakah langkah2 yg boleh diambil untuk memastikan keselamatan anak kita terjamin semasa mereka berada di rumah..Harap dapat dijadikan panduan utk kita semua...

Keselamatan di dapur


Jangan biarkan pemegang periuk mengadap keluar ketika sedang memasak.

Simpan pisau serta alat masak lainnya di dalam almari yang terkunci dan tidak mudah dibuka oleh si kecil.

Hindari penggunaan lapik meja. Anak anda boleh menariknya dan menjatuhkan benda-benda yang berada di atasnya.

Jangan membiarkan peralatan pembersih lantai di merata-rata. Jangan biar kolam, baldi atau besen ditadah air kerana bayi anda boleh tenggelam walaupun pada air sedalam tiga sentimeter sahaja.

Jangan masak sambil dukung anak.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keselamatan di bilik mandi


Hati-hati jika anda menggunakan pemanas air di bilik mandi. Pastikan anda menutup suisnya jika tidak dipakai.

Jika tandas di rumah anda jenis duduk, pastikan anda mempunyai pengunci khas supaya anak tidak boleh membuka penutupnya.

Letakkan sabun, syampu, pembersih lantai serta ubat-ubat pada tempat yang tidak terjangkau oleh si kecil.

Rak-rak yang ada di bilik mandi sebaiknya diletakkan pintu dan dikunci. Walaupun tidak ada benda yang berbahaya di dalamnya, bayi atau anak anda akan berusaha untuk memanjatnya jika ia dibiarkan terbuka.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keselamatan di bilik tidur


Jangan membiarkan katil anak anda penuh dengan bantal dan anak patung, ini untuk mengelakkannya lemas ketika tidur.

Selain itu elak daripada membeli katil dua tingkat kerana dikhuatiri anak akan terjatuh ketika bermain memanjat.

Jika menggunakan bantal peluk, pastikan talinya ditanggal supaya anak anda tidak terjerut ketika tidur.

Barang permainan yang sudah rosak baiklah dibuang kerana ia mungkin akan mendatangkan kecederaan pada anak.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keselamatan di ruang lain


Jika mempunyai anak kecil, sebaiknya gunakan meja dan perabot yang bersaiz lebar dan tidak beroda. Ini untuk mengelakkan anak anda tertindih ketika bermain berhampirannya.

Pastikan almari, rak buku dan perabot berat di skru ke dinding rumah untuk mengelak ia terjatuh jika dicapai oleh anak kecil.

Berhati-hati apabila menyusun hiasan dinding, biarlah kedudukannya tinggi supaya anak tidak boleh mencapainya.

Pastikan kabel-kabel alat elektronik ditutup dengan menggunakan penutup kabel.

Letakkan tempat sampah di mana bayi tidak boleh ke situ atau gunakan tempat sampah yang bertutup.

Jika membawa balik kerja ke rumah pastikan anda menyimpan semua peralatan tulis seperti pen, pensel, klip kertas dan sebagainya kerana ia berbahaya untuk bayi.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Memang kita tidak mampu untuk mengawasi bayi setiap waktu, namun ikhtiar panduan di atas boleh membantu mengurangkan risiko kemalangan di rumah. Jangan ingat bayi anda tidak tahu apa-apa kerana mereka sebenarnya mampu melakukan banyak perkara di luar dugaan.


*gambar anak2 sape la yg kiut sgt ni...saya pinjam kat google..
maaf tak dapat nak gi jenguk korang lagi sebab kepala tgh berdengung ni..
kena demam selsema la plk...pasti saya akan balas nanti jejak korang semua..


19 org bagi komen best..:

IntaNBerliaN said...

baca yg pasal terjatuh tu.. dan2 tingat alisha yg sk memanjat.. tp nsb skrg hobi memanjat dia tu dh kurang..

done says

Anum said...

bagus langkah2 nie

Tihara said...

gambo anak omptih tk pun org turki tu lawa mata biwu..tersedak susu tu bahaya kan..baru2 ni anak buah hat baru lahir tu tk cukup o2 smpai kena jumpa pakar..alhamdulillah selamat

Lynn said...

Hmm...dulu masa anak kat bb sitter..selalu risau..tapi sejak mak dan kakak jaga nie..macam tak fikir apa2 pulak...hehehe..sebenarnya macam tak ambik berat je lynn ni..

ieda said...

gud tips dear ..
akk dah selamat koot sbb anak2 dah besar ;))

Che Rosliza Che mat said...

Tip yang menarik fieda...Semoga selesema cepat sembuh...Makan pedas2 baru cepat hilang selsema hehehe

Fieza79 said...

tq sharing ni..

keselamatan anak2 di harus sgt2 di utama kan...slu imagine dlu bnda2 yg tak elok sebelum ia benar2 belaku....bkn apa sebagai peringatan dn langkah berjaga2

Ummi Iman said...

Rasa lama rak singgah sini... Memang betul ddk rumah belum tentu selamat. Saya memang sentiasa berjaga2. Kalau tak diri sendiri yang menyesal nanti :(

mimie.. said...

betul tu..kita boleh ikhtiar sebab nak kawal 24jam mmg tak larat der hehehe..

tq kak for the info keyh ^_^

Kakzakie said...

Walau kakak dah tak punya baby tapi suka baca N3 ini - bagus dijadikan panduan sebab memang masih ada kemalangan macam yg fieda katakan punca dari situ...

Gambar-gambar baby comel tu yg kakak suka:)

Izan Ishak said...

terima kasih atas perkongsian ni kak fieda. mmg pun, kadang2 kita fikir umah tmpt paling selamat utk anak2 kan. tapi sbnrnya byk bahaya kalau tak dipantau dgn betul...

Izan Ishak said...

terima kasih atas perkongsian ni kak fieda. mmg pun, kadang2 kita fikir umah tmpt paling selamat utk anak2 kan. tapi sbnrnya byk bahaya kalau tak dipantau dgn betul...

anisalya said...

betul tu. kat rumah budak2 walau cakap macam mana pun dia redah jugak.

Nazayiena said...

Tq Fieda kongsi tip keselamatan nie,anak kak Nurul suka plk main sabun kat bilik air tu yg kena alert selalu....

9n0L4 said...

get well soon. hati² dgn keadaan dlm rumah mase tak sehat ni. ;)

eita said...

benda2 yang di larang tu lah yang paling budak2 suke buat

wan nurul hezrina said...

tulah nak2 anak2 nie serbajer nak tahu.mmg kalau nampak ubat2pun makan nak2 krim sapu kulit...mmg bahaya rumah dr nursery..hanya buat yang terbaik n kalau bleh elakkan kecuaian

anitadiana said...

betul tu fieda..kak ita lebih berhati-hati di rumah,si arisya ne lasak..panjat-panjat...

Masya said...

btl tu.. keselamatan anak² kat rumah pun belum tentu.. sy kalau amir keluar blk air mesti kene cakap.. amir lap kaki dulu.. kalau tak.. cpt jer nak larinya.. kang terjatuh haru jer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.