Monday, 28 May 2012

Ayam Disembelih Tidak Mati Walaupun Sudah 9 Hari


PENDANG – Sudah disembelih, tapi tidak mati. Begitulah tanda kekuasaan ALLAH di mana ayam sabung kacukan selasih yang disembelih oleh seorang penduduk kampung sekitar kawasan Bukit Raya Dalam dua minggu lalu, masih hidup.

Kejadian berlaku kira-kira 10 pagi apabila pemilik ayam, Esomuddin Idris, 40, menyembelih ayam itu untuk dijadikan juadah, namun selepas disembelih, ayam itu tidak mati walaupun urat mareh, leher dan pedal telah putus.

Menurutnya, dia tidak menyangka ayam sabung kacukan selasih yang diberikan rakannya dari Parit Buntar Perak itu mempunyai keistimewaan.


“Sudah sembilan hari disembelih, ayam itu tak mati-mati.

“Saya sembelih mengikut cara yang sepatutnya dan apabila sudah selesai saya keluarkan darahnya serta melepaskannya dengan harapan ayam itu akan mati.

“Saya terkejut, dua jam selepas itu ketika mahu untuk mengambil ayam terbabit, ia berjalan dan memanjat pokok seperti biasa bersama ayam lain,” katanya.

Esomuddin berkata, ayam itu kelihatan segar dan kuat walaupun ia tidak boleh makan dan minum kerana semua urat pada bahagian leher putus.

Sumber : myberita.com

21 org bagi komen best..:

Liza @ Adzriel AB said...

kuasa Allah mengatasi logik akal kita

Lynn said...

Alamak kak fieda..kalau lynn tak lalu nak makan dah..sian pulak rasanya..

ciksengeh :D said...

subhanallah !

anitadiana said...

subanallah..kuasa ALLAH....

Kakzakie said...

Eh... miracle sungguh fieda... tapi benarlah kata fieda kalau allah nak jadikan tak ada yg mustahil...

Kakzakie said...

Eh... lupa kakak nak sambung lagi.
Kalau kakak takut nak makan ayam ini dah hihi..

Tihara said...

arr seramnya fieda..jgn ada unsur2 mistik sudah laa..pape pun semua tu kuasa Allah. :)

lieynanilaz said...

satu keajaiban...:)

FITRAH JAMIL said...

subhanallah. kuasa Allah. mmg agk pelik la.

Falsya said...

kuasa ALLAH..tp gerun gak la tgk rupe mcm tuh..

ct rahani said...

Semua kuasa Allahkan kak.. Subhanallah..

Jaa said...

subhanallah... panjang umur ayam tu kan...

9n0L4 said...

kuasa Allah. kun fayakun. ;)

ieda said...

uishhh berderau jantung akk baca dik
huhuh macam2 kejadian pelik allah nak tunjukkan ..

ps : fieda .. harap fieda sabar menanti header tu ye .. akk nye komp rosak , dua2 lak skrg nie .. akk update banyak guna galaksi .. dlm proses utk perbaiki .. satu tu hard disk rosak huhu satu tu pula monitor terbakar .. sedih x leh nak cakap dahh ! .. huhuhu

Acik Erna said...

assalam fieda..9 hari?lam tu..kalau beberapa jam tu bioasa jugak kita dengar kan..

IntaNBerliaN said...

kuasa Tuhan.. masih hidup sihat lagi...

aanie said...

uik, biar betul....

mayangsayang said...

akak penah terjadi kat famili saya tapi rasanye ayah saya salah sembelih.. 3 hari 3 malam x mati.. last2 ayah sembelih balik semula baru mati.. tapi kami suma x mo makan ayam tu .. last2 ayah saya sedekah kat india seberang rumah... hahaha ngeri .. x sanggup nak makan tau ..

eita said...

belom sampai ajal dia lagi...

anisalya said...

subhanallah...

Masya said...

terkendu saya.. subhanaallah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.