Wednesday, 16 May 2012

Kenapa Ramai Guna Gambar FB Berwarna Coklat Dan Mata Tertutup


sharing is caring from Nizarazu.com

Yang belum tahu tu mesti tertanya-tanya kenapa arini ramai orang buat Default Picture (DP) di Facebook gambar berwarna coklat dengan mata tertutup bukan? Ok, sebenarnya itu menunjukkan gambar seseorang tahanan atau banduan rakyat Palestin. Baju berwarna coklat itu merupakan pakaian yang dikuatkuasakan ke atas rakyat Palestin yang ditahan. Logo kecil di sebelah kanan baju itu pulak bermaksud “Shabas” dan ia adalah singkatan bagi Perkhidmatan Penjara Israel..


Tujuan sebenar penggunaan DP gambar ini adalah untuk memberi kesedaran tentang mereka yang berada dalam tahanan yang sedang mengadakan Mogok Lapar yang terbesar dalam sejarah dunia. 


Adakah dengan menukar DP di Facebook dapat membantu mereka? Tidak sebenarnya, tetapi kita boleh bersama-sama meningkatkan kesedaran kepada orang ramai untuk mereka mengetahui apa yang sedang berlaku di Palestin dan pastinya kita boleh berdoa untuk mereka di sana. Doa adalah senjata bagi orang mukmin.

Selain itu,pada 15 Mei, Hari Nakbah. Sudah 64 tahun Palestin dirampas. Ia diperingati oleh rakyat Palestin, orang Arab dan pejuang Islam seluruhnya, sejak 1948, sebagai memperingati hari rakyat Palestin dihalau dan dibantai beramai-ramai dari negara mereka sendiri. Yaumunnakbah ini kalau diterjemahkan maknanya: Day of The Catastrophe, menggambarkan betapa dasyatnya peristiwa tersebut.

Sama-samalah kita berdoa buat saudara-saudara kita di sana, semoga usaha kita yang tak seberapa ni diterima oleh Allah Swt. InsyaAllah.. 

27 org bagi komen best..:

Kakzakie said...

Sekurang-kurangnya kita menyokong fieda.. nak bantu dgn tenaga tak dapat... kita doakan juga buat mereka.

IntaNBerliaN said...

dari malam smlm lg sy duk tgk org wat profile pic gambo ni

izan mama mia said...

tq..br tau ni...

syawalsimpsons said...

saya baru tahu je info ni..nampak sangat la saya lambat..mmmm...

Anum said...

anum pun baca FB semalam baru tau

PinkUmmi said...

PU pun tahu bnd nih smlm...Tgk ramai guna DP nih...trus search google...

Qhaifa Nur said...

begitu citernya....
moga mereka dilindungi....

anisalya said...

kita takkan tahu perasaan rakyat palestin kan? kita cuma mampu berdoa je utk mereka.

sHaR!Na eLyaNa said...

ya kak..amin :D

Ummi Iman said...

Semalam buka FB dan tengok gambar ni mulanya tak faham juga. Tapi ada yang buat status mengenainya baru faham. Kesian rakyat Palestin kan? Lama sungguh menderita. Tiada siapa berani membantu disebabkan mereka Islam. Semoga Allah pelihara mereka dan mereka tergolong orang-orang yang jihadfisabilillah.

[sutera kasih] said...

oooo baru tau..thanks sbb bgtau

mimie.. said...

owhh baru sy tahu ni kak..sebab kat ofis tak bole bukak fb..kena block huhu

sama2lah kita berdoa semoga semuanye selamat di sana..aminn~

Cik FaRiZaM said...

oo padan la ramai yg tukar....ingat kan sbb apa la td :D

Tihara said...

ujian merka lebih berat dari kita..huu sedih, ingat lg ada sorang makcik masa kat opis dulu, dia pesan suruh baca surah Al Fiil banyak2 kali...moga dihancurkan israel jahat tu...

Che Rosliza Che mat said...

cik rose baru tahu hari nie...nasib baik fieda publish kat sini...thanks..

syiela said...

nak membantu tak terdaya... hanya doa mengiringi buat mereka..

ramaikan yg jadikan profile pic mereka

shahdiana said...

macam-macam cara nak menolong kan..mungkin ni salah satu daripadanya...

Masya said...

oooooooooo... paham sekarang.. berat dugaannyakan.. kt patut bersyukur duduk dinegara yg aman damai

ct rahani said...

hanya doa je yg dapat kita panjatkan utk mereka kan kak..

lolipop_oreo said...

betul. doa senjata paling kuat. tapi kena ad usaha jugak..

Aju Mohit said...

Aju jarang bukak fb, kalau Fieda tak bgtau ni mmg xperasan smpi sudah, ujian mereka amat berat, Semoga Allah sentiasa pelihara mereka

Wanieys said...

patut ramai yg tuko DP mereka.....sama2 kita doakan buat mereka

ArulchelseA said...

sy pun dah tukar dah...

Myra Jay said...

Owhhh setakat ni tak nampak lagi, lagipun jarang bukak FB :)


p/s: Kak, nanti tolong bg nama, alamat dan no fon ye kat
normj1001@hotmail.com

Citra NaniZam said...

tu lar ramai citra tgk tukar dp fb.. nak tukar juga lah tanda sokongan.. doa buat mereka juga

eita said...

sama2 lah berdoa...

9n0L4 said...

ohhhhhhh. patutlah. ramai org buat dp gmbr ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.