Friday, 11 May 2012

Niat baik tapi di salah ertikan


Berikutan dari kes ini si perakam video tu telah tampil untuk memberi penjelasan..ramai orang salahkan dia tanpa mengetahui perkara sebenar..Jadi dengan penjelasan Kak Nor ni harap kita semua paham la kenapa dia bertindak sedemikian...


KUALA LUMPUR: “Saya membuat rakaman semata-mata untuk diserahkan kepada polis kerana saya sudah tidak tahan melihat bayi itu kerap dikasari ibunya. Jadi, jangan kata saya bersubahat (mendera) atau tidak bertimbang rasa.”

Itu penjelasan wanita dikenali sebagai Noor yang merakam adegan seorang bayi perempuan berusia 10 bulan didera ibunya dan rakaman video itu dimuat naik dalam Internet kelmarin, sekali gus menimbulkan kemarahan orang ramai.

Harian Metro semalam menyiarkan berita mengenai adegan rakaman video berkenaan serta kenyataan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed yang kes itu berlaku Mei tahun lalu dan ia sudah disiasat polis, malah ibu terbabit sudah dijatuhi hukuman penjara 18 bulan.

Noor, 30-an, berkata, dia tidak tahu siapa yang memuat naik rakaman video itu dalam Internet dan sedih apabila sebahagian besar maklum balas pengguna Internet mengenainya menyalahkan dia kerana dianggap bersubahat apabila tidak menyelamatkan bayi itu daripada didera ibunya.

“Itu ikhtiar terakhir saya untuk selamatkan bayi berkenaan. Saya sangat sedih kerana sebelum itu sudah empat kali wanita terbabit yang juga rakan saya memukul bayinya dengan teruk termasuk menghumban ke dinding,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Petaling Jaya.

Sumber : HMETRO


12 org bagi komen best..:

Masya said...

tibe² saya terpikir... macam mane yg dikatakan jiran yg suke menjaga tepi kain org lain.. pada sy niat akak yg merakam ni murni sgt sbb xnak bayi tu jadi mangsa ibu diakan...

wahida said...

apapun, sgt sedih dgn keadaan baby tu sekarang...harap dia dpt membesar dgn sempurna hendaknya...amin...

ummiarissa said...

hmm..begitu ceritanya..ye lah sekarang ni kalau takde gambar susah nak dibuktikan..

sueshe said...

sampai skang rs marah + sedih klu bc pasal bb kena dera neh...

izan mama mia said...

wordless....

ANIM said...

kita doakan supaya ibunya mendapat hidayah, menyesal dan bertaubat dlm penjara...
itu lebih baik dari terus menghina dan mencacinya..
dosa orang bertaubat ni Allah ampunkan..
kita??? belum tentu lagi..

Tihara said...

kesian dia...bukan senang kan kalo takde bukti mmg tk boleh sabitkan kesalahan... moga ibu tu dpt didikan agama,dan kenali hidup ni dalam penjara tu...moga anak dia selamat dunia akhirat...simpati kt bby tu

teratak hati said...

tak boleh salahkan org melulu sblm siasat dulu..

Myra Jay said...

Sedih tengok baby tu, merangkak nak minta belas ikhsan ibu tp dipukulnya baby tak berdosa tu... :(

sHaR!Na eLyaNa said...

Yala..ish..tu la mulut org skg ni..xpndai nak periksa dlu..tu namanya fitnah..astagfirullah..

9n0L4 said...

gileeeeee! humban ke dinding? hoho. sekali nak cakap, bodoh.

Si Matatajam said...

Kesian baby tu...Murni rupanya niat akak tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.