Monday, 21 May 2012

Punca Adi Putra Ingin Bercerai


Hari tu kan duk kecoh yg Ady Putra tiba2 je memfailkan penceraian ke atas isterinya..tup2 arini dapat berita yg dia tak jadi pulak nak ceraikan isteri dia tu...

Ady Putra & Isteri, Aida Yusof Di Sidang Media

Adi Putra dan Aida telah bernikah pada 14 April 2006 dan belum melahirkan anak lagi kerana Aida sering kali mengalami keguguran. Ady Putra sendiri sebenarnya tidak berapa pasti dengan tindakan menceraikan isterinya.


Tindakan yang mampu dilakukannya kini adalah dengan cuba menyelamatkan kebahagian rumahtangga, Adi Putra yang telah berusia 32 tahun ini akan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur untuk perbicaraan dan percubaan terakhir untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina selama enam tahun itu.

Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera berkata, tindakan mereka ke mahkamah adalah penyelesaian terakhir untuk menangani masalah rumah tangga yang sedang dihadapi..

Dia yang baru sahaja pulang dari Tanah Suci, Mekah pada 8 Mei lalu turut berdoa demi kesejahteraan rumah tangganya tetapi mendapat gambaran seakan-akan rumahtangganya itu tidak dapat diselamatkan lagi.

Sumber : digg.com

*jadi punca Ady nak bercerai adalah sbb dapat petunjuk di Tanah Suci yg rumahtangga mereka akan goyah... bukan sebab Nora Danish ye...tapi alhamdulillah kerana Ady telah menarik balik permohonan cerai tu...semoga Ady kembali bahagia bersama isterinya..kalau jodoh mereka kuat pasti tak ke mana..sama2lah kita doakan..


18 org bagi komen best..:

Norzie hany said...

Macam2...semoga jodoh mereka berkekalan.

man said...

Punca cerai Nora ...bahaya 2

eita said...

kalau dah bahagia tu xyah lah nak bercerai berai.....

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Fieda.Semoga penceraian tidak brlaku & rumahtangga mereka aman sejahtera.Aminnnn

ieda said...

dia buat umrah dengan nora kan ??
tapi isteri dia pun ada kan ??
x baikk kita main teka2 nora puncanya kan .. cian lak nora

semoga ada jalan penyelesaiannnyee ..

izan mama mia said...

hrp jgnlah sampai bercerai...

Aju Mohit said...

Macamana dpt petunjuk Rumahtangga x bleh diselamatkan ek? Pdhal bergegar arasy klu sbut pasal cerai

shahdiana said...

napa bila tengok artis bahagia je mesti tak lama lepas tu dengar nak bercerai berai...kesian kan...janganlah nora danish jadi punca pulak...

Puan Kutu said...

bagus la klu tak jadi cerai.tak suka dengar cerita cerai2 nie sebenarnya..:)

iEdA said...

hope dptlah diselamatkan...selama neh tgk dowg ok jer n bl hal neh kluar, agak tkejut lah...

IntaNBerliaN said...

hope rumah tangga mereka kembali amanlah.. bahagia untuk selama2nya...

Lynn said...

ala..jgnla cerai..sian isteri dah susah payah gugur..

mimie.. said...

moga rumah tangga dorang dapat diselamatkan..amin~~

mimie.. said...

moga rumah tangga dorang dapat diselamatkan..amin~~

anisalya said...

ramai yang mendoakan yang baik2. insyaAllah... baik2 jugak la kesudahannya.

Ummi Iman said...

Moga berkekalan. Sedih juga bila baca sebab anak. Jangan jadikannya satu alasan. Ambil anak angkatkan boleh. Setiap manusia punya pandangan yg berbezakan?

9n0L4 said...

alhamdulillah. moge berkekalan dorang. anak tu rezeki Allah. cerai jgn buat mainan. ;)

Anonymous said...

entah apa2. Kalau dah angau pg ptg siang mlm dok ingat kat org tu mestila terbayang2 - konon dpt gambaran. Ceh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.