Wednesday, 16 May 2012

Selamat Hari Guru


Ku dedikasikan sajak ini khas buat semua guru yg pernah mengajarku di Sekolah Menengah Kebangsaan Beserah Kuantan dan semua insan di Malaysia yg bergelar GURU..


kredit doodle dari APIT

Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang

22 org bagi komen best..:

lieynanilaz said...

besar pengorbanan seorang guru...:)

~ yus ~ said...

Selamat hari guru buat semua guru2 di Malaysia

anitadiana said...

selamat hari guru unuk semua guru-guru ,jasa mu tetap di sanjung...

Myra Jay said...

Selamat Hari Guru buat semua guru di Malaysia dan terutama yg penah mengajar Myra :)

Anum said...

Selamat Hari Guru pada semua Guru seluruh Malaysia

IntaNBerliaN said...

selamat hari guru gak utk semua guru2..

Anje a.k.a Mama_Balqis said...

selamat hari guru jugak utnuk semua guru2 semoga berjaya mendidik anak2 bangsa..

Kakzakie said...

Kakak pernah mendeklamasikan sajak ini masa Form 6 dgn teman kakak (lelaki tau) sekarang dia tinggal di Subang.

Selamat Hari Guru buat semua guru...

syawalsimpsons said...

selamat hari guru untuk semua yang bergelar guru....guru taska pon boleh kan

nuyui a.k.a miss YUI said...

slmt hari guru.

izan mama mia said...

guru..mmg byk jasa....selamat hr guru pada semua cikgu...

Ros said...

Assalamualaikum Fieda,

Selamat hari guru buat semua tenaga pengajar....Tanpa adanya guru siapa lah kita ni kan Fieda...

Norzie hany said...

Selamat hari guru kepada semua guru-guru di Malaysia.

mayangsayang said...

selamat hari guru kpd suma guru di malaysia...

MamaEma said...

Selamat Hari Guru untuk semua guru di Malaysia

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Jasa guru anak kita ingati hingga ke akhir hayat,InsyaAllah

anisalya said...

banyak kenangan jdk guru dulu.

Che Rosliza Che mat said...

Selamat Hari Guru Untuk Guru2 Sedunia...Jasa guru Sama dengan Jasa Ibu ayah kitakan...

Masya said...

banyak pengorbanan gurukan... isteri guru pun terkena tempias

SeputihSalju said...

selamat hari guru buat semua guru2...

shahdiana said...

selamat hari guru...guru memang dihormati even dah pencen orang tetap panggil cikgu.....:D

9n0L4 said...

terima kasihhhh. hehe. tetibe aje kan. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.