Monday, 7 May 2012

Sinopsis Drama Seindah Sakura Slot Akasia TV3


Seindah Sakura merupakan sebuah drama terbaru dalam slot Akasia setiap hari Isnin sehingga Khamis pada jam 7.00 malam. Drama ini akan menggantikan drama Cinta Buat Emelda yang baru sahaja tamat.

Untuk pengetahuan semua Drama Seindah Sakura adalah adaptasi dari novel. Drama Seindah Sakura arahan Zul Huzaimy dan menjalani pengambaran sekitar Kuantan dan Kota Paris.

Drama terbitan Temenggong Pictures ini menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Dato’ Eizlan Yusof, Eryna, Fimie Don dan Mak Mah serta pelakon-pelakon hebat yang lain.

Drama Seindah Sakura

Seindah Sakura mengisahkan Shakira seoarang pelajar yang sering disalah erti oleh gurunya (Cikgu Airil) sebagai seorang pelajar yang bermasalah . Tetapi kematian Moyang Kiah telah membuka kisah duka Shakira hingga menimbulkan rasa kesal di hati Airil disebabkan sikap buruk sangkanya selama ini pada Shakira. Kesudian bapa saudara Airil, Datuk Walid mengambil Shakira tinggal bersamanya menyenangkan hati Airil.

Ibu Shakira, Rosmah, yang telah lama menghilangkan diri muncul kembali tetapi kemudian ditangkap polis kerana membunuh tanpa niat lalu dipenjarakan. Disebabkan Rumah buruknya hangus dalam kebakaran, Shakira terpaksa kembali ke pangkuan Datuk Walid walaupun tahu anak datuk iaitu Anida membencinya,

Anida sentiasa ada agenda buruk terhadap Shakira malah tidak pernah menyembunyikan rasa tidak senang hatinya pada Shakira. Disebabkan cemburu dengan kemesraan antara Airil dgn Shakira, lalu Anida membuat fitnah untuk menimbulkan perasaan benci di hati Airil terhadap Shakira.

Ketegasan Airil telah mencampakkan Shakira ke rumah pemulihan akhlak walaupun dia bukan remaja rosak. Tapi fitnah telah membuat Airil percaya Shakira terlalu bebas pergaulannya, hingga sanggup menggoda Airil. Kerana Kecewa Airil mengambil keputusan untuk ke luar Negara.

Dengan ihsan Datuk Walid, Shakira berjaya meneruskan pelajaran dan mengambil SPM. Dia cuba lari dari kongkongan Datuk Walid bila merasakan pandangan dan perhatian Datuk Walid kelihatan lain macam terhadapnya. Tapi alasan Datuk Walid untuk membawa pulang ibunya yang HIV positif untuk dirawat secara rapi di rumah, Shakira sekali lagi terperangkap. Ibunya semakin sihat walaupun tidak akan sembuh sepenuhnya. Tawaran ke UIA telah membuat Datuk Walid melamarnya dan berjanji akan menanggung pengajiannya hingga ke peringkat tertinggi.

Shakira ingin menolak tapi ibunya melihat itu sebagai peluang untuknya memajukan diri dan keluar dari kancah kemiskinan yang membelenggu Shakira sejak lahir. Shakira cuba lari dari kemelut itu, tetapi padah yang datang bila seluruh wang simpanannya ditipu sepasang suami isteri yang kononnya mahu membantu dan kemudian dia juga hampir-hampir dilacurkan. Semua itu berlaku dalm tempoh kurang 2 hari. Malang betul nasibnya. Lalu terpaksalah dia kembali semula ke rumah mewah Datuk Walid. Dia akhirnya bersetuju berkahwin dgn Datuk Walid tetapi meletakkan 2 syarat agar dia tidak sentuh selagi belum tamat pengajian dan dia akan terus memanggil Datuk Walid dengan panggilan ‘pakcik’ seperti biasa. Datuk Walid bersetuju dgn syarat-syarat tersebut, lalu dapatlah dia berbini baru yang baginya seiras dengan arwah isteri pertamanya dulu.

Selepas 4 tahun ijazah, Shakira sambung lagi dua tahun dan dalam tempoh itu dia rapat dengan Putera Haziq yang amat menyintai dia, siap curi-curi ke rumah Shakira dan melamar Shakira melalui Datuk Walid yang disangka ayah kepada Shakira. Sebenarnya masa itu Datuk Walid sedang menguruskan urusan penceraian mereka, mungkin sebab rasa bersalah kerana Anida menjadi punca ibu Shakira meninggal dunia. Sebenarnya Datuk Walid ini ada agenda yang baik dan positif untuk Shakira. – Berdasarkan kisah novel Seindah Sakura

15 org bagi komen best..:

ciksengeh :D said...

Fahrinnnnn !

Tihara said...

ada tengok promo dia ritu...tp fasha..hurmm..hehe :)

IntaNBerliaN said...

cm best je cite ni.. td sy just tgk gitu2 je.. pasni kene follow la.. sbb sy sk tgk lakonan fasha,..hihii

done..

izan mama mia said...

kalu dulu layan gak citer camni..tapi sekarang malas sbb kn berebut ngan anak....tapi..cam best gak citer ni..kan...hai kak fieda....

9n0L4 said...

cite novel lagiiiiiii. huhu.

LYAfrina said...

novel citer ni mmg best... dah adaptasi ke drama lak

anitadiana said...

macam best aje cite dia fieda...

Myra Jay said...

Layan jugak citer ni semalam tapi sat je sebab p bukak posa..

Malam ni layan lain.. :)

IntaNBerliaN said...

singgah klik iphone 4s..

laa kak fieda xsihat ke... patutlah xnmpk.. take care ye kak fieda...

Masya said...

panjangnya sinopsis...

boleh layan ni.. tp biaserlah tak boleh nak tgk sangat kalau maghrib.. amir dah mule mengaji..

Che Rosliza Che mat said...

Kalau slot drama susah sikit nak layan hehehehe

anisalya said...

fahrin saya blh tgk. tapi fasha bkn favorite la. hehehe...

Nazayiena said...

Smlm tgk sikit je dah hujung drama....

eita said...

tengok jugak ni..
tapi menyampah betol lah kat moyang tu...
tak habis2 nak salah kan cucu dia tu...

sapa yang ros bunuh hah?
william ke?

wan nurul hezrina said...

ramai yang tak suka fashya tapi nurul suka.tak pandang langsungpun siapa dia.just ignore jer.cuma tgk lakonan dia tak pernah menghampakan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.