Thursday, 3 May 2012

Umur 14 tahun masih minum susu dalam botol

Salam Semua

Aiyakkk...Dah umor 14 tahun tapi masih minum susu dlm botol..biar betul ni..alamak...maknya tak letak mende2 pahit ke kat puting tu masa dia kecik dulu..dh besor kalau buat confirm2 lah dia gi basuh kat sinki..hahaha..adohai..macam2 la...dah masuk paper ni habislah kantoi...Dikkk..udoh2 le tu...malu la kat adik2 kecik kat luar sana tu.....belajor2 la minum dalam cawan..

Farah Sauffiah menyusu botol walaupun ketika menyiapkan kerja sekolahnya.

SEREMBAN – Seorang pelajar ketagih menghisap susu botol meskipun usianya kini mencecah 14 tahun.Farah Sauffiah Rahmat yang bersekolah di Sekolah Menengah (SM) Tuanku Ampuan Durah di sini, harus menyusu lebih 15 botol sehari.Ketagihan Farah Sauffiah bermula sejak kecil menyebabkan dia perlu menyusu hampir setiap jam termasuk ketika melakukan kerja rumah dan sekolah.

Farah Sauffiah yang ditemui di rumahnya di Taman Desa Kiara, Sikamat, di sini, berkata, dia kurang minat makan nasi dan minuman lain.“Rasa susu yang sedap membuatkan saya kurang berminat dengan minuman lain dan kadangkala saya tidak makan nasi seharian, sebaliknya hanya menyusu sahaja.

“Menghisap susu botol sudah menjadi rutin seharian. Meskipun tidak kena pada usia, saya tetap akan menyusu sampai bila-bila,” katanya.Menurutnya, tabiat menghisap susu botol diketahui rakan sekolahnya namun dia tidak pernah diejek rakan meskipun ia nampak pelik dan janggal.

“Kawan sekolah tahu saya hisap susu botol tetapi mereka tidak pernah ejek dan perli saya.“Saya juga tak rasa malu dan tidak kisah diejek rakan. Saya bersyukur kerana ibu bapa memahami keinginan saya dan masih membeli susu untuk saya sehingga sekarang,” katanya.

Sementara itu, ibu Farah Sauffiah, Latifah Ariffin, 47, berkata, dia memperuntukkan RM80 sebulan membeli susu tepung untuk anaknya itu.“Anak saya akan menghabiskan susu tepung sebanyak dua kilogram setiap bulan. Kos ini tidak termasuk botol susu yang perlu diganti baru.“Pernah sekali saya tidak membeli susunya dengan harapan dia berhenti menyusu tetapi dia sanggup ke kedai membeli susu dengan duitnya sendiri,” katanya.

Menurutnya, Farah Sauffiah menghisap susu botol sejak berhenti menyusu badan ketika berusia 5 tahun.“Sebaik berhenti susu badan, dia menghisap susu botol sehinggalah ke hari ini walaupun telah dinasihatkan supaya berhenti menyusu.“Anak saya menyusu hampir setiap jam dan setiap kali mahu tidur, dia akan pastikan menghisap susu botol sehingga tertidur,” katanya.

Latifah berkata, suaminya pernah membaling botol susu anaknya itu di jalan depan rumah mereka.“Suami saya bertindak begitu kerana mahu melihat Farah Sauffiah berhenti menghisap susu botol tetapi malangnya, anak saya sanggup mengutipnya semula.

“Kami sudah tidak ada cara untuk memberhentikan tabiat Farah Sauffiah kerana dia masih juga menghisap susu botol sehingga sekarang,” katanya.Menurutnya, pernah sekali mereka berjumpa dengan bomoh tetapi masih menemui jalan buntu.

28 org bagi komen best..:

Rafflesia™ said...

syieda adik beradik behenti hisap botol susu sejak darjah 1. hihihi sebabnya kawan-kawan ejek. malu punye pasal tinggal botol susu.. hihihi

nur anis said...

alahai....sampai macam tu sekali ketagihnya...payah dah ni..

Ena said...

errrrrrr...

biar betul..


susu tepung elok utk kesihatan tp menggunakan botol susu sampai ke besar tu yg jd pelik pulak..

izan mama mia said...

biar betul...riso mia jd camtu gak..nanti thn depan kena stop mia hisap susu dlm botol...

syawalsimpsons said...

MACAM2 LA DUNIA SEKARANG NI AKAK

Mummy GreenyHouse said...

adoiyai...dah besar tu, x sesuai!
berapa umur kids patut stop botol ea? takut sy pun terlajak bg je my kids..hahah :D

aanie said...

camne la nak hilangkan tabiat tu....


p/s: kak fieda, thanx ek inform psl pemenang tu....tq sooo much!!!

Norzie hany said...

Macam2...nak gelak pun ada la masa baca en3 ni.

Falsya said...

smp ke besar haa duk memuting lagi..adeh..hehe..

Ummi Iman said...

eloklah minum susu. cukup kalsium :) tapi tak sesuai dengan usia.. pakai cawanlah.. apa pun tak kisahlahkan bukan dia kacau orang pun. cuma pelik je lah..

Solehah Shamsuddin said...

adui pelik sungguh da org camni.tapi ble tgk dy ni,ksian jgk dy.sepatutnya dy kna biasakan diri sehari tak menyusu botol tapi masalahnya dia tak cuba ke.

Che Rosliza Che mat said...

hihihi memang susah nak buang tabiat cam niekan...dah besar tue...

Qhaifa Nur said...

glamorlah baby kita lepas ni...semua orang dah tahu...

siti zulaikha said...

assalamualaikum.. hai2 awak yg chomeyh.. saye tag awk lam satu contest nieyh.. hope awk sudi join kayh.. (= http://thatmyblognotyours.blogspot.com/2012/05/exclusive-giveaway-by-cik-bunny.html

ieda said...

uishhh malunyee
mak dia x malu ke ??
huhuh

Nazayiena said...

Nanti dah kahwin boleh stop kot...

anitadiana said...

x malu lah tu..nanti dah kawin tak kan nak bawa sekali botol susu nak tido..agak-agak lah kan...ne 1 malaysia tahu dah..gelemor tu...

Anum said...

nasib baik buat sendiri

mimie.. said...

masyaAllah..letaklah sambal belacan ke kat puting botol susu dia tu..biar dia serik ehehehe
dah besar dah nak menyusu lagi?!..aiyoo..

ct rahani said...

adeh la macam2.. sy pun tgh cari jalan nk bentikan aidil minum guna botol.. tp x berjaya lagik.. huhuj=..

MamaEma said...

dah besar camni memang dah susah nak berhenti...dah semua orang tahu bila masuk paper

Tihara said...

lepas kua papaer ni tkde owg ejek ke..mcm2 la budak2 ni..tp ok lah hisap botol dr buat benda2 yg lebih drastik kan :)

wan nurul hezrina said...

alahai sampai tingkatan 2 pun nyusu botol lagi.mcm malu jerk.tak kisahlah minum susu tepung2 tapi minum dlm botol mmg sah2 pelik..

anisalya said...

bagi bekas berstraw tu kat anak2 mcm ni. penyakit ni. kena berubat.

IntaNBerliaN said...

laa ada jugak mslh camni yer.. pening gak parent pk cr nk buat kn..

9n0L4 said...

hadoiiiiii. boleh pulak camtu. malunyeeee lah. sepupu jaa yg darjah 3 pun still hisap susu botol. ;)

Puan Kutu said...

ada gak baca dlm metro.sepatutunya parents dia kena tegas sejak kecik.nie dh tua bangka ssh laa sbb dh ketagih.malu kan dh laperepuan..adk dia yg umo 11taun pun nak ikut jejak.emm..bawak2 la berenti..hehe

proton_gt said...

isap botol susu j pon..saya pon smpi skrang isap botol susu gak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.