Saturday, 2 June 2012

Zizan Juara Super Spontan, Bawa Pulang RM100,000 Dan Toyota Camry


Seperti yang dijangka, pasangan Jozan sememangnya telah mendominasi peringkat akhir Super Spontan dengan kemenangan berpihak kepada Zizan manakala Johan meraih gelaran naib juara.Tapi oleh sbb saya sekarang kt kg dan kat sini pulak takder Astro tak dapat la saya nk tengok Super Spontal akhir ni...takper layan kat youtube jer la..

Zizan Juara Super Spontan, Bawa Pulang RM100,000 Dan Toyota Camry

Kemenangan tersebut membolehkan Zizan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000 dan sebuah kereta Toyota Camry.

Johan yang bergelar naib juara Super Spontan menerima hadiah berupa RM50,000 beserta trofi.Tempat ketiga menjadi milik Tauke yang membawa pulang wang tunai RM25,000 beserta trofi.Tiga pemenang saguhati iaitu Suhaimi, Rahim dan Ropie pula masing-masing membawa pulang wang tunai RM5000 beserta trofi.

Hadiah disampaikan oleh Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh diiringi Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani.

Seperti mana minggu-minggu lalu, peringkat akhir Super Spontan turut menyediakan lima permainan untuk para finalis bersaing sesama sendiri, bezanya kali ini mereka bermain secara individu, bukan lagi berkumpulan seperti dahulu.

Permainan dimulakan dengan permainan Beku, di mana peserta harus melakukan sesuatu aksi dan kemudian berhenti beku untuk digantikan peserta lain. Peserta yang menggantikan tempat rakannya harus bermula dari posisi yang sama ditinggalkan peserta yang diganti.

Permainan kedua adalah permainan baru yang diperkenalkan untuk peringkat akhir ini,di gelar Sketsa Dari Topi Puaka. Hos Adibah Noor akan membacakan sketsa yang diambil dari topi yang disediakan dan para finalis harus beraksi dengan kreativiti sendiri tentang sketsa yang dibacakan itu.

Permainan ketiga pula ialah Pilihan Lain, juga sejenis permainan baru. Untuk permainan ini, para finalis akan bermain secara pasangan dan mereka diberi satu situasi untuk dilakukan. Apabila loceng dibunyikan, mereka harus menukar pilihan ayat yang mereka suarakan dengan pilihan lain mengikut kreativiti sendiri.

Permainan keempat pula ialah Ciptaan, dan sekali lagi finalis akan berentap secara berpasangan di mana mereka akan diberikan sejenis peralatan dan menggunakan kreativiti mereka untuk mempelbagaikan fungsi peralatan itu.

Permainan kelima dan terakhir dinamakan Laguku Untukmu. Dengan iringan muzik oleh kumpulan Ahmadahmad, setiap finalis harus menyanyikan serangkap lagu secara spontan berdasarkan tema yang diberikan.


17 org bagi komen best..:

ecadwinkyasha said...

wah..toyota camry tu..

sHaR!Na eLyaNa said...

tahniah zizan hehe u're the best..

Aju Mohit said...

Tahniah buat Zizan!!! Mlm tadi tak dpt tgk, Rumah Kay Perak ni xde Astro huhu

Tihara said...

dulu zaman kegemilangan apek, nabil..kini turn zizan pula....moga bertahanlah kan :)

Citra NaniZam said...

citra takde astro so tak tau menau pon tentang rancangan ni.. btw tahniah zizan.. murah rezki dia tahun ni

ummi anum said...

say pun layan u tube jer sbb ada kt wad skrg ni...

Norzie hany said...

Tahniah buat Zizan.

LYAfrina said...

wohhhh..sedak nguh zizanggg...dpt camry lok sutir... skarang dia pka kete evolution kan... camry ni bg ke mok dia la.

ieda said...

tahniah buat beliau
memang dah jangka kan .. ;)

Ummi Iman said...

nak tgklah nanti di youtube. astro xde ;)

eita said...

takde astro jadi memang takleh tengok..
tengok sekali je dalam u tube..
zizan memang best..

Cinta Misteri said...

Tak kesah pown sapa yg menang. Rasanya JoZan kongsi total duit tu & camry utk future biznez diorg

anisalya said...

banyak la koleksi kereta zizan lepas ni. hohoho..

Anje a.k.a Mama_Balqis said...

menang kete tu, cayalah pastu dapat duit lagik tu...masyuk

IntaNBerliaN said...

tahniah zizan.. :-)

anitadiana said...

tahniah zizan..tak ada astro ne..tak ambil..tapi kak ita suka johan lagi..

9n0L4 said...

menang jugakkk zizan ye. aritu kempunan menang maharaja lawak. hebat perancangan Allah. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.