Friday, 13 July 2012

Bayi kena pukul dek hantu...??

Dipukul hantu. Itu helah digunakan sebuah pusat asuhan di Wangsa Maju, di sini, selepas seorang bayi berusia enam bulan yang dijaga lebam di muka angkara tindakan pekerja pusat itu.

Ibu mangsa, Azizah Abdullah, 31, berkata, kecederaan pada muka anak bongsunya itu disedari ketika mengambil bayinya di pusat asuhan jam 8 malam pada 10 Julai lalu.

Menurutnya, tanpa bertanya, seorang pekerja pusat asuhan itu berusia awal 20-an menerangkan anak perempuannya dipukul hantu menyebabkan dia sangsi dengan penjelasan berkenaan.



Katanya, selepas disoal dan didesak beberapa kali, pekerja terbabit menyatakan kanak-kanak lain pula yang mencederakan anaknya namun kesan lebam pada muka anaknya bersaiz besar dari mata hingga ke rahang.

“Selepas balik rumah, saya menunjukkan kesan lebam itu kepada suami sebelum kami membawanya ke klinik dan sangkaan saya tepat apabila doktor mengesahkan kesan lebam itu bersaiz ukuran jari orang dewasa.

“Sebaik menerima laporan perubatan, saya menghubungi pemilik pusat asuhan itu namun dia enggan bertanggungjawab mahupun meminta maaf di atas kecuaian pihak mereka,” katanya ketika ditemui di Jalan Tun Razak, semalam.

Beliau berkata, sebaik pulang ke rumah, dia menyoal anak sulungnya yang berusia lapan tahun yang dihantar ke pusat asuhan sama dan anaknya menyatakan adik perempuannya itu menangis tanpa henti sejak petang pada hari kejadian.

Lebih mengejutkan, bayi itu turut ditinggalkan bersendirian dalam bilik berikutan tidak berhenti menangis dan percaya dia ditampar seorang daripada pekerja pusat asuhan berkenaan.

Katanya, anak sulungnya memaklumkan bukan sahaja bayi berkenaan menjadi mangsa lepas geram pekerja namun seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia dua tahun sering dipukul pekerja sama.

Beliau berkata, disebabkan tidak puas hati dengan kecuaian pusat asuhan terbabit dia membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju untuk tindakan lanjut.

“Saya berharap polis mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan pusat asuhan terbabit yang bertindak kejam ke atas kanak-kanak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan siasatan lanjut dijalankan.

*pandai betul ye buat helah camtu..dah buat salah kenalah bertanggungjawab..pelik tu takde perasaan betul org yg suka pukul2 bayi ni...

39 org bagi komen best..:

lynn kamarul said...

ni namanya sakit mental. geram lak dengar

Mira Adzlia said...

adoyai..skrg nih byk kes pnderaan....smpi rmi parent yg tkut nk anta ank kt nursery

Ardini Humaira said...

ni yg wat dni risau nak hantar anak p pusat jagaan :'(

Che Rosliza Che mat said...

Dorang nie nak duit jer...kalau tak sabar nak jaga budak..baik tak payah jaga...tak suka dengar cerita camni buat sakit hati...

buatbest said...

hahaha..ada jugamanusia yg bagi alasan mcm tu..haha

Joanna Yunus said...

itulah dinamakan manusia....selalu suka menutup kesalahan sendiri dengan menyalahkan orang lain...

...sWeeT uMi... said...

ish...umi mmg tak paham dgn org yg sanggup nak pukul budak/baby ni...tak dek perasan ke diorg ni...mood: marah grrrrrrrrrrrr

shida'R said...

mcm xlogik kak oii dpkul hantu..gila ape..ingt parent skg bdoh sgt..ishh shida xleh dgr la kanak-kanak kne dera ke ape..shida geramm sgt!!

izan mama mia said...

alangkah sempurna baby itu kalau mak dia sendiri yang menjaganya...itulah dilema yang terpaksa dilalui oleh wanita/ibu berkerjaya...saya amat bersyukur,..anak saya selamat dari semua itu, sbb saya yg jaga anak saya sendiri,....bukan sekali dua kes ini berlaku malah kerap sangat dilaporkan sejak akhir2 ini,....pilihlah..nak anak selamat atau kerjaya..semua terletak ditangan sendiri...mungkin juga,..pekerja dipusat asuhan itu tidak terlatih..itulah dilempang budak sekecil itu.....mereka bukan menjaga seorang dua malah ramai....sepatutnya,..selidik dulu tempat tersebut sebelum meninggalkan harta anda yg paling berharga disitu...kan...

Citra NaniZam said...

baru tgk kt MHI tadi.. betul tu kak fieda kenapalah org sekarang ni tak penyayang.. suka lepas geram pd bayi.. kalo dah tau x sesuai jaga bayi jgn lah kerja kt pusat asuhan.. dah byk terjadi pon tak jadikan iktibar lg

syawalsimpsons said...

heran la nape la ada manusia macam ni di muka bumi allah ni...adoi....

permata biru said...

nie yang nak fobia kalau nak antar ank g nursery..mcm boleh berlaku undercontroll..

nuyui a.k.a miss YUI said...

byk plak alasannya..

Kakzakie said...

Dialah sebenarnya yg jadi hantu fieda. Nasib baik ada si kakak boleh bercerita. Kalau tak mesti tak tahu.

Kakak geramlah kalau ada budak kena dera macam ini.

ayut said...

macam2 je skrg..pusat jagaan skrg klu nk amek penjaga kena bt test kesabaran agkye lpas ni.sabar ye la seorang ibu kan...huhu

eita said...

ada plok bagi helah yang tak masuk di akal ...

Yumida said...

makin bertambah kes dera bayi ni kan...myb cara nk ambik pekerja tu lebih diketatkan lagi...sesorg yg penyabar..kengkdg diorg ambik tangkap muat je...

Wanieys said...

kalau dah rasa tak boleh jaga kanak2 tutup jer pusat asuhan tu....nah dah xpasal2 jd kes polis dah

Qhaifa Nur said...

kasihannya pada anak kecil ini...
mereka tak bersalah......

Irfa said...

tk snggup nak komen

Izan Ishak said...

bertuah punya pengasuh. boleh kata kena pukul ngan hantu. dialah hantu rupanya... sian bby tu...

Ummi Iman said...

Kesian. Ni lah risiko yg buat saya takut nak tinggalkan iman. Kalau tak sanggup telefon jelah parentnya beritahu. Jgn lah sampai mendera. Bdk kecil tak tahu apa.

Mummy GreenyHouse said...

aduhai...kanak2 menjadi mangsa lagi. mentang2 la baby tak pandai mengadu.
pastu, buat citer la pulak sbb taknak mengaku salah dia..zaman skg ni mcm2. risau mak bapak nak hantar anak2.

Sue-Rya Qistina said...

apelah dosa bayi tu. xnak bertangungjawab pulak tu. lgsg x berperikemanusiaan! sian baby tu.. :(

Ibu Lala said...

kesian budak budak sekarangkan. selalu jadi mangsa. manusia sekarang tak de perasaan. binatang pun tahu sayangkan anak. patutnye manusia yang ada otak dan perasaan lebih dari tu. sedih.

ieedaz @ mama_isha said...

comel sgt baby tu..sian nye diperlakukan camtu! ape punye org la nak pukul2 baby kan..teringat isha kat taska, moga dijauhkan dari perkara tak diingini camni..amin

ct rahani said...

sy yg baca pun rasa geram sgt2.. x der perasaan langsung.. memang patut klu taska tuh dikenakan tindakan.. x amanah.. huhu.. terus emosi baca berita nih..

Myra Jay said...

Adehhh!!!

Macam2 la, apa la salah si kecil tu..

Tihara said...

kenapa yer seme org jd ske dera budak...takmo jaga tak yah la kan, ni sesuka hati mendera

Hanif Idrus said...

Jaga budak2 ni mesti ada kesabarannya...apatah lagi kalau ramai..
Kalau tak boleh jangan jaga...

wan nurul hezrina said...

gila betullah orgnie..memang patutnya didera sekali!

anitadiana said...

itu lah yg ita takut nak hantar kat tempat asuhan yg ramai-ramai ne..ita hantar anak kat makcik dah tua..anak ita aje yg dijaga...tu bukan hantu dia org yg naik hantu lepaskan geram kat budak-budak...kekadang ita pun geram jaga nak sendiri ..ne kan tempat asuhan yg cari untung aje

sHaR!Na eLyaNa said...

xabis cerita pasal budak..kalau bukan mati mesti kena belasah..cian la..ish2

anisalya said...

berani pukul sbb bukan anak sendiri. cuba kalau anak sendiri org buat macam tu mesti dia marah jugak.

Adylia Qarissa said...

susah nak cari tempat yang bagus dan baik untuk anak2

9n0L4 said...

hadoiiiiii, boleh pulak buat alasan yg tak brape nak logik tu. ;)

syiela said...

geramnya.. dia la yg hantu sebenarnya.. hish geram betoi la... mai nak penampar dia pulak bg rasa camne...

geram ni + risau sebab anak ada kat nurseri ni huhuhu

IntaNBerliaN said...

boleh plak dia bg mcm2 alasan... adoiii...
bahayalah skrg ni kan kak fieda.. bg ank org jg pun blm tentu selamat... dgn tersedak susu nya lah... dgn kene pukul lah... alahaiii

Si Matatajam said...

Adoi tak logiknya alasan dia tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.