Thursday, 19 July 2012

Hasil negatif benar pelajar bawa gajet ke sekolah


Kuala Lumpur: Lebih 90 peratus guru dan 80 peratus pemimpin sekolah tidak bersetuju cadangan Kementerian Pelajaran membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah. Keputusan hasil kaji selidik membabitkan kira-kira 2,000 responden di seluruh negara itu dimaklumkan Yang Dipertua Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM), Muhamad Khailani Abdul Jalil kepada BH, semalam. 
Muhamad Khailani adalah Ahli Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid yang dipengerusikan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong.

Malah, kajian itu turut mendapati lebih 75 peratus ibu bapa dan 55 peratus pelajar sendiri turut menolak cadangan berkenaan. Kajian dibuat Kementerian Pelajaran tahun lalu untuk mendapatkan pendapat pihak berkepentingan mengenainya.

Beliau berkata, rata-rata semua pihak kepentingan menegaskan keperluan pelajar untuk membawa telefon bimbit ke sekolah amat sedikit dan tidak mewakili suara majoriti. 
“Kebimbangan utama semua pihak berkepentingan itu ialah ia lebih banyak membawa keburukan. 

“Berdasarkan pengalaman sekolah, 60 peratus pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah walaupun tidak dibenarkan ketika ini. Masalah berlaku apabila telefon bimbit hilang, pelajar menuduh rakan mencuri sehingga mencetuskan pergaduhan.

“Selain itu, pelajar membawa anasir berunsur lucah ke sekolah dan berisiko tinggi berlaku penyebaran yang boleh mempengaruhi rakan,” katanya.

Sumber : Berita Harian

-----------------------------------------------------------------------------------------------

*saya pun tak setuju..ishhh..terpikir dalam otak ni banyak keburukan dari kebaikannya..udahlah sekarang pun mcm2 hal dah berlaku dari teknologi yg semakin canggih ni..inikan plk bila bebas dibawa ke sekolah..rasanya lebih banyak penyebaran negatif dari yg positifnya....pastu plk dalam kelas dapat ke budak2 ni nk bagi tumpuan pada pelajaran sepenuhnya pada pelajaran...ishh..mengarut la cadangan ni kan...

Banyak keburukan yang boleh disenaraikan berbanding dengan kebaikan membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah. Antaranya adalah;

1 – Kes kecurian akan bertambah apabila pelajar yang kurang mampu berasa cemburu dengan pelajar yang mampu menggunakan telefon yang canggih.

2 – Pelajar hilang tumpuan apabila sibuk mengemaskini status facebook mahupun berbalas pesanan ringkas ketika cikgu mengajar.

3 – Jurang perbezaan antara pelajar kurang berkemampuan dan mereka yang berada jelas kelihatan.

4 – Banyak klip video yang tidak sepatutnya, tersebar di kalangan pelajar.

5 – Anak-anak akan menjadi biadap kepada ibubapa yang kurang berkemampuan apabila memaksa mereka membeli telefon yang lebih canggih untuk bersaing dengan kawan-kawan yang berkemampuan.

6 – Kes pergaduhan juga bertambah apabila telefon salah seorang pelajar dicuri, timbul perasaan dendam dan kawan-kawan masuk campur untuk menyelesaikan dendam tersebut.

Terdapat banyak lagi keburukan yang boleh disenaraikan. Namun di samping keburukan yang disenaraikan itu, terdapat juga beberapa kebaikan yang boleh dilihat. Antaranya adalah;

1 – Anak-anak boleh menghubungi ibubapa jika mengalami masalah ketika perjalanan pulang ke rumah.

2 – Ibubapa juga boleh menghubungi anak-anak jika mereka tidak dapat mengambil anak pulang daripada sekolah.


42 org bagi komen best..:

Anum said...

saya pun x setuju

syawalsimpsons said...

masalah kalo bawak HP ke sek...silap aribulan tak belajar demo2 ni....ber FB je

Joanna Yunus said...

betul tu akak sendiri pun kurang bersetuju banyak yang tak elok dari yang elok...

Nida Mohd said...

Yup betul tu kak, saya setuju sangat-sangat..memang banyak keburukan daripada kebaikan..

Nida Mohd said...

Yup betul tu kak, saya setuju sangat-sangat..memang banyak keburukan daripada kebaikan..

Nur Lavender said...

betul la..sy pon terpikir..byk keburukan dr kebaikan ni..

Wanieys said...

nampak kesan buruk lebih banyak dr kesan baik

Sue-Rya Qistina said...

yessss...saya pun x setuju! lbh bnyk keburukan yg akan melanda di masa2 akan dtg.

fiza said...

Itu lah, saya pon kurang bersetuju gak. Byk buruk dari baik.

eita said...

betol tu....
sebenarnyer takde faedah apa benda pun nak suh pelajar bawak tipon kat sekolah..
memang tak jadi sekolah lah jawab nyer...

Ujie said...

lagi satu, kesian le kat makbapak yg kurang mampu atau anak ramai. anak2 sume sibuk mintak h/p..kwn sume ada, dia pun nak jugak.

QasehnyaRania said...

pagi..sis ;)

tu la dia anak2 hidup zaman it. semuanya nak canggih...tak setuju sbb byk keburukan...nti cikgu lagi pening tgh2 mengajar takut ada yg tak dpt tumpukan perhatian..

syiela said...

betulkan akak.. saya sokong.. bayak b uruk dari baiknya

Aju Mohit said...

Memang tak setuju benarkan anak2 bwk hp gi sekolah, banyak buruk dari baiknya

ieda said...

ye fieda ..
akk memang x setuju dari dgr ura2 nak dilaksanakan aritu
huh
harap2 kerajaan kaji semula !

AkuPunyeCerite said...

jemput join dear segmen nie :)
http://bieyshastory.blogspot.com/2012/07/segmen-bloglist-dan-diblogwalkingkan-by.html

Arina Shamsul said...

saya pun mmg tidak setunu dear...huhu.

Fieza79 said...

tk payah la kan hp2 bagai kt sekolah..nti leka di buat nya...byk y negatif dri positif...

Ummi Iman said...

Byk yg negatif kan. Eloklah tak payah bawa.

Mira Adzlia said...

yup..sy pun xstuju...sbb byk kburukan drpd kebaikannya

Tentang Kita said...

ada baik dan buruknya....tapi saya fikir tak perlu budak2 bawa hp ke sek....tak beri tumpuan dlm kelas nnt

anitadiana said...

kak ita kurang setuju hp boleh bawa ke sekolah ne..tak belajar lah jawapnya...

Saleha said...

salam perkenalan, follow awak. ada kesempatan jalan2lah blog kita :)

saya langsung tidak stuju dbudak sekolah debenarkan bawk telefon ke sekolah, saya tak nampak langsung kebaikannya

deanzofq said...

zaman aku dulu nk bawak nset pon xboleh. zaman sekarang ni memang demand. hahaha *pdhl jelesss :P

fizafantagirO said...

sy pun SANGAT TAK SETUJU . siapa punya cadangan la nih haishhh !

Tihara said...

kalo saya ada anak pun tak setuju..ramai x setuju,ape2 hal call sekolah cukuplah kan..

ros_reeza said...

betul tu, kak. Memang ada kebaikan dan keburukan cadangan ni.. Tapi, saya rasa lagi banyak keburukan la..

ShimaSalleh said...

Lawak betul kartun tu la fieda hihihi

Mmg betul tak setuju!

Kalau buat jugak maka bertambah la wang belanja anak2 ke sekolah yg mana sebelum pun mereka tak pernah belajar berjimat

Suhana Shuib said...

haru biru sekolah dibuatnya nanti..kena plak student tu anak orang berada.. bawak tab plak g sekolah..hhuhu..befesbuk sambil belajar. Kak Su x setuju langsung la..banyak negatif dr positif..

anisalya said...

kalau nak bawak boleh. tapi kena simpan kat tempat khas. pelajar cuma boleh ambik dan guna waktu rehat dgn waktu balik je. time belajar letak kat tmpt khas tu. tmpt tu pulak letak la dpn kelas. tp dlm mode senyap atau offkan. kunci tmpt tu cikgu pegang. tp tak bwk pergi sekolah pun tk apa.

Cik Rongoks said...

ika pon x setuju. hahahaa

Ibu Lala said...

ada pro and cons kan kalau boleh bw gajet ke sklh. nanti anak anak x belajar. asyik men game je.

•♥ Myra ♥• said...

tak setuju gak dan setuju dgn point2 yg diberi.

sekian, macehhhh :))

izan mama mia said...

izan punterkejut bila tau..berita ttg ini..entahlah..kenapalah usul camni boleh diluluskan yer...rosak..rosak

Izan Ishak said...

betul kak.. byk kesan negatif dari yg positifnya ni...

ieedaz @ mama_isha said...

Tak setuju jgk! Terlalu byk keburukan dr kebaikkan nye...

nanakimie said...

zaman skrg budak2 bwk je kan,nana dulu nset pun takda,hee...

Che Rosliza Che mat said...

CR pun tak setuju...banyak pengaruh yg bukan2...huhu

sHaR!Na eLyaNa said...

sha xstuju lngsung..napa nak benarkan..??byk sgt -ve dr +ve..

9n0L4 said...

mmg byk buruk dari baiknye. tepon skrg canggih². silap² tepon murid lagi hebat dari cekgu. huhu.

IntaNBerliaN said...

hihii.. gambar kartun tu cam betoi je,.. :-)

Si Matatajam said...

Banyak kesan negatif dari yg positif ni..l

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.