Saturday, 4 August 2012

Aiskrim Baskin-Robbins Percuma Untuk Rakyat Malaysia


Sekiranya Malaysia memenangi pingat emas pertamanya di kejohanan Olimpik London 2012, Baskin-Robbins akan memberikan aiskrimnya secara percuma di seluruh negara.

Ianya untuk menyatakan bahawa mereka menyokong inisiatif “Impian Emas” dari Media Prima Bhd.

Aiskrim ini akan tersedia pada 8 Ogos di semua 61 kedai aiskrim Baskin-Robbins di seluruh negara (tidak termasuk dua kiosk di Pantai Hospital di Bangsar dan Taman Tema Genting) bermula 8 malam hingga 10 malam.

Setiap orang layak mendapat satu skup aiskrim.

“Menjadi hasrat Media Prima untuk menyatukan rakyat Malaysia dalam satu suara bagi menyorak jagoan Olimpik kita,” kata Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian TV dan Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Media Prima.

Ini merupakan kali pertama Baskin-Robbins menyertai aktiviti sedemikian di Malaysia bagi meraikan saat bersejarah seumpama itu di negara ini.

Ia juga merupkan sumbangan terbesar Baskin-Robbins kerana ia melibatkan hampir semua kedai aiskrim Baskin-Robbins di seluruh Malaysia.

Pelanggan boleh memilih daripada mana-mana 31 perisa yang tersedia. Pilihan terbaik yang melambangkan detik penting ini ialah perisa Gold Medal Ribbon dan World Class Chocolate.

Mari kita sama-sama doakan kejayaan Malaysia.

Sumber : hangat.my

-updated 7 Ogos 2012-



Masih ada peluang utk dapat aiskrim percuma ni...
Walaupun hanya menang pingat perak..tapi rakyat Malaysia amat berbangga dgn DLCW...

31 org bagi komen best..:

ieedaz @ mama_isha said...

Best tu dpt BR free...:-)

izan mama mia said...

hehee..mungkinkah kita dapat aiskrim itu?...jom kita g beli...

shera haifa said...

boleh laa merasa BR kalau LCW dptkan emas tuk Msia..:)

Cik Nur said...

wah..seronoknya kalau taiping ni ade BR...
tapi xde laa..huhuh

Ummi Iman said...

Mesti ramai yg doa Malaysia dpt emas sebab nak mkn aiskrim BR free :) aiskrim mahal ni...
Dan mesti ramai yg serbu nanti... Nasib bulan puasa kan? Org Islam boleh dtg malam je lah... Silap2 dah habis ;)
Good luck utk Malaysia

Ikmal said...

Assalam, kalau menanglah untuk rakyat Malaysia nie erk... dapat makan aiskrim percuma lagi.. huahuhua... perkara mcm nie tak boleh lepaskan... kita serbu saja biar sampai habis stok aiskrim tu...

Wanieys said...

bestnyer klu dpt ice cream percuma hihi...moga2 malaysia dpt la satu emas pun jd la hihi

iEdA said...

mmg mengarap malaysia menang...skrg2nya org luar buka mata ngn negara kita yg kecil ni :)

Puan Kutu said...

wah ini sudah bagus..tp malaysia mmg ssh nak menang gold kan..sama2 la doa.:)

Puan Kutu said...

wah ini sudah bagus..tp malaysia mmg ssh nak menang gold kan..sama2 la doa.:)

ieda said...

mencik
ktn x der baskin huhuhuh

Ujie said...

tapi tak syok..bagi la bila abis bln Ramadhan. time siang. baru betul2 nak bagi.

apapun..susah nak dpt gold.

Joanna Yunus said...

8 malam - 10 malam...maka ramai le yang nampaknya beratur dan tak solat terawikh sebab mengejarkan ais krim free....

Myra Jay said...

Rasanya Dato' Chong Wei boleh menang emas ni :)

anisalya said...

satu malaysia dapat tu. menanglah emas malaysia. hehehe...

jemarisuri said...

bestnye...nmpk kt alamanda ramai la org Q nk BR free...hihi..

**tp siapakah yg dpt sumbang emas utk negara ituuuuuuuuuu..

syiela said...

kalau mng ramai la yg serbu nanti

eita said...

ye ke?..
macam tak cayer je..

shida'R said...

huhuhu~ tewass so xdpt lah semua kna beli huhuhu... :)

Alin Marlini said...

kempunan nak makan sb dah kalah. Bagi diskaun pun gak

Saya Disini said...

bestnye

kayyana said...

tak dpt baskin robbins.. tunggu azizul hasni pulak. hehehe

maszull said...

assalamualaikum fieda...Malaysia dpt pingat Perak jer nak makan Baskin Robbins terpaksa la beli sendiri yer...:)

wan nurul hezrina said...

adeh baru mimpi nak makan ke baskin robbin lah kiter sendiri.huhu

anisalya said...

at least ada jugak pingat kan? teringat la SIL saya kata dia terkejut masa anaknya beli aiskrim BR satu scop je dah cecah puluhan ringgit. ada duit okay je makan. ngeee...

IntaNBerliaN said...

tu la, xdapat kan.. tp xpa... lcw dah buat yg terbaik :-)

MamaEma said...

tak pernah cuba BR ni

QasehnyaRania said...

mornink akak =)
haha..kene beli sendiri la..perak je dapat

nanakimie said...

ttap jugak dpt kan sis even xmng,tapi nana nak BR tu jaohnya,huhu....

syiela said...

kat kedah tak tau pun kat mna ada hehhee.. sungguh kolot saya ni

Che Rosliza Che mat said...

Mesti ramai orang nanti...free katakan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.