Friday, 10 August 2012

DOA-DOA DI MALAM 10 TERAKHIR PUASA RAMADHAN


Bersamalah kita mengisikan 10 hari terakhir ini dengan melebihkan ketakwaan dan menjaga ibadat puasa Ramadan. Mari perkemaskan ibadah puasa di 10 hari terakhir ini dan tutuplah kecuaian yang berlaku dalam puasa 20 hari yang lepas dengan menambahkan amalan-amalan sunat selain amalan fardu seperti solat, bersedekah dan membaca Al-quran. Bersamalah kita mencari Lailatul Qadar. 

Doa-doa 10 malam terakhir untuk kita sama-sama membacanya dan mendapat syafaat daripada Allah SWT 


Doa hari ke-21
Ya Allah! Berilah aku petunjuk menuju kepada keredhaanMu. Dan janganlah Engkau beri jalan kepada syaitan untuk menguasaiku. Jadikanlah syurga bagiku sebagai tempat tinggal dan peristirahatan, wahai pemenuh keperluan orang- orang yang meminta.

--------------------------------------------------------------

Doa hari ke-22
Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pintu kurniaMu, turunkan untukku berkah-berkah Mu. Berilah kemampuan untuk ku kepada penyebab-penyebab keredhaanMu, dan tempatkanlah aku di dalam syurgaMu yang luas, wahai penjawab doa orang-orang yang dalam kesempitan.

---------------------------------------------------------

Doa hari ke-23
Ya Allah! Sucikanlah aku dari dosa-dosa, dan bersihkanlah diriku dari segala aib. Tanamkanlah ketaqwaan di dalam hatiku, wahai penghapus kesalahan orang-orang yang berdosa.

----------------------------------------------------------

Doa hari ke-24
Ya Allah! Aku memohon kepadaMu hal-hal yang mendatangkan keredhaanMu, dan aku berlindung dengan-Mu dan hal-hal yang mendatangkan kemarahanMu, dan aku memohon kepadaMu kemampuan untuk mentaatiMu serta menghindari kemaksiatan terhadapMu, wahai pemberi para peminta.

----------------------------------------------------------

Doa hari ke-25
Ya Allah! Jadikanlah aku orang-.orang yang menyintai auliyaMu dan memusuhi musuh-musuhMu. Jadikanlah aku pengikut sunnah-sunnah penutup nabiMu, wahai penjaga hati para nabi.

---------------------------------------------------------

Doa hari ke-26
Ya Allah! Jadikanlah usaha ku sebagai usaha yang disyukuri, dan dosa-dosa ku diampuni, amal perbuatan ku diterima, dan seluruh aib ku ditutupi, wahai maha pendengar dan semua yang mendengar.

------------------------------------------------------------

Doa hari ke-27
Ya Allah! Rezekikanlah kepadaku keutamaan lailatul qadar, dan ubahlah perkara-perkara ku yang sulit menjadi mudah. Terimalah permintaan maafku, dan hapuskanlah dosa dan kesalahanku, wahai yang maha penyayang terhadap hamba- hambaNya yang soleh.

-----------------------------------------------------------


Doa hari ke-28
Ya Allah! Penuhkanlah hidupku dengan amalan-amalan sunnah, dan muliakanlah aku dengan terkabulnya semua permintaan. Dekatkanlah perantaraanku kepadaMu di antara semua perantara, wahai yang tidak tersibukkan oleh permintaan orang-orang yang meminta.

-----------------------------------------------------------------

Doa hari ke-29
Ya Allah! Liputilah aku dengan rahmat dan berikanlah kepadaku taufiq dan penjagaan. Sucikanlah hatiku dan noda-noda fitnah wahai pengasih terhadap hamba-hambaNya yang mukmin.

--------------------------------------------------------------

Doa hari ke-30
Ya Allah! Jadikanlah puasa ku disertai dengan syukur dan penerima di atas jalan keredhaanMu dan keredhaan rasul. Cabang-cabangnya kukuh dan kuat berkat pokok-pokoknya..

-------------------------------------------------------------------

Akhir sekali terimalah hakikat kefarduan ibadat puasa Ramadan dan ikhlaskan hati dalam melakukannya semata-mata kerana Allah s.w.t. Semoga perkongsian ini dapat menambah kekuatan kita dalam menjalani ibadah dengan penuh keinsafan. InsyaAllah...


29 org bagi komen best..:

Masya said...

terima kasih kak fieda kongsikan info ni...

Ardini Humaira said...

jom samaa2 bersedia untuk lailatul qadar :')

Anum said...

good info

Mira Adzlia said...

trima ksh sbb share :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

terima kasih share sis..

anitadiana said...

sasalam fieda..lama tak singgah sini..betul tu..kejap aje nak abis puasa....dah ujung-ujung ne mood dah nak ke raya lah fieda...sepatutnya mcm fieda cakap tu lebihkan ibadat ...

syawalsimpsons said...

syahdunyer baca...

Kakzakie said...

Kata DJ Pian radio IKIM kalau Azizulhasni hampir berjaya dalam pecutan terakhirnya, kita kalau boleh nak juga buat pecutan di 10 malam akhir ini fieda.. yg ini memang pasti sebab janji Allah pada hambanya semua diberikan sama...

Bersama-sama kita lakukan..

msredcheesecake said...

amin.... ada yg dah siap shopping raya awal2 sbb nak duduk rumah beramal 10 terakhir Ramadhan ni...

msredcheesecake said...

amin.... ada yg dah siap shopping raya awal2 sbb nak duduk rumah beramal 10 terakhir Ramadhan ni...

Rahmah Ram Ram said...

tq for sharing dik!!

maszull said...

assalamualaikum fieda...suka bila dapat membaca doa2 di atas tu...:)

syiela said...

thanks kak share.. saat2 akhir nak merebut ganjaran :)

Fahz said...

alhamdulillah.Terima Kasih krn berkongsi sesuatu yg amat2 berguna.semoga kamu sentiasa dlm sejahtera..InsyaAllah..

Wanieys said...

thanks sharing kak fieda...sgt baik ni :)

Che Rosliza Che mat said...

info yg menarik fieda...semoga kita dapat amalkan...

Che Rosliza Che mat said...

info yg menarik fieda...semoga kita dapat amalkan...

Che Rosliza Che mat said...

info yg menarik fieda...semoga kita dapat amalkan...

izan mama mia said...

Insyaallah...info bagus..nak sharelah....minta izin yer kak fieda..

eita said...

sekejap je dah nak habis ramadhan..
nanti nak salin untuk berdoa di akir2 ramadhan..

shida'R said...

info menarik..thanks kak fieda :)

Cik Nur said...

sekejap je rasa.. dan sepuluh mlm terakhir..sedihnya..!

apa2pun, bagus entry ni..pkongsian yg baik..

IntaNBerliaN said...

thanks kongsi kat fieda..

Nora Karim said...

moga kita dipertemukan dengan malam lailatul qadar... amin...

sHaR!Na eLyaNa said...

pjam kelip dah smpai 10 malam terakhir..huh~

anisalya said...

thanks for the info.

QasehnyaRania said...

thanks kak sebab share ;)

9n0L4 said...

cpt masa berlalu. nak abis dah ramadhan.

Anonymous said...

cory booker and dating http://loveepicentre.com/ north carolina speed dating

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.