Wednesday, 8 August 2012

Kisah pekerja buruh dan duit syiling

Sentiasalah kita mendongak ke langit tanda syukur atas pemberianNYA.


Ting.....
Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen.
Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja.
Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.

Dia menyambung semula kerjanya.

Ting....
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya.Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.
Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya.Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya.
"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.
Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

Kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki,rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.
Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi,kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.
Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

Sumber: # Mastika

22 org bagi komen best..:

syawalsimpsons said...

yela kakak perumpamaan ni mmg sama...ngan diri kiter sebagai manusia ni kan..

Anum said...

syukur2 dgn apa yg ada

Ardini Humaira said...

semoga kita semua tidak alpa dengan duniawi.. :') syukur atas segala nikmat, redha dengan segala ujian

Wanieys said...

betul tu kebayakan manusia bila terasa sakit baru nk memohon kepada Allah S.W.T...Kisah ni mcm ada maksud tersirat

lady scooter said...

dalam maksudnya tu...

Zie said...

Betul tu sis, Allah maha pemberi rezeki, mudahan kita tak lupa

nita said...

Astaghfirullah ...
betul jugakan, selalu terlupa untuk mengingatiNya dan bersyukur dengan kurniaanNya tapi bila susah baru kita teringatkanNya. Moga kita sentiasa menadah tangan bersyukur mengingati Allah...

ayut said...

:) nasihat untuk sentiasa beringat...mekaseh kak fieda ats perkongsian..

syiela said...

ada terbaca gak ingat baru nak buat pasal ni hehehehe

Myra Jay said...

Nasihat yang sangat mendalam maksudnya buat iktibar semua..

Kakzakie said...

Sangat indah tamsilan yang diberikan fieda. Ingatan buat kita sebagai hambaNya

Nens Collection said...

penuh makna cerita ini..suke sangattt!!!

ieda said...

oh sungguh terkesan dihati dik
TQ sudi share ini .. ;)

Irfa said...

menarik sekali kisah ini..boleh share tak?

izan mama mia said...

pandang ke atas,...

Nad @ MamaZN said...

tq kak share citer ni
kadang2 kite sebagai manusia senang sgt lupa bile diberikan rezki melimpah ruah..
moga dapat dijadikan pengajaran pada saya dan kawan2 lain yg bac citer ni

Masya said...

tanpa duit syilling tiadalah rm10.00,rm100,rm1000 hinggalah sejutakan...

Cik Nur said...

betul tu, kadang2 sebagai manusia yg lemah nur juga teralpa dgn limpah rezeki yg telah di berikan..huhuh

ANIM said...

itulah realiti kehidupan..
bila ditimpa kesusahan, baru kita ingat Allah.

ainnoraini said...

Manusia mmg mcm tu kan...bila ada musibah yg melanda baru nk rasa insaf..dan bila dpt rezeki yg melimpah ruah terlupa pada yg memberinya untuk mengucap rasa syukur..tanda berterima kasih pada Allah yg maha mengetahuinya..

Che Rosliza Che mat said...

betul tue fieda....nice story..

anisalya said...

pengajaran yang diambil disebalik cerita?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.