Tuesday, 7 August 2012

Shila Hamzah kini bertudung sepenuhnya

Alhamdulillah...Shila Hamzah kini telah pun bertudung sepenuhnya...comel jer kan..sejuk mata peminat
memandang..

shila amzah bertudung

PETALING JAYA: Keputusan penyanyi Shila Amzah yang memakai tudung bermula 1 Ramadan lalu hanya untuk suka-suka berubah apabila dia tekad untuk kekal dengan imej tersebut.

Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah berkata, dia membuat keputusan tersebut pada Sabtu lalu selepas 15 hari melalui “tempoh percubaan” dan berazam untuk berimej sedemikian sehingga ke akhir hayat.

“Pada mulanya penghijrahan ini bermula pada 1 Ramadan sebagai tempoh percubaan dan ingin mendapat kepastian adakah saya benar-benar bersedia untuk melakukan perubahan tersebut.

“Dua hari lalu (Sabtu) saya sibuk dengan penggambaran program Nona bersama Neelofa dan Fauzana, tetapi ketika itu saya terpaksa membuka tudung.

“Kemudian, di sebelah petang pula Sharnaaz mengajak saya untuk berbuka puasa bersama peminat-peminatnya dan ketika sedang bersiap, tiba-tiba sahaja saya ambil tudung dari almari dan pakai terus. Ketika itu saya dah rasa sudah sampai masanya untuk diri ini berubah,” katanya yang dihubungi mStar Online di sini Isnin.

Tambah Shila, kekasihnya, Sharnaaz Ahmad tidak sangka perubahan drastik yang dilakukannya namun gembira dengan imej terbaru itu.

Dalam pada itu, ibunya juga ingin kepastian adakah benar keputusan yang dibuat itu kerana risau jika Shila akan membuka semula tudungnya pada masa akan datang.

“Apabila memberitahu hasrat ingin bertudung kepada ibu, banyak kali dia tanya, adakah saya yakin dengan keputusan ini kerana apabila dah pakai, kita tak boleh nak buka semula tudung sehingga mati.

“Alhamdulillah, memang saya ingin berubah dan mahu menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini. Malah, saya mula berubah sedikit demi sedikit dengan mengubah cara pemakaian yang lebih sopan,” ujarnya.

Sementara itu, walaupun tampil dengan imej berkenaan, Shila tetap meneruskan kariernya sebagai seorang penyanyi dan bakal muncul dengan album terbaru pada awal tahun depan.

“Saya masih lagi menyanyi, tetapi tak adalah nak menari sakan macam dahulu. Pemilihan lagu pula lebih ke arah balada dan pop. Semoga perubahan diri ini membawa keberkatan yang lebih bermakna,” tuturnya.


25 org bagi komen best..:

IntaNBerliaN said...

alhamdulillah... cantik je dia pakai tudung.. :-)

Kesuma Angsana said...

alhamdullilah suka suara shila ni!

Sue-Rya Qistina said...

syukur alhamdulillah..cantik! hrp dpt kekalkan imej yg baru :)

ShimaSalleh said...

Baguslah..
Tapi klu dada tu ditutup lagi nampak sempurna kan :)))

Cik Rongoks said...

alhamdulillah ^^

Mira Adzlia said...

tmbh cantek bile shila btudung..bseri gitu :)

ros_reeza said...

Alhamdulillah.. lebih manis bila bertudung :)

izan mama mia said...

eloklah tu..

Falsya said...

yeayy!!..alhamdulillah..serious cantik shila bertudung..

Qhaifa Nur said...

alhamdulillah buat Shila Hamzah....
comel sangat.....

Irfa said...

kalau betul.alhamdulillah..cantik

Anum said...

alhamdullilah

shida'R said...

kak fieda...sekali pndg mcm org lain kan..heheee :D
cntik bila btudung shila ni :)

Ujie said...

Saya rasa ni tempias teknologi mklumat gak. cth kat Fb slalu ada yg post/share tazkirah, nasihat keagamaan. Lama2 terkesan gak kat hati dn nk berubah.

jemarisuri said...

moga berkekalan...

nanakimie said...

alhamdulillah..:)

cantik gambar tu

Cik Nur said...

alhamdulillah...penghijrahan yg baik..
harap lepas ni ke arah lebih baik lagi.. :)

cantikkan dia. :)

kayyana said...

org cantik bertudung pun cantik.. free hair pun cantik... hehehehe... tp muke die nampak mcm bini mawi plak bile bertdung.. hehehe

Wani said...

alhamdulillah bertambah sorang lagi artis bertudung ... syukur sebab shila ni masih muda lagi dah terbuka hidayah nak bertudung tak macam yang lain :)) ..moga perubahan dia ke arah yg lebih baik lagi..

Anum Shukri said...

Alhamdulillah..makin ramai artis bertudung..tp kalau tutup penuh dada tu lagi elok..

Myra Jay said...

Alhamdulillah.. moga kekal begini ;)

Wanieys said...

Alhamdulillah seorang lagi artis bertudung....comel jer shila pakai tudung...sweet :)

misshannajr said...

Alhamdulillah.semoga dia mendapat keberkatan Allah dan sentiasa berubah lebih baik :D

syiela said...

alhamdulillah.. comel je kan

Che Rosliza Che mat said...

Ahamdullilah....Lagipun Shila lawa bertudung...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.