Friday, 7 September 2012

Tanda-Tanda Suami Merajuk

Jangan ingat isteri jer pandai merajuk...hihi..suami pun dah pandai la ni merajuk tau...tanda2 dorang tgh merajuk kita boleh baca kat bawah ni....biasalah dlm rumahtangga kan..sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri..saya pun pernah alami semua ni..kawan2 pernah tak...??tapi suami kalau merajuk kejap jer,tak lama pun...betul tak...kikikiki...


1. Diam seribu bahasa - Dia diam sahaja tanpa sebarang kata sepanjang bersama dengan anda. Bila anda bercakap dia hanya mengiakan atau menganggukkan kepala sahaja. Dia sedikit pun tidak melayan anda seperti sebelumnya. Jika ini berlaku, memang sah dia sedang merajuk dengan anda.

2. Buat tidak tahu - Dia buat tidak tahu tentang anda. Jika anda bercakap atau meminta pertolongan dengannya, dia buat-buat macam tak dengar. Ini adalah cara protes yang paling teruk kerana ia bukan sahaja membuatkan anda geram tetapi juga membuat anda seperti tidak wujud di depannya.

3. Menolak untuk keluar atau makan bersama - Orang lelaki yang sedang merajuk biasanya enggan bertentang mata dengan pasangannya. Jadi jika si dia memberi pelbagai alasan untuk berjumpa atau makan bersama, maknanya dia sedang merajuk.

4. Bermuka masam - Biasanya lelaki merajuk buat muka masam. Sudahlah tak mahu bercakap, buat muka masam pula. Ini adalah sikap lazim orang yang sedang merajuk.

5. Baca surat khabar - Tabiat biasa orang lelaki ialah membaca surat khabar. Tetapi jika asyik baca surat khabar yang sama berulang kali tanpa sebab ketika bersama dengan anda, maknanya jiwanya tidak tenteram dan ada sesuatu yang menganggu dirinya.

6. Menonton TV - Dia menonton rancangan TV bukan kegemarannya dengan bersungguh-sungguh ketika anda ada bersama. Sebenarnya matanya ke TV, tetapi hatinya ke tempat lain.



36 org bagi komen best..:

ieedaz @ mama_isha said...

nice sharing kak..hehee

SHAHZEE said...

erm..kalau dh lama kawen dah masak ngan perangai pasangan kita kan..dah boleh bajet dia ni merajuk ke x

Myra Jay said...

Heheee, ada gak tanda2 yang mengena.. :)
Biasala adat berumahtangga kan kak fieda ;D

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

merajukla sangat bila cakap bangggg jom pg umh mak abgg..laju jelah.. hilang majuk haha

Falsya said...

husband falsya kalau merajuk mmg leh tau..kalau merajuk tetibe muke serious..hehe..

IntaNBerliaN said...

done maxis

IntaNBerliaN said...

a'aa kan, kdg2 lelaki ni merajuk buat xtau je kat kita.. hihi

Kakzakie said...

Abang susah merajuk tapi kakak selalu yg merajuk fieda (dah tua katakan). Nanti dia geletek itulah idea dia...

Masya said...

lelaki kalau merajuk lagi payah nak pujukkan ermmm..

Kesuma Angsana said...

senang je nak buat kalau suami merajuk ni hehehe

ieda said...

ekekek entah lah hubby akk tuu jenis x pandai majuk kuut .. sbb semua ciri2 nie akk x perasan kat die ekek ;)

sue zainun said...

hehe ada2..tapi nasib baiklah si suami kejap jer merajuknya..sue yg jenis merajuk panjang..hehee

Anum said...

good2

izan mama mia said...

hahahah...biarkan yg merajuk reda sendiri...

izan mama mia said...

lama kak fieda hilang..mood tak datang lagi ker ??

cik ika said...

hehehe..tips terbaik..kne ingt lpas ni..biapun ika lom kawen g..

Cik Nur said...

Nur belum ada suami, tapi tips ni, boleh membantu kalau dah bersuami nanti..

kira tahulah mcm mana suami mrajukkan..hihihi

Sue-Rya Qistina said...

betul3..saya setuju dgn semua di atas!
sbb saya dah pernah laluinya. hehehe
biasalah tu kan, asam garam rumahtangga. :)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam fieda.Lps raya ni br hari ni la k.atie sempat singgah umah fieda.Sht?
Biasa la org llaki..dia pon ada persaan gak kan cam kita org pompuan yg selalu trover sensitip..hihi
Selalu klu camtu..k.atie cepat2 minta maaf & ......(opst xleh taip kat sini...:))

maszull said...

assalamualaikum fieda....memang betul apa yg fieda ckpkan di atas kalau dah ada tanda2 mcm tu kenalah faham apa sebabnya jadi begitu yer...:)

eita said...

tak tahu langsung pasal ni sebab takde hubby lagi..huhuhuh

LYAfrina said...

bila baca ni..bru lya perasan..ade org merajuk la.. hehehe

Si Matatajam said...

Merajuk2 manja tu biasa la kan..
p/s:Nak minta email address bleh tak, M nak email alamat kat akak..

sal ya said...

satu dgn dua je kak. yang lain tu tak ada lagi. sbb kalau dia merajuk saya tak ajak keluar. hahaha...

Joanna Yunus said...

betul3x : semua diatas... tapi dia merajuk senang je nak pujuk...

QasehnyaRania said...

alhamdulillah daapt suami yg tak penah merajuk..

sebab tak pernah tgk sidia bermuka masam..senyum je memanjang,walaupon da msalah..sidia juga kureng membaca, lau baca paper just baca sukan je..

http://lobaksusue.blogspot.com/2012/09/ketupat-daun-buluh-penah-makan-ke.html

Che Rosliza Che mat said...

Hihihi...hubby cr jarang merajuk...apa yang di kongsi tue memang betul...nice info fieda...hubby fieda merajuk ke?kikiki

Tihara said...

comeynye gambo kucim tu :)

AkmaFaizal said...

haha..suami saye jarang majuk, biasanye kami berselisih pendapat then sampai terjadinya marah2...pas tu dia buatlah semua tanda2 1-4 tu..sabo ajelah. skang xpernah beli suratkabo bace guna hp je..hehe

done nokia :)

syiela said...

kalau dah lama bersama sekali pandang tau dah merajuk... kena la pandai2 ye :)

Wanieys said...

lelaki mmg kdg2 merajuk gak...tp husband wani jrng nk merajuk wani pulak yg melebih2 merajuk kt dia hikhik

Puan Kutu said...

klu en suami entah ekk tak tau bila dia merajuk,selalunya yg pertama n kedua tu adalah tanda dia marah je.klu lelaki merajuk nie macam buruk sikit rupanya.haha

shahdiana said...

abang yana kalo merajuk susah nak pujuk...memang payah sangat la...tepon pun tak angkat.....

9n0L4 said...

laki ke ppuan ke, kalau merajuk same jeeeee. hehe.

Eca Dwinky Asha said...

harus bookmark entry ne....kot2 bakal suami kang merajuk lak.heehhe

wan nurul hezrina said...

wahh bolehlah perhatikan.hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.