Friday, 7 September 2012

(Sinopsis dan video) Drama Adam & Hawa episod 1-4

 Fenomena drama Adam & Hawa sdg melanda..Saya pun teringin nk mengikuti drama ni secara on9 sbb ianya hanya disiarkan di ASTRO MUSTIKA HD ..umah saya cuma ada Astro biasa je..jadi saya upload video kat sini supaya sng saya nk tonton nanti..Pada kwn2 yg nak ikut jugak jom la tonton kat sini...Insyaallah saya akan terus kongsi episod seterusnya nanti...




Sinopsis Drama Adam dan Hawa

Mengisahkan Ain Hawani seorang remaja lepasan SPM, bekerja di sebuah tadikan milik kakak Adam Muhkriz kerana menggantikan guru yang bersalin. Ain hanya bekerja sementara saja, kerana dia ingin menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi.

Semasa Ain bekerja di tadika tu lah Ain telah bertemu dengan Adam dan ada juga perasaan sukakan Adam (kiranya macam cinta pandang pertama jugak la). Adam pula seorang pilot syarikat MAS, seorang yang kacak dan berperangai ala playboy.

Cita-cita Ain Hawani bagaikan terhenti di tengah jalan apabila berlaku peristiwa hitam dalam hidupnya, Ain telah ditangkap basah kerana dituduh berkhalwat dengan Adam. Ain telah dipaksa berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga walaupun Ain tidak rela.

Timbul lah perasaan benci Ain terhadap Adam kerana sikap Adam yang mendiamkan diri seolah benar mereka berkhalwat sedangkan mereka rupanya difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan Adam dan Ain Hawani. Akhirnya mereka berkahwin, tetapi tidak seperti suami isteri yang lain, Ain masih membenci Adam dan tak boleh menerima Adam sebagai suami.

Ain Hawani kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan dia dan Adam berpisah selama 8 tahun. Adam masih menganggap Ain sebagai isterinya yang sah namun tidak bagi Ain. Akhirnya mereka telah bertemu kembali di depan pintu Masjidilharam di mekah. Adam mengharapkan Ain kembali kepadanya tetapi Ain masih lagi ego tak mau terima Adam.

Apakah kesudahan kisah cinta mereka?

------------------------------------------------------------------------------------------

Sinopsis dari novel Adam dan Hawa

AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. 

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata. 

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. 

Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...

Setakat ni memang ceritanya mengikut plot2 dalam novel.Heronya aron aziz dan heroinnya Nadiya Nissa yang di pilih oleh penulis aisya sofea sendiri untuk melakonkan watak ain hawani.

-----------------------------------------------------------------------------------------


Pertemuan tidak sengaja antara Ain dan Adam dipersimpangan jalan bersama teman wanitanya Dee membuatkan Ain memandang sinis pada Adam yang tanpa segan silu bermanja-manja di dalam kereta. Perbuatan keterlaluan dan perangai mengada Dee yang Adam suka layan sehingga dia diberi gelaran `playboy` Ain yang menuju ke Tadika Bintang Kecil terkejut sekali lagi apabila kereta yang sama dipersimpangan jalan berhenti di tadika tersebut. dia merasakan sesuatu tidak kena. Hakikatnya Ain suka melihat ketampanan Adam begitu juga Adam yang suka mengusik perempuan. Sementara itu, gelagat cikgu-cikgu di tadika juga cuba menarik perhatian Adam. Terutamanya Cikgu Zauyah yang cuba sedaya upaya hendak menggoda Adam. Kenakalan Adam terserlah bila Ain diusik ketika waktu temuduga yang sepatutnya dilakukan oleh Kak Zah. Jadi apakah kesudahan Adam & Hawa untuk episod pertama ini? 

-----------------------------------------------------------------------------------------

Adam & Hawa Episode 2



Mama Adam, Maria mula sibuk bertanyakan tentang pilihan hati Adam untuk berkahwin awal. Adam sentiasa cuba mengelak dengan memberi pelbagai alasan. Tetapi yang pasti Dee iaitu teman wanita Adam bukan pilihan maria. Ain rasa seronok setelah mula bekerja sementara Adam sentiasa mencari peluang untuk berjumpa dengan Ain di tadika. Adam mula seronok melihat dan mengusik Ain tetapi Ain tetap dengan gaya bersahaja yang masih keanak-anakan. Dee yang cuba menghubungi Adam berasa geram apabila tiada jawapan dari Adam dan ini telah menimbulkan syak wasangka. Apakah yang akan terjadi dalam episod kedua drama bersiri Adam & Hawa kali ini?

-------------------------------------------------------------------------------------------

Adam & Hawa Episode 3




Dee mula merancang sesuatu untuk memenangi hati Adam. Tetapi Maria, mummy kepada Adam memang tidak berniat untuk menjadikan Dee sebagai bakal menantu pilihannya. Pelbagai cara yang dilakukan Dee supaya Adam masuk meminangnnya.Apakah kesudahan yang akan berlaku untuk episod ketiga drama bersiri Adam & Hawa ini?

--------------------------------------------------------------------------------------

Adam & Hawa Episode 4



Adam mula banyak menghabiskan masa di Tadika Puncak Ilmu demi Ain. Cikgu-cikgu di tadika tersebut sudah mula membuat spekulasi tentang hubungan yang terjalin antara Adam dan Ain. Tetapi ikatan mesra mereka mula diganggu oleh Cikgu Zauyah yang cuba memikat Adam. Apakah yang kesudahan di episod empat ini nanti?

18 org bagi komen best..:

syawalsimpsons said...

tak penah tgk la kakak...mmmmm....cantik header

Kesuma Angsana said...

mcm best je, tp KA x sempat nak follow citer ni

duniafana said...

best ka cita ni?

nana kamarul said...

Weeee. Same lah kita. Rumah xde astro mustika HD. Anyw, I dah tengok dah these 4 episodes. Can't wait for the rest :D Have fun watching :)

Tihara said...

alamak tak tengok....hehe :)

Suliana said...

la astro ke kak.. sy puas tgu kat tv 3.. hahaha.. insylh klu ada masa blh layan cite ni sambil lipat kain ke. skrg nak tgk tv xde peluang. hehe

Anum said...

layaaaaaaaaaaaan

Cik Nur said...

mcm mana nak dowload ye..?

IntaNBerliaN said...

nanti2 nak tgk gak lah...

AkmaFaizal said...

sib ade pvr kat umah..bole tgk ulang2 ngeh3 :)

SHAHZEE said...

semua dok bercerita pasal adam hawa ni tp sy malas nak amik tau sbb kat umah astro biasa je..ok gak k.fieda upload leh tgk hehehe

sal ya said...

ramai jugak yg nak tgk abang aaron berlakon.

syiela said...

rajin kak fieda... kurang2 ada juga yg dapat tonton online

Wanieys said...

kak fieda mesti x penah mis tgk citer ni hehe

shidaR said...

shida xpenah tgk lg la kak fieda..xnyempat sbukk huhuh...sejak2 nih...

shahdiana said...

tengok kat sini jelah jawabnya....hehehe

::EIDA:: said...

Akak, ida follow sini..Suka sangat bila akak ada semua episode AdamHAwa ni...

Boleh ida review blog akak? =)

9n0L4 said...

nak tengok episod 3 tapi kuarnye episod 4 kak. hee.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.