Episod lima Adam & Hawa menyaksikan CIkgu Zauyah mula menunjukkan iri hati kerana Ain dan Adam mula rapat di antara satu sama lain. Perkara tersebut menimbulkan perkara kurang senang antara Cikgu Zauyah yang mula memburukkan Ain dan Adam kepada Dee.
Ain pula tidak mahu hubungan intimnya bersama Adam disalah erti kerana tidak mahu jatuh cinta dengan Adam yang sememangnya diketahui seorang ‘playboy’. Jadi apakah kesudahan Adam & Hawa untuk episod kelima ini nanti?
-------------------------------------------------------------------------------------
Ain tekejut apabila melihat sesuatu di atas mejanya. Yang pasti benda di atas meja Ain membuatkan dia tersenyum riang. Adam pula semakin selesa dan tidak mahu mengaku bahawa dia yang meletakkan hadiah tersebut di atas meja Ain.
Sementara itu, Maria yang juga mama kepada Adam mula merasa tidak senang hati dengan tingkah laku Dee yang mahukan Adam meminangnya secepat mungkin. Perbuatannya itu membuatkan Maria semakin marah dan tidak selesa kerana berani memaksa Adam secepat mungkin mengikat pertalian yang sah antara mereka berdua.
Apakah yang akan dilakukan Adam untuk memberitahu perkara yang sebenarnya kepada Ain dan Dee? Mampukah Adam melakukan sesuatu untuk terus mengekalkan persahabatan nya yang semakin akrab dengan Ain?
-----------------------------------------------------------------------------------------
Kah Zah cuba mencungkil rahsia hati Ain terhadap Adam tetapi sedaya upaya berdolak dalih tentang isu cinta mereka berdua. Dia juga takut jikalau Kak Zah mula memandang serong padanya.
Sementara itu Sharina, sepupu kepada Ain masih tergila-gila kan Adam dan sering becerita tentang lelaki pujaannya itu. Perkara tersebut membuatkan Ain tidak mula merasakan seolah-olah itu adalah tanda peringatan supaya ‘jangan menganggu Adam’.
Adakah Ain akan meneruskan niatnya untuk mengenali hati budi Adam selain merapatkan hubungan persahabatan mereka?
--------------------------------------------------------------------------------------
Ain mula mendapat idea dengan mengumpan Sharina untuk menggantikannya membantu Adam kerana Ain tahu Sharina pasti akan sanggup buat apa sahaja demi dapat bersama dengan Adam walaupun dia berada dalam keadaan yang sakit.
Lebih kecoh apabila isu Adam dan Ain yang membuat temu janji mula tersebar di Tadika Puncak Ilmu. Ini lebih menambahkan kemarahan CIkgu Zauyah tentang isu tersebut.
Apakah yang bakal terjadi nanti tentang selepas berita tersebut tersebar di tadika tempat Ain mengajar?
Jom Daftar Says dan dapatkan RM5 percuma
Jom Daftar Says dan dapatkan RM5 percuma
Drama Adam & Hawa episod 5-8






21 org bagi komen best..:
xpernh tngk citer ni
lorh.. x penah lg layan citer ni.. best ke?
seronoknya
kak fida mmg minat cerita ni .. saya mmg dah baca novel adam dan hawa ni dulu mmg bes.. jalan cerita dia saya tahu tapi takut depa tuko jalan cerita cam cerita bicara hati dulu2....
nnti nk tgk la cite ni dr epi 1 . ramai kata best
Menarik juga bila kakak baca sinopsis yg fieda berikan..
bila senang2 boleh tengok ni.. :)
terima kaseh kak sudi berkongsi.. :)
cite ni best ke ek.. ramai org duk ckp psl ni skrg ni
wah gitu...siap upload semua video siap ade sinopsis skali..cayalah..best3
tak layan pun cerita ni. novel je baca.
tak sempat la kak nak tengok.. kembarmakin lasak...
best tgk citer ni sbb aron belakon haha :p
best ke cerita nie?tak pernah layan pun..hihi
wah marathon nie
thanx dikk
leh tgk sini ;))
semua org duk nk tgk citer ni..xleh jd shida kena gak cr msa tgk nih huhuh..
best ke cerita ni...teringin nak tengok tapi asyik terlupa jek....
rajinnya akak download...
saya pun tonton maraton hujung minggu kat rumah ...
suke tgk bile ain tu senyum .. sy pun tersenyum hahaha... dah mcm menjwai btl...
tak sabar nak tau endingnya....
nak beli novel malas nak bacalah pulak.. takut terbayang² aeron ...
akak dah jatuh cintan sama itu am.. hahhaha
TQVM Fieda, bcoz of u I dpt tgok episod 5-12.
omarsharifah
M mai sini layan 4 episode tu..ha ha..
aaron punye pic profile kat twitter skrg pun pakai gmbr berbaju pilot. hehe.
Post a Comment