Wednesday, 31 October 2012

Update status FB dari dalam kubur

Dah tak tau nak update ape dah...Nak bw dan balas komen line amatlah semput dan buat saya rasa merajuk dgn BB ni...huhuhu...Maaf yer sayang2 GSF semua.....bukan sombong tak nak gi umah korang tp line ni buat saya rasa bosannya nak jalan2..Terima kasih jugak pada semua  yg sokmo2 datang sini...Sayang sokmo la.....Jom layan gambor comey ni dan ada cerita di bawah...sekadar utk muhasabah diri...


Suatu malam, sebelum tidur si anak bertanyakan ayahnya.

Anak: "Ayah, boleh tak adik update facebook dari dalam kubur?"

Ayah: "Tak boleh sayang.."

Anak: "Kalau adik nak update juga?"

Ayah: "Tak boleh. Kalau facebook boleh diupdate dari dalam kubur setelah mati, mungkin ini statusnya:

1. "Allahurobbi! Besarnya ular! Banyaknya kepala dia!"

2. "Ya Allah! Lipan banyaknya! Kala jengking besar-besar!"

3. "Allah! Mak abah tolong!! Tolonglah keluarkan daku dari tempat yang menakutkan ini!"

4. "Arghhhhhh! (tulang rusuk kanan bersatu dengan tulang rusuk kiri dihimpit bumi kiri kanan)"

5. "Ya Allah! Sakitnya tidak terperi lagi dipalu malaikat-malaikatMu ini..aku bertaubat Ya Allah..ampunilah daku!"

6. "Ya Allah! Panas membakarnya seluruh tubuhku ini! (tubuh dipanggang)

7. "Ya Allah! Gelapnya di dalam kubur ini...takuttt..."

8. "Ya Allah! Kembalikanlah aku ke dunia! Aku berjanji akan taat!"

Adik: "Boleh tak kembali ke dunia setelah mati?"

Ayah: "Sesungguhnya sudah tidak ada peluang kedua lagi apabila jasad telah terpisah dari roh. Merayulah keluar air mata darah sekalipun, tidak lagi akan dikembalikan ke dunia."

Adik: "Hmmmm..jadi tak bolehlah update ya.."

Ayah: "Ya tak boleh. Update facebook tidak perlu. Update iman dan akhlak sangat perlu. Update ilmu al-Quran juga perlu. Mereka yang lalai dengan facebook akhirnya akan update status-status seperti ayah ceritakan tadilah. Orang-orang yang melebihkan facebook, twitter melebihi Tuhannya, akan mengalami situasi-situasi tersebut. Adik mahukah begitu?"

Adik menggeleng-geleng kepalanya seraya menyerahkan iPad kepada ayahnya.

Adik: "Ayah simpanlah benda ni. Adik tak perlukan. Esok ayah tolong carikan adik tempat belajar Quran ya. Adik nak belajar mengaji."

Ayah tersenyum memeluk anaknya. Mengucup lembut anaknya. Moga jadi anak yang soleh hendaknya. Amin..



47 org bagi komen best..:

ieda said...

renungan berguna dan kesedaran yg sgt2 bagus !
insyaallahhhhh .. betapa risau bila mengenangkan peralihan zaman skrg nie huhu

Anum said...

nice

Sue-Rya Qistina said...

nice n3 sis!
insaf rasanya..

BERT said...

bagus.. peringatan yg sangat baik n bgus utk didik anak dengan 'status' macam tu hehe

nuyui a.k.a miss YUI said...

suka entry ni..beri manfaat pd kaki fb..hihi..kaki blog juga =)

PinkUmmi said...

rasa seram sejuk pulak bace entry akak nih

Cik Nur said...

Bila keadaan dunia makin canggih, risau dengan didikan yang luar kawalan kitakan..

psst..akak update entry pakai BB ke..?

Tihara said...

as salam


bagus cite ni..nak fb pn jgn berlebih tu je kan..updet status dakwah insya Allah hati pun turut terkesan..ini tak, update sayang hubby ketat2...i lap u..u lap mi..takadk pekdah lansung..tp hak masing2 tak baik plak cakap macam tu..hihi

Myra Jay said...

Anak kecil dah mengerti apatah lagi kita yang kekadang masih alpa

izan mama mia said...

ingatan yg bagus nih....tq kak fieda..

Falsya said...

sgt3 mendalam maksud..

Kakcik Nur said...

Kadang2 kita mendapat 'ilmu' dari anak2 tanpa kita sedar...

Mrs Velentine said...

subahanallah..

kinara kinatara said...

wah nice sharing kak:)

tersentap hati:)

Qhaifa Nur said...

tersenyum sendirian.......

Deq's Qienz said...

Betul tuh kak..budak2 skg generasi y.smua bnda gan gadget..mcm lawak plak dlm kubur tuh tapi tetap takut..smg kite sntiasa drahmati allah swt

syawalsimpsons said...

sejuk je hati ni baca..bila si anak tu sedar

Si Matatajam said...

Nice story...jom update iman kita..

aizu's life said...

bagusnya kisah ni.. zaman skrg, smua masalah terpapar kat fb.. 1 dunia blh tau. huhu..

shahdiana said...

dalam memberikan yang terbaik untuk anak-anak jangan lupa beri yang terbaik untuk dibawa bekal di sana nanti kan..

shuhadaothman said...

jgn tlalu addict kan kak. nice sharing :)

are_lin@yu said...

betul.setuju sgt ;-)..zaman sekarang berbeza dgn dahulu ;-)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

nice sharing kak fieda...setuju sgt dengan dialog kat atas bukan apa skang ni fb,twitter dll dh jadi benda utama hingga manusia lalai kepada tuhan

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

done L'Occitane & nuffx :)

iTU AKHiL said...

stuju..
gmbr yg last sekali tu menarik..hehe

maszull said...

assalamualaikum fieda....bagusnya moga menjadi anak yg baik nanti kan...:)

eita said...

tu lah orang zaman sekarang ni..sikit2 update dalam fb....
hatta nak tido pun update jugak

Nora Karim said...

ye la... betul tu.. zaman anak2 kita... zaman teknologi...

IntaNBerliaN said...

sama2lah kita renung2kan... :-)

Karukord Jagau's said...

penggunaan internet dgn laman sosial ni kalau tak beringat mmg boleh melalaikan....

QasehnyaRania said...

dunia serba teknologi buat semua org alpa..
peringatantok diri sendirijuga,.thanks akak ;)

dya bunga said...

tq ka fieda..insaf..huhu

Deqla manjew said...

betul tu...bebudak sekrg byk diajar dan digalakkan on9 je kot...huhu...ini renungan buat deqla jugak.. =)

wan nurul hezrina said...

nurul mmg takdok fb..semua dr fb post kat bolg nurul suka nak2 bab renungan2..tapi hubby ada fb..erm..huhu

Ibu Lala said...

nice sharing...tq fieda..

suhaila omar said...

entri yg menginsafkan...

shidaR said...

zaman skg kak biasa..semua bnde semakin canggih..

nadia said...

subhanallah...

IntaNBerliaN said...

bagus ank tu yer..

syiela said...

insaf.. dah jarang berfb :(

C'Jai said...

setuju ngn quote atas ni..didik anak2 mengikut zaman mereka..baru jer sebut dan bincang perkara ni kat sekolah tadi...

Izan Ishak said...

nice sharing kak fieda~

wan nurul hezrina said...

aduyai kak fieda mmg menyiksakan status itu

lelamaisara said...

berguna...:)

zaman sekarang dah banyak berubah...:(

sal ya said...

baru je baca kat fb.

9n0L4 said...

budak budak skrg ni mmg kne pandai gune psiko utk pengaruh dorang. :)

Anonymous said...

Hello, its pleasant piece of writing on the topic of media print, we
all be familiar with media is a fantastic source of facts.
Take a look at my web-site ; woodbury Real estate

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.