Friday, 21 December 2012

Lagenda Budak Setan 2 full movie



Sinopsis Lagenda Budak Setan 2 – Katerina

Katerina merupakan sebuah sekuel dari Lagenda Budak Setan 6 bulan telah berlalu, selepas kematian Ayu. Kasyah masih bermurung atas kehilangan isteri tersayang, Ayu. Melalui Athirah, bayinya, segala kasih sayang dicurahkan. Katerina juga semakin pulih kekuatannya untuk berdepan semula dengan Kasyah.

Ketabahan dan ketenangan Kasyah masih menyerlahkan senyuman dibibirnya meskipun kehilangan orang tersayang, benar-benar buatkan Katerina mengaguminya. Kemesraan mulai terjalin semula antara keduanya. Mereka sering keluar bersama dimana Kate sentiasa berada disampingnya hingga membibitkan rasa cinta.

Katerina memperkenalkan Kasyah kepada kedua orang tuanya. Mereka merancang untuk bertunang namun ditentang oleh ibu Kate, Sofea. Sofea tidak puas hati kerana Kasyah adalah punca menyebabkan Kate kecewa hingga hampir membunuh diri selepas Kasyah menikahi Ayu.

Tidak mungkin dia menerima kasyah sebagai menantu setelah dia kematian isteri. Kate tetap berkeras mahukan pertunangan tersebut hinggakan kedua orang tuanya terpaksa menurut. Namun, ayahnya, Sofean, punyai muslihatnya sendiri meskipun dia menyatakan persetujuannya.

Ketika itu, Hisyam, bekas kekasih Kate yang masih menggilainya muncul kembali, mencetuskan kekecohan. Hisyam mengupah sekumpulan lelaki memukul Kasyah hingga patah kaki. Kate naik angin lalu memarahi Hisyam dan mengugut untuk melaporkan kepada polis.

Kasyah bekerja dengan rakan niaga Sofean, setelah berhenti kerja. Kate pula ke Afrika Selatan untuk urusan perniagaan. Ketika inilah Sofean memasang perangkapnya. Zahirah dibayar untuk menggoda Kasyah hinggakan dilihat oleh Firdaus, pengurus tempatnya bekerja.

Sofean dihubungi dan diceritakan segala apa yang berlaku. Sofean menyarankan Kasyah dibuang kerja dengan serta merta. Inilah rancangan terbaik Sofean memerangkap Kasyah. Kate amat terkejut sepulangnya dia dari Afrika Selatan, mendengarkan perkara tersebut.

Kasyah cuba menjelaskan keadaan sebenar namun Kate berkeras untuk memutuskan pertunangan. Kasyah yang tidak bersalah, benar-benar kecewa dan pasrah. Kasyah menyerahkan takdir untuk menjelaskan kebenaran.

Masa berlalu, Athirah pun sudah menjangkau usia 2 tahun. Kasyah masih murung, begitu juga Kate. Kedua mereka terluka hati. Antara mereka masih ada rasa sayang yang menebal. Kate mengambil keputusan mengahwini Hisyam dengan hasrat menyakiti hati Kasyah.

Kate tahu yang Kasyah amat menyintainya dan dalam masa yang sama ingin membalas dendam ke atas Hisyam. Meskipun Kate mengahwini Hisyam, beliau enggan membiarkan tubuhnya disentuh Hisyam.

Mereka tidur berasingan. Kate ingin mendera Hisyam zahir dan batin. Kate tidak akan biarkan suami ‘gay’nya menyentuh tubuhnya. Sementara Kasyah, membesarkan anaknya dengan bantuan abangnya, Iskandar. Beliaulah satu-satunya abang yang dia ada.

Iskandar yang telah bercerai terpaksa kembali semula ke rumah peninggalan keluarga yang diduduki Kasyah. Malangnya, selain bercerai, Iskandar juga tidak punyai pekerjaan tetap. Kasyah berusaha membantu abangnya itu sedaya mungkin, setidak-tidaknya berada disisnya.

Suatu hari, abangnya itu meninggal dunia kerana kemalangan. Anak kesayangannya, Athirah juga turut meninggal dunia tidak lama selepas itu kerana jangkitan kuku dan mulut. Kasyah kini tinggal sendirian, kesepian.

Dia kehilangan segala yang disayanginya. Semua orang telah meninggalkannya. Kate pula nekad untuk meninggalkan Hisyam. Dia ingin bercerai. Inilah sebenarnya yang dimahukan. Dia ingin menyeksa Hisyam. Harapannya semoga Hisyam menderita sampai mati.

Ketika Kate minta Hisyam pergi setelah memfailkan tuntutan cerai, Hisyam merasakan dirinya bagai ditusuk sembilu tajam. Bagaikan terhiris jantungnya. Hisyam sangat kecewa dan serasa ingin membunuh diri. Hidup bagaikan tak bererti lagi baginya.

Sofean terkejut mendengar keputusan Kate. Kate menyatakan kejadian sebenar tentang Hisyam dan sebab-sebab dia mengahwini Hisyam. Kini, barulah dia mengerti bahawa Kate selama ini tak bahagia. Beliau menyalahkan dirinya kerana menjadi punca memisahkan Kate dengan Kasyah.

Sofean benar-benar menyesal. Kasyah perlu dicari dan menyatakan kebenaran. Kate terserempak dengan Zahirah lalu bertanyakan perkara sebenar terjadi antara keduanya. Kate yang mendapat tahu muslihat sebenar, mengadap ayahnya Sofean.

Sofean terpaku, tidak menyangka muslihatnya terbongkar. Masa berlalu, Kasyah masih tetap menyayangi kate. Dia juga mengerti yang mereka berdua hanyalah mangsa keadaan. Suatu pagi, tanpa diduga Kasyah menghubungi Kate semula. Inilah permulaan indah untuk kisah cinta mereka yang tidak akan menemui titik noktahnya.





34 org bagi komen best..:

gadisBunga™ said...

yey!!! thanks!

Anum said...

cm best nie

Nieyxzha Hassan said...

wah! nanti nak tgk...yeay!

Misz Mieza said...

Salam Fieda! 1st time MM ke sini.. Salam perkenalan.. Nak donlod LBS 2 jap ah.. Hikhik! ^_^

izan mama mia said...

lagenda bidak setan 1 lagi best rasanya..heeh..tgk promo br ni...

Nyue said...

yg ke-2 nyue xtgk...download je la...huhuhuhu

Masz Sidek said...

mesti best ni... nanti ada masa nak tengok... :)

Jemarisuri said...

betul ke cite ni bosan...ataupun sbb kita dh tau cite dia...^^

aritu js nk g tonton wayang tp anak2 taknak plak..hihi

Mimie said...

mcm best citer nih

deq's qienz said...

dah tgk ka kak sy lum tgk lagi..hehee

Kakzakie said...

Kalau ending cerita tak tergantung dan yg jahat terbalas penonton puas.

intanfirdaus247 said...

huhu...x pernga tgk movie ni..huhu

Deqla manjew said...

tengok jgn x tengok.. hihi..

Si Matatajam said...

Baru lepas layan kat sini hi hi..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

wani xbapa suka maya karin sbb dia cakap mcm xbest jer dengar hehe...jd lambat sikit la kalu nk layan LBS 2 ni hikss

sHaRiNa eLyaNa said...

xda mood nak tgk wyg skg ni kak..huhu tp sinopis best..sha xminat maya sgt :P lau lisa suuuuuukkkkkaaaa la :)

me shuhada said...

Umang aih. Berbelit ceritanya huhuhu.

lelamaisara said...

wah macm best je ni...:)

Solehah Shamsuddin said...

hehe solehah dh tgk cte ni.best3! :)

jaakechik said...

baru lepas tgk citer ni semalam. tp mcm x berapa best kot. sumenya mati..

Mas Zull said...

assalamualaikum fieda...menarik cite ni...:)

Cik Aini said...

wahhh k.fieda
terbaekk lah..siap bg full movie lagik :)

kinara kinatara said...

orang cakap ceritra nyh bosan..:)
kina pom x tengo ag.:)

Busyra Bt Takiyudin said...

lagenda budak setan yang first tu best la..hehe

Cik Nur said...

tgh bz...bilalah boleh tgk gamaknya,...

umialya said...

pssssssttttt: akak smbg lg 3 bulan iklan diatas tu, nnt wat pindahan..

Mrs Velentine said...

td dh tgk separuh..

wan nurul hezrina said...

buku novel dia nurul tak plak baca..dulu2kan masa sekolah dah ada novelnie

Eca Dwinky Asha said...

da tgk kt pawagam...tunggu yg ke-3 lak~

sal ya said...

tak ada hati lagi nak tgk. blh gitu? hehehe...

QasehnyaRania said...

hihi dah tengok..
sedey snagt part athirah meninggal

IntaNBerliaN said...

macam best je sinpsis dia.. sy xtgk lg ni..

wan nurul hezrina abd halim said...

sangat tragis tuh jalan cerita cinta mereka=(

9n0L4 said...

nnt ade part3. kasyah punye cite pulak. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.