Monday, 17 December 2012

Pontianak vs orang minyak

Saya baru nak download cite ni...anak2 nak tengok..tak tau la best ke tak..tp kalau tgk dari pelakonnya sume kelakar2...ada Johan,Nabil,Fizz Fairuz,Afdlin Shauki,Harun Salim Bachik,Sharifah Shahira dll...layan jer la...



Sinopsis Pontianak VS Orang Minyak

Pontianak VS Orang Minyak mengisahkan pergolakan hidup dua ekor hantu yang baru saja berkecimpung di dalam dunia kehantuan. Ponti merupakan seekor pontianak lelaki yang amat dibenci oleh pontianak-pontianak lain kerana sepatutnya semua pontianak datang dari golongan wanita.

Omi pula seekor orang minyak lembut yang amat memeningkan kepala orang-orang minyak lain yang ditugaskan untuk menunjuk selok belok menjadi seekor orang minyak kepada beliau. Walaubagaimanapun, ujian terakhir mereka merupakan cabaran yang sangat hebat apabila mereka dihantar untuk mencari mangsa di sebuah kampung yang dipanggil Kampung Puaka.

Malangnya Kampung Puaka ini dipenuhi oleh orang-orang yang tidak takut akan hantu. Mereka ini tergolong daripada golongan pawang, bomoh dan juga hantu-hantu yang telah bertaubat. Kampung Puaka juga telah dipasang “pendinding sakti” dimana semua hantu tidak dapat masuk ke dalam kawasan kampung itu.

Kampung Puaka menerima penduduk kampung yang baru iaitu Saodah dan dua orang anak perempuannya, iaitu Bunga Cinta Kasturi dan Bunga Cinta Melur. Ponti dan Omi merancang untuk menyerang kedua – dua anak perempuan Saodah, tetapi, sebaliknya, mereka telah jatuh cinta kepada mereka. Ponti jatuh cinta dengan Bunga Cinta Kasturi, manakala, Omi pula jatuh cinta dengan Bunga Cinta Melur.

Ini membuatkan mereka mengambil keputasan untuk menukar rancangan mereka, Ponti akan menyerang Bunga Cinta Melur dan Omi akan menyerang Bunga Cinta Kasturi. Tetapi, mereka berdua telah dihalang sesama sendiri dan menyebabkan mereka berdua bertelingkah.

Dalam pada masa yang sama, terdapat perebutan kuasa untuk menjadi ketua Kampung Puaka antara ketua Kampung Puaka dan adik iparnya sendiri, Sudiro. Tetapi, oleh kerana Pak Rejab adalah seorang yang lebih berpengalaman, Sudiro terpaksa mengikut cakap Pak Rejab. Ini membuatkan Sudiro tidak puas hati dengan Pak Rejab, dan telah membelot kampungnya sendiri dengan membuat perjanjian dengan ketua Orang Minyak, dan Ratu Pontianak.

Apa akan jadi kepada nasib penduduk Kampung Puaka? Yang lebih penting, apa akan jadi kepada Ponti dan Omi? Adakah mereka berdua akan menjadi hantu yang sejati?

22 org bagi komen best..:

ieda said...

ahahh lawak bila baca sinopsis dia dik .. macam2 cerita skrg nie .. hurmmm entahlah , akak x fikir lagi nak tgkatau tidak ..
tapi since fieda dah dwload nie .. senang jee nanti akak buka balik eekek;)

Nieyxzha Hassan said...

Nieza tengok separuh je tadi...bagi nieza tak best..huhu

Mimie said...

sy de bce revie filem nih...de yg ckp jln crite membosankan

~Cik Viva~ said...

Baru je tgk td kt youtube..lawak la jugak tapi biasa la bukan senang nk bg org gelak ni...hehe

Org myk adik2 okay.....hehe

tyra lee said...

cm syok je.. :D

Cik Nur said...

seram campur lawak eh...
malam2 xveranilah nak nengok..hihih

umialya said...

pasti lawak

sal ya said...

dah tengok. budak2 ni dua kali ualng. itu pun nak ulang lagi. entahlah. setakat nak lawak2 tu blh la kot. tapi part last Nabil jadi manusia semula sgt la tak logik. dia kan dah mati, mana boleh hidup semua dah. johan mmg tak mati. adehhh...

Deqla manjew said...

ehh masa bile lak main kat panggung? tup2 dah boleh donlod...huhu...

nuyui a.k.a miss YUI said...

tak tgk lg ni..hihi.

Dunia Wilma said...

Mesti lucu cerita nie kan ^_^

Chic Na said...

hantu lawak kot. hukhuk..

Che Rosliza Che Mat said...

tak tgk lagi...pasti lawak kikiki

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

xtgk lg la kak fieda...tp mesti kelkar la kan

Mrs Velentine said...

tak sabar nak tengok

IntaNBerliaN said...

sinopsis mcm best tp tenet slow ni... susah betoi nak tgk..

shahdiana said...

tengok sikit tapi rasa macam berserabut la ceta dia...huhuhuh

sHaRiNa eLyaNa said...

line slow...gpun takut nak tgk heheh

sHaRiNa eLyaNa said...

3 done :)

wan nurul hezrina said...

ada download tapi blum sempat nak tgk

Eca Dwinky Asha said...

tringin nak tgk ceta ne..tpi bila ajak kwn2 g pawagam,semua pakat dok tgk ceta english~

9n0L4 said...

tak berkesempatan nak tgk cite skrg ni. huhu. ni pulun hutang bw. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.