Tuesday, 11 December 2012

Syoknya tengok Istanbul Aku Datang

Baru pas tengok movie Istanbul Aku Datang dengan anak2...kebetulan line tenet berlari dengan lajunya...syok la...secara keseluruhan saya rasa macam nak tengok lagi..tak tau nape..kiut jer saya tengok Lisa,Beto dan Tomok berlakon dalam filem ni ...cumill jer..apa2 pun pasni mmg confirm saya nak tgk lagi..dah siap download dah...korang dah tengok..? Nak tengok klik sini..


Istanbul Aku Datang mengisahkan perjalanan seorang gadis yang penuh kesungguhan dan percaya akan takdir cintanya, Dian lakonan Lisa Surihani yang sanggup terbang ke Istanbul untuk berada dekat kepada kekasih hatinya, Azad lakonan Tomok yang juga pelajar jurusan kedoktoran di universiti di sana.

Dalam diam, niat Dian yang juga seorang penulis blog mengimpikan sebuah kebahagiaan dan keputusan yang akan mengundang seribu senyuman kepadanya, kononnya Azad akan nampak kesungguhannya dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengannya.


Namun bagai kata pujangga dan pemahaman realistik yang kita tidak mampu mengubah takdir atau meneka apa yang sudah disuratkan kepada kita, segala impian dan objektif Dian itu semuanya tidak mengikut apa yang difikirkan.Dian bagai merentasi sebuah pengalaman berbeza yang akhirnya menemukannya pula dengan seorang lagi lelaki juga pelukis, Harris lakonan Beto.


Pertemuan mereka yang awalnya memberikan ketegangan dan konflik bagaimanapun akhirnya memberikan satu keserasian. Dian tidak sedar yang kini dirinya berdepan kemelut kekasihnya, Azad yang cemburu dan Harris yang mula mencerminkan sebuah kebahagiaan.

Dian keliru namun semua yang berlaku hanya mematangkannya dan memberikannya ruang untuk membuat keputusan terbaik untuk dirinya sendiri.Nak tau akhirnya Dian pilih sape...??Jom la tengok...


41 org bagi komen best..:

sHaRiNa eLyaNa said...

sha xtgk lg..

misz sheyla said...

syok ke????
ntah la..maybe citarasa berbeza kot...
saya tgok x best pun.... tomok cam kayu... tapi suke tengok beto...huhu

dya bunga said...

nk dekat 10x dya tgk cite ni..haha..best sgt

Sally Yatiey said...

Baru jer tengok filem ni beberapa hari yg lepas.. Hee. Best sangat..

Mira Adzlia said...

serius..mmg best cte nih :)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

mmg best kak fieda..wani tgk pun dh ulang banyak kali cita ni..mcm xjemu tgk tau hikss

Mrs Velentine said...

MV nangis tengok ceta ni

Si Matatajam said...

Best sgt crita ni... I looooike

UmmiSyarni said...

mmg best.tp kalau tgk ngn budak2 mcm segan sikit sbb byk jugak adegan2 yg kureng sesuai.

Chic Na said...

sweet sgt citer ni. suka tengok beto & dian. ;)

Mimie said...

tak tgk lg la kak..rmi ckp best kan

intanfirdaus247 said...

kan fieda....:) memang best!

Anum said...

best kan ceta nie

Azza Afdzal said...

best kan akak..tergelak azza sorg2 tgk cite ney hihi...

Cik Nur said...

ramai yg cakap syok...!
nur dah download..tp belum tgkkk...

lelamaisara said...

best ea kak..nak tgok jugak la.....

Deq's Qienz said...

ermm dq xtgk lag cite nih..huhuu

Kniedaz said...

terbaek...saya pun baru tengok..comel kan...

Joanna Yunus said...

XOXO....Publish...part yang best...tipu sunat...sunat sekali lagi kang

Ummiarissa Mahdi said...

wow!tenet laju bestlah dapat tengok...tenet slow cam saya ni...malam karang pun tak tentu boleh tengok sampai habis...huhuhu

nanakimie said...

bestkan sis,cute sangat:)

tp xsilap nana watak tomok tu azad,ke nama dia azad farouk,hee..

Norzie hany said...

Best...akak pun baru tengok malam tadi.

shidaR said...

cantik betul lisa dlm ni haihh :)

sal ya said...

comel je lisa dlm cerita ni.

IntaNBerliaN said...

tenet xbrp nak laju... xleh nk tgk...

* miss u 2.. :-)

syiela said...

saya tak tengok lagi huhuhu

Che Rosliza Che Mat said...

cr pun tgk online jugak...hihihi

izan mama mia said...

cerita nampak menarik...tapi tak suka sbb lisa banyak aksi yg tak sesuai ditonton..suka sangat peluk2...

jaakechik said...

jaaa baru jer tgk kelmarin..mmg best lah!

BoNDa.... said...

mmg best cite nie.ayah boleh layan skali.....hahahaha

Myra Jay said...

myra dah beli DVD, tunggu nak layan je... :D

Ema Blog said...

entah bila boleh tgk citer ni..

Mimie said...

tak tgk lagipun

QasehnyaRania said...

baru nak tengok la ni :D
hihi

Si Matatajam said...

Nak tgk sekali lg lps ni.best sgt..

~♥ iella ♥~ said...

emosi & kdng2 'ter'berangan tgh bercinta gn Beto...huhu

Masya said...

ramai kata best.. tp x tgk pun lagi huhuhuhu

sHaRiNa eLyaNa said...

dah tgk..best hehe

Deqla manjew said...

x tertgk lagi deqla citer ni..huhu

sal ya said...

comel je tgk lisa tu.

9n0L4 said...

tak tgk pun lagi. nak tgk link yg kak bagi tu dah takleh tgk. sobs.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.