Wednesday, 29 February 2012

Meh sini baca petua melayan suami



Semalam saya terbaca entry petua melayan isteri kat blog Shayang Ummi Walid..Jadi hari ni nak berkongsi pula petua melayan suami....Jom kita baca kat bawah ni...Pada yang baru nak merasa alam rumah tangga tu elok ler baca ye...




1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa.Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam thermos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

13.Hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.

p/s : no 4 dan no 8 tu tak penah la amalkan tp yg lain2 tu alhamdulillah....

wordless wednesday #10

ASSALAMUALAIKUM

 

Setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya...


Kalau nak jamu mata tengok brg cntik2 
jom la singgah ke CRAFT n CROCHET...

wordless wednesday #9

ASSALAMUALAIKUM

 

sentiasalah bermaaf maafan kerana maaf itu tidak bermakna kita di pihak yg salah..


Kalau nak jamu mata tengok brg comel2 
jom la singgah ke CRAFT n CROCHET...

Tuesday, 28 February 2012

Makan2 bersama si tikus..uwekkk..

ASSALAMUALAIKUM 

 

Haaaa...ape perasaan korang lepas tengok gambar ni....Ayooo...tak tau nak cakap apa dah ni...nak termuntah ada la...Gambar ni saya dapat email forward dari kwn...Jadi pada siapa yg nak mkan kt luar tu pandai pandailah ye korang pilih tempat makan yg bersih....Kedai ni punyalah mesra pelanggan sampaikan tikus pun mesra jugak siap ambik ikan dari tray lagi dah tak hirau org dah.....Bahaya betul...Dah la sekarang ni ramai yg meninggal disebabkan virus air kencing tikus kan...




Tgk tu dah macam kucing plk nak curi2 ikan...Agaknya tuan kedai bela kot...eeiiii....

Kalau  nak tengok brg comel2

Awet muda cara mudah

ASSALAMUALAIKUM 


Siapa tak nak jadi awet muda kan...jom sama2 kita amalkan petua kat bawah ni...sebagai org Islam rasanya tak susah kita nak ikut pilihan petua ni..Saya kongsi petua ni dari  EPETUA.com..

1. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.

2. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

3. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

4. Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

5. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

6. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

7. Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

8. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

9. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

10. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.


Satu lagi nak tambah...Ni petua dari kawan blogger kita Ina ye..jeng...jeng..jeng...


Betul tu Ina..kak fieda sokong 100%..sebab tu kita jgn dok ingat kita ni tua ajer kan..Kita kena sentiasa perasan yg kita ni sentiasa girl2 barulah aura girl2 tu akan naik ke wajah kita...kan..kan..kan Ina...hihihi...

Kalau  nak tengok brg cntik2

Eksklusif Walimatul Urus Yusry & Lisa Surihani Bahagian 1

ASSALAMUALAIKUM 

 

Sape tak berkempatan tengok lagi jom layan.....sweet sgt...Lisa cite dia mula2 minat Yusri masa tgk kat dalam video klip Terhangat Di Pasaran..Yusri plk minat tgk Lisa dalam video klip Zahid...



Kalau  nak tengok brg cntik2

Monday, 27 February 2012

Gambar anak Shuib dan Siti Sarah yg sangat comel...

ASSALAMUALAIKUM

 
Saya geram betul tengok gambar pasangan suami isteri Siti Sarah dan Shuib ni bersama anak mereka UWAIS yg lahir pada 4 Dec 2011..
Terasa nak buat koleksi untuk tatapan di masa akan datang jadi saya pinjam gambar dari MYARTIS.com untuk tepek kat sini....Tengok tu muka sebijik ikut Shuib kan...Comel...Kecik2 dah pandai bergambar..menyengih jer...eiii..geram betul tengok...semoga Shuib dan Siti Sarah akan bertambah bahagia dengan kehadiran UWAIS tersayang...





Kalau  nak tengok brg cntik2

Sunday, 26 February 2012

Gambar Majlis Resepsi Perkahwinan Yusry Dan Lisa Surihani

ASSALAMUALAIKUM

 

SAMA CANTIK SAMA PADAN BAGAI PINANG DIBELAH DUA..SELAMAT PENGANTIN BARU..SEMOGA KEKAL KE ANAK CUCU CICIT...



Gambar perkahwinan Yusry dan …


lisa dan yusri



lisa dan yusri


Istimewa Foto Resepsi Yusry & Lisa


Yusry & Lisa Dirai Penuh Meriah


Selepas selamat dinikahkan pada 23 Februari lalu, aktres jelita Lisa Surihani dan Yusri KRU atau Yusri Abdul Halim mengadakan majlis persandingan mereka di dalam suasana yang cukup meriah di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC), di sini, malam Ahad.Majlis dihadiri kira-kira 2000 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara kedua-dua belah pihak, kenalan artis dan rakan media.

Bertemakan konsep ala 'French Vintage', yang diinspirasikan daripada Marie Antoinette (Ratu Perancis) oleh KS Entourage, Lisa kelihatan anggun dengan busana putih rekaan Putra Aziz dari butik Cosry manakala Yusry pula segak dengan baju Melayu warna sedondon yang juga rekaan Putra.

Suasana dewan yang dihiasi dengan paduan bunga berwarna tampak sederhana tetapi cukup elegan.
Acara bermula pada pukul 9 malam dengan ketibaan pengantin perempuan, diiringi pula dengan pengantin lelaki.Turut disertakan acara berbalas pantun sebelum pengantin lelaki duduk di atas pelamin.

Mesti baca ni,dialog sebelum dan selepas.....

ASSALAMUALAIKUM

 
Jom baca jap dialog pasangan ni...Memang kelakar dan saya jamin korang pasti tersenyum...

SEBELUM KAHWIN
ls Sebelum & Selepas Berkahwin

L: abang dah lame tunggu saat ni...!

P: abang nak tinggalkan sayang ke...?

L: mestilah tak… tolong jgn fkir mcm tu.. tak mngkin terjadi !!

P: abang cintakn sayang kan...?

L: ye...,tiap hari...

P: abg pernah tipu sayang tak...?

L: Tak..! nape syg selalu tnya camtu?

P: abang akan selalu keluar dengan sayang tak.?

L: setiap kali ada peluang abang tak kan lepaskan...

P: abg akan pukul sayang..?

L: giler ke?abg bkn lelaki camtu..!

P: boleh ke syg percayekn abg..?

L: yee........!

P: sayang....!

SELEPAS KAHWIN
ls1 Sebelum & Selepas Berkahwin

pas dah baca pastu korang baca plk dialog tu dari bawah ke atas..Dan barulah dapat plk dialog selepas berkahwin...hehehe...kelakar..tapi dalam2 kelakar tu mmg realitinya ada kan terjadi pada pasangan suami isteri.......


Kalau  nak tengok brg cntik2

Saturday, 25 February 2012

Meh usha gambar ni jap...menarik...!!

ASSALAMUALAIKUM 


Sape nampak baby dalam gambar ni....??Mula2 saya tgk mmg tak cam langsung dalam gambar ni ada terselit baby yg cukup sifat dan kedudukannya seperti dalam kandungan...Tenung sekejap baru la perasan..
Korang cer try usha nmpak tak..? Kalau korang dah perasan nanti pasti korang akan berkata SUBHANALLAH kreatifnya org yg lukis gambar ni...

Selamat hari penambahan usia Ina @ Intan Berlian

ASSALAMUALAIKUM

 

IntaNBerliaN

Hari ni hari lahir kawan blogger saya yg jauh di mata tapi dekat dihati...

Selamat hari lahir yg ke 29 buat Ina @ Intan Berlian...Semoga akan berbahagia hendaknya di dunia dan akhirat...Kak Fieda juga doakan agar segala urusan Ina di dunia ini akan dipermudahkan olehNYA....Moga2 kasih sayang antara Ina dan keluarga akan bertambah erat..Insyaallah jika diizinkan Tuhan adalah kawan untuk kakak Alisha tu nanti..kalau ada rezeki tak ke mana kan...

Friday, 24 February 2012

Kubur lain2,dosa lain2,seksa neraka lain2....

ASSALAMUALAIKUM

 

Walaupun “KUBUR LAIN-LAIN, DOSA LAIN-LAIN, SEKSA NERAKA LAIN-LAIN”
tapi, INGATLAH :

✿  yang memandikan jenazah kamu “ORANG LAIN”
✿  yang sembahyang jenazah kamu “ORANG LAIN”
✿ yang mengkafankan jenazah kamu “ORANG LAIN”
✿  yang mengkebumikan jenazah kamu “ORANG LAIN”
✿  yang membacakan yasiin untuk kamu “ORANG LAIN”
✿  yang bersedih diatas kematian kamu juga melibatkan “ORANG LAIN”

Individu yang berkata begitu sebenarnya amat cintakan dunia dan TAKUT mati..ingatlah setiap yang bernyawa pasti akan merasai MATI..jadi jangan menyusahkan “YANG LAIN” dengan perangai kamu yang “TIDAK DISENANGI ALLAH dan MAKHLUKNYA..."

"Apabila kamu melihat individu mempertahankan kebenaran melalui caci maki & cercaan, KETAHUILAH, hati dan niatnya adalah ROSAK lagi CACAT, kerana kebenaran dari hati yang ikhlas itu TIDAK memerlukan cara sebegitu"


Kalau  nak tengok brg cntik2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.