Saturday, 31 March 2012

Gambar Ally Iskandar@Farah dan Yusry@Lisa selepas berkahwin...

   
Jelas terpancar kebahagiaan yg sedang mereka kecapi...maklum lah tengah dalam mood honeymoon lagi kan...Semoga kebahagian ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat...Serius.... saya suka sangat dengan kedua dua pasangan ni..sama cantik sama padan..

Nak kenal lebih dekat dengan Farah boleh la follow blognya 


Muka Lisa nampak sedikit berisi kan....



gambar lisa dan yusry terbaru

Segmen : "Farah Nak Review Belog Korang"

 


Petang Sabtu yg lemau...tak tau nak buat ape..kawan2 pun ramai yg tak on9..Jadi saje2 la join segmen lagi..Kali ni Farah Alias pulak nak review blog korang..Apalagi kalau nak join klik

Segmen : "Farah Nak Review Belog Korang"


Tarikh tutup 1 April 2012

Selamat Hari Lahir buat Izan Mama Mia

 

Selamat hari lahir buat Izan Mama Mia...Semoga beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Kak fieda doakan semoga apa yg Izan doakan selama ini akan tercapai hendaknya...


Jom kenal2 dengan Izan..mempunyai seorang puteri bernama Mia..Saya baru jer kenal dgn Izan tapi tak rugi kenal dengan dia sbb seorang blogger yg peramah seperti rakan2 lain...Blog kedua Izan ada perkongsian tentang petua2...

Friday, 30 March 2012

Kuasa make up

 
 

Tengok gambar kat bawah tu...wow...sape sangka dari seorang yg biasa2 saje pun boleh berubah jadi cantik macam barbie doll....Kalau macam ni kita pun boleh jadi ala2 anak patung jugak.....hihihi...
pakai contact lens,bulu mata palsu dan eyeliner....haaaa....jadilah secantik cantik mata gitu...tapi
saya mmg tak pernah pakai contact lens..macam takut jer tgk org masukkan contact lens tu dalam bijik mata...


Jelas kan nampak perbezaannya...


Wah..!! yang ni hebat betul....lelaki boleh bertukar jadi pompuan...dgn make up jer sampai tertipu orang dibuatnya...Tak tau la gambor ni betul atau fake..macam tak caye la..tgk kening dan tangan nmpk sgt lain...
Geli mak oiiii...

Nak kasi cili kering tahan lama dan penjagaan mesin pengisar

 

Saya selalu hadapi masalah cili kering yg dikisar tidak tahan lama untuk disimpan...cepat jer naik kulat..saya try google2 nak cari petua agar cili kisar tahan lama ...saya kongsikan dengan kawan2 semua di sini ok....Ada tak yg bermasalah macam saya jugak...??

Cili Mesin Lebih Tahan Lama

Petua 1 : Masukkan sedikit air asam jawa ke dalam cili kering yang telah dimesin. Kemudian simpankan di dalam bekas yang berpenutup di dalam peti ais. InsyaAllah cili tersebut akan tahan sehingga sebulan dari berkulat.

Petua 2 : Setelah dimesin, cili tersebut hendaklah dipanaskan dengan memasukkan sedikit garam halus. Panaskan sehingga kering airnya. Setelah sejuk, masukkan dalam bekas berpenutup di dalam peti ais.

Petua 2 : Cili yang telah dikisar hendaklah digoreng terlebih dahulu dengan minyak dan sedikit garam. Setelah sejuk, barulah dimasukkan dalam bekas berpenutup di dalam peti ais.

Petua 3 : Masak cili dengan air dan sedikit garam. Setelah sejuk, bolehlah dikisar hingga hancur.

Petua Mengisar Cili

Masukkan sedikit minyak masak bersama cili kering . Kemudian kisar seperti biasa. Cili kering tersebut akan tahan lama selain menghancurkan biji cili kering dgn lebih cepat.

 

Saya kongsikan sekali petua penjagaan mesin pengisar

Pengisar Sentiasa Tajam

Kisarkan garam biasa di dalam pengisar sehingga beberapa minit. Amalkan langkah ini setiap bulan. Dengan cara ini mata pengisar akan kekal tajam. 

Hilangkan Kotoran Pada Pengisar

Tuang air sabun yang panas dan campurkan dua senduk cuka ke dalam pengisar. Putar pengisar dengan air suam dan keringkan.

Hilangkan Kesan Kunyit Pada Pengisar

Anda hanya perlu titikkan 3 atau 4 titis cecair peluntur ke dalam pengisar. Kemudian goncangkan sehingga warna kunyit pada pengisar tadi mengembang. Cucikan pula dengan hampas kelapa ataupun kulit limau. Cuci bersih dan lihat hasilnya.


Thursday, 29 March 2012

Mak dgn anak dapat hadiah dari Intan Berlian

 
 

Saya dgn Maira dapat hadiah dari Ina@Intan Berlian baru2 ni...wah sungguh teruja bila mak dgn anak dapat hadiah...Maira lagi la seronok..Sampai hari ni masih dok berkepit dgn buku ABC tu...mmg Maira ni menghargai betul pemberian orang......bagus2...


Kalau bergambor jari mesti jadi gitu Maira ni...peace la konon..
 rambut depan dah panjang la..rasa baru jer potong...


Lepas mandi jer terus ambik buku ni nak baca ABC katanya..Part paling dia suka kat mengenal warna tu...sekarang ni dia mmg dok belajar meghafal kaler...dah kanal byk kaler,kira tak buta warna la......hehehe


Seronok jugak ye edit2 gambor ni...tetiba jer...:)
Mekasih ye Untie Ina sbb ingat kat saya ni...muaahhh..sayang sikit kat pipi tu...pelukkan untuk 
Alisha sekali ye...peace...:)



Segmen Superstar blog5

 
 

Kawan2 semua....Tihara nak buat review untuk blog dan akan dijadikan entry sticky post selama 48 jam..Jadi kalau nak tersenarai di antara blog2 yg akan direview jom la join

SUPERSTAR BLOG5


Segmen ni berlangsung sehingga 4 April 2012
Apalagi jom la join,bukan senang orang nak luangkan masa review blog kita tau..Di samping tu boleh jugak dapat kenal rakan2 blogger yg baru..

Ala2 cheezy wedges KFC

  
 

Jemput jamu mata...mmg sedap dan sebijik la rasa macam KFC cheezy wedges tu...Saya dah beli dengan Kak Yong....Korang nak beli boleh la roger2 Kak Yong ye...Gambar kat bawah ni saya goreng kentang  dgn tepung magik...Sorry ler tak reti nak deko2..Mudah benor nak buat,tepung cheezy tu cuma bancuh dgn air panas...


Tepung magik yg mmg ada magik...hahaha...

 




Saya beli set ni la....harga tepung magik- RM6,tepung cheezy- RM12

Model cheezy wedges la konon...






Gambar Liyana Jasmay di hari pertunangannya dengan Fathuddin

 
   

Wah...terkonfius kejap, ingatkan gambar kahwin rupanya baru bertunang...Meriah betul kan..sama2 lah kita doakan agar perhubungan mereka kekal ke jinjang pelamin...

SONY DSC

Pelakon popular, Liyana Jasmay, 24 mengikat tali pertunangan bersama Fathuddin Mazlan, 28 di kediamannya bertempat di Kemensah Height, KL, malam tadi.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diiringi dengan ucapan perbincangan oleh bapa saudara yang mewakili bapa pihak lelaki, Datuk Abdul Rauf.

Pihak lelaki menghantar 5 hantaran berupa set wangian Gucci Guilty, set telekung, sebentuk cincin, sirih junjung dan cupcake. Hantaran tersebut turut diiringi dengan hiasan tepak sirih sebagai tanda mengikut adat.

Manakala, pihak wanita membalas 7 hantaran berupa senaskah Al-Quran, set butang baju melayu, sebijik kek, sehelai kain samping, biskut, pewangi berjenama Dunhill dan cupcake.

Majlis kemudiannya disusuli dengan adat menyarung cincin dimana Liyana Jasmay tampil anggun dalam persalinan Rizman Ruzaini yang bernilai RM 10000.

Kedua-dua pihak keluarga bersetuju menetapkan tarikh pernikahan berlangsung pada 24 Januari 2013.

SONY DSC

Kredit : Oh Bulan

Wednesday, 28 March 2012

BEN ASHAARI DAN RAKAN BLOGGER

 
   

BEN ASHAARI

Malam ni saje gatai2 nak join segmen dari BEN ASHAARI..Dah lama tak join segmen brader ni..
Kalau korang nak join jom la bermula dari jam 8 malam ni sehingga 10 malam je..cuma 2 jam ok..
yang penting BEN cakap ini bukan segmen nak kaya traffik atau followers..cuma untuk tambah rakan
blogger baru hokeyyy....

Ada soalan cepu mas la pulakkk...
Anda ternampak seorang rakan anda sedang makan di sebuah gerai , kemudian anda menyapanya. Soalannya , apakah ayat pertama sekali yang akan anda lafazkan ?

Dah tentu la ayat pertama saya -Hai...assalamualaikum....-Jangan sesekali tanya hai wat ape tu makan ker...??dah tentu2 lah org tu tgh makan..kang ada plk dia jawab tak lah tgh gosok gigi ni....ye takkk..??


Drama Cinta Buat Emelda slot akasia mcm best jugak

 

Petang semalam layan drama baru slot akasia TV3 'Cinta Buat Emelda'....macam best jugak ni....Jawabnya kena ikut jugak la episod seterusnya petang ni..last saya ngadap slot akasia drama Tentang Dhia  je la sbb waktu tayangan slot akasia ni kurang sesuai la..
Drama 'Cinta Buat Emelda' ini diadaptasi dari novel 'Kasih Antara Kita' oleh Aleya Aneesa. 

 

Sinopsis Cinta Buat Emelda

Emelda sama sekali tidak menduga begini lipatan takdir yang dijanjikan untuknya. Namun dia tetap pasrah dan reda dengan setiap ujian yang datang. Yakin… Sesukar mana pun perjalanan hidup, masih ada keindahan dan kemanisan yang akan dikecapi. Lantaran itu, dia rela bila melihat derita yang ditanggung oleh si kakak.

Jika inilah yang dinamakan pengorbanan, dia tahu dia telah melakukan pengorbanan yang tidak ternilai harganya. Masa depan dan harga diri! Namun, apa pilihan yang dia ada? “Tapi… dalam hidup ini tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apa lagi bila melibatkan perasaan orang lain.” Akur dengan kata-kata itulah, Emelda akhirnya rela memperjudikan nasib bersama Aril Fatah. Meskipun saat memandang wajah itu tidak ubah seperti melihat kertas putih. Tapi demi Atiea dan Dania, dia tetap mencuba sedaya yang boleh.

Walaupun dia tahu, bila kebenaran terbongkar, dia yang akan karam sendiri! “Benarkah perkahwinan tanpa cinta itu teguhnya seperti sebuah istana pasir? Diusik ombak, pasti akan goyang. Apatah lagi jika gelombang yang tiada taranya.” Lantas hati kecil Emelda bertanya, “Inikah balasan atas pengorbanan yang kulakukan selama bertahun-tahun ini?” Sedangkan dalam waktu yang sama, Aril Fatah leka memikirkan kata-kata tulus Hakimi yang lebih kepada cabaran. “Kalau benar sayang, berusahalah untuk mendapatkan cintanya!”

Slot: Akasia,TV3
Mula Tayangan: 26 MARCH 2012
Masa Tayangan: 7.00 malam.
Hari Tayangan: setiap hari Isnin hingga Khamis.
Pelakon: Almy Nadia, Fizo Omar, Erry Putra, Mia Sara Nasuha, Rykal Iskandar, 
Rabecca Nur Al-Islam, Alex Yanz, Mustapha Kamal, Amran Ismail, Aida Khalida, 
Nuremy Ramli, Diana Amir, Shima Anuar, Kamal Faridz, Uncle Amin dan ramai lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.