Monday, 30 April 2012

Zizan dimasukkan ke hospital akibat keradangan otot

Salam semua



Pelakon dan pelawak, Zizan Abdul Razak atau Zizan (Raja Lawak) telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Pantai pada 29 April akibat keradangan otot.


*patutlah masa dlm rancangan Super spontan bru2 ni nmpk Zizan tak sihat dan asyik batuk batuk je..moga cepat sembuh ye Zizan kerana anda adalah penyeri Super Spontan...kitaorang satu family mmg suka sgt aksi2 spontan Zizan dlm rancangan tu.

Sayangnya ibu pada kamu..

Salam semua


Kalau sebelum ni saya ada share gambar betapa sayangnya anak kucing pada ibunya..hari ni kita tengok plk gambar betapa sayangnya ibu kucing pada anaknya...tapi kenapa ada manusia yg tak sayang anak...?? sanggup buang dalam tong sampah dan jadi makanan anjing..Ya Allah sedihnya...







Sunday, 29 April 2012

130 saluran Astro percuma selama 10 hari...-maira konker babytv jer la-


Orang memberi kita merasa la..tapi bila dh byk saluran ni tak tertengok jugak kan...Maira  je la yg jadi penonton setia depan tv..sibuk dgn channel babytv..dulu channel ni free tapi sekarang dh kena byr plk..terbantut la kejap makcik kecik ni terus beralih ke disney junior..ni dah free tengok la puas2..Asyraf plk sibuk dgn channel sports..yg lain2 tak heran kat tv pun..mamanya dgn laptop, mmg tv belakang cite la...




Nape Astro bagi 130 saluran free...?? kat bawah tu ada sebabnya...tapi astro first terkecuali la...jadi apalagi
jom kita tekan remote tu sampai hancur....hahaha..
-Bermula 27 April 2012 hingga 6 Mei 2012 -

Saturday, 28 April 2012

Gambar Pernikahan dan Hantaran Kahwin Fasha Sandha & Jejai


Alhamdulillah..
selesai sudah majlis pernikahan Fasha dan Jejai....kini mereka adalah pasangan suami isteri..
kita doakan lah semoga mereka kekal bahagia ke akhir hayat..comel betul Fasha ni kan..
..dah la tema purple plk tu..mmg 1000 kali la saya like...

fasha sandha nikah-276

KUALA LUMPUR: Aktres sensasi Nur Fasha Sandha Hassan, 28, sah bergelar isteri kepada usahawan Rizal Ashram Ramli (Jejai), 36, dengan dua kali lafaz pada majlis pernikahan di Hotel Crowne Plaza Mutiara pukul 9.45 malam tadi..

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa kandung yang juga wali Fasha iaitu Hassan Umbichi Moideen kira-kira pada pukul 9.45 malam bersaksikan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd Sahirman Ahmad.

Mas kahwin pernikahan Fasha dan Jejai ialah sebanyak RM8,888.88. manakala wang hantaran dirahsiakan. Pihak pengantin lelaki turut membawa 7 dulang hantaran iaitu beg LV, alat solek, telefon Galaxy Tab, sebentuk cincin, coklat dan dibalas 9 dulang hantaran berisi kasut, sejadah, buku Terima Kasih Tuhan, tali pinggang, tali leher, alat perapian lelaki, sebentuk cincin, tepak sirih dan coklat oleh pihak pengantin perempuan..

Pada majlis berkenaan, Fasha tampil anggun mengenakan busana berona putih ungu rekaan Riezman Ruzaini dan dirias juru solek terkenal Saidatul Nisa.

fasha sandha nikah-139 fasha sandha nikah-176

fasha sandha nikah-195 fasha sandha nikah-206

fasha sandha nikah-219 fasha sandha nikah-202

 antara hantaran kahwin dari Fasha untuk Jejai...cantik kan...

fasha sandha nikah-19 fasha sandha nikah-32

fasha sandha nikah-33 fasha sandha nikah-38

Ni pula antara hantaran dari Jejai untuk Fasha

fasha sandha nikah-29 fasha sandha nikah-30

fasha sandha nikah-31 fasha sandha nikah-40

Gambar2 cantik ni kredit untuk : OH BULAN

Bersih 3.0


-Bersih 3.0-
Jom kita pakat2 bersihkan rumah lagi bagus kan...
Masa bersama keluarga adalah saat2 yg sangat berharga..


Nora Danish ke umrah di hari pernikahan Jejai


Semoga Nora Danish akan dipertemukan dengan jodoh yg lebih baik..

    

    


Di saat Jejai dan Fasha disatukan, di saat itu jugalah pelakon jelita Nora Danish berangkat menunaikan ibadah umrah. Bagaimanapun, Nora menafikan dia ke sana kerana membawa diri.“Nora bukan membawa diri, keputusan mengerjakan umrah kali ini dirancang sejak Februari lalu dan tiada kaitan langsung dengan majlis pernikahan mereka.

“Saya akui memang tidak menerima sebarang kad jemputan daripada mereka. Mungkin mereka tahu tarikh perkahwinan mereka sama dengan tarikh Nora berangkat menunaikan umrah dan secara jujurnya saya tidak rasa terkilan atau berkecil hati mengenainya,” jelasnya.

Apabila ditanya mengenai persiapannya untuk menunaikan ibadah umrah, Nora mengatakan kali ini dia lebih teliti kerana telah mempunyai pengalaman pertama melaksanakan umrah tahun lalu.

“Saya akan berada di sana selama 13 hari dan mengharapkan semuanya dapat dipermudahkan dan berjalan dengan lancar sehingga semuanya selesai.“Sepanjang mengerjakan umrah, anak saya akan berada di bawah jagaan keluarga Jejai,” katanya.

Bertanyakan mengenai perkembangan karier lakonannya, Nora berkata, dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem ‘Mencari Cinta’ arahan Shirin Khuzaimi.

Menurutnya, dalam filem tersebut dia memegang watak utama, sebagai Myra dan bergandingan bersama pelakon berpengalaman, Rusdi Ramli. “Saya beruntung kerana diberi kepercayaan memegang watak utama dalam filem ini dan pada masa yang sama turut digandingkan dengan pelakon yang cukup berpengalaman.

“Setelah pulang dari umrah pula, saya akan mula melakukan sesi penggambaran untuk sebuah telefilem bersama Media Prima dan Alhamdulillah, rezeki dalam bidang lakonan tidak pernah putus,” katanya yang turut berterima kasih di atas sokongan padu yang diberikan peminat.

Gambar Pernikahan dan Hantaran Kahwin Fasha dan Jejai

Friday, 27 April 2012

Gambar tunang Ustaz Don-Husna Mohd Zain

Salam Jumaat semua

Alhamdulillah..Ustaz Don kesayangan semua ni rupanya sudah bertunang...saya pun baru tau bila baca entry kat sini..saya share gambar ye, mungkin ada kawan2 yg tak tau...gambar ni menunjukkan mereka telah pun bertunang pada 6 Mac 2011 yg lalu..Bila agaknya mereka nak kahwin ye..?? 

gambar tunang ustaz don daniyal

Biodata Ustaz Don


Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Tarikh lahir: 14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah di Pulau Pinang dan Selangor
Status: Bujang (bertunang)
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir

Kredit : fitrihadi.com

-----------------------------------------------------------------------------------

Sambil2 tu jom kita dengar ceramah Ustaz Don mengenai kesan heboh pertunangan..

Mengapa perlu bersedekah?

Salam Jumaat semua


BERSEDEKAH, di antara amalan sunat yang dianjurkan dan digalakkan kepada umat 
Islam, tidak kira status atau taraf hidup mereka.Malah amalan mulia ini bukan hanya 
kepada orang-orang kaya, tetapi mereka yang berpendapatan rendah juga disarankan 
melakukannya, menurut kadar kemampuan masing-masing. 
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : Tangan yang di atas (orang yang memberi) itu lebih 
baik daripada tangan yang di bawah (yang menerima).

Thursday, 26 April 2012

Foto Pra Perkahwinan Scha Al-Yahya & Awal Ashaari

Salam semua


Wah..berkonsepkan “ala2 Pearl Harbour” gitu...
klassik dan antik...

Awal Ashaari mengenakan persalinan ala tentera atau pahlawan perang & Scha al-Yahya tampak classy dalam persalinan yang menggambarkan beliau sebagai gadis idaman Malaya.

Penggunaan stesen keretapi untuk sessi fotografi ini sebagai simbol pertemuan Awal Ashaari & Scha al-Yahya dari dua arah yang berbeza..







Gambar anak Dr Sheikh Muzaffar Shah belajar berenang

Salam semua


Teruja  sungguh tgk gambor ni...agaknya ni la hasil dari bersalinkan BELLA dalam air kot.hehehe..
boleh plk tu celik mata dalam air...macamna la ye budak sebesar ni pandai tahan nafas..
Bella  sebenarnya mula belajar berenang seawal umurnya 8 bulan..Bijak..bijak...





Saya sayang makkk...

Salam semua


Suka tgk gambar2 ni....
tapi kan..tetiba rasa sedih plk bila kenangkan ada manusia yg tak sayang makkk..
sanggup derhaka dan membunuh lagi...Nauzubillah...


"Saya sayang makkkk....."






Wednesday, 25 April 2012

Majalah Hijabista buat yg bertudung

Salam buat semua


Nampaknya ada majalah baru muncul di pasaran khas untuk pencinta fesyen bertudung...Majalah yg bagus untuk semua kaum Hawa...edisi pengenalan telah mula berada di pasaran pada 17 April 2012 baru2 ni...Artis pertama yg menjadi cover majalah ni ialah Diana Amir...lain kan muka dia..tak cam saya tgk mula2 tadi...


diana amir hijabista

Korang boleh like facebook Majalah Hijabista untuk maklumat lanjut...
Rasa berminat pulak nak gi survey majalah ni nanti..harap jangan ada fesyen tudung yg pelik2 dah ler..


Pakej telur ayam bersama taik ayam

Salam semua


Nak tanya korang ....kalau beli telur basuh dulu tak sebelum guna...?Kalau korang tak basuh terus jer masak bermakna korang makan telur ayam pakej bersama taik ayam sekali..ohhh tidakkk....



Kadang tu saya was2 jugak nk beli makanan kat luar ni macam murtabak,roti telur,burger special,roti john dan semua makanan yg melibatkan telur... tertanya tanya adakah peniaga2 ni basuh atau tak telur2 tu...(tapi beli jugak..adohai..) ada jugak segelintir peniaga yg tak peduli semua ni,yg penting bisnes dorang...kesian kat kita sebagai pengguna...

Dari dulu mak mmg dah pesan kalau dh beli telur tu basuh siap2 sebelum masukkan dlm peti...kalau tak basuh jawabnya kita kasi anak2 dan suami makan makanan yg bercampur dengan najis la..kotor kan....:(
pernah sekali tu saya beli telur satu tray aduh...susahnya nak basuh telur2 tu..byk sgt taik ayam bertepek..siap ada bulu2nya sekali melekat...


Dinasihatkan  tukang masak dan sesiapa sahaja, apabila hendak menggunakan telur dalam masakan, hendaklah membasuh telur terlebih dahulu. Perkara ini sangat penting kerana makanan akan menjadi darah daging kita, jika darah daging kita dari sumber yang haram maka menyebabkan hati jadi gelap, malas buat ibadah, anak-anak menjadi nakal, mudah melakukan perkara yang dilarang agama, doa tidak diterima dan banyak lagi kesan makan dari sumber yang haram.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dalam sebuah kisah yang terkenal. Suatu hari Saad bin Abi Waqqas bertanya kepada Rasulullah,
“Ya Rasulullah, doakan aku kepada Allah agar aku dijadikan Allah orang yang makbul doanya.” Rasulullah menjawab: Hai Sa’ad! Baguskanlah makanan engkau nescaya adalah orang yang) diperkenankan permintaan, dan demi (Allah) yang diri Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke perutnya, tiada diterima Allah amalannya empat puluh hari (Riwayat Tobroni).

Dalam hadis yang lain Rasulullah saw telah bersabda: "setiap daging yang tumbuh daripada yang haram,
maka nerakalah yang lebih layak baginya (Riwayat Tirmizi)". Pastikan makanan kita bersih dan suci. Wallahu a’lam. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Kebersihan sebahagian daripada iman tetapi ramai yang tak ambil kisah seperti buang sampah merata. Kebanyakan daripada mereka ini mungkin tiada ILMU bahagaimana pentingnya kebersihan. Jika kebersihan tidak dijaga ianya boleh menyebabkab ibadah kita tidak diterima oleh Allah s.w.t."

-----------------------------------------------------------------------------------------------------


wordless wednesday #20( pose ganti )

Salam semua


Korang dah mula ganti pose..? semoga hutang kita semua dapat 
diselesaikan sebelum Ramadhan menjelma kembali....

Tuesday, 24 April 2012

Mengapa wanita mudah menangis

Salam buat semua


Fitrah seorang wanita air mata mmg tak dapat dipisahkan..mmg dah sinonim air mata dgn wanita ni...ada juga lelaki yg mudah mengalirkan airmata tp tak semua la...ada sebab kenapa wanita ni mudah menangis...Allah telah menciptakan umatnya dengan  sebaik baik kejadian...Subhanallah.


Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”
Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”

“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”
“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.

“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?”

Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.

Sumber : Kisah Wanita

Monday, 23 April 2012

Umah baru Maira-playhouse

-Salam semua-


Ni la nak cite pasal nak dara sorang ni...dah seminggu dia buat keje gini kat ruang tamu...saya tanya main ape tu..dia kata main mak2...payung tu rumahnya..adohai..nak tergelak plk bukan ape dulu saya masa kecik pun suka gak main mak2 ni..tp kita duk kampung kan main kat tanah la..siap boleh masak2 lagi..hahaha...


Maira ni dah tak suka main mainan..maklum lah dah besor kan...dia dok berkepit dgn anak patung dan bahan bacaan jer la..jadi mak ni sah2 la seorang cikgu...hihihi..


Oleh kerana kesian pulok tgk dia.. Sabtu baru ni kitaorang gi CR4 belilah mende ni...aritu ada terbaca kat entry Ina pasal playhouse ni kat Tesco ada offer sekarang...harga RM29.90..betul2 gambar umah punya...yg ni takder offer mahal giler RM62.90..dah tak sempat dah nk ke Tesco sbb CR4 jer yg terdekat dgn umah ni...


Ni ler rupa umah baru  Maira...ala2 khemah...Dah ler umah saya ni kecik main sumbat jer la mana ruang yg ada...Sekarang ni bangun jer pagi2 terus masuk dlm umah ni dan sambung tido kat situ plk..sabor jer la...


Kat bumbung tu ada lubang bolehlah nak julur2 kepala kalau dia nk tgk tv..lagipun dapatlah angin masuk..


Abangnya pun tumpang sekaki masuk..Dalam takler luas sangat..kalau budak2 tecik masuk ok lah...lepas la setakat dia nak main sorang2 tu...


Nak jadi cite yg kelakarnya malam tu jugak dia taknak tido dalam bilik dia dah...tgk2 dah lena tido dalam umah dia ni..sian pulok...masa nk angkat  dia masuk bilik berpeluh peluh tido dlm khemah punya pasal...


Kalau korang nak tgk playhouse Alisha gi terjah blog Ina...dari segi ukuran nmpk umah alisha lagi besor sikit dari umah Maira...Kalau umah dekat2 boleh kita kasi dorang main sama2 kan Ina....nak jadi cite kebetulan plk tu sama2 beli mende ni hari Sabtu lepas...hihi...kami mmg selalu kebetulan sokmo..byk mende yg kami buat ada aje persamaan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.