Thursday, 31 May 2012

Remaja dulu dan sekarang


Zaman dah berubah...semua depan pc jer..


Kisah ibu buta sebelah mata


Kisah ni dulu ada dlm drama kan..
saya lupe la plk ape ke tajuk drama tu..korang ingat tak...?? yg jadi mak buta tu Sheila Rusly...
sedih kan kisah ni..moga jadi iktibar..


Ibuku buta sebelah mata!
Aku benci ibuku… Dia amat
memalukanku!
Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru 
untuk menyara keluarga kami.

Pada suatu 
hari semasa di sekolah rendah, ibuku datang ke sekolah untuk bertanya 
khabar.
Aku sungguh malu. Mengapa dia sanggup melakukan ini 
kepadaku?!
Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci 
kepadanya dan terus lari.

Keesokan harinya 
salah seorang rakan darjah berkata, “EEEE, ibumu hanya ada satu mata!"
Ketika
itu aku hanya ingin membenamkan diriku. Aku juga mahu ibuku hilang dari
hidupku!
Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata, “Jika engkau 
hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa, alangkah baiknya kalau kau 
mati saja?!!!”

Ibuku hanya berdiam diri!!!

Aku tidak pun sejenak berhenti dan berfikir akan apa
yang telah aku katakan kepadanya kerana aku tengah marah ketika itu..
Aku
langsung tidak peduli akan perasaannya… 

Aku
ingin keluar dari rumah itu…
Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh
dan akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke Singapura.
Kemudian aku 
berkahwin. Aku membeli rumah sendiri dan mendapat anak. Aku amat gembira
dengan kehidupanku.

Suatu hari ibuku 
datang menziarahiku. Sudah lama dia tidak berjumpa denganku dan tidak 
pernah berjumpa cucunya!.
Bila dia berdiri di depan pintu rumahku, 
anakku mentertawakannya...
Aku menjerit kepadanya, “Sanggup engkau 
datang ke sini dan menakutkan anakku!"KELUAR DARI SINI SEKARANG!!!
Dengan
pantas ibuku menjawab “Maaf, Saya tersilap alamat” dan terus 
menghilangkan diri.

Satu hari surat jemputan untuk perjumpaan 
pelajar-pelajar lama sampai ke rumahku..
Oleh itu aku telah 
memberitahu isteriku yang aku akan pergi untuk urusan perniagaan… 

Selepas perjumpaan itu, aku telah pergi ke rumah 
usang ibuku hanya untuk ingin tahu!!!.
Jiran memberitahuku yang ibuku
telah meninggal…
Aku tidak menitiskansetitik airmata pun!!

Jiran itu telah menyerahkan kepadaku sepucuk surat 
yang ibuku ingin aku membacanya…
“Anakku yang dikasihi, Ibu selalu 
teringatkan kamu setiap masa…
Ibu minta maaf kerana datang ke 
Singapura dan telah menakutkan anakmu.
Ibu gembira kerana kamu akan 
datang
ke perjumpaan pelajar-pelajar lama…
Tetapi ibu mungkin 
tidak dapat bangun
untuk berjumpa denganmu.
Ibu minta maaf kerana 
sentiasa memalukan kamu
semasa kamu sedang membesar.

Kamu 
mungkin tidak tahu…. Semasa kamu masih kecil, kamu telah mendapat 
kemalangan dan hilang satu mata........
Sebagai ibu, aku tidak 
sanggup melihat anaknya membesar dengan satu mata...
Oleh itu… Aku 
memberi salah satu mataku kepada kamu…
Aku amat berbangga kerana anak
lelakiku dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini…

Dengan kasihku kepadamu…
IBUMU…

Sabda Rasullah SAW 

Wednesday, 30 May 2012

Goodies beg majlis cukur jambul


Inilah goodies beg yg saya dapat masa pergi ke majlis cukur jambul hari Ahad baru ni...balik2 jer rumah terus ambik gambornya nak buat kenangan...meriah goodies begnya..besar...betul2 mcm goodies beg majlis kahwin...apa la yg ada kat dalam tu ye...jom kita intai2...


Ni  la antara barang yg ada kat dalam tu...ada sebatang bunga telur,sebijik muffin coklat,sebekas pulut kuning beserta dgn rendang daging dan hiasan sejadah kecil...


paling best yg ni la...sodapnya... bukan ape sbb dah lama tak makan pulut kuning...





Tuesday, 29 May 2012

Majlis cukur jambul


Hari Ahad baru ni saya pergi ke majlis cukur jambul anak kepada kawan suami di Kg Baru..Majlisnya bermula jam 11.30 pagi tapi saya sampai dalam jam 12.30 tghari..Majlis baru jer selesai time tu..agak meriah jugak maklum lah anak pertama katakan..dah macam majlis kawin pun ada..makanan yg dihidangkan nasi putih berlaukkan asam pedas daging tetel,rebung masak lemak cili api,ayam goreng berempah,rendang daging,ulam2 ulaman bersama sambal belacan..Paling best ada cendol dan jeli kelapa..kuih muih pun byk juga...gambar makanan sory tak sempat ambik pun...pelaminnya mmg cantik giler...


Maira bukan main syok duk melayan jelly kelapa..


Gabungan purple dan pink mmg sweet kan...bertuahnya baby tu..oh ye..tak dapat nak bergambar dgn baby tu sbb time ni tak tau la dah gi mana..ramai sgt yg nak pegang dia,maklumlah jadi puteri dia aritu...


Untung la org yg buat bisnes ni kn.mmg kat KL tgh trend gini.


Wanita cepat tua jika terlalu lama di depan komputer


Alamak...sungguh saya takut dengan tajuk entry ni...
-sekadar perkongsian dari email yg saya dapat dari rakan-


London, hidup di era digital membuat banyak wanita menghabiskan banyak waktunya di depan komputer. Menurut penelitian, hal ini bisa mempercepat proses penuaan yang antara lain ditandai dengan kulit keriput.

Fenomena yang disebut ‘wajah komputer’ ini sering didapati pada wanita yang menghabiskan waktu berjam-jam di depan komputer. Bahkan ibu rumah tangga sekalipun bisa mengalaminya ketika sudah ketagihan internet di rumahnya.

Seorang ahli bedah kosmetik asal Inggris, Dr Michael Prager telah membuktikannya dalam sebuah penelitian. Doktor spesialis botox tersebut menemukan fenomena semacam itu dialami sebahagian besar pelanggan dan sejumlah wanita yang bekerja di pejabat.
“Saat sedang tegang dan serius di depan komputer, umumnya para wanita akan mengerutkan dahinya sekalipun kadang tidak disedari,” ungkap Dr Prager.

Jika berlangsung berjam-jam dan rutin setiap hari, kenyitan tersebut akan mempercepat pembentukan kedut. Garis-garis wajah itu lama-lama akan terbentuk di dahi maupun bagian kulit wajah lainnya.
Dikutip dari Telegraph, Minggu (26/9/2010), wanita yang terlalu lama di depan komputer juga rentan mengalami gejala ‘leher kalkun’. Dinamakan demikian karena kulit di bagian leher menggelambir seperti kulit kalkun.

Menurut Dr Prager, gejala ini disebabkan oleh posisi duduk yang jarang berubah dalam jangka waktu yang sangat panjang. Akibatnya otot leher memendek dan kulitnya turun lalu membentuk semacam gelembir.

Sedangkan untuk mengatasinya, Dr Prager punya tips jitu yakni dengan meletakkan cermin kecil di samping layar monitor. Harapannya para wanita bisa cepat menyadari ketika wajahnya mulai mengerut, lalu berusaha mencari cara untuk lebih rileks.

Berbagai cara bisa dilakukan sebagai upaya relaksasi. Selain istirahat sejenak di sela-sela bekerja dengan komputer dan berjalan-jalan, melakukan senam otot wajah juga cukup efektif melawan efek penuaan dini.

Dr prager berkata lagi..jangan selalu sangat mengadap komputer kerana memudaratkan umur dan kulit anda..jika ingin matang cepat boleh mengikut tips ini..bagi yang dah berumur jangan amalkan..nanti cepat tua dari umur.

Hadiah dah pos dan lokasi kolam renang terbesar


Salam semua...Firstly nak mintak mahap byk2 kat korang yg sudi singgah dan komen kat sini dari hari sabtu hingga Isnin semalam..saya tak balas2 lagi jejak korang sebab masa tak mengizinkan disebabkan semalam satu hari saya dgn Maira tak sihat..tetiba plk 2 beranak ni kena demam,batuk dan selsema...mmg berdengung la otak nak ngadap blog..entry semalam pun semua  autopublish jer..
arini nasib baik Maira dah ok..cuma saya ni la duk berperang dgn batuk...
Oh ye..untuk pemenang teka hadiah aritu pagi2 tadi saya dah suruh bos besar poskan hadiah korang..cuma ada 2 org jer lagi yg masih belum bagi detail...saya dah bgtau dh kat blog dorang,mgkin dorang belum on9 lagi kot...nanti saya poskan kemudian..jadi pada sape yg dah terima hadiah tak seberapa ni nanti sudi2 lah bgtau kat saya ye..risau gak takut hadiah tak sampai ke..


Kat entry kolam renang terbesar semalam ramai jugak kawan2 yg bertanya kat mana la lokasinya..tak sempat saya nak menggoogle tetiba ada kawan blogger yg teruja nak tau dah google awal2...Jadi lokasinya adalah seperti yg korang tengok kat bawah tu...
Mekasih Ummi Iman tolong bagitau...

Monday, 28 May 2012

Kolam renang terbesar


Makk ooiii...besornya swimming pool dia.....dah sama macam laut dah..
tapi kan dekat benor dengan pantai..kalau air pasang mcm mana erkk..habis la bercampur air laut dgn  air kolam tu..





Ayam Disembelih Tidak Mati Walaupun Sudah 9 Hari


PENDANG – Sudah disembelih, tapi tidak mati. Begitulah tanda kekuasaan ALLAH di mana ayam sabung kacukan selasih yang disembelih oleh seorang penduduk kampung sekitar kawasan Bukit Raya Dalam dua minggu lalu, masih hidup.

Kejadian berlaku kira-kira 10 pagi apabila pemilik ayam, Esomuddin Idris, 40, menyembelih ayam itu untuk dijadikan juadah, namun selepas disembelih, ayam itu tidak mati walaupun urat mareh, leher dan pedal telah putus.

Menurutnya, dia tidak menyangka ayam sabung kacukan selasih yang diberikan rakannya dari Parit Buntar Perak itu mempunyai keistimewaan.


“Sudah sembilan hari disembelih, ayam itu tak mati-mati.

“Saya sembelih mengikut cara yang sepatutnya dan apabila sudah selesai saya keluarkan darahnya serta melepaskannya dengan harapan ayam itu akan mati.

“Saya terkejut, dua jam selepas itu ketika mahu untuk mengambil ayam terbabit, ia berjalan dan memanjat pokok seperti biasa bersama ayam lain,” katanya.

Esomuddin berkata, ayam itu kelihatan segar dan kuat walaupun ia tidak boleh makan dan minum kerana semua urat pada bahagian leher putus.

Sumber : myberita.com

Santai dengan anak2


Ahad yg lepas bawak anak2 gi main kete ni kat CR4 Bandar Tun Hussein Onn..depan umah jer..Sambil2 nak shopping barang dapur sekali..kebetulan plk CR4 ada bukak trek ni kat luar tepi parking kete..biasa takder..
Mula2 Syahmi tak nak naik..konon dah besor katanya malu la..Abang Asyraf mmg kena naik la sebab kena temankan Maira..Tapi Syahmi tu bila dah naik eh..gian plk dia..dia kata syok rupanya..
Kete ni guna bateri..nak jalankan kena tekan la kat bahagian kaki tu..kebetulan time kitaorang gi tak ramai orang..dapatlah main puas2..bayaran dikenakan utk setiap 15 minit ,tapi sebab takder org budak2 ni main sampai setengah jam..saya lupa berapa bayarannya sbb tak tgk time papa dorang bayar..




 Dah habis main, shopping barang dapur dan ronda2 dalam CR4, pastu bawak budak2 ni gi kat taman mainan jap...kat Tasik Lake Valley..belakang CR4 jer..kat taman ni pun org tak ramai lagi sebab masa tu baru pukul 4..


 Dah penat main msg2 duk rehat..pakat minum ais blended coklat tapau dari COOL BLOG kat CR4 tadi..Maira kata..ermm..sedapnya tp dia pelik sebab ada bubble tu...tp sedut jugak..


Saje dorang posing2 sebelum balik..bukan selalu dapat posing gini sbb anak2 lelaki saya ni tak suka bergambor..yg pompuan jer terover..pantang tgk kamera..



Sunday, 27 May 2012

Penyamaran haiwan yg terbaeekk...

Haiwan2 kat bawah ni pandai betul menyamar..mmg terbaik kan...
Ini adalah salah satu cara haiwan nak selamatkan diri mereka dari ancaman musuh...







Paling buat saya rasa ngeri tgk gambar ular ni...adoi...tetiba rasa menggigil badan duk bayangkan kalau la terpijak binatang ni...mmg serupa jer ular tu dgn daun2 kering....

Saturday, 26 May 2012

16 Selebriti menyertai Masterchef Selebriti Malaysia


Masterchef Malaysia datang lagi..Kini menampilkan selebriti pula menunjukkan kehebatan mereka dalam bidang masakan..Agak2 sape la yg bakal diangkat sebagai Masterchef Selebriti Malaysia ye...
Tak sabar nak tengok episod pertama yg akan disiarkan di Astro Ria channel 104 pada 26 Mei 2012 (malam ni)..kami satu family mmg peminat setia rancangan ni....seronok tgk dorang tunjuk skill msg2...Kali ni tgk artis pulak masak..

Photobucket     Photobucket

Photobucket   Photobucket

Photobucket   Photobucket

Photobucket   Photobucket

Photobucket   Photobucket

Photobucket   Photobucket

Photobucket   Photobucket

Photobucket   Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.